Wednesday, February 20, 2013

Pembunuh diri dalam diam.

Assalamualaikum!

Dua hari lepas keluarga kami dikejutkan dengan berita kematian. Anak kepada kawan mak dan ayah meninggal. Dia juga senior adik kat sekolah menengah dahulu.


Muda lagi. Baru 20 tahun. Baru berkahwin, hujung bulan 12 lepas. Khemah kenduri kahwin pun belum buka lagi. Inai kat jari apatah lagi. Sayu je bila teringat.

Yang tak disangka dia meninggal disebabkan sakit jantung. Terkejut kami. Family dia jugak terkejut. Mana tak nya, sihat je sebelum ni, baru juga buat Medical check up untuk masuk Uni, time medical check up memang tak da masalah. Tiba-tiba sakit jantung, pergi hospital, terus masuk ICU, tapi malangnya Doktor tak dapat buat apa-apa lagi.


Memang betul hidup mati kita ditangan Allah. Cuma apa yang saya nak sampaikan, walaupun kita rasa hidup kita sihat, tapi tanpa sedar kita, permakanan ataupun gaya hidup kita dalam diam membunuh kita.


Mungkin ada orang diluar sana, gemar berjogging dan mempunyai berat badan yang ideal, tapi kurang minum air, kerap makan makanan di restoran, suka makan fast food or maggie, tanpa sedar risiko untuk penyakit berbahaya turut ada. Makan kat kedai mamak ke, memang sedap, bayangkan lah, entah berapa byk perasa tiruan dia pakai, kicap2 kat restoran tu, igt tak banyak ke perasa tambahan? Aduh!
Saya sendiri dalam proses dapatkan berat badan yang ideal and cuba mengamalkan gaya hidup sihat..


Semoga kita sentiasa ingat Mati Itu Pasti, Hidup Itu InshaAllah..


Terimakasih sudi baca! (:

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...