Monday, April 4, 2011

Kek Lapis Sarawak Percuma!!!

 .Sila abaikan meja yang bersepah kerana terlalu rajin-gambar ketika form 5’06-.

Yeay! *sila bersorak bersama2 saya!*
Sekarang saya telah menjadi rajin.
Kenapa?
Bagaimana?
Haha.
Sebab saya telah mendapat kek lapis yang free, bukan 1, tapi dua tu geng!
1 dari my coursemate, another 1 from my Suksis’ friend.
Mereka adalah kawan saya yg hao ren! Baik hati, gemilang, terbilang, cemerlang *kemain lagi memuji bila dapat benda free*
Maka, saya pon telah terbaring kegembiraan keseronokan kebahagiaan *sila cemburu*.
Tapi tidak kekenyangan lah, kek lapis mana boleh kenyang, esp kalau share reramai.. hehe.
Coursemate saya tu telah pergi ke kuching sebab meredakan hati yang lara. Chewahhh..
Yang kawan suksis saya tu pula pergi atas rombongan Suksis lah..
Tahu kan Suksis tu haper? Tak tahu? Meh sini nak jentik..
Suksis adalah KOR Sukarelawan Polis. Ia adalah satu badan beruniform di universiti. Kalau dah grad nanti bolehlah jadi polis sukarelawan.

Ok, sampai sini je. Nak sambung menikmati kek lapis sorang2 setelah menjamu rakan2 yang lain. *Sila jealous lagi*
Terimakasih sudi baca!

p/s: Hao ren adalah mandarin yang bermasuk sangat baik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers