.Kami sekeluarga di Rumah Wan Eid'2010.
Siapa rindu zaman kanak-kanak, sila angkat tangan macam saya..................
Wah, saya sedang rindu zaman kanak-kanak saya. Seronok. Tak da apa yang dipikir. Enjoy je hidup. Main je.
Wah..............
Walaupun zaman kanak2 ku tak berapa ramai kawan kerana asyik pindah randah, tapi tetap syiok!
Ingat lagi time tadika, mentang2 itu tadika emak sendiri, malah dirumah sendiri, punyalah pemalas nak pergi tadika, tapi bila waktu rehat atau waktu main, waktu tu baru keluar dari bilik terus pergi join budak2 lain main toy building brick. Alah, yang Lego tu, tapi itu bukan jenama Lego lah. Itu murah punya ooo....
Time tadika (walaupun sebenarnya langsung tak pergi tadika), saya adalah budak paling pemalas, tapi bila kakak2 saya dah start pergi sekolah, kakak sulung darjah tiga time tu, kakak second pula baru masuk darjah 1, time tu, punyalah nak pergi sekolah.
Mana taknya, kat sekolah tu, mak pon ngajar sana, mak jadi cikgu, kat rumah tinggal aku, wan, dengan 2orang adik. Tak kira, nak gak ikut kakak2 pergi sekolah. Sanggup kejar diorang ni, sanggup kejar diorang jauh sampaikan akhirnya diorang terpaksa bawa saya sekali naik van sekolah diorang tu.
Yehhaaa! Punyalah seronok bila dah sampai sekolah, siap buka kasut sebelum masuk kelas. LoL. Ingat rumah ke tu? Pastu pergi duduk bawah meja kakak, takut nanti ayah datang jemput balik. Waa, taknak, nak duduk sekolah juga.
Last2 ayah datang juga jemput, ayah cakap balik rumah mandi dulu, nanti kita pergi sekolah balik. Bila sampai rumah, dah mandi, dah breakfast, akhirnya kanak2 comel and tembam ni pun lupa akan hal sekolah tadi. Ohh, bijak betul taktik ayah.
Mak saya memang garang, sampai kalau marah tu, terkencing dalam seluarlah. Pastu dengan kejamnya diriku ini, terus mendiamkan diri takut mak marah lagi teruk. Bhahahahhaha.. pandai2 lah settle kan diri dengan tempat kejadian. Bhahahahahhahahhahahaha.
Tapi mak saya sporting ah. Mak2 korang tak macam ni punya. Mak saya ni adalah mak paling pelik di dunia, mak yang sangat kelakar, rapat dengan anak2 nya. Sporting habis lah! Ayah? Bhahahahahha. Lagi kelakar. Dua2 pon sporting. Ayah saya ni sporting2 pon alim tau! Say abaca Quran je, Quran tak da depan dia pon, tapi dengan baiknya dia dapat baiki tajwid saya. Wahhhhhh, sangat kagum!!! (alamak, rasa nak nanges sebab rindu sangat kat mereka berdua).
Ok, dah of topic pulak. Hehe.
Time kanak2 kat rumah Kg.Bukit Pegoh, mak suka jemput orang buka puasa kat rumah time ramadhan. Time tu sebagai kanak2, saya berasa seronok juga sebab ada ramai orang2 dewasa yang akan melayan kanak2 comel dan tembam ini!Bhahahahhaha!
Yang paling kelakar, time kanak2 kita kan pendek, sependek pendek nya kan, kalau time basuh pinggan mangkuk mesti kena panjat singki, bhahahahhaha. Bila teringat balik rasa macam sangat comel kami ketika tu. Sekarang kami adalah cun2 belaka pula *kenapa saya suka perasan?*
Kalau time hujan lagi syiok. Bila hujan je, mata dah bersinar2 keseronokkan. Terus melutut dan merayu pada mak, sambil kelip2 mata. Cuba buat muka cute untuk mohon simpati mak bagi main hujan. Kitorang 3 orang je, sebab adik lagi 2 orang masih kecik, jadi kami 3 orang yang berusaha sebaik mungkin supaya mak izinkan kitorang main hujan. Tapi macam biasalah, kami kan anak yang baik, jadi mak mesti bagi punya. Bhahahahahhaha.. *tapi sekarang air hujan dah tak selamat tau, jangan main air hujan ye adik2 sekalian*
Pastu bila pindah taman perumahan Duyong, kat situ ada taman permainan, memang saya ketua adik2 saya. Kakak2 saya tak join. Diorang budak sopan, suka stay dalam rumah. Bhahahahahahha!
Kat rumah time tu ada 1 basikal, tapi kami 3 orang. Jadi, terpaksa lah ulang alik. Sanggup ni.
Mula2 bawa sorang, dah sampai taman tu, pergi balik ambil adik sorang lagi. Pastu main lah kat taman permainan tu sampai kepuasan tahap dewa. Dah lah tak da orang nak main kat taman tu. Kami je weh. Bhahahahhaha. Sangat happy!
Macam2 ah nak tulis, tapi dah jadi serabut, tak tahu nak tulis hok mane dulu.
anda pula macam man?
No comments:
Post a Comment