Showing posts with label Praktikal. Show all posts
Showing posts with label Praktikal. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Day 10 - Apa Berlaku Hari Ni Pada Saya

Assalamualaikum!

.Ni kat UMS.Hehe.


Hari ni takda apa berlaku, routine harian je. Tiada yang pelik, unik. Hehe. Jadi tiada pa yang menarik untuk dishare. Hehe. Just macam biasa, tunggu bas lepas balik praktikal. Haha.


Terimakasih sudi baca! (:

Tuesday, July 5, 2011

Kes Ragut Tak Pernah Habis Kan?

Assalamualaikum!

First sekali nak ucap terimas bebanyak kepada korang yang sudi gegar dan juga follow blog saya dari segmen Gegar Blog Julai by Bosh Ben. Sorry juga sebab saya tak menggegar anda balik dan saya pon tak menggegar mana-mana blog. Hehehe.

Keadan saya tak mengizinkan.

.juga Nyawa Selamat.

Ok, nak kembali kepada sebab asal entri ni. Korang pernah alami ragut? Tengok orang diragut dengan mata kepala sendiri? Saya memang tak pernah. Adeh. Mesti trauma gila kan. 

Semalam saya sampai rumah lepas kerja jam 9 malam kot. Lambat gila sebab driver bas yang biasa saya naik tu rupanya kena ragut. Jadi, dah takda bas nak naik, tapi still tunggu sampai jam 6 lebih dan akhirnya ayah saya pon jemput saya.

Terukkan. Driver bas yang didalam bas dia sendiri pon kena ragut. Dalam bas tu weh. Ceritanya macam ni, ada penumpang nak turun bas, dah tekan loceng lah kan, lepas tu, masa dia sampai pintu terus diorang rembat beg driver kat atas dashboard. 

Itu yang dicerita driver bas masa saya balik naik bas dia tadi. Yela, saya tanyalah dia, kenapa semalam takda bas. Dia pon bercerita lah.

Haa, ni yang merisaukan, dalam keadan apa pon, musibah akan datang. Kita kena berhati-hati sepanjang masa wokey. Korang mungkin rasa selamat pada ketika korang rasa selamat padahal ada mata-mata yang sedang aim korang. Takutnya weh! Sogham dibuek ea.

Mungkin sesetengah orang tak kisah kalau duit dicuri aka kena ragut, tapi ragut bukan je sebabkan kita hilang purse, hp, kekadang, nyawa pon boleh hilang. Itulah kesan daripada pencuri or peragut yang telah dirasuk nafsu or syaitan. 

Dahsyat, dahsyat. Apa-apa pon, sama sama kita jaga diri wokey? 

Terimakasih sudi baca! (:

Wednesday, June 8, 2011

The Happiness of My Internship

Assalamualaikum!



Wah, lebih dari seminggu dah tak update blog. Macam2 nak habaq mai, tapi, adoi, malasnya! Yang saya rajinnya dok mendownload drama banyak2. Haha. SYiok layan drama hari2. bukannya ada cerita kat TV tu. Entah apa2 cerita entah.Bila dah takda cerita, hari2 dok layan MaharajaLawak. Tiap kali siaran ulangan, saya tengok. Memang tak Jemu, especially kumpulan Jambu dengan Jozan. Wa malas nak cakaplah kan. Lawak dia sampai tahap nak golek2 dari Perlis sampai Singapore lah! *sangatlah metaphore!*

Buat masa ni, dah nak masuk 3minggu saya ber-Latihan Industri. Wah, sangatlah merasakan dah 3 Tahun. Boring. Kena bangun awal2. Balik pulak sampai rumah pukul 7 malam. Adeh. Sangat memenatkan. Takda lah penat mana, tapi penat dengan routine ni. Tapi an, an, ada benda yang buat saya rasa seronok dan bahagia dengan semua yang membosankan dan memenatkan ni.

Nak tahu tak?

Taknak tahu, nak bagitahu juga. Blog wa, sukahati wa lah. =P

Kat sini ada staf2 yang baik hati dan sentiasa buat Lawak. Especially abang Ardi. KakAmalina dan KakJue pon sangatlah sempoi.

Saya kalau balik rumah kena naik dua kali bas. Haa, itu yang mengembirakan juga. Bas yang dari tempat saya praktikal ke Melaka Sentral. Driver bas tu lucu. Dia suka kacau makcik tua yang takda gigi yang naik bas tu juga. Terketawa2 saya tengok uncle tu kacau makcik tu. Uncle tu Chinese rasanya. Boleh pula dia ajak makcik tu pergi dangdut lah, tengok wayang Tamil lah. Yang takbolehblah nya, dia ajak keluar jam 12pagi. Haha.Terkekek2 makcik tu ketawa. Dahlah makcik tu takda gigi. Takda 1 gigi pon. memang lucu.

Lagi satu, saya bahagia sebab saya dirumah. Penat macam mana pon, bila tengok muka family, sangatlah bahagia. Bengang2 pon rasa takjadi bengang. Haiz~




Terimakasih sudi baca! (:

Sunday, May 29, 2011

Wa Dah Malas Wa Cakap Lu!

Assalamualaikum!

Alamak, sindrom malas update blog dah datang. Takla busy pon. Yela, balik praktikal sampai rumah dah 7.30malam, still ada mas boleh update, memang macam2 nak cerita, tapi maleh ea, jangan cakap lah...... Aduhai...

Apa2 pon nak share sini yang saya berpraktikal sangatlah seronok. Memanglah derm bored, tapi diorang kat office memang cool! Dah rasa macam diorang satu family, yang sorang panggil Dik Non, ada juga Kak Non, abang Non and Pakcik Non pon ada! Bhahahahaha! Lawak tol diorang ni.

Office kalau takda orang datang, bising, padahal, bahagian kitorang ni empat ketul je.. Haha..

Diorang pon baik2. Sopan santul lagi tu..

Ok, mesti tertanya2, i'm mariner, how come duduk office? Haih, kan dah habaq mai, saya berpraktikal di
Jabatn Laut Melaka. Memang kerja office, tapi ia ada melibatkan apa yang saya belajar macam SOLAS, Seamanship, COLREG and macam2 lagi.. *perkataan2 pelik tu boleh google sendiri apa maksudnya*

Jadi memang duduk office lah. Check fail sana sini, check kapal apa masuk, keluar, seafarer..  Alah, panjang nak bebel. cuba buka sendiri laman web Jabatan laut kalau nak  tahu lebih lanjut. Pengetahuan am, apa salahnya kalau rajin. Haha.. rajin ke tu?


Baiklah, selain daripada malas, saya juga sedang rajin download drama. oYeah! Itu yang busy juga tu, dah jadi malas nak menaip update blog pula. Nuffnang pon dah tak sudi dengan wa. Hehe.. Tupuchi Nuffnang.

Ok lah, nak pergi tidur. Wa manyak ngantuk oooo...


.Anggaplah itu saya dan yang sebelah yang muka kiut hati legend tu balak saya.


Terimakasih sudi baca! (:

Friday, May 20, 2011

Industrial Training? Soram sojuk dibuek ea.

Assalamualaikum!



Berh, dupdap dupdap jantung ni. Berdebar2 sangat. yela, next week dah nak praktikal. takut lah weh. Praktikal di Jabatan Laut Melaka.

Kerja2 office je yang akan saya buat.Pakaian for sure lah FORMAL kan? Adoiaii, kasut hitam bertutup takdak ni. Kua duit lagi nak beli.

Tak kisahlah, apa yang nak disampaikan adalah, wa debar-debar-debar tahap dewa. haiz~


p/s: tadi breakfast mee goreng yg dibeli dan ia menggunakan polystyrene. Wa dah lah berhati konservasi, rasa bersalah je, tapi licin juga lah.. burp! ups, excuse me..


Terimakasih sudi baca! (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers