Showing posts with label Penyakit. Show all posts
Showing posts with label Penyakit. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

Pembunuh diri dalam diam.

Assalamualaikum!

Dua hari lepas keluarga kami dikejutkan dengan berita kematian. Anak kepada kawan mak dan ayah meninggal. Dia juga senior adik kat sekolah menengah dahulu.


Muda lagi. Baru 20 tahun. Baru berkahwin, hujung bulan 12 lepas. Khemah kenduri kahwin pun belum buka lagi. Inai kat jari apatah lagi. Sayu je bila teringat.

Yang tak disangka dia meninggal disebabkan sakit jantung. Terkejut kami. Family dia jugak terkejut. Mana tak nya, sihat je sebelum ni, baru juga buat Medical check up untuk masuk Uni, time medical check up memang tak da masalah. Tiba-tiba sakit jantung, pergi hospital, terus masuk ICU, tapi malangnya Doktor tak dapat buat apa-apa lagi.


Memang betul hidup mati kita ditangan Allah. Cuma apa yang saya nak sampaikan, walaupun kita rasa hidup kita sihat, tapi tanpa sedar kita, permakanan ataupun gaya hidup kita dalam diam membunuh kita.


Mungkin ada orang diluar sana, gemar berjogging dan mempunyai berat badan yang ideal, tapi kurang minum air, kerap makan makanan di restoran, suka makan fast food or maggie, tanpa sedar risiko untuk penyakit berbahaya turut ada. Makan kat kedai mamak ke, memang sedap, bayangkan lah, entah berapa byk perasa tiruan dia pakai, kicap2 kat restoran tu, igt tak banyak ke perasa tambahan? Aduh!
Saya sendiri dalam proses dapatkan berat badan yang ideal and cuba mengamalkan gaya hidup sihat..


Semoga kita sentiasa ingat Mati Itu Pasti, Hidup Itu InshaAllah..


Terimakasih sudi baca! (:

Thursday, June 16, 2011

Tengok TV Boleh Tingkatkan Diabetes dan Sakit Jantung?

Assalamualaikum!



Na, na, na. Bukan makanan je boleh menyebabkan penyakit. Menonton TV pon bagi effect. Amacam ni?

Kajian ni diketuai oleh Frank Hu di Harvard Medical School. Tahu tak macamana? Kalau fikir secara logik, memang logik. *erk?*

Kata Frank Hu, mereka yang duduk depan TV kurang melakukan senaman dan banyak memakan makanan tidak sihat. Memang pon. Kebanyakkan orang suka maka snek semasa menonton TV. Kalau tengok iklan2 kat TV pon macam tu. Kalau bab2 iklan makanan *snek*, mesti depan TV diorang makan snek tu. Betul tak? Kan? Ish, angguk cepat! =P

Frank Hu  dan rakannya mendapati bagi setiap 2 jam sehari masa menonton TV, risiko untuk mendapat penyakit diabetes meningkat 20%, manakala penyakit jantung meningkat 15%. Maka, setiap 2 jam sehari masa menonton TV meningkatkan risiko mati sebanyak 13%.

Berdasarkan keputusan tu, Frank Hu dan rakannya menganggarkan di kalangan sekumpulan 100,000 orang, sekiranya mereka mengurangkan masa menonton TV sebanyak 2 jam boleh menghalang 176 kes diabetes baru, 38 kes kematian akibat kardiovaskular dan 104 kematian pramatan setiap tahun. Betapa 2 jam memberi kesan!

Frank Hu sebenarnya nak sampaikan mesej yang teramatlah simple mimple okie iaitu "Kurangkan menonton TV=Kuranglah risiko diabetes dan penyakit jantung"

p/s #1:kurang tengok TV boleh gak kurangkan penggunaan elektrik. Kan?
p/s#2:Nak health consultant? Pergi contact abe Joe kat sini or kat sanun.. Hehe.. :)
source:Berita Harian hari ni!

Terimakasih sudi baca! (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers