Monday, February 28, 2011

ExhausteD!

I’m exhausted!!!!



.tengok, tupai pon pandai exhausted tau.


fuhh!



.panda ni pon exhausted.


.toing.give up.



.adeh.



.kro0o0h.


.no other choice.



p/s: assgn, FYP!

Sunday, February 27, 2011

Merinduimu SAHABAT



.Hidayah Ahmad.
.Rindunya kat awak.
.Sesangat.
.Rasa sangat sedih bila teringat masa kita bersama kat H3P6 yang sangat singkat dulu.
*menangis ni*
.Dayah rindu kita tak?.
.Tak sangka Dayah dah nak kahwin.
.Sedih lagi bila kita tak dapat datang.
.Sedihnya.
.Dayah, kita kenal sekejap je, tapi Kita rasa rindu & sayang gila dengan Dayah.
.Dayah, good luck in everything.
.Semoga ukhwah kita kekal selamanya.
.Amin.

p/s: rindu juga kawan2 sekelas KMNs-H3P6-

We are in Malaysia

Here are some tips to keep and feel fresh while u are in Malaysia. A country with equable temperatures, range from 21-31°C. Panas kan? If tak panas, hujan melimpah-limpah ke ladang gandum pula bila wet season (NE Monsoon)  dah datang. Masalah ke bagi korang? For me, Ok je. Bersyukur kot cuaca gitu kat Malaysia. Sederhana kan?
Eh2, shafiyyah, anda telah lari topic ni. Haha. At first nak share some tips, but termengarut pula.
Ok2. Disebabkan our country tercinta ni panas yang agak terik and hujan yang kekadang lebat melebat, i would like to share some tips that will give benefit to all of us. Hopefully lah.. 
  • Try to avoid the heat of the day and make sure you drink lots of water to avoid dehydration *rule of thumb kot*. Mineral water in a plastic bottle costs about RM1.00. So carry 1 to quench your thirst. If you don’t have any, beli lah kak, kedai banyak tu.
  • And the under-rated umbrella – that centuries’ old invention – is still useful (and certainly in fashion!) when you travel under the hot sun and unpredictable rain. Carry one around - it can also double up as a self defence weapon. Hiyak, hiyak,hiyak, belasah je dengan your ‘old invention’ umbrella. J
  • And,,,there are foldable umbrellas now, and they are more durable and lighter, compared to the heavy made-in-China wooden-handled paper umbrellas your father used to carry in the old days! Gedabak gila kan.
  • Or you can just wear a hat, a cap, straw-hat or something shady over your head to cover from the sun (and rain).
  • Also try to wear LOOSE-FITTING SHIRTS and CLOTHES made from natural fibers like cotton, rather than synthetics. Sweat is absorbed and evaporates faster, and the body feels cooler and less sticky. *capslock LOOSE-FITTING SHIRTS and CLOTHES as in Islam, we are forbidden to wear very ketat2 clothes- you alls know what I mean(for muslim only lorh)*



wulamak. dapat payung ni memang syiok! lol~




Friday, February 25, 2011

The Captured Moments


(*^_____^*)



with Mong Hang in front of IPMB's simpang.-tunggu bas bergerak-heh? 


Mong Hang and Su Fei(me lorh.lol)


.empty chairs need to sit for photo session.


my super duper uggly dugly shoes and pants on the very beautiful Allah's creation-rumput yang menghijau-


crdt to me and my self for capturing this photo and editing. MongHang takde lah lompat tinggi macam tu pun sebenarnya. lol~



Monday, February 14, 2011

Siapa Jadi Imam Jenazah Kau Kelak?

Cerita ni saya saya telah ambil dari blog 1 of my friend dengan izin beliau. Thanks Muna... Ambil nilai2 positif-


"Siapa kau pilih untuk imamkan Jenazah kau??"
 

Satu persoalan yang menarik untuk kita tanya pada seseorang..banyak reaksi kita boleh tengok bila soalan macam ni diajukan..ada yang marah, ada yang rasa kelakar, ada yang terasa, dan ada jugak yang tak rasa apa..yang menariknya, soalan ini diajukan pada aku, dan pengalaman inilah yang aku ingin kongsikan..


 Soalan ini diajukan pada aku, sewaktu kami sedang berbincang mengenai politik..dalam perbincangan, seperti kebiasaan, ada pro dan kontra, ada kerajaan dan ada pembangkang..saat masing-masing sibuk berbincang, sibuk bagi fakta yang tak tahu betul atau tidak, sibuk cerita pengetahuan entah haq ataupun batil, seorang rakan aku yang letakkan dirinya di tengah-tengah, bukan kerajaan dan bukan pembangkang, menghentikan perbincangan dengan bertanyakan satu persoalan.. 


"Jika kau diberikan pilihan..sewaktu kau dah dipanggil menghadap Ilahi, sewaktu kau dah meninggal dunia, dan dikala jenazah kau hendak disembahyangkan, datangnya dua orang pemimpin ternama, Dato' Seri Najib Tun Razak dan juga Tok Guru Nik Abdul Aziz..siapa yang kau pilih untuk imamkan jenazah kau?"

 
Soalan itu membuatkan kami semua terdiam seketika..dan selepas tu, tanpa segan silu, masing-masing menjawab dengan penuh yakin, tak kira penyokong kerajaan atau pembangkang, kedua-dua pihak memilih Tok Guru Nik Aziz..salah sorang rakanku dari penyokong kerajan menjawab, 


" mestilah Nik Aziz..dia kan ulamak..tak kan nak suruh Najib pulak.." 

dan kawan aku yang menanyakan soalan tadi pun membalas..dengan penuh bersahaja.. 

" kalau nak mati, atau dah mati pandai nak pilih pemimpin, dengan mudah dan penuh yakin nak pilih pemimpin, kenapa sewaktu hidup ni tak reti nak pilih??" 

semua terdiam..dan yang bertanya soalan tu beredar....... 

jadi...SIAPA PILIHAN ANDA?? =)






Saturday, February 12, 2011

MyPreciousDoughnuts! Haha!

-My 4th trials-

Phewit! Pandai tak aku buat Donut? Nampak sedap tak?
Haha.
Ini adalah percubaan yang ke-4 kalau tak silap..
First percubaan masa raya haji, *yela, sambut raya haji di UMS kan*, nak la ada something yang special untuk pagi raya kan.Last2, donut tu keras. Tak lembut. Serupa macam tak letak Yis.
Haha..
Tapi yang bagusnya, sambal nya best! Bukan aku yang cakap ea, orang lain ea.. *ke diorang nak jaga hati aku je?huhu.*
Sebab aku buat donut sambal*saya yang sangat sensitive dengan makanan manis.hehe.mesti nak pedas!*
Yang 2nd Trials adalah kononnya nak bagi my costmates makan, tapi, disebabkan tak berapa jadi, aku tak buka bekas tu masa ramai orang, masa orang dah ramai nak balik, tinggal beberapa orang je lagi, baru aku cakap.."saya ada buat donut, uols mau rasa? sorry lah, memang tak sedap.huhu..*

Donut yang ke-3 tak ada ambil gambar pula. Tapi donut dah nak menjadi, tapi masih kureng. Hehe..
Tapi, in my personal view lah kan, yang ke-4 tu ok lah juga. Lembut! Hehe..Tu, tu, gambar yang atas sekali tu.
3rd & 4rd donut tak buat sambal sebab aku dah pindah asrama, so, tiada dapur masak, tiada lesung untuk aktiviti tumbuk menumbuk bawang. Hehe..



-My 1st Trials! Eid-adha special. ecececeh-

-My 2nd Trials-Costmates special.. picture taken from K.Nisa's FB. Thanks K.Nisa sudi display my donut yang xseberapa ni.. Hehe-


p/s: nak resepi?haha. korang google je. Mr.Google baik hati, mesti dia ada bagi nanti. aku pon minta tolong Mr.Google juga! peaceout!

Monday, February 7, 2011

Kenapa Nak Risau, Tuhan kan Ada.




Aku tahu, aku ni agak lembab.
Mesti lah supervisor aku tak gemar aku kan.
Tengok je cara dia comment my chapter 4, asyik ada tanda seru je.
Kawan aku yang lagi satu tu tanda smiley je.
Beliau suruh kami buat sama2 supaya tally.
 Memang dah buat sama2 pon,tapi hak aku beliau comment lebih2, hak kawan aku tu, dia tak comment pon part yang dia comment aku tuh.

Yela2, aku budak lembab. Lembab an?
Tapi aku tetap akan buktikan aku boleh!
Usaha.Doa.Tawakal.Amin.

Sunday, February 6, 2011

Lawak: Si bisu dan gangster



Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.  Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah."


 p/s: Jadilah pakar bahasa isyarat utk gangster, untung2, kaya dari bos.. haha..Hampeh!

Saturday, February 5, 2011

Lawak: Apabila Hantu Berborak




Dua ekor hantu bertemu dan bercerita bagaimana mereka mati...... 

Hantu 1 : Bagaimana kau boleh mati? 

Hantu 2 : Aku mati akibat kesejukan... 

Hantu 1 : Macam mana rasanya mati dlm kesejukkan tu? 

Hantu 2 : Sebenarnya aku terkurung dalam peti ais...  mula2 aku cuma menggigil, lepas tu anggota   aku mula membeku, kemudian aku rasa dunia aku gelap dan akhirnya.... tapi aku rasa bersyukur, aku mati tanpa banyak kesakitan... . 

Hantu 1 : Ishhh...kesiannya kau 

Hantu 2 : Kau pulak, macam mana kau boleh mati....? 

Hantu 1 : Aku kena serangan sakit jantung... 

Hantu 2 : Oooo...cam mana kau boleh kena serangan sakit jantung? 

Hantu 1 : Sebenarnya aku dapat tahu isteri aku curang. 

Suatu hari, aku balik ke rumah secara mengejut. Aku nampak ada kasut lelaki kat depan pintu. Aku tahu mesti isteri aku sedang bermesra dengan jantan lain.. 

Aku berlari masuk bilik tidur, cuma ada isteri aku...aku tahu mesti jantan tu bersembunyi kat mana2.. aku lari masuk bilik air, tak de jugak, kemudian aku lari ke tingkat bawah, tengok dalam setor, pun tak ade...aku lari naik tingkat atas semula, tengok dalam almari..... sebab terlalu penat aku berlari la aku kena sakit jantung...memang sakit dan akhirnya.... 

Hantu 2 : Apasal kau tak tengok dalam peti ais...kalau  tak, kita berdua masih hidup lagi sekarang ni.... heheheheeee. klau tak b'madu la  kite ya..........

p/s: Ni memang copy paste tapi dah lupa mana source dia. Koleksi lama2 ni wei. Ni Cerita lawok, bukan Cerita seriyes, jadi abaikan tajuk. Bhahahahahahaha!

Wednesday, February 2, 2011

HOLE?



Ada sesetengah agama, not Islam of course, people believed that holes are wrath of god on this earth and are pathway to hell..
Biarlah, kepercayaan orang, and,,,here it is certainly not the case.
Plus, they thought holes created in different parts of the world either due to human works like mining, as sum of these are diamond mine shafts that have been abandoned or due to wrath of god as we all know through meteor shower or something similar falling that made the dinosaurs extinct are today popular vacation spots as they are a visual extravaganza.
They said, not me, okey..
However,,,,
Whether it’s the Great Blue Hole of Belize, Mirny Diamond Mine of Siberia or the Burning Gates of Turkmenistan, all of these attract a lot of tourists and adventure seekers every year just to get a glimpse and experience the ultimate souvenir of nature. Check these cool pictures.
*can click at the pictures to know the hole’s name*






















source  intradayfun.com

Tuesday, February 1, 2011

Kundasang Lagi


Haih, tak tahu nak mula dari mana. 30 Feb, dah start cuti CNY.

So, takkan nak lepak kat bilik je kan, so, kawan aku yang baik hati sorang ni, ajak aku join geng dia pergi kundasang. At first, diorang merancang nak g Labuan, tp xjadi disebabkan kos yang amat tinggi an.. *kedua2 tempat aku dah pergi, tapi disebabkan bosan keseorangan kat bilik, so, nak join jugak! Hehe*
Kawan aku ni budak kos psikologi, kos psikologi ni memang ramai budak Kelantan, *kawan aku ni pun Kelantan*.
Seronok juga la though it's awkward in the first place. Yela kan, xkenal langsung diorang, eh3, kenal si saiful je.
Ktorang semua 13 orang. Naik van, si saiful kecik yang bwa. Xkena dengan badan kecik, rock la mung! Hehe..
Kitorang jalan nix tau hala tuju sangat ni, tp diorang dah plan, mula2 mesti pergi poring kat Ranau.. OK, sini aku belum pernah jejak kaki lagi. Dah sampai poring, bukan jejak kaki je, rendam kaki gak. Haha. Budak2 lelaki je pergi mandi, ktorang, 8orang budak perempuan, xmandi, lecehla, nanti nak bersiap dah makan masa, dah la banyak tempat nak pergi lagi ni. So, kami just rendam2 kaki je.
Haa, benda yang seronoknya, sepanjang perjalanan atas va, ktorang xkan berhenti ketawa dengan telatah si Poji. Haha.. Lawak gila kot mamat tuh. Xsyak lagi, mesti budak Pasir Mas. Bingo! Haha. Bebudak Pasir Mah meme naka! Bila dia wat lawak slumber dia tuh, rasa nak hantuk2 kepala kat kusyen kerusi ketawa terbahak2. Serius lawak.
Paling kelaka masa dia nyanyi lagu Alhamdulillah, Yasin feat. TooPhat. Siap full rap lagi. Haha. Pastu dia suka jadi bermacam2 warga bangsa, Jap Mat Salleh, jap Cina, jap Sabahan. Haha. Lawok ar mung Poji!
Ok2, dah terlebih2 cakap pasal Poji lak.
Kitorang xpergi banyak tempat sangat juga lah sebab hujan, kabus gila tebal, dah rasa macam kat overseas. Kali lepas, xde la sesejuk ni. Dah la kitorang masing2 xbawa sweater or shawl ke. Yang lelaki je pkai sweater.
Last tempat kitorang pergi adalah Kundasang War Memorial. Time tuh dah nak jam 5.30ptg, dah nak ttup ni, tapi kitorang rayu2, hehe, lepas juga.. Snap sana, snap sini, cepat2 je kitorang jalan. Tp syiok jugak!
Pas tu kitorang g membeli belah sayur, sedeh2, membeli belah dah gelap, kedai2 tu pon dah nak ttup, act malam memang xbuka, that’s why xda lampu. Sampai terbeli sayur yang agak dah xlawa.. Huhu.. xpe2..
Then, kitorang siggah kedai yang jual sayap & bontot ayam paling sedap kat sabah, itu diorang cakap la, aku rase, ehem2, AB punya lagi sedap. Hehe.. no offend ye.. Hehe..
Pastu dok bincang2 saiful benti drive sebab dari 6pg die drive sampai la dah jam 7.30 kot time tu, diorang dah wisau, sure saiful penat kan, tp, macam xde sape yang boleh bawa lagi.  Yang lain tu boleh ja, tapi kureng yakin. Ahak2.
Last2 saiful bwa juga. Eh2, jap2, kitorang siap plan nak tido kat kundasang lagi, 1hostel rm150 g2, so, boleh share duit, jadi murah la sorang kan. Time tu aku dah berkerut, alamak, fulus dah nak abis ni, almaklumlah, im the only one yang pinjaman lom masuk lagi an. Bikin Panas.
Si saiful drive sampai tuaran je, pastu bertuka tangan lak, si Poji yang kelakar tu bwa. Laju gila siot!!! Sebab dia xsabar nak tengok bola piala sumbangsih Kelantan vs Selangor. Chit! Klo kami mati cane? Hah, hah, guano tu? Haha..
Tak2 kami selamat sampai IP, duk kat restoran, em, restoran, em, restoran ape eik, lupa lak. At first kedai tu buka TV3, pastu mereka dengan berani minta tuka TV1. Nasib diorang tuka juga, maklumlah, customers kan.
Syiok la diorang tengok, yela, minit ke 20 camtu, Kelantan dah gol. Syiok tok diorang tengok Fahmi tu.. ish2. Dahsyat..
Pastu separuh masa kedua habis, budak kedai tu slumber tuka TV3, nak nengok drama Melayu lah tuh. Ya2,memang. Btw, cita tu agak klaka. Haha. Aku pon layan juga lah, tapi yang lain muka dah berasap2 ni, minta tuka TV1 balik, diorang wat muka slumber je, xlayan pon, wat2 kusyuk tengok drama. At that time, memang xramai pelanggan.
Last2 diorang fed up, ktorang pon blah la..
Disebabkan kitorang sewa van 1hari, dari jam 5, so sampai 5 pagi balik lah kan, semangat diorang ni, nak jugak habiskan 1hari tu. Haha. Mesti2, dah bayar, jangan bazir, amalan syaiton tuh. Haha..
Pas dah blah dari restoran yang mengong tuh, kitorang g la sepanggar bay, yang KD Pahang terdampar tuh. Cantik view malam2, oleh lampu2 neon kapal2 yang terdampar kat c2. Posing agi. Haha..
Then, kitorang xtau nak pergi mana lagi ni, last2, g KK. Nak g tengok maknyah kat KG Air. Gila tol diorang ni.
Sampai2 sana, xde lagi dahhh, malam masih terlalu baby, baru jam 11 kot, diorang makeup pon lom kot. Dah sampai KK, masing2 perut dah penuh, masing2 punya pundi kencing pon dah penuh, so nak g terkucil kat ne eik? Haha. Si saiful bawa kitorang g Terminal II. Semata2 nak kencing. Haha.. Yela, minyak manyak lagi ni, xleh membazir.. xleh2 kan tadi dah royak, membazir tuh amalan syaiton..
Ish2, panjang nye aku membebel.. xboleh2, nak cite gak! Hehe..
Pas dari terminal II, kitorang g balik la, tapi ikut jalan jauh, saja2 je. Hehe..
Akhirnya sampai pagar UMS jam 1 lebih, cenggitu la. Macam biasa, mesti kena tahan dengan pakGuard nye. Seperti yang telah kami rancang, kami cakap kami baru balik dari field work. Haha. Dan, dengan senang nya, pakGuard izinkan kami masuk. Weehhhhhuuuuuu!
Dah xda kerja punya pasal, sampai sisaiful pusing round about UMS 3 kali. Ish3, memang xdak  koje.. haha.
Haa, dah habis dah, krem jari menaip ni..
Tapi serius la, memang seronok. Diorang pon mesra dan kelakar gila. Thanx sudi bawa saya yang asing ni.. sob3, terharu nih…


gambar bakal di upload sebab sume gmbar dgn budak2 tu, nex week la ea...


Peaceout!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...