Tuesday, September 27, 2011

Inilah Dia. Karya Gua yang takseberapa. Ececece.

Assalamualaikum!

Saya ada cerita sebelum ni yang saya buat Apam polkadot/ladybird kan? Ada lah, kat SINI.*cepat check cepat.hehe*

Jadi, kat sini saya bagi bukti. Lawa takda lah lawa mana. Comot adalah. Orang tak kreatip kan. tapi atleast jadilah jugep.

Yang silapnya, rasa dia. Even not bad, tapi terlalu padat. Takpa, next time boleh try lagi. Resepi dia pon senang. Korang nak cuba? Ok, saya sertakan resepi sekali. Alang alang kan. Memang saya copy paste resepi ni. Tapi malaslah nak 'cite' sebab kalau google pon, semua orang bagi resepi yang sama. Taktahu mana yang ori. Hehehe. Oleh, lets cekidaut!



.Tudia jem saya.

.Agry bird tak jadi.Wakaka!



  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar atau susu cair *saya guna susu cair. kalau saya beli susu segar, sure saya habiskan b4 sempat gune.Hehe*
  • 3 sudu teh baking powder = diayak sekali
  • 3 biji telur sejuk dari peti ais
  • 1 sudu kecil ovelette/Quick 75
  • 1 sudu esen vanilla
  • Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing.*Saya gunas jem je sebab taktahu apa tu filling and malas nak cari.hehe*
  • Pewarna adalah terpulang



  1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
  2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
  3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
  4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
  6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
  7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
  8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
  9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
  10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.


Ini pula few tips untuk supaya apam korang lebih cantik dan menjadi!

  • Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja. nanti jadi macam apam eno pula**
  • Kalau boleh, balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
  • Pastikan air betul2 panas sebelum nak kukus apam. Kalau tak, apam tak naik. jadi leper. 
  • Jangan terlebih pukul adunan. Nanti apam akan jadi naik semacam.
  • Kalau nak buat banyak2, abiskan satu adunan dulu. Pastu baru buat adunan yang lain pulak. Kalau lama sangat kat luar, angin akan masuk dalam adunan. Nanti apam jadi banyak lubang2 kat permukaan
  • Kalau nak permukaan apam lagi cantik, sudukan adunan menggunakan sudu kecil untuk masukkan dalam paper cup. Cuma yang nak buat dot2 je pakai piping bag.
  • Sebelum sudukan tu, kacau dulu adunan supaya angin2 yang masuk dalam adunan tu takde. 
  • Kukus setingkat-setingkat, takut tak masak and make sure kukus more than 15minutes.

Ok, sekian. Mana mana yang dah cuba tu, share2 pengalaman dengan saya. Peace yaww!



Terimakasih sudi baca! (:

Sunday, September 25, 2011

Girls and Haircuts.

Assalamualaikum!

-not me-

Terimakasih sudi baca! (:

Apam Polkadot/Ladybird Versi gua!

Assalamualaikum!

Takmo bebel panjang. Gua nak bgtahu kat semua orang walaupun 1st try Apam polkadot/ladybird aku hampeh gila, tapi 2nd try memang terbaek wooo!

Aku buat khas untuk beberapa kenalan aku kat MYDIN memandangkan yesterday is my last day kat MYDIN*berhenti atas sebab2 tertentu*

Hehehe.


HaHa. itu bukan apam yang saya buatlah. Haha. Itu saya google je. Tak sempat menyempat kot nak amek gambar.Mane taknya buat malam2. Siap pukul 12 malam terus gedebush atas katil! Hahaha. Lagipon, saya buat tak se-perfect ni. Hehe.

Esok nak buat lagi, nak buat untuk family and maklong yang bakal datang umah esok. Hehe. Nantikan~

Ok, bai!

Terimakasih sudi baca! (:

Tuesday, September 20, 2011

Cantik VS Kurang Cantik

Assalamualaikum!



Kalau perempuan cantik pendiam,
Lelaki akan kata:
'Wow!ciri2 isteri idaman.'

Kalau perempuan kurang cantik pendiam,
Lelaki akan kata:
'Tak reti berkomunikasi agaknyer.'


Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata:
'Mesti ada krisis ni. Kesiannya'

Kalau perempuan kurang cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata:
'Dah lah tak lawa,perangai plak mcm sial!!'


Kalau perempuan cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata:
'Wow! Heroin sejati.'

Kalau perempuan kurang cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata:
'Emm, taktik nak ngurat lah tu.'


Kalau perempuan cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata:
'Ok la. Bagai pinang di belah dua.'

Kalau perempuan kurang cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata:
'Kesian. Mesti dah kena bomoh lelaki tu.'


Kalau perempuan cantik di tinggal kekasih
Lelaki akan kata:
'Buta kayu betol mamat tu!!'

Kalau perempuan kurang cantik ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:
'Patut pon kena reject.'


Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata:
'Entah dato' mana bela ni.'

Kalau perempuan kurang cantik bawa BMW
Lelaki akan kata:
'Mesti anak orang kaya ni.'


Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata:
'Wah, caringnya'

Kalau perempuan kurang cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata:
'Eleh, gedik la tu.'


Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata:
'Don't worry,I'll make you happy forever.'

Kalau perempuan kurang cantik bersedih hati
Lelaki akan kata:
'Sikit sikit nangis!! Gembeng betul! Mengada ngada lah!'


Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata:
'Dah la lawa, pandai masak pula tu.'

Kalau perempuan kurang cantik pandai masak
Lelaki akan kata:
'Entah sedap ke tak tu.'


Kalau perempuan cantik main miskol miskol
Lelaki akan kata:
'Syoknya! Rindu lah tewww'

Kalau perempuan kurang cantik main miskol miskol
Lelaki akan kata:
'Kau ni takda kerja lain ke??! Sibuk ni tau tak!!'


Tak tahulah betul ke tidak wujud lelaki terlalu prejudice macam nieh terhadap wanita yang kurang indah parasnya. Tapi bukankah setiap ciptaan Tuhan itu indah belaka?

.ehem.

source dari SINI
Terimakasih sudi baca! (:

Friday, September 16, 2011

Lawak: Padah Ketawa. Tak Boleh Nak Berhenti Pula!


Jom Tengok Video Ni! *Video lama, baru saya tengok. Hehehe*





p/s : Tapi kena ingat Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati. 

Tuesday, September 13, 2011

Aku Memang Menyesal!

Assalamualaikum!

Saya rasa, mesti Semua orang dah tahu lagu Beribu Sesalan by 3suara (Ning, Shila, Jaclynn). Saya baru juga nak layan. Hahaha! Terlalu ketinggalan kerana memang tak layan lagu2 sangat. Hehe.

Lirik dia agak kena dengan perasaan saya saat ni. Seyes menyesal! Walaweh! Mana elok menyesal! Takpa, this will be my last one! Just need few days, em, maybe months, or more to flush everything away! Fuhh! Naseblah kau kena flush. Sepa suruh broke my heart kan. Gosh! Be a strong girl oPiE! Big girl don't cry. 22 years old girl won't cry because of super duper stupid thingy! Keep him inside but throw your feeling toward him away!!!! Can meh?@_@

Fuhh! Sometime you just have to hold your head up high, blink away the tears and say good-bye, isn't it?

Ok meh layan lagu tu. Disertai dengan lirik iaitu luahan hati saya sendiri. *kecoh mak enon tol aku neh!*




Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku…




p/s: Hey you! Just watch my life fall apart! Lets get back to our normal ways. You and i just a blogger. Nothing is secure dear, even my heart!
Terimakasih sudi baca! (:

Lawak: Lembu Mengamuk Teruk!

Assalamualaikum!



Kisah di sebuah kampung....


Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah mampuih nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! Kau punya masalah kecil je!

Ayam : Kenapa pulak kau cakap macm tu?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

Ayam : @#%^#^?????? *hampeh punye lembu!*

.Minum dik, jangan tak minum.



p/s:sekadar perkongsian, sumber dari SINI.
Terimakasih sudi baca! (:

Monday, September 12, 2011

Sejahtera ke atas Semua!!!!

Assalamualaikum!

Walawehhhh! Lama gilak tak update blog. Takda masa lah. Sedih tinggalkan blog ni sensorang. Bila dah tak buka blog tu, memang tak langsung jenguk blog korang. Huk~

Dah mula sem baru kan? Bagi mereka yang masih belajar kat IPTA, minggu ni minggu orientasi freshies manakala next week kalau tak silap bagi mereka yang baru buka sem. Tarik nafas dalam dalam, hembus! Tu diaaa. Kembalikan semangat nak belajar anda setelah 4bulan bercuti. *Kemain ko opie nasihatkan orang.*

Saya ni masih lagi bekerja di Mydin. Itu yang tak berkesempatan update blog. Yela, saya ni naik bas, balik rumah sure penat! Fuhh! Keluar rumah waktu matahari baru nak cakap 'hi', balik rumah bila matahari nak cakap 'bye bye'. Kerjanya office hour je, tapi, dalam bas yang menyebabkan berdouble hour. Walaweh! Tapi nak buat macammana, mencari rezki dari menganggur kan, kan,kan? Gaji pon not bad, kerja dok ngadap komputer dengan supplier je hari2. Tak susah, tapi pressure sikit je. Heheheheheh.

Ok, stop sini. saya membebel sensorang, tiada yang berminat membaca. *Sila cakap tidak kerana korang baca! Hahahahha*

Btw, saya nak ucapkan Selamat Mulakan Sem baru pada mereka yang masih belajar dan Selamat Selamat kepada semua!!!! Hehehe..

.Nah Seketul gambar raya.


p/s:nanti nak share tentang Melaka lah kat blog neh! Stuju tak?Hehehehe. Korang, kalau ada kerja kosong, bagitahulah saya yepp!

Terimakasih sudi baca! (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...