Sunday, July 31, 2011

Day 21 - Benda Yang Wajib Bawa Bila Keluar Rumah

Assalamualaikum!

Benda yang paling penting bagi semua saya rasa adalah purse! Oh yeah! Ke ada yang taabawa purse sebab mengahrapkan bf/gf belanja 100%? Haha. Kejam dan keji seh! Haha.

Selain dari tu mestilah HP kan. Nanti pepehal senang. Kalau bedak ke, lip balm ke, taapenting. Ada aku kesah? Haha. Tapi ini semua kehidupan sebagai seorang pelajar. Kalau dah kerja, dah ada kereta sendiri, mungkin lain. Buat masa ni, itu je yang saya bawa.

Kalau dah jadi ibu, haha, lagi lah lain. mesti kena bawa pampers and botol susu anak kan. Haha.



Terimakasih sudi baca! (:

Percubaan Pertama Buat Doodle!

Assalamualaikum!


Silalah ketawa kerana cacat je tengok doodle ni. Haha. Buat dalam masa 2 jam. Fuhhh! orang lain petik jari je siap.

.Pakai baju korporat Mariners.
.Komen korang sangatlah dialu-alukan. Huhu.

Terimakasih sudi baca! (:

Saturday, July 30, 2011

Kawan?!

Assalamualaikum!






Kadang kadang rasa kecewa yang teramat kepada mereka yang mengaku kawan tapi menghilang tatkala kesusahan melanda.




Terimakasih sudi baca! (:

Saya bertudung dan saya sangat Pretty

Assalamualaikum!

-ini sticky post wokey, sila scroll ke bawah for newer post-



Ok, tajuk tu agak riak. Ye, saya riak. Kenapa?Nak Riak sekali? TEKAN SINI UNTUK RIAK SAMA-SAMA. Hehe. LoL!

Bukanlah. Ini GA lerh. Bukan untuk tayang muka, tapi sebab ni GA-lah. Adeh, how i'm going to explain this. Taamo explain. =P

Naahhhhh, CikDya, syarat utama GA ni.

Wokey, pic ni bersaiz 2.52 MB okey, sila klik bukan untuk tumbesaran, tapi untuk tumbesar-besaran. Heee.


Lepas tu kan, kan, kan, CikDya akan pilih pemenang berdasarkan komen terbanyak. Ayoyo. Belog saya takfemes, entah siapa nak komen entri saya nih. Tapi dengan kejinya, saya menyeru followers saya yang saya segani lagi hormati, komen lah entri ni eh, eh, eh, eh.. Pellleassseeeee. *Saya taapandai buat muka kiut untuk minta simpati...weekkk*

Uh? Uh? Uh? Uh? Uh? Hehe. Komen ea korang. Jaebal *speaking korea pulop*.

Uh?Komen ea.





Komen tau.




Tau?
*alamak, terlebey sudae.Hehe*

Saya tag CikLolaLala~

p/s:saya tidak akan membalas komen korang sebab TuanBlog GA cakap taaci komen sendiri.. Hehe.. :)

Terimakasih sudi baca! (:

Permakanan Pada Bulan Ramadhan

Assalamualaikum!




  • Berbuka dengan membaca doa.
  • Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2 biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.
  • Bolehlah makan nasi & mee dengan kadar yang sederhana.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
  • Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.
  • Berhenti makan sebelum kenyang.
  • Lebihkan minum air.
  • Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.
  • Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak (makanlah oat/nestum/roti/ban buah buahan/kurma)
  • Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut. 
Kurma bukan sekadar sunnah. Ia mengandungi campuran glukosa dan fruktosa. Mengandungi potassium yang tinggi, sekitar 64 peratus lebih tinggi daripada pisang. Mengandungi beta-D-glucan yang mana merupakan serat larut air yang menyebabkan rasa kenyang.



SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK. 

.Katakan Tidak Pada Gelojoh pada bulan Ramadhan.


Terimakasih sudi baca! (:

Day 20 - Hari Ke 20.. Apa Yang Terjadi?

Assalamualaikum!

Terbaek! Korang yang berumur 18-23 tahun dah tukar ic? Saya baru je tukar tadi. Haha. Dah 22 baru nak tukar. Sebenarnya boleh siap dalam 2 jam, tapi maleh kami nak tunggu terus blah. Hari selasa nanti baru ambil sekali pergi interview kerja MYDIN sementara tunggu tawaran kerja.

Lepas balik dari JPN tadi, Parents dengan adik adik balik terus *mengada ngada adik2 nak ikot*, tapi saya pergi teman kawan pergi PC fair kat MITC. Rancang kawan tu nak bawa kereta, tetiba kereta rosak. Puihhhh, shi*l lah! *Bak kata abang long Dil*. Jadi terpaksalah naik motor. Helmet pula helmet dolu dolu. Haha. Saya punyalah pakai wedges, naik motor beb. Haha. Tapi saya tak heran, janji boleh pergi jenjalan.

Korang kisah tak naik motor kapcai? Mesti rasa jatuh standard kan? Haha. Sempoi-lah beb! Haha.

Ok, tata, nak pergi main badminton lagi. Jom!

.Hari terakhir praktikal di Jab Laut pejabat Marina.

Terimakasih sudi baca! (:

Friday, July 29, 2011

Day 19 - Jenis Manusia Yang Menarik Perhatian Anda

Assalamualaikum!

Pasangan tua yang sangat romantik (suami isteri je wokeh)
Husband and wife dengan baby yang terkedek2 jalan. Haha. So cute!
Perempuan seksi. Serius rasa nak sedekahkan dia kain!
Muka legend Hati Kiut. Terbaik wokk!

Eh, macam macam nak tulis ni, baik stop sini je. Haha..



p/s: Khairul Fahmi Che Mat bermata sepet kot! Haha.


Terimakasih sudi baca! (:

Super Junior announces 5th album concept is ‘Ubersexual’

Assalamualaikum!




Super Junior has officially announced their new concept for their 5th album’s title track, “Mr. Simple“.

The boys had K-Pop fans buzzing over what their concept would be after unveiling a series of eclectic teaser photos over the past few days.  SM Entertainment announced that their new concept is ‘Ubersexual‘, meaning the boys are pursuing a more stylish and masculine image, but yet it’ll still be sexy and suave.

Before their actual album drops on August 3rd, Super Junior will releasing their digital single “Mr.Simple” on August 2nd at 12:00AM (KST) through online music sites such as Melon and Bugs. Their MV teaser will also be revealed on August 1st, so stay tuned to allkpop for updates!





Source:Allkpop

Terimakasih sudi baca! (:

Day 18 - Ni lah Satu Satunya Barang Paling Mahal Pernah Dibeli Dengan Duit Sendiri!

Assalamualaikum!

Apa lagi kalau bukan labtop ku neh! Hukhuk.Beli time kat UMS....
*entri pendek sebab blogger ni sedang malas!*



Terimakasih sudi baca! (:

Wednesday, July 27, 2011

Aksi couple!!!

Assalamualaikum!




Sebelum Couple :

Message ringkas al-kisah pasangan bercouple..

Stopa : Ya! Abang dah lama tunggu saat ni!!
Ayu : Abang nak tinggalkan sayang ke?
Stopa : Mestilah tidak! Tolong janganlah fikir macam tu. Takmungkin terjadi!!
Ayu: Abang cintakan sayang kan?
Stopa : Yaaa, tiap hari.
Ayu: Abang pernah tipu syang tak??
Stopa : Tak! Kenapa sayang selalu tanya macam tu?
Ayu: Abang akan selalu keluar dengan sayang tak??
Stopa : Setiap ada peluang, abang takkan lepaskan!
Ayu: Abang akan pukul sayang tak?
Stopa : Gila ke? Abang bukan lelalki macam tu!
Ayu: Boleh ke sayang percayakan abang?
Stopa : Yaa!
Ayu: Sayang!!

Selepas couple :


.Ni gambar sebenar kesinambungan gambar atas tu.Haha.Lelaki ghopenye.

p/s:Silap bagi title loh, nak letak aksi SMS couple, tapi, tersilap, dah publish. hahahahaha!
Terimakasih sudi baca! (:

GIVEAWAY | Koleksi BegTangan Hana

Assalamualaikum!

GA ni best weh. Dapat handbag free tu! Saya ni dahlah agak susah kalau nak keluarkan duit dalam bab bab belik handbag. Harap orang bagi free je. Haha. Nasib ada kawan baik hati sudi bagi satu. Haha.

Ok, kalau nak join klik banner bawah ni. Hope dapat menang. :)
Minta minta pokcik random randomly pilih wa! *^^




Terimakasih sudi baca! (:

Day 17 - Gambar Bilik Idaman tu Beb!

Assalamualaikum!

Layan gambar jelah eik. Haha. *Hamek ko*









Yang penting bukan macam neh! Hahaha!


Terimakasih sudi baca! (:

Wordless Wednesday #16 : Ultimate Cooler.LoL!


Wordless Wednesday #15 : Ahlan Wasahlan Ramadhan Al-Mubarak!


Tuesday, July 26, 2011

Bentuk Muka Korang Personaliti Korang!

Assalamualaikum!

Kali ni entri mengenai bentuk muka pula. Yang mana satu bentuk muka korang? Jom check apa pula personaliti korang berdasarkan bentuk muka korang! Tapi just 4 basic bentuk muka je. Hehe.




Bujur Sirih.

  • Bentuk wajahnya kelihatan panjang atau lonjong.
  • Keperibadiannya:- Sentiasa bekerja keras, bijak menangani masalah kewangan, memiliki sikap gigih yang luar biasa, memiliki perancangan hidup yang sangat jelas, ada kalanya agak ego.


Bulat.

  • Bentuk wajahnya kelihatan bulat dan sering dikaitkan dengan faktor ketembamam..
  • Keperibadiannya:- Peramah, berpewatakan ceria dan santai, bijak berkomunikasi namun gemar membuat sesuatu keputusan mengkut kata hati.


Bersegi.

  • Wajah berbentuk kotak atau kelihatan berbentuk seperti empat segi.
  • Keperibadiannya:- Aktif dan gemarkan aktiviti yang berkaitan dengan sukan, Agresif dan bercita-cita tinggi, memiliki daya ingatan yang tajam namun agak lembab dalam urusan cinta.


Segi Tiga.

  • Lebar dahi lebih besar berbanding bahagian wajahnya yang lain.
  • Keperibadiannya:- Cerdik, pantas dlm melakukan sesuatu tugasan, terlalu aktif dan tidak tahu duduk diam namun agak kurang gemar memikirkan soal kesihatan diri.




Terimakasih sudi baca! (:

Day 16 - Guru Sekolah Yang Paling Saya Suka

Assalamualaikum!


Mak Saya!!
Dialah mak saya, dialah cikgu saya juga. Yela,  mak saya mengajar saya masa sekolah rendah. Ajar Mathematics, punyalah garang beb!!! Haha. Kat rumah garang jugerk. Haha.



Cikgu Haslina!!
Ni cikgu sekolah menengah. Dia ajar biology dan dia juga guru displin. Pergh, terbaik garang dia. Haha. Memang patutlah dia garang, dia kan guru displin. Birthday dia sama dengan saya tau!! Hahaha. Cara dia ajar memang bersemangat. Cikgu lain ok juga.*Semua cikgu2 kat SMKA Sharifah Rodziah best best weh!!* Disebabkan dia saya minat biology dan telah skor biology! Hehe.

.Posing kat Makmal Bio Dengan Beliau. Cari mana saya?Haha.

Terimakasih sudi baca! (:

Monday, July 25, 2011

Day 15 - Korang, Saya Dapat RM1 Juta. Serius Ni!

Assalamualaikum!

Gembira beb dapat duit banyak tu. Gembira tak terhingga. Nak share macam mana dengan korang eik? Korang mesti nak kan? Nak? Nak?

Adeh. Ni entri 30Days blog challenge laaahhhhh! Haha.
Mana da saya dapat duit banyak tu. Hang gila ka hapa?

Entri ni sebenarnya bertajuk "Apa anda akan buat kalau anda ada RM1juta?" Puiiihhhhh bak kata abang long dil. Mana boleh dapat senang senang macam tu beb.

Dalam dunia realiti ni tiada istilah kalau lah. So, taapayah berangan.

Entri pendek gila sebab entri ni entri taalogik. Haha!

.Mr.Google bagi ini gambar aaa.

Terimakasih sudi baca! (:

Sunday, July 24, 2011

Pesta Durian DiRumah-Ku!

Assalamualaikum!

Tu dia. Pesta durian datang lagi. Punyalah banyak parents saya beli durian tadi. Terkeluar kedua dua biji mata, pasaipa banyak sangat sangat? Sapa nak habiskan ni? Dahlah Raja Makan rumah kitorang dah berada di SEGi. Rupa rupanya nak buat TEMPOYAK beb!

Terbaek wookkk!

Hehe. Saya takda lah gila durian sangatt, tapi bab bab benda yang ada durian sebagai perisa nya, memang saya bedal tanpa toleh kanan kiri,mahupun belakang. Macam wajik durian, dodol durian, lempukn tempoyak dan pengat durian. Haaaaa, bab pengat durian yang nak cerita ni.

Yehaaa! Fevret wa ni, pengat durian makan dengan roti! Jadi sebagai anak mithali saya pon buatlah pengat durian tu. Fuhhh! Sedap beb! Terliuq tak? Terliuq tak? Hahahaha!

Ok, kalau bebel panjong lebo korang mesti taabaca punye aduiii, jadi silalah layan gambar gambar je okeh!

.Tu dia. Punya berlambak lambak. Ni baru sini, belah kanan sana ada lagi selonggok banyak macam ni.


.My Parents tengah kupas untuk buat tempoyak.

.Layan makan durian dulu.
.Pengat durian dalam periuk. Saya buat! Saya buat! Bangga nih!Haha!
.Gambar cun cun atas tujuan pengiklanan. Haha. Bajet!

.Hidangan untuk satu family. Fuhhh! Sedap wooo!
.Cit, adik saya pergi koyak koyakkan roti pastu dia letak dalam mangkuk tu, pastu suap pakai sudu, orang cicah, die buat gitu, last last, saya pon ikut macam tu. Haha! *punyalah panjang caption*


.Dah habis. Yummy!

Amacam, jeles tak? Hahaha. =P

Terimakasih sudi baca! (:

Serius Panas Tengok Perempuan Bertudung Posing Macam Ni!!!

Assalamualaikum!

Pergh, dah macam WW pula bila malas nak tulis entri, tapi nak letak gambar je. Tengok tajuk pon dah tahu isi, ye dok? Haha

So, inilah gambar yang buat saya panas. Macam perempuan tutttt je. Huh!

.Sumber dari google ni.

Bukan salah saya, saya ada google something, keluarlah muka dia macam neh. Maksudnya, beliau yang menulis entri yang lebih kurang sama macam entri saya ni dan turut menyelitkan gambar ni.

Haih, posing terbelit belit lidah, tersondol sondol lidah, terjelir jelir lidah, bagi saya posing macam tu sangatlah memurahkan diri. Haih, takda posing sopan sikit ke awak?

Boleh je posing macam ni, tapi sial, eh typo lak, sila jadikan ia KOLEKSI PERIBADI ANDA SAHAJA. okeh mokeh?

Entri Lebih Kurang Bikin Saya Panas dan Pelik : Jumlah Perempuan Bertudung di Malaysia Bertambah????? 

p/s: mesti korang akan cakap, lantak dialah macam mana dia nak posing, kubuq dia kot. Lantak ah!

Terimakasih sudi baca! (:

Day 14 - Perkara Menarik Saya Buat Hari Ni

Assalamualaikum!

Yeha, taasabar nak buat entri pasal 'perkara menarik' tu. Korang mesti jeles punyalah. Taamo cerita sini.
Nak buat satu entri baru.

Stay tune!

Hehe!

.Teaser. Haha.
Jom Baca SINI berkaitan dengan perkara menarik saya buat hari ni.
Terimakasih sudi baca! (:

Saturday, July 23, 2011

Jumlah Perempuan Bertudung di Malaysia Bertambah?????

Assalamualaikum!

Hai semua. Apa perasaan lepas Malaysia kalah 3-5 dengan Singapore? Haha. Suara saya habis beb. Saya ni memang pantang kalau tengok bola kat TV, mulut je lebih bising, last last kena sound dengan mak ngan ayah. Tula, saya ni kalau jadi supporter memang terbaik. Suara saya memang sesuai jerit sana sini. Haha. Sungguh taasopan, jadi lebih baik jerit depan parents then kena jerit balik dengan parents. *Takpe Malaysia, nanti mengaum habis habisan lawan kat Bukit Jalil nanti okeh??!*

Ok, itu bukan nak dijadikan topik entri malam ni. Saya nak jawab persoalan Betul ke dah ramai perempuan@ anak2 gadis pakai tudung kat Malaysia lani? Jawapan saya, betul, betul, betul.



Anda tahu kenapa? Sebab sekarang banyak fesyen shawl/selendang beb!! Tak up-to-date lah kalau tak pakai shawl belit belit, shawl sanggul tinggi tinggi, warna warni, shawl Hana T, shawl Yuna kan? Jadi minah minah yang hot luar sana tu, nak jadi bertambah hot, mesti pakai shawl pesyen pesyen macam tu. baru femes beb!

Yela, nanti kalau dah pandai pakai shawl belit belit, boleh buat tutorial kat 1tube ke, youtube ke, apa apa tube jelah. Kan? Lagi bertambah femes lah kan. Mahsyuk ni. Nanti kalau jalan pon, mesti mata tertumpu. Lagi lah powerr ke-femes-an u.

Kalau dah nak buat tutorial tu, sah sah kena mula dengan tak pakai apa2 kat kepala tu. Keluarlah dialog dari mulut saya "Laaa, freehair rupanya minah ni, ingatkan memang bertudung"

Jadi, tanya diri sendiri, apa tujuan korang pakai tudung? Fesyen? Nak HOWT? Atau kewajipan dalam ISLAM?


Tapi ingat sartu benda!! Jangan sesekali cakap, Dari bertudung, baik taapayah pakai tudung kalau perangai macam shi*l, Puihhhh*Bak kata Abang Long Dil*. Oh, no! No! No! Pakai tudung tu wajib beb! Tutup aurat, sebenarnya, bukan tutup kepala je. Dengan pakai tudung, insyaAllah kita tidak akan menghampiri parkara perkara mungkar disebabkan kita membawa imej ISLAM.

Jom sama sama berubah ke arah kebaikan?

Terimakasih sudi baca! (:

Kuku Korang Personaliti Korang!

Assalamualaikum!

Sebelum ni saya ada buat entri mengenai Punggung Korang Personaliti Korang. Sekarang, kuku pula. Kuku korang juga menggambarkan personaliti korang. jOm Check jOm!

.Erk. Hudusnya Kuku Beliau.


Kuku yang baik, rapi dan indah – Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

Bentuk kuku pendek tetapi lebar – Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat – Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit – Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

Bentuk kuku bersegi tetapi rata – Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

Bentuk kuku langsing – Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa kesialan dan kurang berwibawa.

Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning – Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar,pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun – Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal – Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

Bentuk kuku bersegibahagian bawah sedikit runcing - Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.


.Ni contoh kuku sihat iaitu kuku saya. Haha.Sila percaya.
Source:lanunsepet.

Terimakasih sudi baca! (:

Rumah Kesunyian Weh!

Assalamualaikum!

Keseorangan, kesepian dirumah. Huhu. Yela, diorang semua hantar adik lelaki saya ke SEGi College. Sebenarnya nak ikut juga tapi disebabkan adik saya yang PMR tahun ni ada kelas, so saya terpaksa tinggal rumah teman dia. Ni pun budak tu taablik kelas lagi. Jadi sensorang kat rumah.

Rumah ni dahlah panjang, nak ke dapur pon seram sejuk dibuatnya. Haha. *padah suka tengok cerita hantu*

Kesian saya kan? Sapa kesian dengan saya sila bagi saya keropok lekor satu bakul penuh! Hahaha.

Dengan 'baby'. Bukan beliau yang masuk SEGi tuh.Haha.


Terimakasih sudi baca! (:

Day 13 - Apa Pula Ada Dalam Wallet Aku?

Assalamualaikum!

Wallet pon baru je ada. Sebelum ni pakai tempat coin je sebab tak suka wallet, besar, payah nak bawa, nak letak dalam poket jeans nanti orang tengok peha macam ada ketumbuhan lak. Haha. Kalau pakai beg coin tu, nipis je, jaring jaring lagi. Eh, bukan beg koin orang kawin tu tau, yang macam mana eik, ala, yang empat segi tu je, pastu lobang lobang. Taatahu ea? Lantak p lah. Haha.

Yela, masa kat U dulu punyalah menyampah nak pakai handbag, serabut je. So, kalau pergi jenjalan, lenggang jelah. Haa, ni nak habaq, saya ni jarang pergi bandar KK masa kat UMS dulu, kalau pergi pon mesti sebab baru lepas Swimming, so terus jalan KK, so saya taapakai handbag, pakai beg belakang, kalau pergi mall yang dekat engan UMS tu mesti pergi lepas habis kelas, sah sah pergi kelas pakai beg belakang kan? Jadi pergi lah dengan beg belakang tuh.

Eh, dah lari topik lak. Haha.

Ok, apa yang ada dalam wallet saya? Saya baru je dapat wallet dari kakak saya, jadi hanya ada duit, kad ATM, kad pelajar, IC, . Em, itu sahaja okeh. Noktah. :)

.Say No To Plastic Bag Okeh.Out-of-Topic.Hehe.

Terimakasih sudi baca! (:

Friday, July 22, 2011

Lagi tentang Lee Byung Hun | G.I Joe 2

Assalamualaikum!

Korang ingat tak say pernah cerita pasal Lee ByungHun akan berlakon balik dalam G.I Joe 2? Rabu lepas baru Lee Byung Hun pergi Amerika untuk film movie tu.



Saya dah bebel panjang dalam entri sebelum ni, so taanak bebel benda same. Hehe. Dalam G.I Joe 2 tu, watak Duke dengan Snake Eyes je still guna pelakon yang sama.Pelakon pelakon lain yang memainkan watak masing masing :Arnold Vosloo, ‘The Rock’ Dwyane Johnson, Ray Stevenson, dan Elodie Young akan dilakonkan oleh pelakon lain.


BH Entertainment(LeeByungHun's agency) cakap “After leaving for America yesterday, he is trying to adjust to the time difference and also further analyze his character. After spending time to prepare for his film, he is planning to concentrate on filming. Please expect for ‘Storm Shadow’ and a different appeal.

‘GI Joe 2' akan mula perfileman di New Orleans bermula 15 Ogos and will be released next year on 10 Ogos, 2012. Lama lagi tuh............

Ok,  tu je~

Source:allkpop
Terimakasih sudi baca! (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers