Monday, November 28, 2011

Terengganu | Short but fun TRIP!

Assalamualaikum!

.Serius suka tengok ombak yang kuat.


Guess what? Wa dah sampai Terengganu beb! Seronok tak terhingga!. Rasa nya mereka2 yang selalu intai2 blog saya ni for sure tahu saya memang suka gila Terengganu. *Jom baca SINI juga SINI*. Semua tentang Terengganu saya suka!!!*dan mengharap ada orang ganu yang sudi kat kite ni.hehehe *

Sebenarnya kitorang pergi sebab bos adik ipar bos kitorang kawen, so kedai tutup, maka dengan itu, kami pong dipelawa pergi Terengganu sekali. Tak jejakkan kaki ni, tapi serius tak caye kami selamat pergi dah pulang dengan hanya berpandukan GPS PAPAGO beb! Class gitu! *Semuanya dengan kehendak Allah.Syukur!*

Apa yang saya nak bagitahu lagi ni, GPS tu kemain lagi bagi shortcut. Kitorang sampai jalan celah2 kampung lah.  Teknologi dah canggih lah katakan. Hehe.

Kalau nak bercerita tentang trip tu, takda apa sangat pon since kami pergi 3 hari je, 2 hari dah spend pergi balik, just ada 1 hari je untuk jenjalan. So, sekadar pergi Masjid Kristal and shopping keropok lekor tahap dewa! Eh, eh, saya dah banyak kali habaq mai kat dalam belog ni keropok lekor adalah my feveret snack!! *eh, snack?*

Wa nak puji habis habis mamat2, pokcik2, *pendek kate, orang laki lah* memang handsome. most of them lah. yang Kaum Hawa pulak, memang cun-cun, tapi...........*ok, itu sambung perenggan baru*.Saya pon ada cakap kat entri sebelum ni kalau saya jejak kan kaki ke Terengganu, saya nak ngadap orang Ganu bercakap sebab dialek diorang sangat cute! Hahaha! *Kembang gila kalau ada orang ganu baca ni.*

Yang saya kecewa sangat ni, kenapa orang Terengganu sombong? Uhuk! Terutama si gadis gadis. Ades, serius sombong. Susah gila nak senyum. Beli barang pon, dah la tak cakap terima kasih kita g beli barang dia, pastu senyum pon tak beb! Serius kecewa!!! Waaaaaa!

Yang paling kitorang bengang plus kecewa kitorang nak beli kain batik kat Pasar Payang, mek tu tengah makan, kitorang masuk dah lah tak disambut *still boleh consider sbb beliau tgh makan*, lepas tu bila bertanya, muka mek tu bengang tu!! Mek tu buat muka bengang sebab kitorang kacau dia makan ke? Waaaaaaaaa, kami ni bukan costumer ker? Sian kat kami macam tidak di-welcome-kan. Tapi pokcik2 memang sempoi!

Satu dialog budak lelaki yang memang rasa lawak, masa kitorang breakfast kat pasar payang, diorang letak lah nasi lemak, mee and others kat atas meja, pastu saya ambil lah se, tapi ada dua orang seniorita pandang saya lain macam, saya dah rasa, eh, dok leh ambik ko ni? Pastu teruslah saya ke meja kitorang and nak makang ni, budak yang ambil order air tu hantar lah air kami, saya pon tanyalah Dik, boleh ke ambil nasi lemak ni. Budak tu dengan muka slumber rock Tok Dose katanya. Siott! Budak tu kenakan saya. Habis diorang ketawa terbahak bahak bahak. Apa pon takboley~

Masa shopping keropok kering kat Pasar Payang tu, saya nampak telur penyu.. Sedih siott! As mariners yang sayangkan bumi dan ekosistem, wa serius sedih. Sian penyu. Haih!

Eh, eh, lupa nak ceghita, kitorang tak belik keropok lekor kat Pasar Payang, tapi kat Seberang Takir. Diorang cakap situ paling sedap, so, redah jela. Yang penat nye, 3 jam beb tunggu! Siap kena ambil nombor. Memang te one and only kedai jual keropok lekor kena ambil angka giliran. Yela, ramai gila. Masa kitorang sampai, no 1016, tapi kitorang dapat no 1064 and 1065, punyalah slow, nasib ada bbrapa customer yang give up, bagi no diorang kat kitorang, then kitorang dapat no 1028 dan 1034. Takpa, penantian berbaloi baloi  sebab kepok ye sangat sedappp! Yeehhhhaaaa!

Tapi demi kepok yang sedap, kami tak dapat makan nasi dagang yang sedap, sebab dah habis. Ades, tu namanya give and take kan? Bukan rezki, nak wat cane. Nasi dagang Ganu menang tip top! Yummy!!!

Ok lah, menceceh panjang pla. Gambar upload kendian! Tata titu!


tengs pada driver, hehe, Yana yang berusaha keras sebagai one and only driver pergi balik dan pusing2 ganu..

Terimakasih sudi baca! (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...