Friday, June 17, 2011

Minat Pon Ada Kadarnya!

Assalamualaikum!

Moarning readers! Lately ni banyak pula saya baca entri blogger2 yang lain yang menyampah dengan Korea. Mengenai Mila AF yang kena ugut bunuh dengan peminat Korea (orang Malaysia) gara2 Mila keluarkan kata2 yang tidak menyenangkan.

Ada pula yang cakap cerita Korea bikin orang berada di awangan. Tak jejak kaki ke dunia realiti. Menjarakkan lagi hubungan hasben and wife sebab si Wife terlalu terpikat dengan ke-romantik-an si Hero. Haih. Macam2.

To be honest, saya ni peminat Korea. Ada juga lah beberapa ketul entri tentang Korea dalam blog saya ni. Ye, memang saya peminat Korea. Saya memang layan drama2 Korea, lagu2 Korea.

Tapi kan, saya ni tak minat cerita di awang-awangan macam PERSONAL TASTE, BOYS OVER FLOWERS, YOU ARE BEAUTY-FOOL*LoL*, PLAYFULL KISS etc.

Sebab apa? Sebab cerita dia terlalu mengarut. Terlalu fantasy. Ya. kawan saya ada cakap, Gapailah awan dengan sebelah kaki masih berpijak di bumi nyata. Beliau cakap, biarlah melayan diri dengan benda2 fantasy begitu, tapi janganlah sampai leka. Cit, tak leka konon.

Nengok sekarang, dah ramai yang mengarut2. Dah ramai yang terlalu fanatik sampai sanggup caci maki artis tanah air sendiri disebabkan hal kecil.

Cuba korang layan drama2 aksi. Drama2 mengenai family. Barulah macho. Ececeh. Contohnya(Drama aksiIRIS, FUGITIVE PLAN B, CHUNO dan seangkatan dengan nya. Semangat mereka menjalankan misi, menjalankan amanah, menegakkan kebenaran.

 Bagi drama kekeluargaan: LOVE STORY, BAD GUY, CINDERELLA STEP SISTER dan seangkatan dengannya. Memang sedih. Siapa cakap drama2 macam tu takda kesah cinta. Yela, mana ada drama korea takda kesah cinta. Ada. Tapi bukan main objective yang nak disampaikan pengarah.

Bagi drama aksi, aksi yang nak ditonjolkan manakala drama kekeluargaan, semangat kekeluargaan yang nak ditonjolkan.

Lepas tu, kalau tegok drama tu, ambil yang positif, yang negatif tu campak dalam mangkuk tandas and flush manyak2 kali. Sama je dengan peminat tegar pembaca novel cinta.

Janganlah sampai beremosi sangat, janganlah terlalu fanatik, cuba ambil pengajaran dan jadikan ia untuk lebih mematangkan kita. *Ha, kan dah ayat skema subjek Bahasa Melayu. kekeke*

Selain dari tu, saya lebih gemar layan variety show. Contohnya LOVE LETTER, FAMILY OUTING*FO 1 je ok!FO 2 menyampah!*, RUNNING MAN, INFINITY CHALLENGE etc.

Memang variety show korea kelako tahap gaban. Kalau nengok, nak guling2. Takda variety show kat Malaysia boleh lawan. Huhu.

Kawan saya yang langsung taklayan drama, tak layan Korea, yang sangat menyampah dengan saya sebab fanatik korea jadi minat dengan variety show RUNNING MAN. Sebab cerita tu memang sangat menghiburkan. Sedang ditayangkan.

Mana2 yang ada ASTRO BEYOND, boleh nengok kat Channel 393. Kalau yang nak download, boleh check-it-out kat website iSUBs. Okie dokie? Hehe. *promote-promote!*

Mengenai penyanyi2 korea? Ha, ni satu lagi, kalau minat tu mesti minat penyanyi perempuan yang tergedik2 menari. Saya memang tak suka. Contoh: SN**. Hehe. Kekadang rasa macam lucah gak tarian diorang. Pakaian semua tak cukup kain tahap dewa, pastu menari pulak tonggek2 tuuuttttt.. Hehe.

Saya minat Super Junior sahaja sebab diorang kan senior. Dah lama minat diorang sejak dari muka si DongHae sangat innocent. Haha.

Then, kalau group perempuan, saya layan 2NE1 je sebab diorang semat giller! Memang cool. Lagu terbaru diorang, Lonely version reggae sangatlah cool. Lain2 saya hanya minat kalau lagu2 dia boleh layan dan sangatlah rancak.

Eh, siapa cakap saya layan Korea saya taklayan cerita cop Made in Malaysia? Saya layanlah. Saya ni peminat num 1 Jozan dan peminat num 2 Jambu MAHARAJALAWAK tau! Saya tak layan drama tangkap leleh, tapi saya layan cerita hantu even lepas tu ajak reramai perg tandas. Haha.

Pendek kata saya tak fanatik sangat mana2 pon. Saya layan semua yang boleh dilayan. *CSI layan gak wei!*

Nah, layan 2NE1 reggae version:





p/s:Ini hanyalah pendapat kudus saya dan apa yang saya minat ok? :)

Terimakasih sudi baca! (:

1 comment:

  1. minat sumerrr.. :)huhuhuhu..

    singgah bace entry n follow dari segmnt perang2 aritu.. :)

    harap pasni dpt bace post2 yg menarik dari kamoo.. :)

    CERITERA KISAH

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers