Friday, April 29, 2011

My Bakal????


Assalamualaikum!

Kali ni OPIE ISA nak buat entry mengada2..Bhahahaha!

Saya nak bercerita tentang ciri2 lelaki yang bakal merampas hak saya dari tanggungan mak dan ayah saya yang tercinta (suami la). Pergh! Ayat takboleyblah.Teheeee~

Takmo lah cakap ciri2 common.  Mesti semua orang sama. Macam CUKUP IMANNYA, SEDAP MATA MEMANDANG etc. I ni memang tak suka bebel benda2 common. Hehe.

Ok, ni adalah ciri2 lelaki yang saya suka pandang dan akan kelihatan sangat happy bila memandang lelaki macam ni. Haha! Tapi OPIE ISA pandai cover ok, happy dalam hati je. Muka cool je!Bhahahaha!

Saya sangat suka tengok lelaki yang pakai tshirt sama kain pelikat! Wah, sangat melayu dan kelihatan sangat cool tau! Hehe.

Oleh kerana OPIE ISA sangat suka, beliau selalu duduk depan tingkap (masa 1st year ni) kerana tingkap bilik mengadap jalan, dan tidak berkelip mata melihat para muslimin yang baru pulang dari solat Jumaat! Wah! Kelihatan agak gatal disitu. Bhahaha. Alah, bukan nengok muka hensem ke tidak. Nengok yang pakai tshirt dengan pelikat je. Hehe. Sejuk bebeno mate ni menengok. Hehe.

Yela, asrama saya ni depan masjid. So, ada mamat2 yang bertshit dengan pelikat je ke masjid. Pastu pakai selipar, wuwuwuwuwu. Sangat sejati dan sempoi. Hehe..

Hehe. Actually ini bukanlah ciri2 sebenarnya, tapi kesukaan je. Hehe.

Saya je yang suka benda gini kot, orang len mana nak mandang orang yang pakai pelikat kan? Tak metropolitan katenye. Puihhhh. Loghat nau. Metro ke metno ke, melayu juga. Hehe.

Berikut adalah contoh2 nya (gambar2 adalah ehsan MR.GOOGLE):
-
-
-
-
-
-
.Contoh je ni. hehe.. cool la mawi gini!.


.Alamak. ni blogger Joegrimjow. Contoh je ye Joe!


p/s: i also like guys with smiling eyes. Hehehehe. macam Cam Gigandet dan Kang DaeSung!

Pengembaraan yang berpeluh-peluh-peluh

.INI ADALAH KISAH SEMALAM (28APR2011).



Assalamualaikum!

*Memberi salam dengan gagah sambil mengesat peluh yang melimpah ruah!*

Wah, saya dan kawan saya, Yani telah menghadapi rona hidup dengan gagahnya! Berpeluh2 kami!

Nak tahu ke rona-roni macaroni apa?

Haha, ayat je nak gempak, padahal, kecik punya hal. Bhahahaha!

Asalnya saya telah dipelawa oleh kakak aras *kakak master* untuk pergi Kolej Kediaman (asrama) E dengan menggunakan motor kesayangan beliau! Maka saya dengan girangnya terus bersiap dan mengambil pesan orang lain tanpa sedar bahawa saya amat gelabah bila bawa motor yang belum pernah saya bawa.

Terus saya terjah bilik kawan saya yang sangat pandai merempit walaupun beliau tiada lesen. Tapi saya telah dikecewakan dengan jawapan beliau.

“Alah, aku dah kenyang, ada kerja ni, nak edit FYP ni.”

Sob, sob. Kecewa,kecewa. Pikir, pikir, siapa lagi yang mampu bawa motor dengan gagahnya serta yang paling penting, sudi membawa. Jumpa kawan yang akhirnya sudi memenuhi hasrat hati sebab beliau memang baik, jarang cakap TIDAK. Hehe. Muahx untuk Yani!



Tapi malangnya pula, kami memang tak segagah mana walaupun badan saya mengalahkan badak. Yela, kalau excident, naya je an.

Mula, pikir, macam mana nak start scooter yang sangat pelik rupanya ni? Bising ni kami berserta satu lagi kawan yang menemani ke motor. Rupa2nya lupa tekan brek! Dude, nak start scooter mesti ha tekan brek juga. Malu ah der.

Bhahahaha. Memang memalukan. Akhirnya dapat juga start dengan keringat yang melimpah akibat mulut terlalu kecoh mecoh!Bhahahaha.

Dah sampai Kolej Kediaman E tu, hal nak memenuhi pesanan orang pula. Haiya, lupa pula saya ni budak gelabah yang 24jam gelabah tak pandai tenang. Gelabah menyebabkan saya lupa apa yang diorang order! Puihhh! Geram dengan diri sendiri. Dengan ke hulu ke hilir satu kafe, akhirnya dapat memenuhi semua order! Oyeah! OPIE ISA terbaik! Haha.

Pastu bila dah sampai asrama kami. Ada satu lagi masalah, hehe.

Nak tongkat motor! Waaaa. Kami sangat gerun menggunakan tongkat yang single tu, mana lah tahu tak dapek nampung ko.

Kami berusaha keras dengan sekali lagi mulut je lebih bising, tenaga untuk menurunkan tongkat tengah2 tu tak seberapa. Akhirnya, setelah approximately 3minit, akhirnya Berjaya menongkat. Bhahahaha. Sila lah ketawakan saya ye klo nak kena bako~

Bhahahaha.

Lucu ah.

Gelabah dan kecoh je lebih!Bhahahaha...


.oh, ini bukan, ini moto sewa gua masa 3rd Sem.scooter ni baik punya!.


Terimakasih sudi baca!

p/s:debo2 nak VIVA!!

Thursday, April 28, 2011

No More ENTHUSIASTIC YOUTH in Running Man!!!

-AMARAN KERAS!! Sila sediakan tisu GIANT yang berkepuk2 untuk mengelap airmata serta mucus hidung anda yang bakal mengalir selepas membaca entry ni.-


.Enthusiastic Youth or Brain Jongki in Running Man.


Jongki last photo with the cast.*i can see everibadih was crying behind that bright smile!*

Waaaaaaaaaaaa, sedihnya.


Kenapa Jong Ki nak tinggalkan Running Man?What a waste!!!!!!


Last recording dia adalah pada 18 April lepas yang akan akan ditayangkan on SBS pada 1 Mei (Episode 41).


Wakil dia memberitahu “ Ia adalah satu keputusan yang sukar baginya, tapi bagi Jong Ki, dia perlu beri sepenuh perhatian kepada lakonannya selepas filmin movie nya. JongKi sangat sedih lagipun hubungan dia dengan castmates memang sangat rapat. They have all developed very close and strong relationships. Jongki tamatkan rakamannya pada 18April dan memberi sebaik yang mungkin!”


Buat masa ni, tiada siapa lagi yang akan menggantikan tempat Jongki. PD RM bagi tahu bahawa RM akan diteruskan dengan ahli yang tinggal dan diorang tak decide lagi nak ganti tempat Jongki.


Sedih betul la! Korang tak sedih ke?


Kalau ada orang ganti tempat dia pon, RM wont ever be the same its just like Family Outing (season 1) when Chunhee and Yejin left!!!


Walaupun Jongki bukanlah sebab utama saya tak makan 7hari 7malam semata2 nak menonton RM, but still sedih tahap dewa. Sob3.. *sedang mengesat air mata dengan selimut merah yang empuk*


Waaaa, bakal merindui his ‘ ENTHUSIASTIC YOUTH’..


Anyway, i know RM will be still awesome and i’ll continue watching it. Neva stop! Yehaaa!!!


Wish Jongki all the best and have a good career and maybe can come back as a guest!!
-
-
-
-
-

.Saya menangis dengan ayu dan comelnya.inilah saya<----- tolongla percaya.



p/s: Hari ni ada paper lagi! tak sabar nak habis, nak focus on VIVA pulak!

Tuesday, April 26, 2011

Ayam pon tak sempat berkokok lagi!

.Percayalah OPIE ISA secomel dan serajin ni*sedang tipu hidup2*.


Assalamualaikum dan Selamat Pagi!
Opie Isa telah bangun pagi seawal 6pg!
Lepas Subuh terus tak tido dengan meletakkan jongkah mancis di antara dua alis mata. Semata2 kerana esok ada paper, nak study habis2!
Oyeah!
Bila lagi kan, nanti dah tak da exam, rindu pulak nak study bangun awal ke, stay up ke.
Ok lah, entri pendek je, nak sambung study BIOLOGY OF MARINE MAMMALS!
Tata korang!

Monday, April 25, 2011

Merajuk Tahap Goku!

Saya sedang terasa hati!
Terasa hati dengan seorang kawan.
Agaknya dia tahu ke saya sedang kecik hati dengan beliau?
T_T
Tak kan?

Waaaaaaaa, Opie Isa tak nak makan 7 hari 7 malam sebab merajuk dan berkecil hati! *dalam mimpi je lah tak makan*

Sedih ar. <----------sila pujuk.



-
-
-
-
-
-
-
-
.Hidung siapakah ini?.

p/s: debo2 nye rabu ni ade exam! Moga boleh jawab dengan baiknya!Gambateh!

Beza Ilmu dan Harta




Assalamualaikum!
Hari sabtu hari tu, di kolej kediaman saya ada mengadakan solat hajat imtihan dan ceramah agama. So, saya ambil kesempatan ini lah! Mesti, rugi tak pergi. Majlis2 amal macam ni lah akan membuat syaitan menangis dan terganggu.
So, tanpa nak bebel panjang2, *nanti kena sepuk kalo bebel panjang2*, saya nak share sikit ceramah yang di beri pada malam tu. Salah satunya adalah PERBEZAAN ILMU dan HARTA.

Suatu hari Syaidina Ali a.s ditanya tentang perbezaan antara ilmu dengan harta oleh 10 orang khawarij. Tiap2 mereka mahukan jawapan yang berbeza lalu Saidina Ali menjawab seperti berikut:-


  • Ilmu adalah warisan para Nabi, sedangkan harta warisan si Firaun.
  • Ilmu akan member perlindungan kepada kita, sedangkan harta haruslah kita yang menjaganya.
  • Orang yang banyak ilmu ada ramai kawan, sedangkan orang yang mempunyai harta yang banyak mempunyai ramai musuh.
  • Jika ilmu dipergunakan akan bertambah, sedangkan harta dipergunakan akan berkurang.
  • Ilmu tak kan boleh dicuri sedangkan harta boleh dicuri.
  • Pemilik ilmu akan selalu disebut mulia dan terhormat, sedangkan pemilik harta akan disebut pelit dan rakus.
  • Ilmu itu tak akan musnah ditelan zaman, sedangkan harta akan musnah.
  • Ilmu akan menyinari hati, sedangkan harta akan mengeraskan hati.
  • Pemilik ilmu akan diberi syafa’at di akhirat, sedangkan pemilik harta akan dihisa
  • Pemilik ilmu akan dimuliakan walaupun sedikit ilmunya, sedangkan pemilik harta disebut besar setelah banyak hartanya

Demikian yang Saidina Ali menjawab. Betapa jauhnya beza antara ilmu dan harta. Ingatlah, tanpa ilmu apa lah harta, tiada ilmu, tiadalah harta!
Renung2kan dan selamat beramal! *eceh, eceh, eceh*





Terimakasih sudi baca!

Sunday, April 24, 2011

IRIS II sudah keluar?!










IRIS II dah keluar? Haha! Beng-beng-boom! Saja nak letak tajuk yang gempak, supaya peminat2 IRIS kat luar sana akan terus buka entry ni. Hahaha! Sorry ya geng!

Uols dah tengok cerita IRIS?Korean drama. Alah, tak payah lah Tanya cerita macam mana, mesti lah cerita aksi, i tak main lah cerita fairy Tales macam BOYS OVER FLOWERS ka, YOU ARE BEAUTY-FOOL ka. Hehe. *uols?<---- nak speaking mat sulih je*

Alah, mesti dah tengok kan? Cerita ni 2009 lagi, lama sangat dah tu! Kalau yang belum tengok, sebelum kena babab, baik pergi tengok sekarang! Bhahahaha! cerita ni adalah drama aksi korea yang terbaik! serius! hehe. bukan, bukan, serius terbaik bagi saya je! hehe..

Cerita ni an, even sampai sekarang pon, kalau tengok MV OST dia, atau dengar OST dia je dah rasa nak lughuh jantung i. punya lah sedih!

Saya tengok cerita ni tahun 2010, bulan 5, agak ketinggalan zaman kerana masa cerita ni ditayangkan di KBS, kami 1 rumah berebut channel, jadi i surrender dengan menangguhkannya dengan harapan nanti mesti dah ada kawan2 download kan. Rupa2nya, CIS! Tiada orang antara kawan2 saya ada cerita tu, maka, dengan rajin nya, apabila cuti semester bulan 5 2010, saya pon menonton dengan penuh kusyuk ditemani adik2 yang rajin study di ruang study diorang di dramacrazy.net. nengok on9 sensorang tu, tiada sapa kat rumah sudi join! Hehe. Cian kan budak cun ni?

Cerita tu plot dia memang terbaik! Aksi memang gempak! Weh, jangan lah cakap saya ni hati keras tengok cerita aksi tak da perasaan. Mana de, cerita ni ada juga cinta. Haaaa, ni yang che’ nak habaq ni, bukan je aksi dia bagus, feeling kisah cinta dia pon gempak habis!

Typical Korean drama adalah konflik between orang tentang cinta kan?tapi IRIS ni konflik cinta dengan kerja, ke-TAAT-an kepada organisasi atau kerajaan Negara! Bukan je cinta lelaki perempuan, tapi juga kasih seorang sahabat! Wah, hebat OPIE ISA mengolah..<------- sila setuju!

Pastu kan, cerita dia memang sedih habis! Memang rasa nak pecah hati ni bila nengok! And, cerita dia, straight, rasa macam 20 episod tu sekejap bangat!

And, satu perkara yang akan buat korang terbakar bila nengok cerita ni adalah ending dia tergantung! Huhu.Menci tau! Tapi kalau korang malas nak tengok drama, MOVIE dia pon dah keluar. Boleh download sendiri. Movie tu adalah potongan2 drama tu. Jadi kalau nengok movie dia, dah tak mahsyuk ah, takda feeling. Hehe.

Ok2, dah tengok drama ATHENA? Alah, yang Shiwon SuJu berlakon tu juga beberapa artis SME yang lain seperti BOA, SHINEE, CHANGMIN DBSK. Cerita ni pon ada kaitan dengan IRIS.

Pengarah IRIS bagitau saya dia nak buat IRIS II, tapi entah bila tah. Hehe. Lama tau i tunggu. Bhahhaha. Haiz. Memang keciwa, lama betul nunggu IRIS II tu.

Malas lah nak olah panjang2 nak cerita synopsis ke, itu korang boleh GOOGLE sendiri ok? Korang kan rajin2 belaka! Hehe.

Kat bawah ni saya selit melitkan MV and OST cerita IRIS. Sumber:of course lah youtube! J
-
-
-
-
-
-







*Dah, dah, pergi download sekarang dah tengok, lepas tu tengok Athena pula tau! (Amaran keras buat mereka yang belum  habis exam, sila jangan memandai-mandai nak nengok! hehe)

p/s: sila tekan button stop kat music player saya  bawah ni kalau nak nengok video2 diatas!

Saturday, April 23, 2011

Dua Orang Jejaka Ke-Minat-an!


Things to do:
Korang mesti ada matlamat hidup kan? Saya? Mesti ah ada. Matlamat utama dan matlamat yang tak utama.

Malas lah cakap yang utama tu. Mesti more or less sama je bagi tiap individu. Macam bawa family or parents naik Haji kan?kan?kan?

Yang saya nak ber-story mory ni adalah tentang matlamat tak utama. Hehe..
Saya teringin sangat nak ada motor berkuasa tinggi, bukan motor awie, tapi yang Erra Fazira selalu bawa tu. Hehe

Tapi dari saya simpan duit untuk beli motor tu, saya lebih rela kumpul duit untuk pergi korea. Apsal lak korea, kenapa bukan eropah? Satu je  matlamat saya, jumpa Yoo Jaesuk and Kim Jongkook! Bhahahhahaha.. Saya admire Jaesuk dari dulu lagi, tapi kebelakangan ni makin minat kat dia. Kenapa Jaesuk tak da Twitter? T_T

Sanggup kumpul duit untuk dia jumpa dia semata2. Yela2, aku minat juga SuJu dan 2NE1, tapi taamo ah jumpa diorang, lebih baik jumpa Jaesuk and Jongkook! Hehe. SNSD? Puihh, lagi hamba tak minat. Menyampah!

Kalau lah satu hari nanti ada rezki jumpa dia, macam mana lah agaknya reaksi saya nanti eik? Mesti gedix and jakun gila! Bhahahahha.. ala, nak wat cane, dah i ni peminat num 1 dia!

Jongkook pula, suka sangat dengar lagu2 dia, suara dia sangat lembut, bila dengar lagu dia, rasa macam faham je.feel habis lah! Suara dia lembut gila, menusuk beb!*ok saya tahu mosquito voice*

Ha, ha, kutuk ah tu. mesti pelik an saya minat Jong Kook. kalau sesiapa ada tengok Running Man or Family Outing, for sure korang menci laki ni kan? tapi say suka banar dengan personaliti dia! ada satu blogger tu siap buat entri pasal mamat ni pastu kutuk2, komentar2 dia pon kutuk gak. ish2, tak patut auw, baik anda kutuk FASHA SANDHA ke! bhahahahahaha..

Kalau disusun Jaesuk, Jongkook, SuJu, 2NE1, SHINee, BigBang, Hyori, Nicholas cage, ShahRukhKhan,,, ofcourse saya akan rembat Jaesuk, pastu Jongkook, pastu baru yang lain2.. Haha..

Saya sanggup datang Korea semata2 jumpa Jaesuk and Jongkook pastu terus balik. Serius ni! Sila lah sponsor tiket saya pergi sana. Saya boleh bawa Maggie banyak2 supaya tak payah beli makanan kat sana, just sponsor tiket je! Desperate gile kan? Haha.

Mesti korang cakap mengada betul. Bhahahahaha. Nak buat macam mana, kalau kita dah minat kan. Hehe. Pelik ke minat Jaesuk orang tua? Yela, kawan saya siap cakap, apa class minat orang tua tu. Cis. Ada class pe, dia MC yang bagus! Kelakar pula tu. Mesti happy kalau jadi orang di sekeliling dia. Wah! Sedang membayangkan sambil keluar kepulan-kepulan awan! Wah, wah, wah!

Dah ah, penat membebel sensorang, bukan ada orang nak baca pon kalau panjang2 macam ni especially apabila saya sedang berangan sensorang. Tak kisah.............. =P

Kalau korang ada pergi Korea, tolong sampaikan salam sayang minat cinta kasih sayang saya pada Yoo Jaesuk ea, Kim Jong Kok jugerk yepp!



.bhahahhaha.sengaja letak gambar kesayangan hamba besar2.jan jeles ah. 


.haih. 



Terimakasih sudi baca bebelan saya yang syiok sendiri ni *kalau korang baca lah kan*

p/s: Kenapa ramai orang lebih prefer rupa dari bakat?


Friday, April 22, 2011

MARINERS batch 08/09

AKAN DATANG!

Jom Layan Drama Aksi Korea!

.Gambaran semata-mata-mata tau!.



Wehaaa!!!
Selesema ah macam nak demam! Tapi Opie Isa seorang gadis yang kuat dan gagah! Takkan jatuh sakit! Yeke?
Doa je lah ye. Sekarang study week, mesti kuat supaya boleh senang lenang menonton Korean action drama dengan lapangnya. Wah! Sangat tak patut kan? Takda lah, saya study juga, tapi kalau rasa macam dah bosan, terus lah buka drama. Bhahahaha. At least study juga kan?hehe.

Sebenarnya opie isa sedang merajuk dengan kawan2 nya. Sob2. Tapi kita ni tak pernah kena pujuk. Asik pujuk hati sendiri je. Itu lah kelebihan anak2 yang lahir pada bulan 10, memang cepat merajuk, tapi dengan gagahnya akan pujuk diri sendiri dan hilanglah merajuknya! Haha.

Kalau diikiutkan hati yang merajuk ni, memang tiada sapa yang nak pujuk, lastly, diorang yang akan buat merajuk dengan saya balik. Haiz~ Tak patut kan? *^^
Sampai hati tau buat cenggini *wah, ayat bajet comel.menyampah i*

Apa2 lah cik Opie Isa, janji anda dapat tengok action drama sambil menghirup air teh O panas dengan hidung yang asik meleleh mukusnya lantas dilap dengan napkin berwarna peach-nya!

Senyum sokmo!

p/s: bila nak buat entri pasal SHARK ni.

Thursday, April 21, 2011

Solat Oh Solat





Sedang acik duduk2 di pangkin, kusyuk memetik gitar, sambil bibirnya terkumat kamit mendendangkan lagu cinta. Kusyuk.

Pap! Satu tepukan hinggap di bahunya.

“Opocot, terkejut aku!”

“Nak, buek apo sorang2 kat pangkin ni?” Seorang org tua yang tidak dikenali bertanya.

‘Sukati aku lah, pangkin rumah aku gak,’bisik acik dalam hati. Klo rase nak makan penampar, boleh je dia bersuara begitu.

“Hehe, lepak-lepak pakcik, pak cik nak join ke, jom la kite karaoke lagu dolu2,”
            ‘ni pe hal aku ttbe ajak org yg aku xkenal ni

“Pak cik xpandai nak nyanyi-nyanyi ni, klo mengaji pandai la.”

Dush! Dush! Walaupun physically nya tak kena penampar, tp kata-kata pak cik tu rasa macam kena penumbuk pulak.

Acik tersenyum kambing. Malu.

“Pak cik ni nak jumpo bapak ko. Ado x dio kek uma?”

“Oh, ada, ada.” Acik membalas persoalannya.

Baru sahaja acik mahu memetik gitar tatkala pak cik tersebut melangkah setapak pergi, langkah pak cik pon terhenti. Acik yang perasan akan perlakuan pak cik, pon terhenti dari memetik gitar. *ala2 gaye matrix pulak*

Terus acik memandang pak cik terbabit. Mata mereka  bertembung. Senyap.

Dup dap, dup dap.

Ni pehal pulak pak cik ni, ni nak maki aku ke haper lak ni,’ lagi acik berbisik, tidak mahu bersuara, takut kena ‘silent punch’.*kate2 yg lagi pedih dari tumbukan*

“Haaaa, ko ni, apo lak masih kek sini, pergi la masuk rumah, dah nak magrib ni ha, masih lagi buek bondo-bondo xsenugheh ni. Pergi la mandi ko, siap-siap g masjid ko.” Pakcik tersebut terus berlalu pergi, memasuki rumah acik.

Pang, pang, pang, pang. Dush, dush, dush, dush.

‘Wooo, terkena silent slaps dan silent punches’

Malu gila acik kena perli dengan pak cik tu.

‘Dah la memandai-mandai aku ajak die karaoke bersame. Malu beb! Yang aku xsedar dah nak magrib  ni nape? masyaAllah.’

Terus acik masuk ke rumah.

‘Pe nak jadi dengan aku ni, dah la kene tegur dengan stranger, bikin malu’

-TAMAT-



p/s: Xsemestinya dah masuk waktu baru nak bersiap2 sembahyang, xslah klo kita bertafakur, bermunajat sebentar di sejadah sementara menuggu masuknya waktu. Peringatan buat aku gak. Si Pakcik adalah orang N9. Ni cerita dongeng rekaan sendiri.


oPiE iSa melontarkan bakat??

Minggu ni adalah study week and minggu depan dah start exam.
Bila study week je, MALAS sangat berleluasa dalam diri ni. Apehal?
Haiz..
Maka, macam biasa, telah menghilangkan rasa bosan dan malas dengan melontarkan semua bakat kat PAINT. Dengan melukis awek cun ni. Cantik kan?<------ sila setuju!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




p/s:saya gado dengan kawan saya, saya dah minta maaf, agak2 nya dia maafkan tak?


Wednesday, April 20, 2011

POLAR BEAR lagi!


Sebelum ni saya ada buat entri tentang saya dipanggil POLAR BEAR oleh kengkawan saya yang sengal mengal.

Oleh itu, saya nak sambung sikit entri tu. Bukan nak cakap pasal saya yang secomel seputih seganas POLAR BEAR, tapi nak share sikit information tentang polar bear.

Kalau dulu, before saya ambil kos SAINS MARIN ni, saya tak tahu pon POLAR BEAR ni adalah marine  mammal. Saya ingatkan dia adalah binatang darat. Rupanya hidupan marin.

Kalau sesiapa yang tak tahu tu, mesti tertanya apa pasal lah bintang yang lengkap kaki, takda fin and berbulu selebat pohon rambu boleh dikategorikan sebagai Marine life?

Yang dah tahu POLAR BEAR adalah marine life, tahu tak apa sebab ia dikategorikan sebagai marine life? Tahu ke tak, tak kira nak explain juga sambil minum air kopi! Hehe.

Sebenarnya, kat tapak kaki POLAR BEAR tu sendiri ada jaringan yang macam kat kaki itik tapi kat POLAR BEAR ni, kecik je, tak padan dengan badan kan? LoL. Web tu lah digunakan untuk berenang kalau dalam air. Streamline body yang dia ada pon membolehkan dia stay lama dalam air juga membuatkan ia lebih tangkas mangkas! Wah! Macho ah anda encik POLAR BEAR!

Bulu???
Woit, kat kutub utara tu sejuk gila Beb! Air dia lagi lah sejuk beku. Bulu-buluan tu berfungsi macam websuit. Ia insulate POLAR BEAR’s body. Lemak2 comel yang POLAR BEAR ada tu pon untuk maintain internal body temperature dia. Dah tak payah nak sibuk2 pakai sweater ke, selimut ke, peluk kekasih hati ke untuk panaskan badan. Hehe.

Seterusnya, kenapa pulak badan dia ada yang berwarna hitam?Hidung, mata, bibir dan tak kaki? Sama macam atas tadi, sebab kan kat kutub sejuk tahap dewa, warna gelap membantu POLAR BEAR absorb more heat. Tak payah lah pkai heater kan, nanti cair mair pula ais2 kat kutub tu *eh, mana nak dapat letrik kalau guna heater?karut marut ah.. hehehe*

Jap2, mesti korang cakap bulu POLAR BEAR warna putih kan? Nope! Kelihatan putih, tapi sebenarnya ia translucent. Bukan putih tau, no, no, no.

Haaa, last but not least,
POLAR BEAR memang lah hidupan marin sebab dia memang tinggal kat laut just laut dia tu dah beku. Itu bukan darat, itu adalah laut yang permukaannya yang beku. Ok?

Hehe. Tamat sudah pengajaran cikgu pada hari ni. Hehe..
Apa2 pon SUBHANALLAH! Perfectnya ciptaan ALLAH!
Terimakasih sudi baca!


p/s: tahukah anda manusia bukanlah menu jerung? Nantikan explaination-nya! Hehehe..

Monday, April 18, 2011

Tengoklah Kalau Berani!




The Mexican Island of the Dolls asalnya adalah an island covered dengan patung2 mayat in varying states of decay. beratus2 patung yang bergantung kay pokok kat sini.

The background to this attraction is steeped in superstition. ada mengatakan bahawa tiga orang budak perempuan melawat pulau ni dan salah sorang drowned and her spirit menghantui pulau ni. Don Julian put up a doll to ward off the spirit, and these dolls have simply increased in number over time...
-
-
-
-
-
-
-


















SOurce: Lupa ah.... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...