Saturday, December 21, 2013

Personaliti Berdasarkan Buah Kegemaran-Bahagian 2

Assalamualaikum!



Betik



Bagi peminat betik ni, anda adalah seorang yang tak takutkan apa2 *fearless giteww* dan rembat sebaiknya apa yang berlaku dalam hidup anda. Pada benda yang anda ingin buat, anda pikir sebaiknya sebelum bertindak. Peminat betik juga ada sense of humour dan sentiasa bermurah hati. Ciri2 itu lah yang membuatkan anda disenangi orang sekeliling anda. Anda juga seorang yang bijak menyesuaikan diri mengikut keadaan. Bak kata pepatah melayu masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. *ecececeh*. Anda juga seronok apabila berjumpa orang baru dan sikap sense of humour andalah yang menarik perhatian pasangan anda.


Manga



Anda adalah seorang yang tegas dengan pendapat anda dimana orang lain sangat sukar untuk mengubah pendirian anda. Anda cakap A, A lah orang sekeliling anda kena setuju/buat. Pada masa yang sama, anda juga jenis orang suka apabila suka akan sesuatu akan terlalu menyukainya and kalau tak suka, 100% anda takkan suka sehingga menyebabkan kadang2 anda seakan mengawal keadaan. *haiyo*. Peminat manga juga adalah seorang yang suka akan sesuatu yang mencabar minda anda.  Setegas mana pun pendirian anda, anda seolah-olah seperti kucing apabila berhadapan dengan pasangan anda. Anda pemanja dan mencurahkan segala kasih sayang anda kepada pasangan anda walau apa pun keadaannya. *extremist with strong likes lah katakan*


Ceri



Sekiranya buah ceri adalah buah kegemaran anda, hidupa anda tidaklah semanis nya. Anda selalu menempuh hidup yang berliku, dan selalu mendapat pulangan yang sikit atas usaha anda. Anda mungkin seorang yang rapuh tapi anda selalu melibatkan diri dengan sesuatu yang kreatif. Anda seorang yang setia dan sangat jujur terhadapa pasangan anda. Akan tetapi bukan mudah bagi anda untuk meluahkan perasaan and. Alahai. bagi peminat buah ceri ini, anda seorang yang menganggap rumah anda adalah syurga bagi anda kerana bagi anda, tiada yang lebih bahagia dari bersama-sama keluarga tersayang.


Pic



Seperti perihal buah pic, anda seorang yang enjoy kehidupan anda sepenuhnya. Anda seorang yang friendly dan terlalu berterus terang. Anda adalah seorang yang mudah memaafkan dan melupakan dimanakan menyebabkan hubungan anda bersama rakan2 anda sangat akrab. Peminat buah pic juga adalah seorang yang bercita2 tinggi dalam apa jua urusan hidupan anda. Anda adalah seorang kekasih yang ideal, berani dan bersemangat juga jujur dan setia dalam percintaan. Walau bagaimanapun, anda tidak menunjukkan semangat anda secara umum.


Pear



Sekiranya anda ingin lakukan sesuatu, anda akan lakukannya sehingga berjaya akan tetapi kadang2 anda terlalu bersemangat waja sehinggakan usaha anda yang mengganggu kejaayan anda. Anda terlalu taksabar menunggu keputusan atas usaha anda yang masih dalam perusahaan. Bagi peminat buah pear ini juga, anda suka akan perbincangan dalam melakukan sesuatu perihal kerja. Anda seorang yang terlalu excited dan tidak penyabar. Apabila anda telah mendapat pasangan, untuk mengekalkan hubungan tersebut bukan kah semudah yang anda sangkakan.


Ok, sekiran dari saya, untuk lihat personaliti anda berdasarkan buah-buahan seperti oren, epal, pisang, kelapa dan nenas, bolehlah klik DISINI


*source*

Terimakasih sudi baca! (:

3 comments:

  1. er... tasha ni suka buah apa ya... semua suka.. hihi

    ReplyDelete
  2. Kite suka pisang, mangga dengan epal. Dah boleh buat air buah campur dahhhh. Heheheeee!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers