Showing posts with label Personaliti. Show all posts
Showing posts with label Personaliti. Show all posts

Saturday, December 21, 2013

Personaliti Berdasarkan Buah Kegemaran-Bahagian 2

Assalamualaikum!



Betik



Bagi peminat betik ni, anda adalah seorang yang tak takutkan apa2 *fearless giteww* dan rembat sebaiknya apa yang berlaku dalam hidup anda. Pada benda yang anda ingin buat, anda pikir sebaiknya sebelum bertindak. Peminat betik juga ada sense of humour dan sentiasa bermurah hati. Ciri2 itu lah yang membuatkan anda disenangi orang sekeliling anda. Anda juga seorang yang bijak menyesuaikan diri mengikut keadaan. Bak kata pepatah melayu masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. *ecececeh*. Anda juga seronok apabila berjumpa orang baru dan sikap sense of humour andalah yang menarik perhatian pasangan anda.


Manga



Anda adalah seorang yang tegas dengan pendapat anda dimana orang lain sangat sukar untuk mengubah pendirian anda. Anda cakap A, A lah orang sekeliling anda kena setuju/buat. Pada masa yang sama, anda juga jenis orang suka apabila suka akan sesuatu akan terlalu menyukainya and kalau tak suka, 100% anda takkan suka sehingga menyebabkan kadang2 anda seakan mengawal keadaan. *haiyo*. Peminat manga juga adalah seorang yang suka akan sesuatu yang mencabar minda anda.  Setegas mana pun pendirian anda, anda seolah-olah seperti kucing apabila berhadapan dengan pasangan anda. Anda pemanja dan mencurahkan segala kasih sayang anda kepada pasangan anda walau apa pun keadaannya. *extremist with strong likes lah katakan*


Ceri



Sekiranya buah ceri adalah buah kegemaran anda, hidupa anda tidaklah semanis nya. Anda selalu menempuh hidup yang berliku, dan selalu mendapat pulangan yang sikit atas usaha anda. Anda mungkin seorang yang rapuh tapi anda selalu melibatkan diri dengan sesuatu yang kreatif. Anda seorang yang setia dan sangat jujur terhadapa pasangan anda. Akan tetapi bukan mudah bagi anda untuk meluahkan perasaan and. Alahai. bagi peminat buah ceri ini, anda seorang yang menganggap rumah anda adalah syurga bagi anda kerana bagi anda, tiada yang lebih bahagia dari bersama-sama keluarga tersayang.


Pic



Seperti perihal buah pic, anda seorang yang enjoy kehidupan anda sepenuhnya. Anda seorang yang friendly dan terlalu berterus terang. Anda adalah seorang yang mudah memaafkan dan melupakan dimanakan menyebabkan hubungan anda bersama rakan2 anda sangat akrab. Peminat buah pic juga adalah seorang yang bercita2 tinggi dalam apa jua urusan hidupan anda. Anda adalah seorang kekasih yang ideal, berani dan bersemangat juga jujur dan setia dalam percintaan. Walau bagaimanapun, anda tidak menunjukkan semangat anda secara umum.


Pear



Sekiranya anda ingin lakukan sesuatu, anda akan lakukannya sehingga berjaya akan tetapi kadang2 anda terlalu bersemangat waja sehinggakan usaha anda yang mengganggu kejaayan anda. Anda terlalu taksabar menunggu keputusan atas usaha anda yang masih dalam perusahaan. Bagi peminat buah pear ini juga, anda suka akan perbincangan dalam melakukan sesuatu perihal kerja. Anda seorang yang terlalu excited dan tidak penyabar. Apabila anda telah mendapat pasangan, untuk mengekalkan hubungan tersebut bukan kah semudah yang anda sangkakan.


Ok, sekiran dari saya, untuk lihat personaliti anda berdasarkan buah-buahan seperti oren, epal, pisang, kelapa dan nenas, bolehlah klik DISINI


*source*

Terimakasih sudi baca! (:

Monday, April 22, 2013

Personaliti Berdasarkan Buah Kegemaran-Bahagian 1

Assalamualaikum!

*Our local fruits. Yummy!*


Siapa yang tak suka buah sini? Cuba angkat tangan sikit. Hai, tak elok tau,tak suka makan buah, buah tu kan ada banyak khasiatnya. Ok, ok, bukan tu yang saya nak ceritakan kat sini, tapi nak korang tengok personaliti korang berdasarkan buah yang korang suka.

Sebelum ni juga saya ada post mengenai personaliti anda berdasarkan bentuk muka, kuku, punggung dan kedudukan dalam keluarga. *Link ada di perkataan*

Sekarang, jom kita check personaliti kita mengikut buah-buahan yang kita gemari.

Oren





Orangnya penyabar dan suka buat kerja secara tenang and slow. Kerjanya hampir sempurna dan tak akan ragu-ragu dalam menyiapkan kerjanya. Sesetengah daripada peminat oren ni, personalitinya malu-malu dan pada masa yang sama orangnya boleh diharap dan boleh dipercayai. Dalam memilih pasangan pula, individu ini memilih dengan berhati-hati dan akan menyayanginya sepenuh hati dan bukan untuk main-main. Peminat oren juga kebiasaannya akan elak konflik dengan apa cara sekalipun.


Epal




Sekiranya anda peminat epal, anda adalah seorang extravagant, impulsif dan lantang bersuara,(kadang kadang bersuara dengan baran). Yang peliknya tentang anda ni, anda kurang pandai dalam nak uruskan hal diri sendiri tapi anda biasanya seorang team leader yang bagus dan pandai dalam membawa sesuatu isu kehadapan. Secara majoriti, anda dapat bertindak cepat dalam apa-apa situasi. Anda juga suka sangat travel  dan yang istimewa tentang penggemar epal ni, anda sentiasa tunjuk daya penarik diri anda bila bersama pasangan. Anda juga seorang yang mempunyai sikap enthusiasime dalam hidup anda dan kebiasaanya enthusiasime anda tak dapat ditandingi oleh kebanyakkan orang.*wOw!*


Pisang




Macam pisang juga, penggemar pisang ni, lembut orangnya. Selain dari tu, anda juga penyayang, peramah dan mudah bersimpati. Anda adalah seorang yang kurang keyakinan diri dan kadang kadang agak malu-malu kucing gitew. Sikap individu ni yang kurang berkeyakinan dan kelihatan kurang kuat semangat menyebabkan ramai yang ambil kesempatan atas anda. Anda sentiasa adore pasangan anda dalam apa keadaan sekalipun, sama ada mentally or physically. Dengan sifat anda inilah hubungan anda dengan pasangan sentiasa dalam keadaan harmoni.


Kelapa




Seorang yang bertimbang rasa, serius dan sentiasa berfikiran jauh adalah antara sifat orang yang menggemari kelapa. Walaupun individu ini gemar bersosial, anda agak memilih dalam mencari kenalan. Sesetengan daripada penggemar buah ini juga agak keras kepala dan terlebih berani. *upsss, terlebih sudah kan*.. Sikap yang peka, licik dan cepat berfikir ni adalah adalah cara anda untuk memastikan anda sentiasa berada di tangga teratas dalam sebarang tugasan atau senario yang diberi, terutama di tempat kerja lah! Dalam mencari pasangan pula, individu ini memilih pasangan yang bijak dan bersemangat akan tetapi, pasangan bukanlah segala-galanya untuk anda.
*p/s:ada ea orang suka makan kelapa? Hehee. No offense!*


Nenas




Penggemar nenas ni cepat membuat keputusan dan lagi cepat dia bertindak. Anda juga berani dalam membuat sebarang perubahan dalam karier anda sekiranya perubahan tersebut memberi faedah kepada anda. Manakala kebolehan anda dalam organisasi memang tip top walau betapa besar/susah tugasan yang diberi. Selain itu, individu ini juga boleh berdikari, jujur dan ikhlas dalam berurusan dengan orang lain. Walaupun and bukanlah seorang yang peramah, tapi anda cepat dalam mencari kawan-kawan dan apabila adnda dah berkawan dengan seseorang itu, dia adalah sahabat dunia akhirat. *chewahh*.. Anda jarang membuat sesuatu yang romantik kepada pasangan anda serta pasangan anda kebiasaannya kagum dengan kualiti kerja anda tetapi kecewa dalam kebolehan anda menunjukkan rasa sayang atau cinta anda. *haiz~*




Okeh, sebenarnya banyak lagi buah-buah lain. Kalau nak tahu tentang ciri-ciri personaliti korang untuk penggemar buah betik, mangga, ceri, pic atau pear, kena tunggu entri seterusnya ok?


*source*
p/s: Masa google buah Nenas, pergh, terliuq beb!

Terimakasih sudi baca! (:

Thursday, August 11, 2011

Rahsia Personaliti Wanita Mengikut Kedudukan Dalam Ahli Keluarga

Assalamualaikum!



Dulu dulu, orang tua percaya bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada maknanya tersendiri seperti kedudukan wanita dalam keluarga.


  • Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
  • Air - kedua, Keenam, kesepuluh
  • Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
  • Angin - keempat, kelapan, kedua-belas


1. Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

  • Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
  • Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
  • Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
  • Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.



2. Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
  • Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
  • Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
  • Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.



3. Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

  • Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
  • Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
  • Penasihat yang baik kepada suami.
  • Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
  • Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.



4. Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

  • Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
  • Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
  • Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.
  • Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan





source:lanunsentral


p/s:ini sekadar penyataan, boleh dipercayai, juga tidak. :)
Terimakasih sudi baca! (:

Friday, August 5, 2011

Cara Wanita Berjalan Menggambarkan Sikapnya

Assalamualaikum!




1.  Berjalan kelihatan dari belakang seperti tidak memijak tanah :

  • Tidak Jujur. 
  • Bermulut laser dan mudah menyinggung perasaan orang lain ketika berbual. 
  • Ego.
  • Agak pemboros juga tidak berfikir seblum berbelanja.
  • Namun, wanita dalam golongan ini biasanya menjadi pujaan hati ramai jejaka!


2.  Berjalan dengan menoleh ke kiri dan kanan :

  • Pandai menyimpan rahsia.
  • Ramai wanita lain beranggapan wanita dalam golongan ini suka menipu kawan sendiri namun lelaki berusaha memikat wanita wanita dalam golongan ini kerana mereka dianggap mudah diatur dan diuruskan.

3.  Suka menunduk ketika berjalan :

  • Mempunyai sikap tertutup-hanya berbual dengan rakan rapat dan boleh dipercayai untuk simpan rahsianya.
  • Bersikap dingin dan kurang mempercayai kehidupan cinta.
  • Tapi kalau sang adam dapat pikat wanita macam ni, akan kekal sebab golongan ni golongan setia!


4.  Berjalan menatap lurus ke depan :

  • Berpendirian teguh!
  • Tidak suka kalau pendapatnya ditentang.
  • Hanya memilih mereka yang berpandangan luas untuk berkongsi pengalaman.

5.  Berjalan badan bergerak ke kanan dan ke kiri :

  • Tidak kisah dengan apa yang berlaku di sekelilingnya.
  • Menganggap semua masalah yang dihadapi kecil walaupun masalah besar yang dihadapi.
  • Selalu tidak dapat selesaikan masalah kerana memandang remeh masalah besar.

6.  Berjalan kelihatan tegak :

  • Tidak suka urusan peribadi idcampuri orang lain.
  • Serius berbicara seolah olah mahu menunjukkan pendiriannya yang teguh.
  • Suka lelaki yang berdikari tapi romantik!

7.  Berjalan seperti zirafah :

  • Kalau bergerak tu macam badannya kehadapan kebelakang.
  • Lemah perasaannya.
  • Mudah terasa dan tersinggung juga mudah mengalirkan airmata.

Jadi yang mana satu cara jalan korang? Ada kesamaan tak?Hehe!

Source: http://www.tentangcinta.com

Terimakasih sudi baca! (:

Tuesday, July 26, 2011

Bentuk Muka Korang Personaliti Korang!

Assalamualaikum!

Kali ni entri mengenai bentuk muka pula. Yang mana satu bentuk muka korang? Jom check apa pula personaliti korang berdasarkan bentuk muka korang! Tapi just 4 basic bentuk muka je. Hehe.




Bujur Sirih.

  • Bentuk wajahnya kelihatan panjang atau lonjong.
  • Keperibadiannya:- Sentiasa bekerja keras, bijak menangani masalah kewangan, memiliki sikap gigih yang luar biasa, memiliki perancangan hidup yang sangat jelas, ada kalanya agak ego.


Bulat.

  • Bentuk wajahnya kelihatan bulat dan sering dikaitkan dengan faktor ketembamam..
  • Keperibadiannya:- Peramah, berpewatakan ceria dan santai, bijak berkomunikasi namun gemar membuat sesuatu keputusan mengkut kata hati.


Bersegi.

  • Wajah berbentuk kotak atau kelihatan berbentuk seperti empat segi.
  • Keperibadiannya:- Aktif dan gemarkan aktiviti yang berkaitan dengan sukan, Agresif dan bercita-cita tinggi, memiliki daya ingatan yang tajam namun agak lembab dalam urusan cinta.


Segi Tiga.

  • Lebar dahi lebih besar berbanding bahagian wajahnya yang lain.
  • Keperibadiannya:- Cerdik, pantas dlm melakukan sesuatu tugasan, terlalu aktif dan tidak tahu duduk diam namun agak kurang gemar memikirkan soal kesihatan diri.




Terimakasih sudi baca! (:

Saturday, July 23, 2011

Kuku Korang Personaliti Korang!

Assalamualaikum!

Sebelum ni saya ada buat entri mengenai Punggung Korang Personaliti Korang. Sekarang, kuku pula. Kuku korang juga menggambarkan personaliti korang. jOm Check jOm!

.Erk. Hudusnya Kuku Beliau.


Kuku yang baik, rapi dan indah – Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

Bentuk kuku pendek tetapi lebar – Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat – Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit – Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

Bentuk kuku bersegi tetapi rata – Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

Bentuk kuku langsing – Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa kesialan dan kurang berwibawa.

Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning – Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar,pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun – Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal – Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

Bentuk kuku bersegibahagian bawah sedikit runcing - Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.


.Ni contoh kuku sihat iaitu kuku saya. Haha.Sila percaya.
Source:lanunsepet.

Terimakasih sudi baca! (:

Saturday, July 16, 2011

Punggung Korang adalah Personaliti Korang!

Assalamualaikum!

Jom korang check punggung tu ada kena mengena dengan personaliti korang. Jom check jom!

Bulat:

  • Berjiwa kental.
  • Idealistk.
  • Periang.
  • Sentiasa bersemangat.
  • Pandai kawal perbelanjaan.
  • Suka bersosial.
  • Boleh bergaul.


Seimbang:
Paha dan punggung tu seimbang, taabesar sangat taajuga kecil, taabulat sangat dan taterlau rata, memang seimbang lah!

  • Tenang.
  • Pemurah.
  • Bakal jadi parent yang baik.
  • Kalau sang ibu: Ibu yang penyayang.
  • Kalau sang bapa: Bapa yang jelas pemikiran ke mana arah tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjaya.
  • Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.


Tinggi:
Punggung tinggi keatas.

  • Daya seks yang tinggi *ehem ehem*.
  • Taakisah dengan kata kata negatif orang lain.
  • Suka berseronok.
  • Suka buat mende ikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkan susah dapat status tinggi dalam masyarakat.


Besar:
Punggung dan peha yang besar.

  • Romantik, subur dan sihat.
  • Individu penuh rasa cinta.
  • Sanggup buat apa sahaja untuk capai cita cita.
  • Caria, pemurah dan bijak urus kewangan.
  • Taade apa yang mustahil dan semua boleh diatasi.
  • Sentiasa ukur diri dengan jumlah harta dan wang yang dikumpulkan.


Rata:
Punggung rata dan hampir rata dengan badan.

  • Lurus, bijak dna terlalu idealistik.
  • Tidak pandai cari peluang berniaga.
  • Kalau perempuan: Taasubur dan tidak dapat anak lebih dari satu.
  • Taade perancangan masa depan yang jelas.
  • Terlalu berserah pada keadaan tanpa ada inisiatif untuk majukan diri.


Jadi mana satu punggung korang? Eh, eh, bukan nak tahu punggung korang, tapi betul tak ciri ciri tu? Hehe. Saya ada betul ada tak. Em, taape lah. Hape pon taaboley. Hehe!

.LOL.

Sumber: s2u.my

Minta Jasa baik korang tolong komen SINI ya

Terimakasih sudi baca! (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers