Sunday, August 21, 2011

Mydin Ohh Mydin!

Assalamualaikum!

Baru dua minggu saya kerja kat Mydin sebagai inventory assistant, tapi rasa dah macam lama. Fuhh! (Boleh baca SINI juga). Penat badan tu ada juga, yela naik bas kan. Habis kerja jam 6ptg, naik bas 6.45ptg sampai rumah 7.20ptg, terus ke meja makan untuk berbuka. Hehehe.

Yang paling penat emosi. Huhu. Diorang kat sini memang pure melaka. Almaklumlah, orang2 melaka ni memang bahasa kasau *kasar versi Melaka* tahap dewa beb! Ehem, ehem, saya bukan orang melaka, saya tinggal di Melaka je ok! Hehe. Saya baru kat ofis yang ada 10orang tuh. Saya hanya ok dengan 4 orang je sebab yang selebihnya sombong, meja sebelah saya tu lagilah sombong! Huhu. Tak nak umpatlah, dosa~

Sekarang kan dah nak dekat raya, so, mesti ramai tengah shopping kat mydin beli bahan kuih raya lah, macam macam lagilah. Mydin sini pula kekurangan cashier, so, kami dari inventory terpaksalah tolong cashier. Serius terpaksa, even kami dibayar OT, tapi kerja kami pon dah berlambak, lagi nak tolong depa. Haiz.Tolong jelah, nak kata apa kan. Hehehehe.

Serius saya taksuka jadi cashier. Satu, saya ni gelabah. Mana nak masukkan barang dalam plastik, mana nak scan barang yang berlambak-lambak. Dah banyak kali saya jadi cashier, tapi tiap kali tu lah ada buat salah. mesti diorang menyampah dengan saya. Huhu, jadi, disebabkan kami wajib OT jadio cashier, saya tidak sesekali akan pegang counter, saya hanya akan jadi packer. Hehe.

.Gambar Mr.Google bagi.


Nanti dua hari before raya lagilah, kena kerja dari 7pagi sampai 7petang. Sepanjang masa jadi cashier *ehem, ehem, saya sekadar packer. Hehehe*. Yelah, mesti lah ramai shopping time tu kan. Beli ayam, daging, sayur, beras, nasi impit, minyak, air minum. Huhu.

Ok, benti sini. Sekejap lagi waktu berbuka. Selamat berbuka ya semua! Jangan Lupa tarawih, kejarlah lailatul qadr tu. :)


p/s: Kalau korang datang Mydin and kena beratur panjang, jan marah ea, sebab Mydin selalu kekurangna Staf especially cahsier during puasa & raya session. Peace Yaw!
Terimakasih sudi baca! (:

3 comments:

  1. relax lah...hehe, dah balik ke?

    ReplyDelete
  2. nanti time dia jadi cashier bole bayar kat tempat dia...ehehe

    ReplyDelete
  3. Salam tumpang tanya, skop kerja dia mcm mana?susah x?sy baru nak mula kerja ni, nervous sikit, takut x pandai hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...