Showing posts with label Familia. Show all posts
Showing posts with label Familia. Show all posts

Sunday, August 26, 2012

Syawal 2012 di Kuala Lipis, Pahang

Assalamualaikum!

First of All, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir dan Batin!

Macam mana raya korang? Seronok? Haa, apa? Gemok? Hakhakhak! Seronok makan, gemoklah jawabnya. Contoh terdekat, saya, saya, saya!!! *angkat tangan tinggi-tinggi*

Okeh, fine, pembetulan, bertambah gemok! Silalah lah makan Alpha Lipid II. Cehh, kuasa pulak aku. Itu kakak saya yang setia menjamu Alpha Lipid II. Kemain kau, turun 6 kg. Terbaik!! Tapi terseksa pon Terbaik jugalah. Hahaha! *jahat*

Ok, back to the topic. Syawal 2012. Raya tahun ni ok juga dari tahun lepas. Tahun lepas simple and boring.

Excited ye juga, sebab balik kampung, Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang.  Ye, ye, tahu, kampung Siti Si bertuah tu. 

Kitorang balik raya kedua sebab raya pertama ayah kerja. Memang seronok balik sana sebab rindu gila kat Wan, MokDe adn CikBi.

Kalau tahun-tahun sebelumnya, balik sebelum hari mantai lagi, pastu kacau dodol, buat rendang, ketupat and lemang. Eh, tipu, lemang wan je yang buat. Sebab Lemang wan je sedap! Hehe. Dodol tu resepi mereka juga. Kami penghulur tenaga sahaja. Hehehe!


Jom layan gambar yang tak seberapa!

.posing sebelum gerak. mata terBESAR tu gua.

.Hoooreeee!.





.Singgah makan bekal tengahari di Air Terjun Chamang, Bentong.

.main mercun sekejap sebelum tahlil.sumber dari abang polis.haha.


.sesudah bertahlil.



.okeh, ni bukan semua sedare sana, ni ade dua keluarga je.yg sebenar ada 11 keluarga, ni je yang sempat snap keh.

.meet my Wan.

.ni lah MokDe kawah. Gambar CikBi tak sempat snap. Waa.



.singgah Air Terjun Hutan Lipur Lentang, Bentong Pahang otw balik Melaka. Syiok beb!



Tak berapa banyak gambar. Malas pula nak pegang kamera. Handphone gua tak canggih, kamera tak cantek maaa.

Eh, rasanya belum bagitahu, kalau balik Padang Tengku ni memang boleh cepat gemok, mana taknya, balik sana semua pakar pakar memasak makanan tradisional. Paling sedap beb! Esp Masak Asam Tempoyak! Walaweh, sampai jilat kawah beb! Hakhak! *over seh!*

Ok, OK, next! Balik dari Padang Tengku, keesokkannya beraya dengan member sekolah menengah, tapi main sergah je. Gambar yang di snap tak sempat rembat dari kawan. No no photo keh.. 

Ok, itu je kot. Raya korang pula macam mana? Mesti ada pelbagai cerita kan?


.selamat hari raya aidilfitri semua!!!.

Terimakasih sudi baca! (:

Thursday, May 3, 2012

Walimatul Urus Naja dan Yatie

Assalamualaikum!

Saya baru 23 tapi saya mempunyai ramaaaaiii kawan yang dah kahwin. UNTUNGLAH dah ada suami. Hehehe.

Minggu lepas abang saudara saya pula nikah, Naja and Yatie. Alhamdulillah, ikatan mereka halal akhirnya dan majlis juga berjalan dengan baik. Simple and sederhana. Bila kenduri belah lelaki ni memang sepi sikit. Majlis berlangsung di Taman Rembau Utama, Rembau, N9.

Gambar pon tak snap banyak. Makanan memang macam bukan makanan pengantin tapi serius sedap gila! Kalau KakLang masak memang tiptop, kerabu su'un paling the best! Jom chekidaut gambar gambar kenduri~

.kenduri belah perempuan.


.entrance gempak seh.

.flower boys and girls.

.untunglah Parlimen Rembau datang *Khairy jamaluddin*.


.Kawan Mak, makcik Jamaliah.

.Anak Makcik jamaliah yang dulu ku sangkakan
kanak2 ribena, rupanya 18 tahun. Ai Iqmal dr Pilih Kasih.

.Masakan KakLang (kaksedagho) yang terameklah sodap!.

Macam macam jenis minuman ada, sure yang paling saya ingat CENDOL lah. haha. berteguk teguk saya makan cendol tau! 



Terimakasih sudi baca! (:

Monday, August 1, 2011

Day 22 - Tarikh tarikh Penting!

Assalamualaikum!

Bagi saya semua tarikh birthday family members saya penting. Kalau tarikh tarikh anniversary bff ke, etc, saya taamaek pedulik sangat. bak kata Ah Chai Maharaja Lawak, 'aku peduliiii apenyerr'. Haha.

BIRTHDAY MAK : 211262
BIRTDAY AYAH : 080759
BIRTHDAY KAKAK SULONG : 150786
BIRTHDAY 2nd SIS : 130288
BIRTHDAY 5th BRO : 190393
BIRTHDAY 6th SIS : 140195
BIRTHDAY 7th SIS : 070996
BIRTHDAY 8th BRO : 160899
BIRTHDAY 9th SIS : 230302
BIRTHDAY 10th SIS : 160505

Wah, berlambak lambak gitu adik beradik. Tadi buka puasa pon kecoh, even 2 orang takde. Hehe.

Ok, tata! Peace yaw!!

Doodles yang telah berjaya dihasilkan, *tangan kanan tepuk bahu kiri. bangga bangga.Haha*




Terimakasih sudi baca! (:

Sunday, July 24, 2011

Pesta Durian DiRumah-Ku!

Assalamualaikum!

Tu dia. Pesta durian datang lagi. Punyalah banyak parents saya beli durian tadi. Terkeluar kedua dua biji mata, pasaipa banyak sangat sangat? Sapa nak habiskan ni? Dahlah Raja Makan rumah kitorang dah berada di SEGi. Rupa rupanya nak buat TEMPOYAK beb!

Terbaek wookkk!

Hehe. Saya takda lah gila durian sangatt, tapi bab bab benda yang ada durian sebagai perisa nya, memang saya bedal tanpa toleh kanan kiri,mahupun belakang. Macam wajik durian, dodol durian, lempukn tempoyak dan pengat durian. Haaaaa, bab pengat durian yang nak cerita ni.

Yehaaa! Fevret wa ni, pengat durian makan dengan roti! Jadi sebagai anak mithali saya pon buatlah pengat durian tu. Fuhhh! Sedap beb! Terliuq tak? Terliuq tak? Hahahaha!

Ok, kalau bebel panjong lebo korang mesti taabaca punye aduiii, jadi silalah layan gambar gambar je okeh!

.Tu dia. Punya berlambak lambak. Ni baru sini, belah kanan sana ada lagi selonggok banyak macam ni.


.My Parents tengah kupas untuk buat tempoyak.

.Layan makan durian dulu.
.Pengat durian dalam periuk. Saya buat! Saya buat! Bangga nih!Haha!
.Gambar cun cun atas tujuan pengiklanan. Haha. Bajet!

.Hidangan untuk satu family. Fuhhh! Sedap wooo!
.Cit, adik saya pergi koyak koyakkan roti pastu dia letak dalam mangkuk tu, pastu suap pakai sudu, orang cicah, die buat gitu, last last, saya pon ikut macam tu. Haha! *punyalah panjang caption*


.Dah habis. Yummy!

Amacam, jeles tak? Hahaha. =P

Terimakasih sudi baca! (:

Saturday, July 23, 2011

Rumah Kesunyian Weh!

Assalamualaikum!

Keseorangan, kesepian dirumah. Huhu. Yela, diorang semua hantar adik lelaki saya ke SEGi College. Sebenarnya nak ikut juga tapi disebabkan adik saya yang PMR tahun ni ada kelas, so saya terpaksa tinggal rumah teman dia. Ni pun budak tu taablik kelas lagi. Jadi sensorang kat rumah.

Rumah ni dahlah panjang, nak ke dapur pon seram sejuk dibuatnya. Haha. *padah suka tengok cerita hantu*

Kesian saya kan? Sapa kesian dengan saya sila bagi saya keropok lekor satu bakul penuh! Hahaha.

Dengan 'baby'. Bukan beliau yang masuk SEGi tuh.Haha.


Terimakasih sudi baca! (:

Saturday, July 16, 2011

Kisah Makan Malam Yang Lewat Gila

Assalamualaikum!

Burp! Kenyang. Hehe. Korang dah makan? Mesti dah dinner pukul 6 tadi lagi kan? Tula, ingatkan lepas magrib nak terus makan malam, tapi banyok lak halangan tak tentu hala. Haha.

Pukul 6.30 petang tadi baru tergocoh gocoh nak main badminton dengan adik adik kesayangan disaat ayahanda sibuk dengan Liverpool vs Malaysia. Ingatkan nak join ayah, tapi rasa macam nak tahu keputusan je sebab kalau saya tengok, asyik terjerit jerit tak sedau diri lak. Haha.

Main badminton sampai 6.45 je sebab berebut raket dengan adik. Yela, raket ada 3 je. Adik ada 4. jadi jumlah pemain *ecececeh* ada 5 lah. Mana tak berebutnya. Haha.

Pastu terus terjun ke dapur nak masak sardin masak lemak. Alamak, lada belum blender lak. Masa adik tengah tolong cabut kepala lada tu satu demi satu dengan tekunnya, pergilah join ayah tengok bola jap. Cit, sampai ke magrib, tambah masa 4 minit, dah 6-3. Not bad lah kalau tengok Malaysia perform. Ups taaleh ulas lebih lebih. Wa taapandai. Hehe.

Turun je dapur, sementara diorang solatjemaah, saya potong memotong apa yang patut, lepas tu solat, lepastu baca Yassin. Kan Nisfu Syaaban, jadi baca lah Yassin*3 kali*. Last last makan malam jam 8 lebih, disebabkan saya masak terlalu sedap ditambah dengan kepedasan tahap dewa api, kami taaboley tahan nafsu gelojoh. Haha. Makan lah bertambah tambah. Haha.

.Sukan cluster A KMNs'08.


Sekali la lagi saya bebel panjang panjang padahal tiada yang sanggup baca. Wuwuwu!

.Minta Jasa baik korang tolong komen SINI ya.


Terimakasih sudi baca! (:

Sunday, July 10, 2011

Dia Seorang Ayah

Assalamualaikum!



.ayah.

Penyabar
Penyayang
Jarang Marah, kalau marah, ayah akan diam.
Saya takut kalau ayah diam sebab saya tahu ayah tengah marah, tapi ayah pendam dan cuba bertenang.
Ayah, ayah kena bertenang tau, nanti tekanan darah ayah naik lagi.
Kami semua sayang ayah!

Terimakasih sudi baca! (:

Thursday, July 7, 2011

Tahukah Anda Maksud FAMILY?

Assalamualaikum!

-Suatu Kisah-


Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu"

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini"

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu.



FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?.

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
melebihi keluarga kita, adakah ia merupakan suatu pelaburan yang bijak?.

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU



.Dirumah Wan di Kuala Lipis Pahang. Heart Them!.


Terimakasih sudi baca! (:

Sunday, July 3, 2011

Kakak Bertindak Kejam Pada Adik Sendiri?

Assalamualaikum!

Jap lagi saya nak potong rambut adik saya. Muahahahhaha! *Ketawa kejam* Beliau bajet saya akan potong rambut beliau dan menjadi sesyantek ini.
-
-
-
-
-
-
*Amber dari F(x).Sangat cool dia wokey!*

Mahupun sesyantek ini
-
-
-
-
-
-


*Minzy dari 2NE1.Saya peminat setia dia wokey!*
Padahal saya suruh dia tutup mata dan berbisik padanya "Sila percaya pada akak, akak akan jadikan ko princess" dan memotong rambut beliau sebijik sejebon macam ni
-
-
-
-
-
-

Kemudian saya akan ketawa kepuasan, kejahatan. Muahahahahhahahhhahahhaha!

Muahahahahahaha!



p/s: Semua gambau Mr.Google bagi wokey.

Terimakasih sudi baca! (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers