Monday, July 11, 2011

Day 1 - Lagu Yang Dengar Hari Ni

Assalamualaikum!

Ok, bagi korang yang mungkin selalu baca update mesti tahu yang saya ni student practical kat Jabatan Laut. Meja saya kat office ni betul betul depan radio dan diorang pasang Sinar FM je.

So, obviously saya akan dengar lagu lama lama je. Dan saya rasa hari hari Sinar FM ni putar lagu yang sama hari hari. Nasib saya ni layan juga lagu lagu lama ni. *Taadelah layan lagu korea je an.*

Antara lagu yang saya dengar hari ni, Dancing Queen by Abba, Kekal by Ziana Zain, Widuri by Broery Romantika dan tak ingat lagi. Uhuk uhuk.

Itu semua lagu dari radio kat belakang saya ni, kat depan sayan ni pula, KakJue pasang lagu lagu dia, tapi volume dia rendah dari radio but still boleh saya dengar. Hehe. Lagu lagu dia semua lagu barat yang terbaru. Macam  Lazy Song Bruno Mars, Perfect Pink, Tonigh Enrique Iglesias, Price Tag Jessie J, Till the World Ends Britney, More Usher, On The Floor J.Lo etc.

Disebabkan cabaran day 1 ni berkaitan dengan lagu, saya nak share sini lagu apa yang saya minat, genre apa. Saya layan semua lagu asalkan lagu tu sedap didengar exeption untuk 2NE1 dan Super Junior, saya minat semua lagu diorang. Hehe. Lagu lain, lagu thai ke, taiwan ke, barat ke, melayu ke, saya layan je. Even lagu tradisional Sabah pon ada yang saya minat. Tapi lagu indon kureng. :)

.Saya sangat suka karaoke!.


Terimakasih sudi baca! (:

2 comments:

  1. owh... suka dgr lgu lama ea n xsuka lgu indo ye, erm, akak suka gk lagu indon tpi xde la smpai hafal hehe.. akak suka layan nasyid.. ^^

    ReplyDelete
  2. @Niena Pengembara Ilahi

    Haa, lagu nasyid pon saya layan. tapi lagu2 lama je,,,, :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...