Saturday, September 1, 2012

Gagnam Style VS Islamic Style

Assalamualaikum w.b.t.

Cakap je Gagnam Style, mesti semua orang tahu, kenal. Selepas beberapa hari MV Gagnam Style, diupload, keluar pula beberapa video parody Gagnam style. Siapa tak layan. Benda famous, semua layan, termasuk saya. Lepas layan MV,  layan parody pula.



Tapi, beberapa lama lepastu, keluar pula isu Islamic Style. Pendekatan islamic untuk menyedarkan kita dari terus terleka. Saya sendiri yang terleka dengan video tu, sedar. Bersyukur sangat sebab ada hamba Allah yang sudi menyedarkan kita. Kenapa nak bagi respon negatif? Cuba dalami apa yang di sampaikan. Betul ke Salah?

Cukup dengan komen2 islamic di video parody kita abaikan, siap bagi jawapan negatif lagi, tapi, sebelum bagi komen negatif kepada komen islamic tu, pikir dahulu, apa yang salah mengenai komen tu? Saya sendiri persoalkan diri saya. Yang bukan islam, tak payah lah ambil port sebab yang mejadi isu Muslim.

Memang sangat baik isu ini timbul. Dapat menyedarkan saya dan sesiapa sahaja dari terus leka. Saat ni saya rasa bersyukur tinggal di Malaysia, yang kononnya mereka cakap, sibuk jaga tepi kain orang, tapi sebenarnya memberi nasihat ke arah kebaikan Muslimin dan Muslimat.

Saya sendiri bukan budak baik, tidak bertudung litup, tapi saya rasa tidak salah kalau saya juga sebarkan hal ini. Mudah mudah hal-hal yang dipandang remeh ini dapat perlahan-lahan menjadikan kita seorang mukmin yang lebih baik.

Kita ambil positif dan buang jauh-jauh si negatif itu!

>>sumber dan inspirasi<<

Terimakasih sudi baca! (:

Sunday, August 26, 2012

Syawal 2012 di Kuala Lipis, Pahang

Assalamualaikum!

First of All, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir dan Batin!

Macam mana raya korang? Seronok? Haa, apa? Gemok? Hakhakhak! Seronok makan, gemoklah jawabnya. Contoh terdekat, saya, saya, saya!!! *angkat tangan tinggi-tinggi*

Okeh, fine, pembetulan, bertambah gemok! Silalah lah makan Alpha Lipid II. Cehh, kuasa pulak aku. Itu kakak saya yang setia menjamu Alpha Lipid II. Kemain kau, turun 6 kg. Terbaik!! Tapi terseksa pon Terbaik jugalah. Hahaha! *jahat*

Ok, back to the topic. Syawal 2012. Raya tahun ni ok juga dari tahun lepas. Tahun lepas simple and boring.

Excited ye juga, sebab balik kampung, Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang.  Ye, ye, tahu, kampung Siti Si bertuah tu. 

Kitorang balik raya kedua sebab raya pertama ayah kerja. Memang seronok balik sana sebab rindu gila kat Wan, MokDe adn CikBi.

Kalau tahun-tahun sebelumnya, balik sebelum hari mantai lagi, pastu kacau dodol, buat rendang, ketupat and lemang. Eh, tipu, lemang wan je yang buat. Sebab Lemang wan je sedap! Hehe. Dodol tu resepi mereka juga. Kami penghulur tenaga sahaja. Hehehe!


Jom layan gambar yang tak seberapa!

.posing sebelum gerak. mata terBESAR tu gua.

.Hoooreeee!.





.Singgah makan bekal tengahari di Air Terjun Chamang, Bentong.

.main mercun sekejap sebelum tahlil.sumber dari abang polis.haha.


.sesudah bertahlil.



.okeh, ni bukan semua sedare sana, ni ade dua keluarga je.yg sebenar ada 11 keluarga, ni je yang sempat snap keh.

.meet my Wan.

.ni lah MokDe kawah. Gambar CikBi tak sempat snap. Waa.



.singgah Air Terjun Hutan Lipur Lentang, Bentong Pahang otw balik Melaka. Syiok beb!



Tak berapa banyak gambar. Malas pula nak pegang kamera. Handphone gua tak canggih, kamera tak cantek maaa.

Eh, rasanya belum bagitahu, kalau balik Padang Tengku ni memang boleh cepat gemok, mana taknya, balik sana semua pakar pakar memasak makanan tradisional. Paling sedap beb! Esp Masak Asam Tempoyak! Walaweh, sampai jilat kawah beb! Hakhak! *over seh!*

Ok, OK, next! Balik dari Padang Tengku, keesokkannya beraya dengan member sekolah menengah, tapi main sergah je. Gambar yang di snap tak sempat rembat dari kawan. No no photo keh.. 

Ok, itu je kot. Raya korang pula macam mana? Mesti ada pelbagai cerita kan?


.selamat hari raya aidilfitri semua!!!.

Terimakasih sudi baca! (:

Tuesday, May 8, 2012

Di Suatu Jalan Yang Gelap!

Assalamualaikum!

*Tajuk nak gempak je!*

Fuhh! Sejak dua menjak meninggalkan zaman Uni ni, dah tak da dah berjalan kaki.  Kalau dulu seminggu mesti 4-5 hari jalan kaki ke institut saya.

Hari ni, malam ni, berjalan kaki sorang sorang balik kerja. Tercabut tumit gua. Itu satu hal lah. Biasanya klau balik dengan kawan, tengok jalan terang benderang je. Siap cakap dalam hati lagi 'Kalau  wa jalan kaki pon tarak takut  punyalah'

Cit!! Rupanya bila berjalan kaki, gulap gulita kiri dan kanan. Creepy gilerhh! Haha. Bukannya seram sebab benda benda ghaib even though jalan di sebelah kubur, tapi, you knows, human beings are much scarier than benda benda ghaib kan.

Ok lah. penat. Nak minta adik picit picit kaki ni.

.ni yang sempat ku snap sepanjang perjalan balik tadi.



TIPU!! hehe.tu dari Mr.Google je!


Terimakasih sudi baca! (:

Friday, May 4, 2012

Thursday, May 3, 2012

Walimatul Urus Naja dan Yatie

Assalamualaikum!

Saya baru 23 tapi saya mempunyai ramaaaaiii kawan yang dah kahwin. UNTUNGLAH dah ada suami. Hehehe.

Minggu lepas abang saudara saya pula nikah, Naja and Yatie. Alhamdulillah, ikatan mereka halal akhirnya dan majlis juga berjalan dengan baik. Simple and sederhana. Bila kenduri belah lelaki ni memang sepi sikit. Majlis berlangsung di Taman Rembau Utama, Rembau, N9.

Gambar pon tak snap banyak. Makanan memang macam bukan makanan pengantin tapi serius sedap gila! Kalau KakLang masak memang tiptop, kerabu su'un paling the best! Jom chekidaut gambar gambar kenduri~

.kenduri belah perempuan.


.entrance gempak seh.

.flower boys and girls.

.untunglah Parlimen Rembau datang *Khairy jamaluddin*.


.Kawan Mak, makcik Jamaliah.

.Anak Makcik jamaliah yang dulu ku sangkakan
kanak2 ribena, rupanya 18 tahun. Ai Iqmal dr Pilih Kasih.

.Masakan KakLang (kaksedagho) yang terameklah sodap!.

Macam macam jenis minuman ada, sure yang paling saya ingat CENDOL lah. haha. berteguk teguk saya makan cendol tau! 



Terimakasih sudi baca! (:

Monday, April 23, 2012

Jangan Kau Sangka

Assalamualaikum!




Wahai yang bertudung labuh ataupun yang bertudung, jagalah perilaku mu kerana tiap langkah mu akan menjadi sebutan sekiranya ia tidak sopan.


Terimakasih sudi baca! (:

Thursday, March 22, 2012

Anak Dara Tua.

Assalamualaikum!

Fuhh! Tajuk adalah bermaksud anak dara tua kerja. Sure korang tak faham punye haih. Serius sedih weh! Dah 4 bulan after grad, tapi sekarang masih tanam anggur. Waaa! Bila nak dapat kerja eik? Resume saya terok sangat ke para majikan oi.. Huhu.

Tiap tiap hari kot buka website2 kerja kosong. Banyak juga dah apply. Huhu. Masih belum rezki kot. InsyaAllah, satu hari nanti mungkin dapat. *positif, positif* Eh korang, kalau ada jawatan kosong, sudi sudilah share kat saya ea. *wink wink!*

Sekarang ni kerja kat satu kedai Hardware. Pergh, rasa macam dah tuff je lengan ni. Angkat macam macam macam benda berat. Kaki and tangan pon dah tak makan losyen beb. Keras kematu!


.berseronok kat kedai.kalau bos tahu, mampos!haha.


Em, tak kisah lah kan. Atleast dapat juga duit. Banyak pengalaman kerja kat kedai hardware ni tau! Dah boleh sikit2 bertukang kat rumah. Haha! setakat tukar kepala paip ke, repair sikit sana sini, boleh lah. Haha. Sebelum ni rasa tengok orang perempuan pasang rail langsir sure rasa, "Wah, pandai minah ni set kan rail langsir" Padahal bapak kacang set rail langsir.

panjang lah nak cerita pengalaman kalau kerja kat kedai hardware ni haih. Ok lah, nak fokus tengok cerita amukan pocong. Bai!


.selebet and senget.hehe.

Terimakasih sudi baca! (:

Monday, January 9, 2012

Jalan Jalan Bandar Melaka!

Assalamualaikum!

.ini DP fb kami. hehe.


Okei, siapa belum pernah jejak kan kaki ke Bandar Bersejarah Negeri Melaka? Malu beb! Malu. Hakhak. Perlu ke? 

Okeh, sebenarnya kawan saya yang jauh datang dari Kelantan, jalan2 Melaka. Sesungguhnya, Melaka sahaja yang belum beliau jejaki dalam Malaysia ni. Cess, cess! So, ni first time beliau lah ni. Malas pulak nak bebel kan, so, layan gambar je. Gambar pon takbanyak sebab bateri habis. Lucu gila, ada 2 kamera, tapi dua2 king kong. Haha.


.ini beliau. beliau cakap rumah2 kampung kat melaka chuntek and kemas beb! well, mmg pon.hehe.

.one of the example.shot by her while in the bus,

.yang lelaki tu adalah kawan saya yang sudi jadi tourist guide since saya pon blur nak jalan2 bandar melaka. tengs beb!

.check peta dulu. haha. perlu ke?

.Bangunan Stadthuys dll.

.okeh, gambar senget.


.uhhh, teriknya matahari. kunun. hakhak.

.kapal peninggalan portugis, Kapal Flor de Lamar.besau giler.ehemm, name pon kapal.



.entrance kota A famosa. okeh, saya gedik sini. 

.beliau si tourist guide. tengs beb!


.pg pantai klebang sementara menanti malam.singgah tengok kapal selam SMD Ouessant Agosta 70. **kapal yang digunakan malaysia sebagai persediaan dapat scorpene yang kokak tu. hakhak.

.Dalam menara taming sari.


.last destination.river cruise.

Banyak lagi gambar sebab travel dari pagi sampai malam. Memang seronok. Seronok jalan2 satu hal, seronok enjoy dengan kawan kawan pon satu hal. *pergh, macam ramai je bunyi, padahal 3orang je.haha*

Memang nak berterima kasih sangat kat kawan saya yang sudi jadi tourist guide tu. Tanpa beliau, sure kami sesat. Haha.*Atuff, mesti ko bangge kan?haha.*

Akhir kalam, *chehh, chehh*, melaka memang bersejarah, cantik, bersih dan lain lain lagi *rugi tak datang melaka tau!*. Saya bangga tinggal di melaka. * tapi,saya bukan anak melaka tau*

Terimakasih sudi baca! (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...