Monday, April 25, 2011

Beza Ilmu dan Harta




Assalamualaikum!
Hari sabtu hari tu, di kolej kediaman saya ada mengadakan solat hajat imtihan dan ceramah agama. So, saya ambil kesempatan ini lah! Mesti, rugi tak pergi. Majlis2 amal macam ni lah akan membuat syaitan menangis dan terganggu.
So, tanpa nak bebel panjang2, *nanti kena sepuk kalo bebel panjang2*, saya nak share sikit ceramah yang di beri pada malam tu. Salah satunya adalah PERBEZAAN ILMU dan HARTA.

Suatu hari Syaidina Ali a.s ditanya tentang perbezaan antara ilmu dengan harta oleh 10 orang khawarij. Tiap2 mereka mahukan jawapan yang berbeza lalu Saidina Ali menjawab seperti berikut:-


  • Ilmu adalah warisan para Nabi, sedangkan harta warisan si Firaun.
  • Ilmu akan member perlindungan kepada kita, sedangkan harta haruslah kita yang menjaganya.
  • Orang yang banyak ilmu ada ramai kawan, sedangkan orang yang mempunyai harta yang banyak mempunyai ramai musuh.
  • Jika ilmu dipergunakan akan bertambah, sedangkan harta dipergunakan akan berkurang.
  • Ilmu tak kan boleh dicuri sedangkan harta boleh dicuri.
  • Pemilik ilmu akan selalu disebut mulia dan terhormat, sedangkan pemilik harta akan disebut pelit dan rakus.
  • Ilmu itu tak akan musnah ditelan zaman, sedangkan harta akan musnah.
  • Ilmu akan menyinari hati, sedangkan harta akan mengeraskan hati.
  • Pemilik ilmu akan diberi syafa’at di akhirat, sedangkan pemilik harta akan dihisa
  • Pemilik ilmu akan dimuliakan walaupun sedikit ilmunya, sedangkan pemilik harta disebut besar setelah banyak hartanya

Demikian yang Saidina Ali menjawab. Betapa jauhnya beza antara ilmu dan harta. Ingatlah, tanpa ilmu apa lah harta, tiada ilmu, tiadalah harta!
Renung2kan dan selamat beramal! *eceh, eceh, eceh*





Terimakasih sudi baca!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...