Wednesday, June 8, 2011

The Happiness of My Internship

Assalamualaikum!



Wah, lebih dari seminggu dah tak update blog. Macam2 nak habaq mai, tapi, adoi, malasnya! Yang saya rajinnya dok mendownload drama banyak2. Haha. SYiok layan drama hari2. bukannya ada cerita kat TV tu. Entah apa2 cerita entah.Bila dah takda cerita, hari2 dok layan MaharajaLawak. Tiap kali siaran ulangan, saya tengok. Memang tak Jemu, especially kumpulan Jambu dengan Jozan. Wa malas nak cakaplah kan. Lawak dia sampai tahap nak golek2 dari Perlis sampai Singapore lah! *sangatlah metaphore!*

Buat masa ni, dah nak masuk 3minggu saya ber-Latihan Industri. Wah, sangatlah merasakan dah 3 Tahun. Boring. Kena bangun awal2. Balik pulak sampai rumah pukul 7 malam. Adeh. Sangat memenatkan. Takda lah penat mana, tapi penat dengan routine ni. Tapi an, an, ada benda yang buat saya rasa seronok dan bahagia dengan semua yang membosankan dan memenatkan ni.

Nak tahu tak?

Taknak tahu, nak bagitahu juga. Blog wa, sukahati wa lah. =P

Kat sini ada staf2 yang baik hati dan sentiasa buat Lawak. Especially abang Ardi. KakAmalina dan KakJue pon sangatlah sempoi.

Saya kalau balik rumah kena naik dua kali bas. Haa, itu yang mengembirakan juga. Bas yang dari tempat saya praktikal ke Melaka Sentral. Driver bas tu lucu. Dia suka kacau makcik tua yang takda gigi yang naik bas tu juga. Terketawa2 saya tengok uncle tu kacau makcik tu. Uncle tu Chinese rasanya. Boleh pula dia ajak makcik tu pergi dangdut lah, tengok wayang Tamil lah. Yang takbolehblah nya, dia ajak keluar jam 12pagi. Haha.Terkekek2 makcik tu ketawa. Dahlah makcik tu takda gigi. Takda 1 gigi pon. memang lucu.

Lagi satu, saya bahagia sebab saya dirumah. Penat macam mana pon, bila tengok muka family, sangatlah bahagia. Bengang2 pon rasa takjadi bengang. Haiz~




Terimakasih sudi baca! (:

1 comment:

  1. nice entry (-.-)
    jmput kembali

    http://www.my-shopping2u.com/2011/06/poligami-best-atau-tak-best.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...