Thursday, March 10, 2011

Sebatik Trip

1-6 March 2011.
Program Bakti Siswa 2011 sekali dengan amali subject Marine Mammals.
Program ini dibawah kelolaan Haikal. Memang sangat seronok.
Program keluarga angkat. My partner (Mong Hang) and me dapat abah dengan mama En. Samsir Burhan dan Pn.Zaharah. Malangnya mama kami takda sebab ada kenduri di Bandar Tawau. Jadi tinggal dengan abah sahaja lah. Anak2 mereka pula 3orang perempuan and 1 anak angkat. Sorang kerja kat KK, Sorang kerja di Bandar Tawau, sorang final yr di UMS. Yang anak angkat tu Form1. Jan namanya.

1st day kami bertolak dari UMS, sampai Tawau 6pg, naik feri 11am. 2nd day xda pa2, just majlis perasmian, 3rd day terus pergi Cowie bay untuk amali Marine Mammals-tengok dolphin, mlm pulak ada tahlil sikit. 4th day aerobic and sukaneka 5th day ada kem Motivasi kat Sek.Men.Keb Wallace Bay. Malamnya majlis penutupan yang paling meriah.

Program ni lah my first time jadi MC. Gila lah.
Kalau formal ok juga boleh je baca skrip, tapi informal aka spontaneous.
Paling tak boleh blah masa Majlis Penutupan yang ada persembahan dari kami.tetiba Haikal cakap Sijil tak ready lagi untuk penyampaian hadiah.
Habis dia suruh aku cakap la apa2 kat atas pentas tu. Pe lagi, aku dah nak terkucil dah. Apa aku nak cakap ni. Apa lagi, aku buat lah ala-ala konsert kan. Time tu baru je lepas persembahan2 khas dari kami yang memang hot2. Paling hot tarian india yang terdiri daripada aku sendiri.
Ingat kan lepas persembahan penympaian sijil kepada keluarga2 angkat, tapi disebabkan sijil tak ready lagi, haikal suruh aku membebel2 apa2 dulu.
Aku pon cakap la;;;
            “Macammana dengan persembahan tadi??
            “Nak lagi tak”
                        Pastu reramai sorak. –gayanya macam nak lagi-
            “Ataupun VIP-VIP kita nak buat persembahan?macam mana semua? Nak ke?”
                        Gila la diorang bersorak.
“sekejap-sekejap, nampaknya VIP kita nak persembahan lagi dari UMS. Amacam UMS? Anda ready?”
                       
Macam2 lagi lah aku membebel. Last2 kami kena buat persembahan lagi. Tapi sorakan dari orang ramai memang gempak lah. Kali kedua pon masih riuh.
Masa penyampaian sijil and cenderahati, tengah2 umum nama parents, tetiba aku rasa sebak. Yala, pogram dah nak sampai ke penghujung. Aku tak tahan, aku panggil dayah, aku suruh dia ganti aku jap sebab aku dah tak tahan, dah nangis pon.
Time penyampaian cenderahti tu, kami semua naik ke pentas, jadi bila aku nangis tu, terus aku ke belakang diorang and nangis puas2. Aku rasa orang ramai kat bawah pentas tak perasan aku nangis. Nasib baik! Fuh..

Last persembahan dari kami adalah nyanyi ramai2 lagu Standing in the eyes of the world. Pergh, time tu gak aku tak dapat tahan sebak. Nangis lagi. Dah la diri bahagian depan sekali. Wuwuwu. Serius sedih, aku tak memain. Sedih sesangat. Terus time nyanyi tu kawan aku kiri kanan peluk aku. Dapat gak aku berhenti nangis..

Program ni best sangat sebab time nil ah kami beramai-ramai bersusah payah menjayakan program ni. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
Tiap2 saat di Sebatik memang seronok. Dapat family angkat yang best juiga even kami dengan abah dan Jan je kat rumah tu. Abah suka bercerita. Banyak benda dia tahu.

Rasa nak buat program ni lagi je.
This is our final sem. Memang seronok. Banyak sangat gambar2 diambil. Abang ben, photographer kami, gmbar dari beliau je ada 8GB. Banyak gila! Ira ada 3GB, yang lain tak tahu lagi.
InsyaAllah, kalau ada rezeki, aku akan singgah sebatik lagi. Singgah rumah abah. Kami (Mong Hang and me) sayang abah dan mama! Rindu.
Dari program ni juga aku ada peminat cilik. Diorang sangat happening. Adik Lilly, adik Fatin, Adik Zita and Adik Juwita. Adik Juwita siap hantar aku kat jeti lagi. Time tu tengok dia nak nangis. Huhu. *jangan nangis dik, nanti akak pon nangis*.

Terima kasih haikal sebab sudi merangcang dari awal program ni.
Buat rakan2 sekelas yang lain, terima kasih kerana sama2 bagi kerjasama.
Sebatik, terimakasih juga sebab sudi terima kami dan sama2 menjayakan program ni.

Rasa macam bukan 1 entri je tentang trip ni, mungkin akan ada entri lain lagi. Nak juga share gambar2 kami dengan pembaca2 blog ni.
Sekarang aku belum dapat gambar dari yang lain2, jadi tak dapat la nak upload gambar. Hehe.

p/s: eh, jangan lupa, report Marine mammals dah tunggu tu. Cit...

  

3 comments:

  1. olivia meradang sebab para penculik kamera dia tak ambil gambar pemilik kamera. huhuhu

    ReplyDelete
  2. haha... ada tu di kamera orang lain.. XD

    ReplyDelete
  3. haha..tahun lepas pun kami ada mendendangkan lagu standing in the eyes of the world....GOOD JOB EVERYONE!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers