Na, na, na. Bukan makanan je boleh menyebabkan penyakit. Menonton TV pon bagi effect. Amacam ni?
Kajian ni diketuai oleh Frank Hu di Harvard Medical School. Tahu tak macamana? Kalau fikir secara logik, memang logik. *erk?*
Kata Frank Hu, mereka yang duduk depan TV kurang melakukan senaman dan banyak memakan makanan tidak sihat. Memang pon. Kebanyakkan orang suka maka snek semasa menonton TV. Kalau tengok iklan2 kat TV pon macam tu. Kalau bab2 iklan makanan *snek*, mesti depan TV diorang makan snek tu. Betul tak? Kan? Ish, angguk cepat! =P
Frank Hu dan rakannya mendapati bagi setiap 2 jam sehari masa menonton TV, risiko untuk mendapat penyakit diabetes meningkat 20%, manakala penyakit jantung meningkat 15%. Maka, setiap 2 jam sehari masa menonton TV meningkatkan risiko mati sebanyak 13%.
Berdasarkan keputusan tu, Frank Hu dan rakannya menganggarkan di kalangan sekumpulan 100,000 orang, sekiranya mereka mengurangkan masa menonton TV sebanyak 2 jam boleh menghalang 176 kes diabetes baru, 38 kes kematian akibat kardiovaskular dan 104 kematian pramatan setiap tahun. Betapa 2 jam memberi kesan!
Frank Hu sebenarnya nak sampaikan mesej yang teramatlah simple mimple okie iaitu "Kurangkan menonton TV=Kuranglah risiko diabetes dan penyakit jantung"
p/s #1:kurang tengok TV boleh gak kurangkan penggunaan elektrik. Kan?
p/s#2:Nak health consultant? Pergi contact abe Joe kat sini or kat sanun.. Hehe.. :)
source:Berita Harian hari ni!
Terimakasih sudi baca! (:
No comments:
Post a Comment