Tuesday, February 1, 2011

Kundasang Lagi


Haih, tak tahu nak mula dari mana. 30 Feb, dah start cuti CNY.

So, takkan nak lepak kat bilik je kan, so, kawan aku yang baik hati sorang ni, ajak aku join geng dia pergi kundasang. At first, diorang merancang nak g Labuan, tp xjadi disebabkan kos yang amat tinggi an.. *kedua2 tempat aku dah pergi, tapi disebabkan bosan keseorangan kat bilik, so, nak join jugak! Hehe*
Kawan aku ni budak kos psikologi, kos psikologi ni memang ramai budak Kelantan, *kawan aku ni pun Kelantan*.
Seronok juga la though it's awkward in the first place. Yela kan, xkenal langsung diorang, eh3, kenal si saiful je.
Ktorang semua 13 orang. Naik van, si saiful kecik yang bwa. Xkena dengan badan kecik, rock la mung! Hehe..
Kitorang jalan nix tau hala tuju sangat ni, tp diorang dah plan, mula2 mesti pergi poring kat Ranau.. OK, sini aku belum pernah jejak kaki lagi. Dah sampai poring, bukan jejak kaki je, rendam kaki gak. Haha. Budak2 lelaki je pergi mandi, ktorang, 8orang budak perempuan, xmandi, lecehla, nanti nak bersiap dah makan masa, dah la banyak tempat nak pergi lagi ni. So, kami just rendam2 kaki je.
Haa, benda yang seronoknya, sepanjang perjalanan atas va, ktorang xkan berhenti ketawa dengan telatah si Poji. Haha.. Lawak gila kot mamat tuh. Xsyak lagi, mesti budak Pasir Mas. Bingo! Haha. Bebudak Pasir Mah meme naka! Bila dia wat lawak slumber dia tuh, rasa nak hantuk2 kepala kat kusyen kerusi ketawa terbahak2. Serius lawak.
Paling kelaka masa dia nyanyi lagu Alhamdulillah, Yasin feat. TooPhat. Siap full rap lagi. Haha. Pastu dia suka jadi bermacam2 warga bangsa, Jap Mat Salleh, jap Cina, jap Sabahan. Haha. Lawok ar mung Poji!
Ok2, dah terlebih2 cakap pasal Poji lak.
Kitorang xpergi banyak tempat sangat juga lah sebab hujan, kabus gila tebal, dah rasa macam kat overseas. Kali lepas, xde la sesejuk ni. Dah la kitorang masing2 xbawa sweater or shawl ke. Yang lelaki je pkai sweater.
Last tempat kitorang pergi adalah Kundasang War Memorial. Time tuh dah nak jam 5.30ptg, dah nak ttup ni, tapi kitorang rayu2, hehe, lepas juga.. Snap sana, snap sini, cepat2 je kitorang jalan. Tp syiok jugak!
Pas tu kitorang g membeli belah sayur, sedeh2, membeli belah dah gelap, kedai2 tu pon dah nak ttup, act malam memang xbuka, that’s why xda lampu. Sampai terbeli sayur yang agak dah xlawa.. Huhu.. xpe2..
Then, kitorang siggah kedai yang jual sayap & bontot ayam paling sedap kat sabah, itu diorang cakap la, aku rase, ehem2, AB punya lagi sedap. Hehe.. no offend ye.. Hehe..
Pastu dok bincang2 saiful benti drive sebab dari 6pg die drive sampai la dah jam 7.30 kot time tu, diorang dah wisau, sure saiful penat kan, tp, macam xde sape yang boleh bawa lagi.  Yang lain tu boleh ja, tapi kureng yakin. Ahak2.
Last2 saiful bwa juga. Eh2, jap2, kitorang siap plan nak tido kat kundasang lagi, 1hostel rm150 g2, so, boleh share duit, jadi murah la sorang kan. Time tu aku dah berkerut, alamak, fulus dah nak abis ni, almaklumlah, im the only one yang pinjaman lom masuk lagi an. Bikin Panas.
Si saiful drive sampai tuaran je, pastu bertuka tangan lak, si Poji yang kelakar tu bwa. Laju gila siot!!! Sebab dia xsabar nak tengok bola piala sumbangsih Kelantan vs Selangor. Chit! Klo kami mati cane? Hah, hah, guano tu? Haha..
Tak2 kami selamat sampai IP, duk kat restoran, em, restoran, em, restoran ape eik, lupa lak. At first kedai tu buka TV3, pastu mereka dengan berani minta tuka TV1. Nasib diorang tuka juga, maklumlah, customers kan.
Syiok la diorang tengok, yela, minit ke 20 camtu, Kelantan dah gol. Syiok tok diorang tengok Fahmi tu.. ish2. Dahsyat..
Pastu separuh masa kedua habis, budak kedai tu slumber tuka TV3, nak nengok drama Melayu lah tuh. Ya2,memang. Btw, cita tu agak klaka. Haha. Aku pon layan juga lah, tapi yang lain muka dah berasap2 ni, minta tuka TV1 balik, diorang wat muka slumber je, xlayan pon, wat2 kusyuk tengok drama. At that time, memang xramai pelanggan.
Last2 diorang fed up, ktorang pon blah la..
Disebabkan kitorang sewa van 1hari, dari jam 5, so sampai 5 pagi balik lah kan, semangat diorang ni, nak jugak habiskan 1hari tu. Haha. Mesti2, dah bayar, jangan bazir, amalan syaiton tuh. Haha..
Pas dah blah dari restoran yang mengong tuh, kitorang g la sepanggar bay, yang KD Pahang terdampar tuh. Cantik view malam2, oleh lampu2 neon kapal2 yang terdampar kat c2. Posing agi. Haha..
Then, kitorang xtau nak pergi mana lagi ni, last2, g KK. Nak g tengok maknyah kat KG Air. Gila tol diorang ni.
Sampai2 sana, xde lagi dahhh, malam masih terlalu baby, baru jam 11 kot, diorang makeup pon lom kot. Dah sampai KK, masing2 perut dah penuh, masing2 punya pundi kencing pon dah penuh, so nak g terkucil kat ne eik? Haha. Si saiful bawa kitorang g Terminal II. Semata2 nak kencing. Haha.. Yela, minyak manyak lagi ni, xleh membazir.. xleh2 kan tadi dah royak, membazir tuh amalan syaiton..
Ish2, panjang nye aku membebel.. xboleh2, nak cite gak! Hehe..
Pas dari terminal II, kitorang g balik la, tapi ikut jalan jauh, saja2 je. Hehe..
Akhirnya sampai pagar UMS jam 1 lebih, cenggitu la. Macam biasa, mesti kena tahan dengan pakGuard nye. Seperti yang telah kami rancang, kami cakap kami baru balik dari field work. Haha. Dan, dengan senang nya, pakGuard izinkan kami masuk. Weehhhhhuuuuuu!
Dah xda kerja punya pasal, sampai sisaiful pusing round about UMS 3 kali. Ish3, memang xdak  koje.. haha.
Haa, dah habis dah, krem jari menaip ni..
Tapi serius la, memang seronok. Diorang pon mesra dan kelakar gila. Thanx sudi bawa saya yang asing ni.. sob3, terharu nih…


gambar bakal di upload sebab sume gmbar dgn budak2 tu, nex week la ea...


Peaceout!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...