Saturday, August 13, 2011

Pengakuan Jujur Saya Untuk Awak!

Assalamualaikum!

Aiseh! tajuk dah nak dekat sama dengan entry beliau neh pula. Hahahaha.

Ok, korang pernah dengar lagu ni tak? Cinta Muka Buku by Najwa Latif? Saya pon takberapa layan lagu2 lepak lepak simple macam nih. Tak feel beb! Haha. Tapi kan, ada seseorang kenalkan saya lagu ni. Dia kata dia suka lagu ni. Saya cubalah dengar, 1st time, empppphhh, taaminat, 2nd time, sempoi gak, 3rd dan seterusnya, dah boleh layan lagu ni.

Seminggu ni saya takbuka pon playlist saya sebab jarang online, hari ni, malam ni, free, saya buka je playlist saya, lagu tu keluar dulu, and seriously i miss him so much!!!! Miss as? Kawan beb! Kawan! Sebelum ni dia periang, saya happy je dengan dia, tapi kebelakangan ni ni dia dah macam tak kenal saya.

Ya, dia juga seorang blogger. Saya kenal dia trough blog, saya suka ayat dia 'nothing is secure'. Saya jatuh cinta juga dengan ke-charming-an dia, tapi saya tak perasan yang saya dah tersasar jauh. Kami hanya kawan, kawan biasa malahan kami tidak kenal satu sama lain pon. Hanya kenal macam tu je. Saya rasa beliau tu dah perasan yang saya ter'over' and he try to avoid me. Huhu. Betapa keliahatn bodohnya saya. Haiz!



Dan saya just nak clarify kat sini saya suka dia, memang suka dia, tapi just sebagai kawan *taanak syok sendiri!* kerana dia sendiri cakap perangai dia memang macam tu, jadi saya rasa mesti dah ramai yang tersuka dengan dia sebab dia sangat charming. Hemmm, biarlah. Anggap je macam dulu, tak kenal siapa dia, hanya kenal sebagai blogger pemilik satu blog yang telah saya follow dan anggap juga dia tidak kenal saya.

Saya cuma nak cakap saya rindu dia sangat sangat. Ya, sangat sangat. Hope dia tidak menghilangkan diri. Kalu macam chipsmore ok lagi sebab atleast muncul juga kadang kadang. Haih!

Ok, jom layan lagu yang dicadangkan beliau, kata beliau cerita dalam lagu tu macam cerita kami, emm, kononnye lah, jom layannnnnn:



p/s:semoga saay dapat lupakan beliau dan teruskan hidup seperti biasa.
Terimakasih sudi baca! (:

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers