.INI ADALAH KISAH SEMALAM (28APR2011).
Assalamualaikum!
*Memberi salam dengan gagah sambil mengesat peluh yang melimpah ruah!*
Wah, saya dan kawan saya, Yani telah menghadapi rona hidup dengan gagahnya! Berpeluh2 kami!
Nak tahu ke rona-roni macaroni apa?
Haha, ayat je nak gempak, padahal, kecik punya hal. Bhahahaha!
Asalnya saya telah dipelawa oleh kakak aras *kakak master* untuk pergi Kolej Kediaman (asrama) E dengan menggunakan motor kesayangan beliau! Maka saya dengan girangnya terus bersiap dan mengambil pesan orang lain tanpa sedar bahawa saya amat gelabah bila bawa motor yang belum pernah saya bawa.
Terus saya terjah bilik kawan saya yang sangat pandai merempit walaupun beliau tiada lesen. Tapi saya telah dikecewakan dengan jawapan beliau.
“Alah, aku dah kenyang, ada kerja ni, nak edit FYP ni.”
Sob, sob. Kecewa,kecewa. Pikir, pikir, siapa lagi yang mampu bawa motor dengan gagahnya serta yang paling penting, sudi membawa. Jumpa kawan yang akhirnya sudi memenuhi hasrat hati sebab beliau memang baik, jarang cakap TIDAK. Hehe. Muahx untuk Yani!
Tapi malangnya pula, kami memang tak segagah mana walaupun badan saya mengalahkan badak. Yela, kalau excident, naya je an.
Mula, pikir, macam mana nak start scooter yang sangat pelik rupanya ni? Bising ni kami berserta satu lagi kawan yang menemani ke motor. Rupa2nya lupa tekan brek! Dude, nak start scooter mesti ha tekan brek juga. Malu ah der.
Bhahahaha. Memang memalukan. Akhirnya dapat juga start dengan keringat yang melimpah akibat mulut terlalu kecoh mecoh!Bhahahaha.
Dah sampai Kolej Kediaman E tu, hal nak memenuhi pesanan orang pula. Haiya, lupa pula saya ni budak gelabah yang 24jam gelabah tak pandai tenang. Gelabah menyebabkan saya lupa apa yang diorang order! Puihhh! Geram dengan diri sendiri. Dengan ke hulu ke hilir satu kafe, akhirnya dapat memenuhi semua order! Oyeah! OPIE ISA terbaik! Haha.
Pastu bila dah sampai asrama kami. Ada satu lagi masalah, hehe.
Nak tongkat motor! Waaaa. Kami sangat gerun menggunakan tongkat yang single tu, mana lah tahu tak dapek nampung ko.
Kami berusaha keras dengan sekali lagi mulut je lebih bising, tenaga untuk menurunkan tongkat tengah2 tu tak seberapa. Akhirnya, setelah approximately 3minit, akhirnya Berjaya menongkat. Bhahahaha. Sila lah ketawakan saya ye klo nak kena bako~
Bhahahaha.
Lucu ah.
Gelabah dan kecoh je lebih!Bhahahaha...
.oh, ini bukan, ini moto sewa gua masa 3rd Sem.scooter ni baik punya!.
Terimakasih sudi baca!
p/s:debo2 nak VIVA!!
No comments:
Post a Comment