Sunday, August 7, 2011

Day 28 - Hobi Saya??

Assalamualaikum!

Wah, ni yang malas wa nak cakap ni. kalau saya cakap saya tiada hobui amacam? Kalau ikut definisi hobi time kanak kanak ribena dulu, hobi adalah aktivit yang dilakukan ketika masa lapang kan? Kumpul setem? mewarna? Fuhhhh!

Kalau tanya saya apa definisi hobi bagi saya, saya akan jawab hobi adalah sesuatu yang dilakukan oleh seseorang kerana didorong oleh rasa seronok dan seseorang itu melakukannya oleh kerana minat yang mendalam.

Aiseh! Boleh masuk dalam silibus BM ni. Haha!

Yela, masa sekolah rendah dulu tak habis habis kawan kawan ada buka biodata yang mesti kena letak hobi. Lepas tu cikgu2 pon sibuk tanya apa hobi untuk dijadikan karangan. Pastu cikgu pon asyik cakap hobi itu perkara yang buat apabila masa lapang. Huhu. Bagi saya, hobi tiada kena mengena dengan masa lapang. Hobi=minat.

Ok, masa kecik kecik, serius saya suka melukis. Kalau melukis mesti dapat A punya! Tapi saya paling benci mewarna. Lepas lukis mesti kena mewarna kan? Arggghhhhh! Saya mesti rasa nak upah mak atau kakak sulung tolong warnakan.

Kalau time tu kawan2 lukis taapernah pikir logik, tapi saya ada jugalah. Lebih lebih lagi bila lukis rumah. Kalau lukis rumah, mesti ada orang berdiri sebelah rumah iaitu saya untuk menggambarkan itu rumah saya. Kawan kawan semua lukis orang sama besar dengan rumah. For sure pintu lebih kecik kan? Saya pon terpikir, eh, nanti macam mana aku nak masuk rumah kalau aku besar sangat neh? Lantas saya terus melukis diri saya secomel comel saiz. Itu adalah pemikiran saya ketika darjah 2. Aiseh!

Lepas tu, masa sekolah menengah, serius takda hobi. Rasa menyampah nak melukis. Grrrr! Bila dah masuk matrik dan hingga sekarang, silalah check buku buku saya, hahahahaha! Mesti ada conteng conteng lukisan punya! haha. Dan saya lebih suka lukis orang, dengan body cut yang pergh! boleh buat lelaki terliuq. Lepas tu seksi tahap dewa! Haha. Mana taknya, sebab saya nak kurus, slim macam tu. Hahahahahhahahaha!

Baiklah, itu sahaja yang mampu saya cakap. Ingat, walaupun saya suka melukis, tapi saya tidak kreatif, saya juga benci mewarna!

 Okeh, kat bawah ni adalah hasil lukisan saya yang tidak seberapa. Saya scan dan upload sini!
_
_
_
_






Hahahahahahaha! Sila lah percaya semua tu lukisan saya! Hahaha. Saya tak se-expert tu beb! Mr.Google bagi loh!

.entri 30 days blog challenge.
Terimakasih sudi baca! (:

7 comments:

  1. hahahaa.. mr. google bg rupanya.. baru nk terkesima dan nganga mulut tekejut. xjd la. ttup mlut blk.. haha..

    ReplyDelete
  2. hampir nak percaya itu lukisan awak :)

    ReplyDelete
  3. ingtkan btol2 u lukis td.. hak3.. hadoinya pon.. hehe

    ReplyDelete
  4. baru nak percaya.. igt nak pujiii di komen.. terus tak jadi... hehehehe.. ^_^..

    ReplyDelete
  5. wah baru nak puji...tapi gambar hari tu cantik kan...hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers