Showing posts with label Love This. Show all posts
Showing posts with label Love This. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

Day 28 - Hobi Saya??

Assalamualaikum!

Wah, ni yang malas wa nak cakap ni. kalau saya cakap saya tiada hobui amacam? Kalau ikut definisi hobi time kanak kanak ribena dulu, hobi adalah aktivit yang dilakukan ketika masa lapang kan? Kumpul setem? mewarna? Fuhhhh!

Kalau tanya saya apa definisi hobi bagi saya, saya akan jawab hobi adalah sesuatu yang dilakukan oleh seseorang kerana didorong oleh rasa seronok dan seseorang itu melakukannya oleh kerana minat yang mendalam.

Aiseh! Boleh masuk dalam silibus BM ni. Haha!

Yela, masa sekolah rendah dulu tak habis habis kawan kawan ada buka biodata yang mesti kena letak hobi. Lepas tu cikgu2 pon sibuk tanya apa hobi untuk dijadikan karangan. Pastu cikgu pon asyik cakap hobi itu perkara yang buat apabila masa lapang. Huhu. Bagi saya, hobi tiada kena mengena dengan masa lapang. Hobi=minat.

Ok, masa kecik kecik, serius saya suka melukis. Kalau melukis mesti dapat A punya! Tapi saya paling benci mewarna. Lepas lukis mesti kena mewarna kan? Arggghhhhh! Saya mesti rasa nak upah mak atau kakak sulung tolong warnakan.

Kalau time tu kawan2 lukis taapernah pikir logik, tapi saya ada jugalah. Lebih lebih lagi bila lukis rumah. Kalau lukis rumah, mesti ada orang berdiri sebelah rumah iaitu saya untuk menggambarkan itu rumah saya. Kawan kawan semua lukis orang sama besar dengan rumah. For sure pintu lebih kecik kan? Saya pon terpikir, eh, nanti macam mana aku nak masuk rumah kalau aku besar sangat neh? Lantas saya terus melukis diri saya secomel comel saiz. Itu adalah pemikiran saya ketika darjah 2. Aiseh!

Lepas tu, masa sekolah menengah, serius takda hobi. Rasa menyampah nak melukis. Grrrr! Bila dah masuk matrik dan hingga sekarang, silalah check buku buku saya, hahahahaha! Mesti ada conteng conteng lukisan punya! haha. Dan saya lebih suka lukis orang, dengan body cut yang pergh! boleh buat lelaki terliuq. Lepas tu seksi tahap dewa! Haha. Mana taknya, sebab saya nak kurus, slim macam tu. Hahahahahhahahaha!

Baiklah, itu sahaja yang mampu saya cakap. Ingat, walaupun saya suka melukis, tapi saya tidak kreatif, saya juga benci mewarna!

 Okeh, kat bawah ni adalah hasil lukisan saya yang tidak seberapa. Saya scan dan upload sini!
_
_
_
_






Hahahahahahaha! Sila lah percaya semua tu lukisan saya! Hahaha. Saya tak se-expert tu beb! Mr.Google bagi loh!

.entri 30 days blog challenge.
Terimakasih sudi baca! (:

Saturday, August 6, 2011

Day 27 - Makanan dan Minuman Kegemaran

Assalamualaikum!

Wokeh, malam ni nak nengok movie yang macam best, so entri hari ni pendek je. Point form ala ala jawapan exam Subject Dr.Than Aung. Hehehhe..

Lauk Pauk & Sayur :

  • Masak Lemak Cili Padi since my mom orang Negeri Sembilan.
  • Masak Asam Tempoyak since my dad orang Pahang.
  • Sayur bayam! Yummy!
  • Saya suka ratah carrot dan tomato! Wuuu, sodap ea.... :)


Kuih Muih :

  • Karipap inti kentang kari sahaja. Yang lain kureng minat!
  • Apam gula hangus.


Buah buahan :

  • Apa apa buah yang fresh dan keluar dari peti ais. But saya prefer betik dan tembikai.


Minuman :

  • Any tea and nescafe. Mesti panas. Hehe. 
  • Saya taasuka air sejuk tapi saya suka carrot juice kalau rasa nak minum air sejuk. :)
  • Plain water. Ya! Saya suka air masak.


Makanan Sampingan/Minum petang :
  • Keropok lekor sudah pasti! Yeay! Dah banyak kali saya cakap saya peminat keropok lekor kat SINI dan SINI.




p/s:Kenapa si sepet cuba buat saya rindu dia?!
Terimakasih sudi baca! (:

Wednesday, August 3, 2011

Day 24 - Tempat Yang Paling Saya Gemari Untuk Makan

Assalamualaikum!

Saya pernah cerita sebelum ni saya paling suka makan apa. Kat entri tu juga saya ada mention tentang restoran makcik saya. Situlah tempat yang paling saya suka makan. Best wooo diorang masak. Kakak2 sedara dan makcik sayalah yang masak.

Macam biasa cendol dia paling sedap weh! Kalau datang rumah maklong saya tu memang dia masak cincai punya, tapi mahsyuk beb! Ok, bulan bulan ramadhan ni pula cerita pasal makanan. Hehe.

Nanti korang mesti cuba restoran maklong saya tu tau. Namanya Cendol Madu Rembau. Memang cendol madu adalah menu utama, tapi menu lain pon ada juga. :)





Terimakasih sudi baca! (:

Tuesday, August 2, 2011

Day 23 - My Dream Wedding.

Assalamualaikum!

Pergh, kemain! Baru 22 ada hati nak pikir pasal kawen. Hamboi, hamboi. Haha. Ala, apa salahnya kan.

Kalau saya memang harapkan wed ceremony yang besar besaran. biar gempakz habis! Tapi kalau dapat bakal yang bukan anak dato', anak datuk, anak tansri maksri ke, nak wat cane kan. Asalkan ada walimatul urus sudae. Hehe.

Ok, andai kata bakal suami dan saya ada duit yang banyak *setelah berpulun pulun  kumpul kan*, saya nak ada satu majlis nikah satu hari, majlis sanding satu hari. Saya juga taanak majlis sanding dan sambut menantu *oleh pengantin lelaki* pada minggu yang sama. Hehe. Kemain ko opie berangan!

Haha!

Next..................
Okeh, then saya nak warna tema merah gold. Korang kalau sekadar pikir dalam benak korang memang rasa old school gila, tapi saya pernah tengok wed tema ni, pergh! Semangat beb! Tapi kalau one day saya rasa ada warna tema yang lebih cantik, ok, sedia untuk tukar. Hehe.

Then, best kalau ada photoshoot.

  • Photoshoot ala ala si lelaki sedang mengurat saya  di zaman sekolah, then waktu kerja, then melamar. Disaat ni saya memrlukan wed photographer yang sangat kreatif supaya photoshoot saya nampak natural. *pergh, kemain kau opie kemain!*
  • Photoshoot semasa majlis sudah semestinya.


Yela, seumur hidup sekali kan. Haha.

Ini semua adalah angan angan semata mata dan akan jadi kenyataan sekiranya bakal lelaki kaya tahap dewa api berserta saya mendapat durian runtuh mahupun saya disponsor oleh orang orang kenamaan. Haha. Jadi korang jangan tercengan pula dan cakap, 'Pergh, baru nak jodohkan Opie dengan abang aku, cancel lah sebab demand sangat!'


Tidak! Tidak! Diulangi, Ini semua adalah angan angan semata mata dan akan jadi kenyataan sekiranya bakal lelaki kaya tahap dewa api berserta saya mendapat durian runtuh mahupun saya disponsor oleh orang orang kenamaan.

Haaaa,  tudia~





Terimakasih sudi baca! (:

Sunday, July 31, 2011

Percubaan Pertama Buat Doodle!

Assalamualaikum!


Silalah ketawa kerana cacat je tengok doodle ni. Haha. Buat dalam masa 2 jam. Fuhhh! orang lain petik jari je siap.

.Pakai baju korporat Mariners.
.Komen korang sangatlah dialu-alukan. Huhu.

Terimakasih sudi baca! (:

Friday, July 29, 2011

Super Junior announces 5th album concept is ‘Ubersexual’

Assalamualaikum!




Super Junior has officially announced their new concept for their 5th album’s title track, “Mr. Simple“.

The boys had K-Pop fans buzzing over what their concept would be after unveiling a series of eclectic teaser photos over the past few days.  SM Entertainment announced that their new concept is ‘Ubersexual‘, meaning the boys are pursuing a more stylish and masculine image, but yet it’ll still be sexy and suave.

Before their actual album drops on August 3rd, Super Junior will releasing their digital single “Mr.Simple” on August 2nd at 12:00AM (KST) through online music sites such as Melon and Bugs. Their MV teaser will also be revealed on August 1st, so stay tuned to allkpop for updates!





Source:Allkpop

Terimakasih sudi baca! (:

Wednesday, July 27, 2011

Day 17 - Gambar Bilik Idaman tu Beb!

Assalamualaikum!

Layan gambar jelah eik. Haha. *Hamek ko*









Yang penting bukan macam neh! Hahaha!


Terimakasih sudi baca! (:

Friday, July 22, 2011

Lagi tentang Lee Byung Hun | G.I Joe 2

Assalamualaikum!

Korang ingat tak say pernah cerita pasal Lee ByungHun akan berlakon balik dalam G.I Joe 2? Rabu lepas baru Lee Byung Hun pergi Amerika untuk film movie tu.



Saya dah bebel panjang dalam entri sebelum ni, so taanak bebel benda same. Hehe. Dalam G.I Joe 2 tu, watak Duke dengan Snake Eyes je still guna pelakon yang sama.Pelakon pelakon lain yang memainkan watak masing masing :Arnold Vosloo, ‘The Rock’ Dwyane Johnson, Ray Stevenson, dan Elodie Young akan dilakonkan oleh pelakon lain.


BH Entertainment(LeeByungHun's agency) cakap “After leaving for America yesterday, he is trying to adjust to the time difference and also further analyze his character. After spending time to prepare for his film, he is planning to concentrate on filming. Please expect for ‘Storm Shadow’ and a different appeal.

‘GI Joe 2' akan mula perfileman di New Orleans bermula 15 Ogos and will be released next year on 10 Ogos, 2012. Lama lagi tuh............

Ok,  tu je~

Source:allkpop
Terimakasih sudi baca! (:

Thursday, July 21, 2011

Jom Layan Lagu Bagus!

Sekarang Saya paksa korang layan lagu ni. Sapa taalayan, saya ketuk sampae pendek. Harharhar. Ups, terlebih suday... Untuk ubati hati yang terluka dek kerana gol Chelsea yang hampeh. Haha.

Bukan, bukan. Saje je letak vid ni sebab lagu ni mahsyuk beb! Jom layan. Ni bukan official MV.Ni video yang ada lirik, senang sikit kora g nak berkaraks tengah tengah malam yang belum buta ni.

Jom Layan!!

Wednesday, July 20, 2011

Super Junior to Make Comeback With 5th Album

Assalamualaikum!



.Individual teaser images of the members’ will be released sequentially from the 20th, starting with Eunhyuk. Oh, Eunhyuk, ko minat merah ea, sama lah kita!Hehe.

Super Junior will be making a comeback after a year and two months! Tarikh comeback diorang telah ditetapkan pada 3 Ogos nanti. Yehaa, taasabr beb!

Setiap members SuJu ni ada warna unik diorang sendiri untuk diorang punya 5th album tu nanti so semua peminat termasuk lah aku yang fanatik tahap dewa api ni dapat experience diorang punya performances yang dikatakan upgraded gilak.

SuJu ada cakap yang sebanyak mana peminat tunggu diorang punya 5th album ni, sebanyak tu juga SuJu tunggu untuk buat album tu. Diorang siap cakap yang music dan performances diorang yang baru tu demi Suju nak berkomunikasi dengan peminat seluruh dunia. 

Pergh! Ni bikin wa nak terkucil ni. Tak sabar bebenau!

source:allkpop
Terimakasih sudi baca! (:

Wordless Wednesday #12 : Saya Minat Dia. Korang Tahu Siapa Dia?

Thursday, July 14, 2011

Day 4 - Benda Yang Anda Buat Bila Sorang-Sorang

Assalamualaikum!

.Cabaran hari ke-3.

Bilan sensorang kalau dirumah for sure saya akan surf internet sampai lebam! Haha. Baca apa yang taapernah baca, tengok apa yang taapernah tengok etc. Kalau dah bosan tahap dewa api dengan internet, karaoke lah pulop. Hahaha. Tula, saya dah cakap saya ni suka karaoke tau!

Kalau dijadikan masa tu ada movie berlambak dalam labtop ni, marathon movie tanpa menoleh kiri kanan mahupun belakang. Lepas tu kalau rasa bosan lagi, tahap nak muntah, saya buka koleksi Love Letter,  Family Outing dan Running Man dan ulang tayang sampai lah saya dah taaberseorangan lagi. Hehe.


.Love Letter MC by Kang HoDong.

.Family Outing Season 1, Season 2 hampehh!!.

.Running Man before JiHyo jadi permanent member.


Em, apa lagi eik. Taade kot. Tu je. Tataa! See ya next entri. Muahx!

p/s:Emosi saya sekarang sangat taastabil dek kerana kekacauan politik di Malaysia sekarang. Saya tahu i'm nothing to this country, but i'm still Malaysian and i know to judge things! Stupid AN***!


Terimakasih sudi baca! (:

Sunday, July 10, 2011

Sepet Itu Menawan?!

Assalamualaikum!

SEPET itu menawan. Phewitt! Suka la tew orang bermata sepet kena puji.

Haha. Tapi seyes weh, saya memang suka tengok orang mata sepet. Tapi bukan sebarangan sepet tau. Sepet orang cina, korea, jepun, tak main lah. Nak orang melayu yang sepet. Haaaa. Memang saya suka tengok. *suka tengok je tau, taamo pikir lebih2 okeh*

Tapi kalau dah kena usha dengan orang mata sepet, tak keruan dibuatnya. Wakakah! Kalau perempuan sepet pon saya suka tengok. Jeles seh! Tapi tetap bersyukur dengan ciptaan Allah pada diri saya ni. Dah cuku sempurna. Tak salahkan puji memuji yang lain kan? :)

Ok, orang sepet sekalian, sila hargai mata anda walaupun anda mempunyai sang mata yang single eyelid. Percayalah, ia cukup menawan okeh! Jadi taapayah buat surgery. Hehe. Kalau anda ISLAM tentu anda tahu surgery atas tujuan kecantikan adalah haram. Hehe.

Ok, nak stop sini. Dengan itu, saya nak perkenalkan boyfriend(s) saya kerana mereka.............

.Cam Gigandet! Kerana dia memiliki sepasang smiling eyes!.Hehe.
(opss, dia senyum kat saya ni tau, jan jeles aaa)

.Simata sepet. Exception for him.Korean. Hehe.

p/s 1:Ok! SiMataBulat, sila sepetkan mata anda untuk pikat saya. Okeh?! Haha. Joke dear!
p/s 2:Dunwuri SiMataBulat, korang tetap ciptaan Tuhan yang cantik, indah!




Terimakasih sudi baca! (:

Friday, July 8, 2011

Saya Bersama Artis Korea!

Assalamualaikum!

Ok, ni entri peminat korea sahaja tau. Tapi semua dialu-alukan baca jugerk. Hehe.

Korang suka edit gambar guna photoshop tak? Saya tersangat lah suka esp masa si UMS dulu. Masa belajar kan bosan je memanjang, so, luangkanlah masa edit gambar2. Haha. Korang jangan ketawa guleng guleng lak lepas nengok gambar gambar bawah ni. Haha.

Saya tahu saya syok sendiri tapi at least saya ada, korang ada? Haha.

Gambar gambar dibawah ni tak menunjukkan saya fanatik mereka, tapi cuma saya minat biasa-biasa sahaja dan rasa suka mengedit

.Saya dengan DongHae Super Junior.
.Saya dengan Minho SHINee.

.Saya dengan Siwon Super Junior.



Saya ada juga edit gambar kawan kawan saya. Ni antaranya.

.Fatin dengan Lee Byung Hun.

.Abie dengan T.O.P Big Bang.


Memang kurang menjadi, tapi ok lah tu... Haha.. Yang penting saya rasa seronok. :)

Semua gambar ni dah lama edit tau, ada tahun lepas ada juga tahun 2009. Korang nak? Haha.

Jangan lupa komen SINI ea.

Terimakasih sudi baca! (:

Thursday, July 7, 2011

Saya Dah Nak Kahwin!

Assalamualaikum!



Haha. tajuk je bikin gempakz. Haha.

Grrr! Apa harus ku buat? Jeles gila tengok kenduri kahwin kawan kawan, sedara mara, kawan kepada kawan, sedara kepada kawan, sedara kepada sedara, almaklumlah, FB kan ada, dapat lah stalk photo orang yang yang kawen!ala, kan orang kawen mesti ada sesi photoshoot yang mantop mantop kan? Kena lak abang sedara dan beberapa kawn saya photographer profesional.

Lagi jeles bila tengok Video kahwin Tomok dan Ayu!

Dah rasa macam nak Kahwin pula! OMA(Oh My Allah, Oh My God dah taaboley guna k!)
Oh, Tidak. Saya baru 22 ok, ye, saya baru 22, apa? Tak caya? *singsing lengan* Ni nak kena ni! Saya tahu, ramai cakap ghope saya macam umur tu kena tambah 4-6 tahun. Cesssss! Akibat berbadan sasa tapi pendek. WTHuman!

Ok, bukan nak bebel pasa muka saya yang awet tua, tapi nak cakap pasal perkahwinan! Entah macam mana lah majlis saya nanti eik. Bila tu? Hahaha, taapernah pikir pon sebab kan i ni masih teralu muda. Banyak hajat tak tercapai lagi sebelum bergelar isteri kepada sang suami. Dunwori, i'm single pringle ok, taada maksiat boleh buat. LoL!

Dalam keluarga saya semua masih purely family members sahaja, tiada ahli baru lagi. Oh, saya tidak sabar nak dapat ipar! Esp abang ipar sebab saya tiada abang, dapat abang ipar pon wokey lah tu!

Tapi takda siapa yang ready nak kahwin. Saya? Eh, ada gak yang nak kena tenyeh ni. I'm not ready ok. Grad pon belum, apatah lagi kerja. Dah lah sekarang susah nak cari kerja, berlambak lambak lepasan ijazah kat luar nuuu, master pon ramai gerk. Adeh! Doa-doa lah dipermudahkan segalanya! Dipermudahkan dapat kerja tau.

Jom tengok koleksi gambar-gambar kahwin ni. Semua saya curi dari FB abang sedara saya juga dari FB kawan saya, juga Mr.Google bagi *nampak sangat ada koleksi*. Hehe. taape ade watermark pon.
















.saya dan adik saya.


Terimakasih sudi baca! (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers