Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Saturday, July 5, 2014

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

Assalamualaikum!

Saya nak duit raya dari www.nile.com.my.

Hepp! Siapa tak kenal Nile.com.my tu? Meh sini, nak jentik sikit. Sebelum saya teruskan, baik saya coretkan sikit mengenai Nile ni.Nile.com.my merupakan online shopping Malaysia yang menjual pakaian , kasut, beg, barang kelengkapan gym, buku, kelengkapan rumah dan macam-macam lagi. So, Nile ni mengadakan giveaway bagi Hari Raya AidilFitri ini .

Macam mana nak join giveaway ni??

Senang je. Korang klik SINI untuk maklumat lanjut.



Alhamdulillah, saya dapat Duit Raya ni, saya gunakan untuk kelengkapan Hari Raya Aidilfitri 2014. Walaupun jumlah RM300 tidak sebesar mana, tapi serba sedikit ia membantu saya juga. Sometimes, Less Is More kan? Hehehe.

Ok guys, jom join GA ni! Tak rugi pon mencuba!..


p/s:Sifu saya ajar, cara submission dengan Tuhan tu penting,
jangan submit 'kalau' submit seolah2 kita 
dah dapat bendanya. Faham ke faham?
Terimakasih sudi baca! (:

Sunday, August 26, 2012

Syawal 2012 di Kuala Lipis, Pahang

Assalamualaikum!

First of All, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir dan Batin!

Macam mana raya korang? Seronok? Haa, apa? Gemok? Hakhakhak! Seronok makan, gemoklah jawabnya. Contoh terdekat, saya, saya, saya!!! *angkat tangan tinggi-tinggi*

Okeh, fine, pembetulan, bertambah gemok! Silalah lah makan Alpha Lipid II. Cehh, kuasa pulak aku. Itu kakak saya yang setia menjamu Alpha Lipid II. Kemain kau, turun 6 kg. Terbaik!! Tapi terseksa pon Terbaik jugalah. Hahaha! *jahat*

Ok, back to the topic. Syawal 2012. Raya tahun ni ok juga dari tahun lepas. Tahun lepas simple and boring.

Excited ye juga, sebab balik kampung, Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang.  Ye, ye, tahu, kampung Siti Si bertuah tu. 

Kitorang balik raya kedua sebab raya pertama ayah kerja. Memang seronok balik sana sebab rindu gila kat Wan, MokDe adn CikBi.

Kalau tahun-tahun sebelumnya, balik sebelum hari mantai lagi, pastu kacau dodol, buat rendang, ketupat and lemang. Eh, tipu, lemang wan je yang buat. Sebab Lemang wan je sedap! Hehe. Dodol tu resepi mereka juga. Kami penghulur tenaga sahaja. Hehehe!


Jom layan gambar yang tak seberapa!

.posing sebelum gerak. mata terBESAR tu gua.

.Hoooreeee!.





.Singgah makan bekal tengahari di Air Terjun Chamang, Bentong.

.main mercun sekejap sebelum tahlil.sumber dari abang polis.haha.


.sesudah bertahlil.



.okeh, ni bukan semua sedare sana, ni ade dua keluarga je.yg sebenar ada 11 keluarga, ni je yang sempat snap keh.

.meet my Wan.

.ni lah MokDe kawah. Gambar CikBi tak sempat snap. Waa.



.singgah Air Terjun Hutan Lipur Lentang, Bentong Pahang otw balik Melaka. Syiok beb!



Tak berapa banyak gambar. Malas pula nak pegang kamera. Handphone gua tak canggih, kamera tak cantek maaa.

Eh, rasanya belum bagitahu, kalau balik Padang Tengku ni memang boleh cepat gemok, mana taknya, balik sana semua pakar pakar memasak makanan tradisional. Paling sedap beb! Esp Masak Asam Tempoyak! Walaweh, sampai jilat kawah beb! Hakhak! *over seh!*

Ok, OK, next! Balik dari Padang Tengku, keesokkannya beraya dengan member sekolah menengah, tapi main sergah je. Gambar yang di snap tak sempat rembat dari kawan. No no photo keh.. 

Ok, itu je kot. Raya korang pula macam mana? Mesti ada pelbagai cerita kan?


.selamat hari raya aidilfitri semua!!!.

Terimakasih sudi baca! (:

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!

Assalamualaikum!

Taksangka, pejam celik pejam celik, esok bukan lagi ramdhan, esok dah syawal. Busy kat MYDIN memang rasa masa berlalu sangat cepat. Serius wa cakap lu. Blog pon tak terupdate. Langsung! Fuhh~

Entri pendek ni sekadar bertujuan nak bagi kad raya kepada semua blogger yang kenal mahupun tak kenal saya. Nah! Ambil kad ni. Hehe



Mohon maaf atas kesalahan yang ada saya buat mahupun sengaja atapun tidak sengaja. Mungkin ada yang terasa dengan entri saya ataupun saya tidak membalas jejak mahupun komen. emm, ape ape jelah. SAya tahu memohon maaf bukan sahaja pada raya, tapi pada bila bila sahaja. Tapi disebabkan Kat MAlaysia ni dah sinonim macam tu, saya pon ambil kesempatan ni. Dunwori, at any time saya akan sentiasa memohon maaf sekiranya ada melukakan mana mana pihak. Cheh, Macam hape je pulak kan. Hahahahaha!

Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua!!!!

Terimakasih sudi baca! (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers