Thursday, April 7, 2011

Largest?Biggest?Lowest?Highest?

.We are Malaysian. We eat Nasi. 
.This one Nasi Lemak lah. Untie Sarah’s.

Assalamualaikum semua!
Hari ni tak nak bercerita tentang apa yang berlaku pada diri, hal2 UMS ke, FYP ke, hape2 lah, tapi nak share sedikit information.
Ini information ah, saya cari sendiri ok.
Seronok pula baca benda2 gini.
Sobonar ea, den ni bukan ea ghajin membaco, tapi sejak duo monjak ni, macam ghajin lak baco bondo2 am ni.
Ok, tak nak bebel panjang, jom baca. Yok!

  • Borneo adalah PULAU ke-3 terbesar di seluruh dunia (terdiri daripada Sabah, Sarawak and Kalimantan) manakala Greenland (Denmark) pula adalah PULAU yang terbesar di dunia. 
  • Malaysia adalah Negara ke-3 dengan jumlah ENDANGERED SPECIES tertinggi di dunia dengan Indonesia pula Negara yang ke-4 *conserve!conserve!*

  • Indonesia adalah Negara yang mempunyai ENDANGERED MAMMALS tertinggi di dunia dan Malaysia pula yang ke-6. 
  • Singapore adalah tempat ke-2 bagi Negara yang paling TINGGI POPULASI  serta tempat ke-3 PALING CROWDED di dunia*make sense lah sebab kawasannya yang kecil* manakala Macau adalah kawasan yang PALING CROWDED di seluruh dunia. 
  • Walaupun Australia Negara yang besar, tapi ia adalah Negara yang ke-3 paling KURANG POPULASI.
  • Switzerland pula adalah Negara yang mempunyai kadar KITAR SEMULA paling tertinggi di dunia.
  • South Korea adalah Negara yang mempunyai WAKTU BEKERJA paling tertinggi di dunia.
  • Percaya atau tidak, Malaysia tidak tersenarai dalam TOP 20 NEGARA YANG PALING SELAMAT BAGI KANAK2. *Why? Why? I fell safe here during my childhood and i think here is the safest place ever! Apalah*
  • Baghdad adalah BANDAR yang paling BERBAHAYA di seluruh dunia.
  • Penyakit yang berkaitan dengan jantung adalah PENYAKIT yang paling tertinggi bagi punca kematian
  • Anesthesiologist adalah PEKERJAAN yang memberikan pulangan yang paling lumayan.



Terimakasih sudi baca!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...