Wednesday, April 20, 2011

POLAR BEAR lagi!


Sebelum ni saya ada buat entri tentang saya dipanggil POLAR BEAR oleh kengkawan saya yang sengal mengal.

Oleh itu, saya nak sambung sikit entri tu. Bukan nak cakap pasal saya yang secomel seputih seganas POLAR BEAR, tapi nak share sikit information tentang polar bear.

Kalau dulu, before saya ambil kos SAINS MARIN ni, saya tak tahu pon POLAR BEAR ni adalah marine  mammal. Saya ingatkan dia adalah binatang darat. Rupanya hidupan marin.

Kalau sesiapa yang tak tahu tu, mesti tertanya apa pasal lah bintang yang lengkap kaki, takda fin and berbulu selebat pohon rambu boleh dikategorikan sebagai Marine life?

Yang dah tahu POLAR BEAR adalah marine life, tahu tak apa sebab ia dikategorikan sebagai marine life? Tahu ke tak, tak kira nak explain juga sambil minum air kopi! Hehe.

Sebenarnya, kat tapak kaki POLAR BEAR tu sendiri ada jaringan yang macam kat kaki itik tapi kat POLAR BEAR ni, kecik je, tak padan dengan badan kan? LoL. Web tu lah digunakan untuk berenang kalau dalam air. Streamline body yang dia ada pon membolehkan dia stay lama dalam air juga membuatkan ia lebih tangkas mangkas! Wah! Macho ah anda encik POLAR BEAR!

Bulu???
Woit, kat kutub utara tu sejuk gila Beb! Air dia lagi lah sejuk beku. Bulu-buluan tu berfungsi macam websuit. Ia insulate POLAR BEAR’s body. Lemak2 comel yang POLAR BEAR ada tu pon untuk maintain internal body temperature dia. Dah tak payah nak sibuk2 pakai sweater ke, selimut ke, peluk kekasih hati ke untuk panaskan badan. Hehe.

Seterusnya, kenapa pulak badan dia ada yang berwarna hitam?Hidung, mata, bibir dan tak kaki? Sama macam atas tadi, sebab kan kat kutub sejuk tahap dewa, warna gelap membantu POLAR BEAR absorb more heat. Tak payah lah pkai heater kan, nanti cair mair pula ais2 kat kutub tu *eh, mana nak dapat letrik kalau guna heater?karut marut ah.. hehehe*

Jap2, mesti korang cakap bulu POLAR BEAR warna putih kan? Nope! Kelihatan putih, tapi sebenarnya ia translucent. Bukan putih tau, no, no, no.

Haaa, last but not least,
POLAR BEAR memang lah hidupan marin sebab dia memang tinggal kat laut just laut dia tu dah beku. Itu bukan darat, itu adalah laut yang permukaannya yang beku. Ok?

Hehe. Tamat sudah pengajaran cikgu pada hari ni. Hehe..
Apa2 pon SUBHANALLAH! Perfectnya ciptaan ALLAH!
Terimakasih sudi baca!


p/s: tahukah anda manusia bukanlah menu jerung? Nantikan explaination-nya! Hehehe..

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...