Most people just use egg as mask, but my mask berbeza sikit. I’m using tissue as well.
Act. saya dapat tahu cara ni daripada kakak sulong saya, dah lama dah, since 2004 i think. Lebih kurang macam tu lah.
Disebabkan dulu tak da blog, jadi macam mana lah saya nak share kan. Nak dijadikan cerita mask ni saya dah applied pada kawan2 saya. Ramai juga lah.
Tapi tiada siapa yang boleh lawan mask saya. Saya paling banyak white head yang tercabut dari muka.
Saya tahu, bagi sesiapa yang tak pernah tahu mask yang guna tissue + putih telur, mesti tertanya-tanya, apa function tissue tu kan.
Kalau buat mask yang hanya menggunakan telur, after telur tu dah kering, anda akan terus cabut kan, tak lah Nampak sangat apa yang dah tertanggal dari muka anda tu kan.
Em, macam mana nak explain ni, susah lah pula..
Ok, ok, pendek cerita, kalau guna tissue, tissue tu akan membantu mengetatkan lagi telur tu di muka, jadi bila dia kering, time kita cabut tu, ia akan lebih ketat dan menyebabkan lebih banyak kotoran tertarik sekali esp white + black head yang degil tu. Ish, faham tak? Ala, buat2 fahamlah.
Bonus untuk kulit muka macam saya ni, yang mempunyai liang pori2 agak besar, so lagi mudah segala kotoran yang ada dalam liang pori2 itu untuk keluar.
Dan, part yang paling syok adalah part tengok kotoran yang keluar dari muka kita dan melekat kat tissue tu. Kalau kulit saya ni, dah macam rumput dah kat tissue tu, tercacak-cacak. Punya lah seronok tengok begitu banyak white head yang menyumbati liang pori2 saya selama ni keluar.
Ok, aksi2 dibawah ni adalah cara2 pemakai mask telur yang saya explained kat atas ni.
Memerlukan tissue, potong panjang2 macam ni.
Biasanya tissue akan ada 2 lapis, jadi pisahkan, jadikan ia selapis.
Ambil putih telur sahaja ok.. *cr untuk Niza sebab tolong pisahkan kuning telur dengan putih telur*.
1st step, wapkan muka. Rules of thumbs! Bila liang pori2 dah terbuka, lebih mudah untuk kotoran di muka untuk dikeluarkan.
aNak guna brush boleh, nak guna your jari jemari anda pon boleh. for me, guna brush lagi senang, kalau guna jari, tissue tu suka sangat melekat kat jari, then terkoyak.Menci.Geram. =P
2nd step, lepas sudah wap, terus sapu putih telur seluruh muka, tebal2 sikit kat bahagian yang paling banyak white head@black head.(hidung)
3rd step, terus letak tissue helai demi helai. In between the layers, mesti top upkan dengan white egg. Biasanya saya akan buat 3layers sahaja, tap bahagian yang banyak white@ black head, saya buat 4 layers. *Lebih ketat*
Then, tunggu dia kering. Haa, time ni, nak letak timun kat mata boleh juga, tapi buat orang yang assignment berlambak macam saya ni, saya buat kerjalah. Hehe..
Bila sudah kering bolehlah tanggalkan mask tu. Tanggalkan dari bawah ke atas ok. Kalau tak nak kedut cepat...hehe...
Cuci muka dengan air macam biasa and akhir sekali, basuh dengan air sejuk. MUST! Untuk tutup semula liang pori2 kita yang sudah terbuka tadi *masa kita wapkan muka*
Amaran keras:
- Ia tidak menghilangkan jerawat!
- Ia menyebabkan muka akan agak berminyak sebab liang pori2 kita tak tersumbat lagi and minyak muka kita lebih bebas terkeluar, BEBAS! Lol~ you know what i mean.
- Jangan buat lebih dari sekali dalam seminggu, erk, sebab apa ya, susah lah nak explain. ask Mr.Google yourself lah..=P
Lepas dah buat mask ni, jangan pula perasan nak dapat flawless skin diorang ni. LoL~
Song Hye Kyo
Lee Hyori!
Erk, sekadar gambar hiasan. LoL~
p/s: siapa tak faham boleh utarakan soalan di bahagian comment ya.. (*^_^*) peace!
erk?? kenapa awak tak tunjukkan kotoran yg terkeluar tu??
ReplyDeletemuka diorang tak kotor sngt.
ReplyDeletelagipun susah mau fokus kotoran2 tu.. kecil sgt... hehe~