Monday, July 11, 2011

Segmen | Cita-cita Si Anak Kecil

Assalamualaikum!

.Klik gambo kalau nak join!.

Straight to the point:

Dari kecil lagi saya dah suka nak jadi doktor. Almaklumlah pengaruh TV. Tengok jadi doktor macam best ni, cucuk jarum sana sini, bedah sana sini, lepas tu selamat kan orang yang sakit. Wah, wah, wah, kagum terlampau. Dari kecik mesti main main jadi doktor dengan adik adik. ambil pensil mekanikal, konon konon jarum suntik Cit. Punya lah teruk berangan. Haha. *Ehem ehem, saya tak takut jarum suntik wokey, saya dah pernah derma darah 7 kali tau. =P*




Tapi keinginan tu stop sampai saya Form 3 walaupun saya agak bagus dalam BIOLOGY sebab saya rasa seronok bila dengar perkataan marine. Betul woo, taatipu. Kalau tak, pergi tanya parents saya. Saya siap tanya parents saya, dekat universiti ada tak kos berkaitan marine?

Saya tak nampak time tu apa kerja berkaitan marine, tapi saya dapat rasakan ia mesti menyeronokkan kerana percayalah bekerja tanpa passion, nanti jadi hampeh. So, saya nak bekerja dengan passion supaya saya happy. Tapi malangnya, peluang pekerjaan sekarang pula makin kecil. Haiz~

Lagipun kemudian kemudian tu Nurul Syuhada Nurul Ain jadi pengacara Majalah 3 dan beliau adalah lulusan Sains Marin kat UMT tau. hehe. Seronok tengok dia diving masa buat research untuk Majalah 3.*saya pon da ade lesen diving. Weee!*

Jadi, pendek cerita, masa kecil saya bercita cita nak jadi doktor tapi berpaling arah ke arah marine selepas dah dewasa sikit dan sekarang i'm mariner. Hehe. Semoga dapat kerja yang berkaitan dengan MARINE. :)






Terimakasih sudi baca! (:

5 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers