Friday, June 10, 2011

Menyayat Hati

Assalamualaikum!

Waduh, sedihnya tadi. Rasa nak menangis guling2 je tadi. Berlaku ketika saya dalam bas dalam perjalanan nak balik rumah dari Melaka Sentral.

Mana taknya. Dalam bas tadi, penumpang kena bayar tambang kat pemandu sebelum bas bergerak. Lepas tu, ada lah seorang makcik tua dalam lingkungan 60-an naik. Dia tak bayar, pemandu bas tu jerit "Bayar sini, Bayar sini. Makcik, bayar sini lah"

Kebetulan time tu saya duduk dekat dengan pemandu, dalam 3 baris belakang driver lah. Saya pula bukan duduk tepi tingkap. Makcik tadi terus jalan ke saya,

Makcik: Nak, ada RM5 tak?
Saya: 'Gulp' Ermph, takda. *geleng2*
Makcik:RM3?
Saya: Terus buka purse and ambil beberapa ringgit yang ada. Adalah RM2, and takda duit pecah.Then, teruslah saya bagi makcik tadi. Saya ada RM2 je makcik.
Makcik:Terimakasih nak.


Teruslah makcik tu bayar RM2 kat pemandu tu padahal tempat yang makcik tu nak pergi kena bayar RM3. terus driver bas tu tanya dengan suara tinggi "Lagi RM 1 makcik!"


Makcik tu pula datang balik kat saya, minta lagi RM1. Alamak, saya memang dah takda duit kecik. Saya pon geleng2 lah, muka saya kelat je, muka kesian kat makcik tu. Makcik tu bagitahu driver bas tadi yang dia takda RM1. pastu terus duduk.

Nasib baik driver bas tadi tak marah and minta juga duit dari makcik tadi. Kesian makcik tu.. Waaaaa!! Sangan kasihan.

Yang saya pelik, ramai je orang lain kat dalam bas tu *memang bas penuh*, tapi takda sorang pun sudi hulur RM1 kat makcik tu.Haih.

Makcik tu mesti takda duit nak makan pon. Kurus kering makcik tu. Mana anak2 dia? Ke dia takda anak? Huhu. Sedihnya.

.Mr.Google bagi gambar ni.





Terimakasih sudi baca! (:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...