First of All, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir dan Batin!
Macam mana raya korang? Seronok? Haa, apa? Gemok? Hakhakhak! Seronok makan, gemoklah jawabnya. Contoh terdekat, saya, saya, saya!!! *angkat tangan tinggi-tinggi*
Okeh, fine, pembetulan, bertambah gemok! Silalah lah makan Alpha Lipid II. Cehh, kuasa pulak aku. Itu kakak saya yang setia menjamu Alpha Lipid II. Kemain kau, turun 6 kg. Terbaik!! Tapi terseksa pon Terbaik jugalah. Hahaha! *jahat*
Ok, back to the topic. Syawal 2012. Raya tahun ni ok juga dari tahun lepas. Tahun lepas simple and boring.
Excited ye juga, sebab balik kampung, Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. Ye, ye, tahu, kampung Siti Si bertuah tu.
Kitorang balik raya kedua sebab raya pertama ayah kerja. Memang seronok balik sana sebab rindu gila kat Wan, MokDe adn CikBi.
Kalau tahun-tahun sebelumnya, balik sebelum hari mantai lagi, pastu kacau dodol, buat rendang, ketupat and lemang. Eh, tipu, lemang wan je yang buat. Sebab Lemang wan je sedap! Hehe. Dodol tu resepi mereka juga. Kami penghulur tenaga sahaja. Hehehe!
Jom layan gambar yang tak seberapa!
.posing sebelum gerak. mata terBESAR tu gua. |
.Hoooreeee!. |
.Singgah makan bekal tengahari di Air Terjun Chamang, Bentong. |
.main mercun sekejap sebelum tahlil.sumber dari abang polis.haha. |
.sesudah bertahlil. |
.okeh, ni bukan semua sedare sana, ni ade dua keluarga je.yg sebenar ada 11 keluarga, ni je yang sempat snap keh. |
.meet my Wan. |
.ni lah MokDe kawah. Gambar CikBi tak sempat snap. Waa. |
.singgah Air Terjun Hutan Lipur Lentang, Bentong Pahang otw balik Melaka. Syiok beb! |
Tak berapa banyak gambar. Malas pula nak pegang kamera. Handphone gua tak canggih, kamera tak cantek maaa.
Eh, rasanya belum bagitahu, kalau balik Padang Tengku ni memang boleh cepat gemok, mana taknya, balik sana semua pakar pakar memasak makanan tradisional. Paling sedap beb! Esp Masak Asam Tempoyak! Walaweh, sampai jilat kawah beb! Hakhak! *over seh!*
Ok, OK, next! Balik dari Padang Tengku, keesokkannya beraya dengan member sekolah menengah, tapi main sergah je. Gambar yang di snap tak sempat rembat dari kawan. No no photo keh..
Ok, itu je kot. Raya korang pula macam mana? Mesti ada pelbagai cerita kan?
.selamat hari raya aidilfitri semua!!!. |
Terimakasih sudi baca! (:
No comments:
Post a Comment