Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!

Assalamualaikum!

Taksangka, pejam celik pejam celik, esok bukan lagi ramdhan, esok dah syawal. Busy kat MYDIN memang rasa masa berlalu sangat cepat. Serius wa cakap lu. Blog pon tak terupdate. Langsung! Fuhh~

Entri pendek ni sekadar bertujuan nak bagi kad raya kepada semua blogger yang kenal mahupun tak kenal saya. Nah! Ambil kad ni. Hehe



Mohon maaf atas kesalahan yang ada saya buat mahupun sengaja atapun tidak sengaja. Mungkin ada yang terasa dengan entri saya ataupun saya tidak membalas jejak mahupun komen. emm, ape ape jelah. SAya tahu memohon maaf bukan sahaja pada raya, tapi pada bila bila sahaja. Tapi disebabkan Kat MAlaysia ni dah sinonim macam tu, saya pon ambil kesempatan ni. Dunwori, at any time saya akan sentiasa memohon maaf sekiranya ada melukakan mana mana pihak. Cheh, Macam hape je pulak kan. Hahahahaha!

Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua!!!!

Terimakasih sudi baca! (:

Sunday, August 21, 2011

Doodle Hari Raya Untuk Mak!

Assalamualaikum!

Percubaan buat doodle lagi. Ala, janganlah jemu tengok doodle saya. hehe. Ni actually mak yang suruh buat, Kononnya mak dah bagi wish Selamat Hari Raya pada orang ramai. Hehe. Kemain seronok mak. Hahahahaha. Simple je kad dia, doodle dia pon tak secomel doodle Kerana Manisnya Epal. *<--beliau Sifu doodle sy.Hehe.*Hehe.



Terimakasih sudi baca! (:

Mydin Ohh Mydin!

Assalamualaikum!

Baru dua minggu saya kerja kat Mydin sebagai inventory assistant, tapi rasa dah macam lama. Fuhh! (Boleh baca SINI juga). Penat badan tu ada juga, yela naik bas kan. Habis kerja jam 6ptg, naik bas 6.45ptg sampai rumah 7.20ptg, terus ke meja makan untuk berbuka. Hehehe.

Yang paling penat emosi. Huhu. Diorang kat sini memang pure melaka. Almaklumlah, orang2 melaka ni memang bahasa kasau *kasar versi Melaka* tahap dewa beb! Ehem, ehem, saya bukan orang melaka, saya tinggal di Melaka je ok! Hehe. Saya baru kat ofis yang ada 10orang tuh. Saya hanya ok dengan 4 orang je sebab yang selebihnya sombong, meja sebelah saya tu lagilah sombong! Huhu. Tak nak umpatlah, dosa~

Sekarang kan dah nak dekat raya, so, mesti ramai tengah shopping kat mydin beli bahan kuih raya lah, macam macam lagilah. Mydin sini pula kekurangan cashier, so, kami dari inventory terpaksalah tolong cashier. Serius terpaksa, even kami dibayar OT, tapi kerja kami pon dah berlambak, lagi nak tolong depa. Haiz.Tolong jelah, nak kata apa kan. Hehehehe.

Serius saya taksuka jadi cashier. Satu, saya ni gelabah. Mana nak masukkan barang dalam plastik, mana nak scan barang yang berlambak-lambak. Dah banyak kali saya jadi cashier, tapi tiap kali tu lah ada buat salah. mesti diorang menyampah dengan saya. Huhu, jadi, disebabkan kami wajib OT jadio cashier, saya tidak sesekali akan pegang counter, saya hanya akan jadi packer. Hehe.

.Gambar Mr.Google bagi.


Nanti dua hari before raya lagilah, kena kerja dari 7pagi sampai 7petang. Sepanjang masa jadi cashier *ehem, ehem, saya sekadar packer. Hehehe*. Yelah, mesti lah ramai shopping time tu kan. Beli ayam, daging, sayur, beras, nasi impit, minyak, air minum. Huhu.

Ok, benti sini. Sekejap lagi waktu berbuka. Selamat berbuka ya semua! Jangan Lupa tarawih, kejarlah lailatul qadr tu. :)


p/s: Kalau korang datang Mydin and kena beratur panjang, jan marah ea, sebab Mydin selalu kekurangna Staf especially cahsier during puasa & raya session. Peace Yaw!
Terimakasih sudi baca! (:

Friday, August 19, 2011

Lawak Terengganu: Menantu Terengganu Gaduh Dengan Mentua Kelantan Pulak!

Assalamualaikum!

Menantu Terengganu : Mok, kalu mok g kedaa, tolong beli 'ketang' 4 kilo. Nanti kito bayar.

Mentua Kelantan : Berehhhhh...........

.....Selepas Mentua Kelantan pulang dari kedai.....

Menantu Terengganu : Loooo, bakpe mok beli 'Ubi Ketang' (ubi kentang) banyok banyok ni.

Mentua Kelantan : Tadi mu kato beli kete (Ubi kentang). pah tu kete mano pulop.

Menantu Terengganu : Bukang Ubi ketang, kito suruh belik Ketang... Hok ada sepik nung.

.Gambar dari Mr.Google.


p/s I:@#$%^&*
p/s II:Sape faham? Hahahahhahahaha!
p/s III: Tajuk tiada kena mengena. Hahahaha!

Terimakasih sudi baca! (:

Sling Denim Bag Giveaway

Assalamualaikum!




Ketok banner kalau nak join. malam ni last taw!

Terimakasih sudi baca! (:

Thursday, August 18, 2011

Lawak: Kes Nenek Tua Menyamar di Kampung Pandan!!

Assalamualaikum!


Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan, pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat. Kerana itu Stopa dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.Stopa yang menyamar sebagai koboi, berjalan-jalan ke kedai dikampungnya. Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.

“Hey Stopa …”

Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang, dia segera mengubah penyamarannya. Kali ini sebagai Syeikh Arab. Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang. Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek.

Dalam hatinya berkata.. 'Dia takkan mengenali aku lagi. '

Tiba-tiba nenek berkata "Hey Hashim"

Kerana kehairanan yang amat sangat,

"Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"

Nenek itu menjawab.. “La engkau ni, ni aku la, Roslan!”




Terimakasih sudi baca! (:

Wednesday, August 17, 2011

Orang Asli Ohh Orang Asli!

Assalamualaikum!

.Mr.Google Bagi~



Stopa pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian. Lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan.

Stopa : Bang harga durian ini berapa?
Orang Asli : Yang ini, sepopit sebiji.

Stopa kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu. Lalu Stopa buat buat tahu dan cuba menawarinya.

Stopa : Bang, boleh kurang sikit tak?
Orang Asli : Boleh aje, nak kurang berape?
Stopa : Lahupa, boleh ya!

Penjual orang asli itu kebingungan, lalu bertanya pada Stopa.

Orang Asli : Lahupa itu berapa?
Stopa : Cakap dulu, Sepopit itu berapa?


p/s:@#$%^&&*(@# LoL!
Terimakasih sudi baca! (:

Sunday, August 14, 2011

Manfaat Tidur di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum!




Tidur tidak memberi maksud yang buruk dan tidur juga penting buat kita asalkan tidur kita itu mengikut kadarnya. Begitu juga pada bulan Ramadhan. Tidur dapat memberi kesegaran pada tubuh dan otak kita. Tidur di bulan Ramadhan juga memberikan manfaat malahan turut mendapat pahala.


  • Tidur yang tidak berlebihan.
  • Tidur demi mengelakkan dari perbuatan maksiat atau perkara yang membatalkan puasa.
  • Tidur saat puasa dapat membuat waktu terasa semakin cepat sehingga akan cepat pula waktu berbuka puasa.
  • Tidur saat puasa akan mengembalikan tenaga setelah penat bekerja seharian.
  • Tidur demi mengelakkan memikirkan perkara perkara yang tidak patut.
  • Tidak tidur tapi sekadar melelapkan mata demi mendiamkan diri dari berkata kata perkara lalai dan lara.
  • Tidur untuk mengurangkan rasa penat lapar.


Manfaatkanlah Ramadhan kali ini seolah olah ini adalah Ramadhan kita yang terakhir.


source

Terimakasih sudi baca! (:

Saturday, August 13, 2011

Pengakuan Jujur Saya Untuk Awak!

Assalamualaikum!

Aiseh! tajuk dah nak dekat sama dengan entry beliau neh pula. Hahahaha.

Ok, korang pernah dengar lagu ni tak? Cinta Muka Buku by Najwa Latif? Saya pon takberapa layan lagu2 lepak lepak simple macam nih. Tak feel beb! Haha. Tapi kan, ada seseorang kenalkan saya lagu ni. Dia kata dia suka lagu ni. Saya cubalah dengar, 1st time, empppphhh, taaminat, 2nd time, sempoi gak, 3rd dan seterusnya, dah boleh layan lagu ni.

Seminggu ni saya takbuka pon playlist saya sebab jarang online, hari ni, malam ni, free, saya buka je playlist saya, lagu tu keluar dulu, and seriously i miss him so much!!!! Miss as? Kawan beb! Kawan! Sebelum ni dia periang, saya happy je dengan dia, tapi kebelakangan ni ni dia dah macam tak kenal saya.

Ya, dia juga seorang blogger. Saya kenal dia trough blog, saya suka ayat dia 'nothing is secure'. Saya jatuh cinta juga dengan ke-charming-an dia, tapi saya tak perasan yang saya dah tersasar jauh. Kami hanya kawan, kawan biasa malahan kami tidak kenal satu sama lain pon. Hanya kenal macam tu je. Saya rasa beliau tu dah perasan yang saya ter'over' and he try to avoid me. Huhu. Betapa keliahatn bodohnya saya. Haiz!



Dan saya just nak clarify kat sini saya suka dia, memang suka dia, tapi just sebagai kawan *taanak syok sendiri!* kerana dia sendiri cakap perangai dia memang macam tu, jadi saya rasa mesti dah ramai yang tersuka dengan dia sebab dia sangat charming. Hemmm, biarlah. Anggap je macam dulu, tak kenal siapa dia, hanya kenal sebagai blogger pemilik satu blog yang telah saya follow dan anggap juga dia tidak kenal saya.

Saya cuma nak cakap saya rindu dia sangat sangat. Ya, sangat sangat. Hope dia tidak menghilangkan diri. Kalu macam chipsmore ok lagi sebab atleast muncul juga kadang kadang. Haih!

Ok, jom layan lagu yang dicadangkan beliau, kata beliau cerita dalam lagu tu macam cerita kami, emm, kononnye lah, jom layannnnnn:



p/s:semoga saay dapat lupakan beliau dan teruskan hidup seperti biasa.
Terimakasih sudi baca! (:

Friday, August 12, 2011

Lawak: Mana Pergi Telurnya?

Assalamualaikum!


Jamal ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya.

Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya.. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.

Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.

“Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan.
Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai…”

Tiba-tiba ibunya mencelah, 
“Telurnya mana?”

Jamal menjawab, 
“Err… Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya! “




Terimakasih sudi baca! (:

Aku Panas Dengan Kau. Kau lah!

Assalamualaikum!

Panas seh, panas. Serius tengah panas dengan someone. Rasa loser gila saya ni. Terpedaya, tertipu. Bukannya apa, memang saya ni mudah tertipu, tersangkut. Dunwori oPiE iSa, you just remove dia from your life! Yes! Done!

Untuk pengetahuan semua, saya ni memang mudah terasa 'panas'. Tapi memang cepat cool balik. Tapi dengan someone ni, tak boleh nak cool langsung. Memang takboleh cerita apa yang beliau buat sampai saya rasa panas tahap dewa api. Kalau saya cerita, saya lah loser tu.

Tapi bila pikir balik, apa faedah dia buat saya macam tu. Haih. Tiada apa yang boleh buat, hanya flash him/her away! Semua ada mengenai dia, saya dah remove, biaq p sama dia.


Serabut seh aku nak pikir hal kau!






Ohh no!!!!!!!!!!!! I'm a loser!
Terimakasih sudi baca! (:

Thursday, August 11, 2011

Rahsia Personaliti Wanita Mengikut Kedudukan Dalam Ahli Keluarga

Assalamualaikum!



Dulu dulu, orang tua percaya bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada maknanya tersendiri seperti kedudukan wanita dalam keluarga.


  • Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
  • Air - kedua, Keenam, kesepuluh
  • Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
  • Angin - keempat, kelapan, kedua-belas


1. Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

  • Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
  • Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
  • Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
  • Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.



2. Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
  • Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
  • Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
  • Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.



3. Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

  • Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
  • Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
  • Penasihat yang baik kepada suami.
  • Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
  • Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.



4. Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

  • Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
  • Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
  • Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.
  • Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan





source:lanunsentral


p/s:ini sekadar penyataan, boleh dipercayai, juga tidak. :)
Terimakasih sudi baca! (:

Tuesday, August 9, 2011

Spontaneous Tuesday Lah Pula

Assalamualaikum!

Seriusa rasa nak Spontaneous Hari ni, saat ni, ketika ni..

-Kadang kadang ia Bukan Rindu, ia Sekadar Rutin yang Nak dilakukan Setiap Masa. Ya, itu Anggappan yang boleh Melegakan HatiKu-

Terimakasih sudi baca! (:

Day 30 - Hke 30.. Apa Yang Berlaku?

Assalamualaikum!

Fuhh, lucky this part jatuj pada hari saya 1st time kerja MYDIN. Tudiaaaaa...

Okeh, entri ni mungkin membosankan. Hari ni first day kerja MYDIN. Pagi ada taklimat yang sangat panjang. Dari jam 9.30pg sampai 1tengahari. Pergh! Kematu bontot duduk kerusi kechik dek kerana kerusi besar diduduki orang kechik. Haiz.

Ok fine. Bila dah masuk office inventory, pergh, busy macam mak nenek tahap dewa api wehhhhh! Tula, korang seronok seronok shopping, ada yang bekerja demi memuaskan hati korang tau! Serabut saya tengok semua orang dalam office tu. Nak hantar order sana sini.

Korang kat dalam MYDIN tu lak seronok je shopping eik. Hahahhaha. Itu abru MYDIN secoit keciknya, belum hypermarket. Cheh! macam mana lah diorang kerja.

Ok, actually ni bukan kerja tetap saya weh. Sementara tunggu mana mana panggilan dari kerja yang setaraf dengankelayakan saya, saya kerja je ni dulu. Gaji pon ok, office hour je kot. Saya akan kejra sampai dapat kerja tetap. Atleast i'll gain experience.

Ketat rupanya peraturan MYDIN ni. Macam macam, tapi syukurlah nak anda diterima kerja. Wuseh!!




Akhirnya tamatlah cabaran 30days blog challenge. Gamoknye tak berupdate lah blog saya ni dan tiada sapa lah nak jenguk. Uhuk! Tambahan lagi hari hari sampai rumah jam 7.30ptg, lagilah.. Waaaa!

Terimakasih sudi baca! (:

Monday, August 8, 2011

Day 29 - Siapa Saya 10 Tahun akan Datang?

Assalamualaikum!

Whoa! Terbaek wok!Suka nak menulis neh!

InsyaAllah, lagi 10 tahun saya akan ada business sendiri kerana saya yakin business akan menjamin masa hadapan saya dan 'bakal' keluarga saya juga keluarga saya sekarang. Saya rasa semua pon tahu yang 9/10 sumber rezeki adalah dari perniagaan. Wuseh!

Saya juga nak buka nursery+tadika. Apa pasal eik? Saya suka kanak-kanak? Tidak juga, biasa biasa je, tapi taktahulah, rasa nak buka nursery+tadika. Juga nak buka satu ehem ehem. Hehe. Tidak boleh bagitahu sini, nanti dah macam buat business proposal pula. Hehe. InsyaAllah semua tu akan dijadikan business keluarga.

Jadi, mulai sekarang, saya akan kumpul sikit demi sedikit duit untuk dijadikan modal perniagaan kelak. Kita mula dari rendah okeh? Boleh jadikan Nabi Muhammad s.a.w dan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary iaitu orang Melayu terkaya di Malaysia sebagai sumber inspirasi saya! Bermula dari rendah dan insyaAllah perlahan perlahan akan mencapai kejayaan. Amin Ya Rabb!





p/s:esok 1st time keje, fuhhh!
Terimakasih sudi baca! (:

Sunday, August 7, 2011

Day 28 - Hobi Saya??

Assalamualaikum!

Wah, ni yang malas wa nak cakap ni. kalau saya cakap saya tiada hobui amacam? Kalau ikut definisi hobi time kanak kanak ribena dulu, hobi adalah aktivit yang dilakukan ketika masa lapang kan? Kumpul setem? mewarna? Fuhhhh!

Kalau tanya saya apa definisi hobi bagi saya, saya akan jawab hobi adalah sesuatu yang dilakukan oleh seseorang kerana didorong oleh rasa seronok dan seseorang itu melakukannya oleh kerana minat yang mendalam.

Aiseh! Boleh masuk dalam silibus BM ni. Haha!

Yela, masa sekolah rendah dulu tak habis habis kawan kawan ada buka biodata yang mesti kena letak hobi. Lepas tu cikgu2 pon sibuk tanya apa hobi untuk dijadikan karangan. Pastu cikgu pon asyik cakap hobi itu perkara yang buat apabila masa lapang. Huhu. Bagi saya, hobi tiada kena mengena dengan masa lapang. Hobi=minat.

Ok, masa kecik kecik, serius saya suka melukis. Kalau melukis mesti dapat A punya! Tapi saya paling benci mewarna. Lepas lukis mesti kena mewarna kan? Arggghhhhh! Saya mesti rasa nak upah mak atau kakak sulung tolong warnakan.

Kalau time tu kawan2 lukis taapernah pikir logik, tapi saya ada jugalah. Lebih lebih lagi bila lukis rumah. Kalau lukis rumah, mesti ada orang berdiri sebelah rumah iaitu saya untuk menggambarkan itu rumah saya. Kawan kawan semua lukis orang sama besar dengan rumah. For sure pintu lebih kecik kan? Saya pon terpikir, eh, nanti macam mana aku nak masuk rumah kalau aku besar sangat neh? Lantas saya terus melukis diri saya secomel comel saiz. Itu adalah pemikiran saya ketika darjah 2. Aiseh!

Lepas tu, masa sekolah menengah, serius takda hobi. Rasa menyampah nak melukis. Grrrr! Bila dah masuk matrik dan hingga sekarang, silalah check buku buku saya, hahahahaha! Mesti ada conteng conteng lukisan punya! haha. Dan saya lebih suka lukis orang, dengan body cut yang pergh! boleh buat lelaki terliuq. Lepas tu seksi tahap dewa! Haha. Mana taknya, sebab saya nak kurus, slim macam tu. Hahahahahhahahaha!

Baiklah, itu sahaja yang mampu saya cakap. Ingat, walaupun saya suka melukis, tapi saya tidak kreatif, saya juga benci mewarna!

 Okeh, kat bawah ni adalah hasil lukisan saya yang tidak seberapa. Saya scan dan upload sini!
_
_
_
_






Hahahahahahaha! Sila lah percaya semua tu lukisan saya! Hahaha. Saya tak se-expert tu beb! Mr.Google bagi loh!

.entri 30 days blog challenge.
Terimakasih sudi baca! (:

Saturday, August 6, 2011

Lawak Sabah: Dialog Tersangat Lawak Versi Sabah!

Assalamualaikum!




Awas!! Entri ni totally sabahan! Jadi sepa sepa yang nda faham, buat2 faham aaa. Kalau mo translator, boleh tanya Sang Adam ne..

Jom berketawa!


1. Bila org nampak ko baring tutup mata:
    S: Ko tidur kah?
    J: Tidak la, sia training mcm mana mau mati bah..

2. Imagine ko bawa bawa tv ko yg rusak pi technician bikin n dia masi juga tanya:
    S: Mau kasi bagus kah ni tv?
    J: Tidak la,sia buring ba,jadi sia bawa la tv sia pi jln2 sini.

3. Bila time hujan kwn ko nampak ko kluar,dia tanya:
    S: Ko kluar time hujan ni?
    J: Eh ndak la,hujan yg naaaanti baru sia kluar.

4. Time ko baru bangun tidur, dia tnya:
    S: Ko bangun sdh?
    J: Ish, sia tidur sambil jalan bah ni!

5. Kawan ko call fon ruma ko:
    S: Mana ko?
    J: Sini bus stop!

6. Diorang nampak ko kluar dari bilik mandi basah2:
    S: Ko baru mandi kah?
    J: Manada, sia jatuh dlm lubang jamban bah!

7. Ko bediri di dlm lift di tingkat paling bawah sdh, diorang tanya:
    S: Going up kah?
    J: Eh ndak la,sia tangah tunggu apartment sia turun bah ni.

8. Boyfren ko pi ruma ko bawa 1jambak bunga. And ko masi juga mau tanya dia:
    S: Eeeh,bunga ka tu?
    J: Tidak la Ling! Paku-pakis sama kubis bah ni.

9. Ko di dlm toilet, pintu bekunci, trus ada org katuk pintu n dia tanya:
    S: Ada urang kah?
    J: (Suara Kiut)Teda urang! Taik bah yang becakap ni!!!


p/s I: Saya bukan sabahan, tapi saya belajar di UMS-Universiti Malaysia Sabah!
p/s II: Saya rindu nak dengar dialek sabah!!!
Dia adalah SOURCE saya!
Terimakasih sudi baca! (:

Day 27 - Makanan dan Minuman Kegemaran

Assalamualaikum!

Wokeh, malam ni nak nengok movie yang macam best, so entri hari ni pendek je. Point form ala ala jawapan exam Subject Dr.Than Aung. Hehehhe..

Lauk Pauk & Sayur :

  • Masak Lemak Cili Padi since my mom orang Negeri Sembilan.
  • Masak Asam Tempoyak since my dad orang Pahang.
  • Sayur bayam! Yummy!
  • Saya suka ratah carrot dan tomato! Wuuu, sodap ea.... :)


Kuih Muih :

  • Karipap inti kentang kari sahaja. Yang lain kureng minat!
  • Apam gula hangus.


Buah buahan :

  • Apa apa buah yang fresh dan keluar dari peti ais. But saya prefer betik dan tembikai.


Minuman :

  • Any tea and nescafe. Mesti panas. Hehe. 
  • Saya taasuka air sejuk tapi saya suka carrot juice kalau rasa nak minum air sejuk. :)
  • Plain water. Ya! Saya suka air masak.


Makanan Sampingan/Minum petang :
  • Keropok lekor sudah pasti! Yeay! Dah banyak kali saya cakap saya peminat keropok lekor kat SINI dan SINI.




p/s:Kenapa si sepet cuba buat saya rindu dia?!
Terimakasih sudi baca! (:

Blog List Lepak Bersama Muz

Assalamualaikum!


Nak join klik banner yepp.... Peace Yawww!

Terimakasih sudi baca! (:

Friday, August 5, 2011

Cara Wanita Berjalan Menggambarkan Sikapnya

Assalamualaikum!




1.  Berjalan kelihatan dari belakang seperti tidak memijak tanah :

  • Tidak Jujur. 
  • Bermulut laser dan mudah menyinggung perasaan orang lain ketika berbual. 
  • Ego.
  • Agak pemboros juga tidak berfikir seblum berbelanja.
  • Namun, wanita dalam golongan ini biasanya menjadi pujaan hati ramai jejaka!


2.  Berjalan dengan menoleh ke kiri dan kanan :

  • Pandai menyimpan rahsia.
  • Ramai wanita lain beranggapan wanita dalam golongan ini suka menipu kawan sendiri namun lelaki berusaha memikat wanita wanita dalam golongan ini kerana mereka dianggap mudah diatur dan diuruskan.

3.  Suka menunduk ketika berjalan :

  • Mempunyai sikap tertutup-hanya berbual dengan rakan rapat dan boleh dipercayai untuk simpan rahsianya.
  • Bersikap dingin dan kurang mempercayai kehidupan cinta.
  • Tapi kalau sang adam dapat pikat wanita macam ni, akan kekal sebab golongan ni golongan setia!


4.  Berjalan menatap lurus ke depan :

  • Berpendirian teguh!
  • Tidak suka kalau pendapatnya ditentang.
  • Hanya memilih mereka yang berpandangan luas untuk berkongsi pengalaman.

5.  Berjalan badan bergerak ke kanan dan ke kiri :

  • Tidak kisah dengan apa yang berlaku di sekelilingnya.
  • Menganggap semua masalah yang dihadapi kecil walaupun masalah besar yang dihadapi.
  • Selalu tidak dapat selesaikan masalah kerana memandang remeh masalah besar.

6.  Berjalan kelihatan tegak :

  • Tidak suka urusan peribadi idcampuri orang lain.
  • Serius berbicara seolah olah mahu menunjukkan pendiriannya yang teguh.
  • Suka lelaki yang berdikari tapi romantik!

7.  Berjalan seperti zirafah :

  • Kalau bergerak tu macam badannya kehadapan kebelakang.
  • Lemah perasaannya.
  • Mudah terasa dan tersinggung juga mudah mengalirkan airmata.

Jadi yang mana satu cara jalan korang? Ada kesamaan tak?Hehe!

Source: http://www.tentangcinta.com

Terimakasih sudi baca! (:

Day 26 - 15 Fakta Tentang Saya!

Assalamualaikum!


  1. Untuk Mereka yang belum mengenali saya in person, 1st impression confirm saya ni sombong, tapi bila dah kenal. Haha. Taamo cakap.
  2. Saya taasuka naik public transportation okeh.
  3. Benci gila dengan tempat crowded!*sah2 la naik public transportations crowded kn*
  4. Saya kureng suka jalan jalan pada public holiday or weekend.. *again, crowded lorh*
  5. Saya sangat suka berjalan dengan family dari kawan kawan. Hehe*syukur dpt family yg supporting gle..ehem3, dr kengkwn*..
  6. Saya sangat mudah nangis aka mudah terluka. Sangat sangat!*gado dgn kwn pon dah nak sob3.
  7. Saya mudah minta maaf dan memaafkan orang..
  8. Saya benci backstabber, tapi saya still boleh maaf kan org yang backstab saya. *Baik kan saya? haha*
  9. Saya sangat suka berkelah. yehaaa! Syiok beb!*cepat2, bawa saya pergi picnic lepas bace ni. Haha!*
  10. Saya pandai berenang dan ada lesen diving tapi GEMUKKKK! Haha..
  11. Saya orang yang paling gelabah dalam dunia. Haha.
  12. Saya tidak suka cerita/drama gedik/cinta.
  13. Saya suka cerita seram dan ganas.Hehe!
  14. Kaki makan pedas tahap dewa api... *Nasib taapernah kena buasir. Hehe*
  15. Muka saya berumur 5 tahun lebih tua dari umur saya. Aigoya....*syukurlah nak ada muka*
  16. SAYA TAAERNAH KURUS, DR BAYI LAGI.. haha…..
Eh, ter-enambelas pulop. Hehe!


p/s: Yeay! Dapat kerja sementara kat MYDIN sebagai inventory asst! :)
Terimakasih sudi baca! (:

Asyik2 Entri Tak Sabar Nak Tunggu Raya, Tak Da Pula Entri Tak Sabar Nak Menyambut Bulan Ramadhan!

Assalamualaikum!

Hamboi, hamboi. Baru 5 Ramadhan kak, bang oiiiii. Kemain lagi. Dah buat entri taasabar nak pakai baju raya lah, nak hidang lemang lah, nak kacau dodol lah.

Amboi, bila 2, 3hari nak ramadhan, masing masing cakap 'Ala, lagi beberapa hari nak puasa ni, kena santap perut, santap mata puas2 before puasa, lepas ni takda can lagi'

Takda pula buat entri taasabar nak tunggu ramadhan, beramal di bulan mulia. Ish ish ish. Padahal bulan ramadhan itulah waktu terbaik nak beramal. lagi dialog biasa before ramadhan 'Eh, dah nak pose dah?Cepat je eik, tak sedar plak. Adesss'

Bila baru beberapa hari puasa 'Eh, baru 3/4/5 hari puasa tapi rasa taasabar nak raya. lagi 27/26/25 hari nak raya kan? Taasabarnya, rasa nak lajukan masa je.'


Haih. Bukankah kita patut nanti nantikan bulan yang mulia ni, dah berasa sedih kerana bakal meninggalkan bulan yang mulia ni.

Bukan nak cakap bulan lain taapayah beramal ke? Bulan Ramadhan kan lebih mulia lebih berganda pahalanya.

Jom beramal! Yuukkkk!



Terimakasih sudi baca! (:

Thursday, August 4, 2011

Super Junior Mr.Simple MV and others 'Hancuss' Live Stage.

Assalamualaikum!





Haa, Akhirnya MV Mr.Simple dari SuperJunior keluaq juga! Tudia. Uhuk uhuk. Tapi simple lah. Huhu. Memang Mr.Simple. Huhu. Ada tak comebackstage SuJu dengan MR remove? nak juga dengar suara diorang sebenar masa live stage kan. Hehe. Saya ada cakap tentang diorang punya 5th album kat SINI dan SINI..

Miss A memang teruk habis. Macam semput je menari atas pentas. Tula, orang focus more on singing than dancing kalau rasa stamina taacukup. LoL! *habislah fans diorang bunuh aku jap g*. Nasib lagu lagu diorang memang best. ada weh dalam playlist saya sebab lagu diorang best, MV pon ok, cuma Live stage je hancusss. Sorry to say. Hehe!

Tapi 2NE1 memang terbaik. suara diorang mantap jugak weyh. Ingatkan autotune je. Minzy terbaik sebab sing adn dance at the same time! Terbaekk wokkk!

Kalau rasa nak dengar 'Mr remove' diorang, klik SINI untuk 2NE1 kesayangan saya(bagi lagu UGLY) dan SINI untuk Miss A Live Perf(Lagu Good Bye Baby) yang memang hampeh! Nak check artis kesayangan korang ada juga, check je kat sidebar Youtube tu. Huhu. Emmm, nak cari SNSD the gedixs lah. Hahahahahhahaha!

Peace yawwwww buat peminat peminat mereka yang ada saya kutuk diatas ni. Hehe. V(^_~)

p/s:saya baru tahu tentang MR remove ni. Hehe. Best layan kutuk. Haha.
Terimakasih sudi baca! (:

Lawak: Spontaneous Thursday #5 : LoL!

Assalamualaikum!

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya...
source:FB TerrBBaaaaeeekkk

Terimakasih sudi baca! (:

Day 25 - Makna Disebalik Link Blog

Assalamualaikum!

Okie dokie. Kalau tengok nama profile saya, oPiE iSa kan? Sebenarnya berasal dari Sophie Isa*pronounce as sopie.Hehe*..


Kat rumah family saya memang panggil Sophie. Kekadang panggil oPiE gak. So, link blog saya ni nama samaran saya bersama nama ayah saya iaitu isa. Saya kalau letak nama macam mana pon, nama ayah wajib ada. Yela, orang tahulah saya ni anak pokcik Isa tu. Hehe. Macam FB saya, saya letak nama chinese saya, tapi still ada nama pokcik iSa tu. Heheheheh...

Ada kawan saya tu saya langsung taktahu nama bapa dia sebab dia kalu letak nama kat fb, blog, tumblar, twitter etc, taapernah ada nama bapa dia. Huhu. Sangatlah tidak dikenali bapa dia. Hehe.

Apa apa jalah opie~


.taksabar nak balik kg jumpe diorang.Huhu.





p/s:saya hepi hari ni sebab ada orang tu dah tak misteri lagi dan dia sangatlah cute. Oh no, dia telah curi hatiku. Hahahaha. Wekkkk~

Terimakasih sudi baca! (:

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday : You might want to reconsider placing the stairs there.


Day 24 - Tempat Yang Paling Saya Gemari Untuk Makan

Assalamualaikum!

Saya pernah cerita sebelum ni saya paling suka makan apa. Kat entri tu juga saya ada mention tentang restoran makcik saya. Situlah tempat yang paling saya suka makan. Best wooo diorang masak. Kakak2 sedara dan makcik sayalah yang masak.

Macam biasa cendol dia paling sedap weh! Kalau datang rumah maklong saya tu memang dia masak cincai punya, tapi mahsyuk beb! Ok, bulan bulan ramadhan ni pula cerita pasal makanan. Hehe.

Nanti korang mesti cuba restoran maklong saya tu tau. Namanya Cendol Madu Rembau. Memang cendol madu adalah menu utama, tapi menu lain pon ada juga. :)





Terimakasih sudi baca! (:

Tuesday, August 2, 2011

Day 23 - My Dream Wedding.

Assalamualaikum!

Pergh, kemain! Baru 22 ada hati nak pikir pasal kawen. Hamboi, hamboi. Haha. Ala, apa salahnya kan.

Kalau saya memang harapkan wed ceremony yang besar besaran. biar gempakz habis! Tapi kalau dapat bakal yang bukan anak dato', anak datuk, anak tansri maksri ke, nak wat cane kan. Asalkan ada walimatul urus sudae. Hehe.

Ok, andai kata bakal suami dan saya ada duit yang banyak *setelah berpulun pulun  kumpul kan*, saya nak ada satu majlis nikah satu hari, majlis sanding satu hari. Saya juga taanak majlis sanding dan sambut menantu *oleh pengantin lelaki* pada minggu yang sama. Hehe. Kemain ko opie berangan!

Haha!

Next..................
Okeh, then saya nak warna tema merah gold. Korang kalau sekadar pikir dalam benak korang memang rasa old school gila, tapi saya pernah tengok wed tema ni, pergh! Semangat beb! Tapi kalau one day saya rasa ada warna tema yang lebih cantik, ok, sedia untuk tukar. Hehe.

Then, best kalau ada photoshoot.

  • Photoshoot ala ala si lelaki sedang mengurat saya  di zaman sekolah, then waktu kerja, then melamar. Disaat ni saya memrlukan wed photographer yang sangat kreatif supaya photoshoot saya nampak natural. *pergh, kemain kau opie kemain!*
  • Photoshoot semasa majlis sudah semestinya.


Yela, seumur hidup sekali kan. Haha.

Ini semua adalah angan angan semata mata dan akan jadi kenyataan sekiranya bakal lelaki kaya tahap dewa api berserta saya mendapat durian runtuh mahupun saya disponsor oleh orang orang kenamaan. Haha. Jadi korang jangan tercengan pula dan cakap, 'Pergh, baru nak jodohkan Opie dengan abang aku, cancel lah sebab demand sangat!'


Tidak! Tidak! Diulangi, Ini semua adalah angan angan semata mata dan akan jadi kenyataan sekiranya bakal lelaki kaya tahap dewa api berserta saya mendapat durian runtuh mahupun saya disponsor oleh orang orang kenamaan.

Haaaa,  tudia~





Terimakasih sudi baca! (:

Monday, August 1, 2011

Day 22 - Tarikh tarikh Penting!

Assalamualaikum!

Bagi saya semua tarikh birthday family members saya penting. Kalau tarikh tarikh anniversary bff ke, etc, saya taamaek pedulik sangat. bak kata Ah Chai Maharaja Lawak, 'aku peduliiii apenyerr'. Haha.

BIRTHDAY MAK : 211262
BIRTDAY AYAH : 080759
BIRTHDAY KAKAK SULONG : 150786
BIRTHDAY 2nd SIS : 130288
BIRTHDAY 5th BRO : 190393
BIRTHDAY 6th SIS : 140195
BIRTHDAY 7th SIS : 070996
BIRTHDAY 8th BRO : 160899
BIRTHDAY 9th SIS : 230302
BIRTHDAY 10th SIS : 160505

Wah, berlambak lambak gitu adik beradik. Tadi buka puasa pon kecoh, even 2 orang takde. Hehe.

Ok, tata! Peace yaw!!

Doodles yang telah berjaya dihasilkan, *tangan kanan tepuk bahu kiri. bangga bangga.Haha*




Terimakasih sudi baca! (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers