Tuesday, September 20, 2011

Cantik VS Kurang Cantik

Assalamualaikum!



Kalau perempuan cantik pendiam,
Lelaki akan kata:
'Wow!ciri2 isteri idaman.'

Kalau perempuan kurang cantik pendiam,
Lelaki akan kata:
'Tak reti berkomunikasi agaknyer.'


Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata:
'Mesti ada krisis ni. Kesiannya'

Kalau perempuan kurang cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata:
'Dah lah tak lawa,perangai plak mcm sial!!'


Kalau perempuan cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata:
'Wow! Heroin sejati.'

Kalau perempuan kurang cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata:
'Emm, taktik nak ngurat lah tu.'


Kalau perempuan cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata:
'Ok la. Bagai pinang di belah dua.'

Kalau perempuan kurang cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata:
'Kesian. Mesti dah kena bomoh lelaki tu.'


Kalau perempuan cantik di tinggal kekasih
Lelaki akan kata:
'Buta kayu betol mamat tu!!'

Kalau perempuan kurang cantik ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:
'Patut pon kena reject.'


Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata:
'Entah dato' mana bela ni.'

Kalau perempuan kurang cantik bawa BMW
Lelaki akan kata:
'Mesti anak orang kaya ni.'


Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata:
'Wah, caringnya'

Kalau perempuan kurang cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata:
'Eleh, gedik la tu.'


Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata:
'Don't worry,I'll make you happy forever.'

Kalau perempuan kurang cantik bersedih hati
Lelaki akan kata:
'Sikit sikit nangis!! Gembeng betul! Mengada ngada lah!'


Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata:
'Dah la lawa, pandai masak pula tu.'

Kalau perempuan kurang cantik pandai masak
Lelaki akan kata:
'Entah sedap ke tak tu.'


Kalau perempuan cantik main miskol miskol
Lelaki akan kata:
'Syoknya! Rindu lah tewww'

Kalau perempuan kurang cantik main miskol miskol
Lelaki akan kata:
'Kau ni takda kerja lain ke??! Sibuk ni tau tak!!'


Tak tahulah betul ke tidak wujud lelaki terlalu prejudice macam nieh terhadap wanita yang kurang indah parasnya. Tapi bukankah setiap ciptaan Tuhan itu indah belaka?

.ehem.

source dari SINI
Terimakasih sudi baca! (:

4 comments:

  1. kadang2 cantik bukan ukuran, lelaki ada sebabnya tersendiri, dan wanita pun begitu juga....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...