Wednesday, August 20, 2014

Wordless Wednesday | Malaysia. Di Sini Bermulanya Sebuah Cinta










**Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Malaysia tanah tumpah darahku. Malaysia yang ku cinta.
-dari saya Shafiyyah

Thursday, July 24, 2014

Cara Ketahui Kedudukan Koordinat GPS Anda | Cara Noob

Assalamualaikum!

Cara Ketahui Kedudukan Koordinat GPS Anda Menggunakan Handphone | Cara Noob

Okeh. Ni tutorial noob. Siapa noob tu? Saya lah. Saya memang malas nak download mana2 application untuk detect kedudukan koordinat GPS saya.

Macam mana saya boleh terdetik nak buat tutorial sebab saya memang semput habis bila cari rumah orang tak jumpa. Kena pulak bagi maps simple sangat. Maksud saya adalah majlis perkahwinan kawan2. Memang sebak habis lah bila hampir 2 jam round2 tak jumpa. Sandik la.. *upps, versi sabah*

Ada juga kawan2 yang sertakan sekali kedudukan koordinat  GPS. Punya senang jumpa. Betul-betul depan rumah. Hamekkaw. Sesat juga, jangan tanya kenapa kalau kena lempang. Hahaha.

Lagipun sekarang ni handphone masing-masing dah ada application untuk view direction contoh Google Maps atau WAZE. Kadang-kadang waze bukan dapat detect semua address kan? Hahaha.

Ok. tak nak story panjang sangat. Jom tengok tutorial..

Apa yang anda perlukan:

  • Facebook Messenger
  • Goggle Maps
  • Internet Connection *obviously.duhhh*


1. Turn on GPS (Seperti rajah dibawah*hamekkaw ayat paper fizik SPM*)

*Siapa tak tahu GPS kat hp tu apa, hantuk kepala kat buju katil cepat*

2. Buka Messenger Facebook anda & Turn on GPS kat Messenger tu. 
    Kalau Messenger korang kelihatan tak sama dengan saya, sila update cepat!
    Babab kang pakai zaman paleolitik punya apps.

*GPS di messenger seperti anak panah merah*

3. Then, cuba taip apa2 mesej kepada rakan kemudian klik pada mesej tersebut.

*Klik pada Testing seperti anak panah merah*

4. Bila dah klik tu sure akan keluar maps macam gambar di bawah ni: 

*Bila kita tab tu mesti akan keluar, klo tak kluar,
bermaksud korang tak on GPS di messenger
sebelum korang hantar mesej tu*

5. Step seterusnya, korang klik pada simbol seperti anak panah merah di bawah:

*Klik icon dalam bulatan merah tersebut*

6. Selepas klik dia pasti akan keluar option untuk membuka link tersebut(Seperti rajah dibawah)

*Pilih untuk buka guna Maps*

7. Akhir sekali, akan terbukalah google maps korang. Dan taadaaaa:

*Dalam bulatan merah itulah kedudukan koordinat GPS korang.
Saya blur kan sebab tak nak korang tahu
kedudukan GPS saya kan. Hikhik. Bajet retis.*

Kiranya lepas ni kalau ada kawan-kawan nak datang tempat yang mungkin alamatnya takda dalam WAZE or Google maps ni, boleh lah bagi kedudukan koordinat GPS korang. Sonang



**Amaran keras:1. Tutorial ni untuk orang yang mempunyai aplikasi yang 
tak berapa canggih dan noob macam aku. 
Hahaha. Yang berpapago or ada apa2 
aplikasi canggehh baq hang, 
duk diam2 k!
2. Tutorial ini digunakan di handphone di kala komputer tiada
didepan mata atau memang takda laptop langsung.



p/s:Nanti saya akan buat simple tutorial cara detect kedudukan koordinat GPS menggunakan komputer. Easy Peasy. 


Terimakasih sudi baca! (:

Sunday, July 6, 2014

Nukilan: Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia.

Assalamualaikum!

Pagi-pagi tadi sebelum sahur, terdengar berita memaklumkan Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia, rasa agak terkejut & seolah-olah baru semalam tengok dia beliau di kaca tv.

Tujuan saya menulis ni bukan untuk meluahkan apa-apa perasaan terhadap arwah, tapi ingin share sedikit mengenai beliau, coretan daripada Sifu saya, Doktor Azizan Osman mengenai arwah:


Pagi-pagi tadi sebelum sahur, terdengar berita memaklumkan Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia, rasa agak terkejut & seolah-olah baru semalam tengok dia beliau di kaca tv.

Tujuan saya menulis ni bukan untuk meluahkan apa-apa perasaan terhadap arwah, tapi ingin share sedikit mengenai beliau, coretan daripada Sifu saya, Doktor Azizan Osman mengenai arwah:

[Tangisan di bumi Madinah: Saya & Datuk Sharifah Aini]


Ya Allah tersentap jiwa saya sebentar tadi di bumi Madinah bila mendapat berita seorang yang saya kagumi, hormati dan panggil ummi iaitu Datuk Sharifah Aini telah kembali ke rahmatullah. Saya baru berkira-kira untuk menziarahi beliau bila kembali ke KL beberapa hari lagi nanti. 
Ummi yang saya kenali adalah bermula dengan rapat kira-kira 3 tahun lepas apabila beliau menghubungi pejabar saya untuk mengundang saya ke rumah beliau di Petaling Jaya. Saya jarang-jarang menerima undangan sesiapa sahaja disebabkan kekangan masa saya bersama keluarga tetapi saya terima undangan Ummi yang tidak pernah saya kenal rapat selain biasa menonton beliau di kaca TV atau mendengar di corong radio. Tapi arwah ayah saya memang peminat ummi. 

Saya menerima undangan makan malam di rumah ummi dan pertama kali bertemu serta bercakap dengan ummi, saya terus kagum dengan hajat dia yang sebenar. Selain ingin mengenali saya dan beliau memerhatikan apa yang saya lakukan sedikit sebanyak membangunkan ramai usahawan, ummi meminta pandangan saya tentang beberapa urusan perniagaan kerana beliau amat aktif mendapatkan dana untuk menyara lebih 2,500 anak yatim setiap bulan ketika itu (Sekarang harus lebih). 

Saya terkesima kerana biasanya orang berjumpa saya bertanya soalan bagaimana nak besarkan perniagaan atau ingin meningkatkan pelaburan wang mereka tetapi ini pertama kali seseorang berjumpa saya untuk bertanya bagaimana beliau boleh membina perniagaan atau dapatkan dana bagi terus menerus membantu menyara anak-anak yatim yang ditajanya. 

Pada ketika itu saya rasa kerdil sangat dan Alhamdulillah kami mula menjadi rapat selepas itu. 

Ummi seorang yang berfikiran besar, positif dan sentiasa tahu apa yang dia mahukan. Bagi saya, dia seorang yang seperti gunung yang menjadi penaung kepada ramai orang lain. Dia
bukan sekadar penyanyi biasa-biasa tetapi dia menggunakan bakatnya untuk mencapai impian yang lebih mulia dalam hidupnya. 

Ummi pernah diundang ke pentas seminar saya untuk meraikan hari ibu bersama para peserta saya dan bagi saya, ummi Datuk Sharifah Aini adalah seorang ibu yang sangat penyayang. 

Beberapa kali saya menziarahi beliau tahun ini di rumah beliau bersama isteri saya dan beliau kelihatan uzur. 

Tetapi beliau tidak putus mengaji setiap hari dan malam serta sentiasa khatam Al-Quran. Anda pasti terperanjat jika tahu betapa rajinnya ummi mengaji setiap hari. Beliau juga pernah dapat kami bawa untuk hadir majlis Mega Mawlid bersama Habib Syech di Stadium Shah Alam tahun lepas. 

Saya sentiasa berdoa ummi sihat semula untuk berkhidmat kepada ramai yang memerlukan tetapi ternyata pagi ini Allah swt memanggilnya kembali lebih awal. 

Saya rindu ummi dan dari kejauhan bumi Madinah ini, saya mendoakan ruh ummi bersemadi dengan tenang bersempena malam ramadhan yang mulia ini bersama ruh para solihin. 

Buat Alif anak ummi, ummi sentiasa tidak putus bercerita tentang Alif dan bangga dengan Alif. He loves you so much. 

Saya rindu ummi tetapi Allah swt lebih merindui ummi untuk berada di sisiNya. 

Saya akan menziarahi ummi bila saya kembali ke Malaysia beberapa hari lagi. Salam kasih dari saya sekeluarga buat ummi dan doa saya tetap bersama ummi dari bumi Madinah ini Insya Allah. 

Al-Fatihah buat ruh ummi. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. 

-Anakanda Azizan Osman

p/s: Baru sahaja genap 61 tahun umur ummi 2 Julai lepas. Ummi lahir 2 Julai 1953. Saya percaya mudah-mudahan Allah swt berikan husnul khotimah buat ummi.



Mari sama-sama kita doakan semoga Arwah di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan para siddiqin dan solihin. Allahumma Amin..

Al-fatihah.

( Mati itu pasti)
Sumber:Fan Page Dr.Azizan
Terimakasih sudi baca! (:

Saturday, July 5, 2014

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

Assalamualaikum!

Saya nak duit raya dari www.nile.com.my.

Hepp! Siapa tak kenal Nile.com.my tu? Meh sini, nak jentik sikit. Sebelum saya teruskan, baik saya coretkan sikit mengenai Nile ni.Nile.com.my merupakan online shopping Malaysia yang menjual pakaian , kasut, beg, barang kelengkapan gym, buku, kelengkapan rumah dan macam-macam lagi. So, Nile ni mengadakan giveaway bagi Hari Raya AidilFitri ini .

Macam mana nak join giveaway ni??

Senang je. Korang klik SINI untuk maklumat lanjut.



Alhamdulillah, saya dapat Duit Raya ni, saya gunakan untuk kelengkapan Hari Raya Aidilfitri 2014. Walaupun jumlah RM300 tidak sebesar mana, tapi serba sedikit ia membantu saya juga. Sometimes, Less Is More kan? Hehehe.

Ok guys, jom join GA ni! Tak rugi pon mencuba!..


p/s:Sifu saya ajar, cara submission dengan Tuhan tu penting,
jangan submit 'kalau' submit seolah2 kita 
dah dapat bendanya. Faham ke faham?
Terimakasih sudi baca! (:

Monday, June 2, 2014

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

Assalamualaikum!

Jom join Segmen ni!!

Mudah je!

Ni syarat2 yang saya copy paste dari tuan blog..

1. Sebelum tu pertama sekali ayu minta sangat kawan2 follow ayu dulu..bolehkan..hehe
2. Tajuknyer SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah
3. Gam kuat2 banner comel diatas dan linkkan ke entry ini ye
4. Kalau kawan2 nak tag rakan-rakan blogger yg lain pun boleh...tak tag pun takpe...hehehe
5. Siap....gam kuat2 kat ruangan komen kat bawah...hehehe


Lama lagi tau tamat tempoh Segmen ni. Jom join before SABTU 7/6/2014 jam 11.00 malam

Nak join boleh klik banner atas tu ye!!

Terimakasih sudi baca! (:

Berubah/Berhijrah: Step by Step

Assalamualaikum!

Hai semua. Mungkin ada di antara kita diberi hidayah dari Allah untuk berubah. Dari free hair, kepada pakai tudung, dari pakai tudung berbaju kecik ke berbaju longgar, dari tergedik2 ke muslimah sopan. Dari tidak solat, ke solat penuh siap tahajjud & solat2 sunat lain.

Semoga tiap2 dari kita diberi hidayah untuk berubah kepada muslimah solehah.

Mungkin ada diantara kita juga terasa susah nak berubah. Terasa rugi nak tinggalkan benda2 yang kita sayang-sayang sebab kuat hasutan syaitan.

Nak berubah tu tak susah, meh kita mulakan sekarang, klo bukan sekarang, bila lagi kan?

Kot2 tak nak berubah sekarang, sat lagi kioqq meninggal dunia, dah tak sempat kan?

So, kawan2 jom kita tengok ilustrasi ni step by step untuk berubah kearah kebaikan. Insha Allah dipermudahkan. Amin!







Dah tengok? Senang kan? Jom berubah! Kemonn!!!


Terimakasih sudi baca! (:

Monday, March 3, 2014

TAK KENAL MAKA TAK BLOGWALKING

Assalamualaikum!


Jom join cepat2. Klik sahaja link pada banner atas ni.. Sampai 10 malam ni je tau!!!

Semoga kita dapat tambah kenalan dengan contest macam ni kan? Salam perkenalan guys & selamat ber-blogwalking!

Terimakasih sudi baca! (:

Monday, February 10, 2014

Kelebihan Wanita Berbanding Lelaki

Assalamualaikum!

Rasanya semua orang tahu yang wanita akan didatangi haid, dan akhirnya menopous diakhir usia dimana ia adalah satu kitaran yang normal bagi wanita. Kebiasaannya wanita sebelum didatangi haid, sesetengah wanita akan mengalami tanda2nya seperti period pain, jerawat, PMS(cepat marah), letih/lesu, dan sakit perut di bahagian bawah pusat. Rasa sakit ni bergantung kepada individu. Ada yang teruk, ada yang sederhana dan ada juga yang tiada langsung. *seperti pemilik blog ni.hehehehe.Alhamdhulillah*

Apa yang ingin ditekankan disini, wanita terima banyak kesakitan dalam hidup ni, lebih dari lelaki. *Eh, yeke?* Contohnya seperti yang sy cakap tadi, mengandung, melahirkan anak, menyusukan anak & lain2 lagi lah. Seterusnya, hal ni juga membuktikan bahawa wanita lebih kuat dan gagah perkasa dari lelaki. Bukan dari segi otot or emosi tapi dari daya tahan sakit. Bukan nak memperkecilkan lelaki, tetapi ketahuilah, Allah tu maha Adil, kan?

Bagi yang dah berkahwin atau mempunyai ahli keluarga lelaki, kadang2 apabila si lelaki demam, mengalahkan perempuan. Hahahaha..

Alang2 dah bercerita mengenai Perempuan VS Lelaki, mari kita lebih di bawah ni KELEBIHAN PEREMPUAN BERBANDING LELAKI..

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah S.A.W., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi S.A.W) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah R.A. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."



.eh, eh. hehehe.



>source<
Terimakasih sudi baca! (:

Wednesday, January 29, 2014

Resepi Bergambar Brownie Mudah dan Ringkas

Assalamualaikum!

Ok, lately ni saya rajin sangat memasak. Saya suka makan kek yang simple dan tak terlalu manis. Lagi best bila tengok family makan and percaya atau tak, diorang sangat suka dengan masakan kita. Siapa tak happy oii!

Beberapa hari lepas saya ada buat kek brownie. Saja2 isi masa lapang cuti weekend. Tahu tak brownies? Brownie adalah kek yang paling mudah untuk dibuat atau nama lain ada orang panggil kek coklat ringkas. Memang tersangat ringkas!


Bahan-bahan:

1        cawan majerin-dicairkan
2        cawan gula castor
4        biji telur
1/2     cawan serbuk koko
1        sudu kecil esen vanila
1/2     sudu kecil garam
1-1/2 cawan tepung
1/2     sudu kecil baking powder (dicampur bersama tepung)


Cara-cara:


  • Campurkan mentega cair bersama gula castor dan pukul sebati.
  • Kemudian, masukkan telur satu persatu dan pukul.
  • Setelah sebati, masukkan serbuk koko dan pukul hingga sebati.Tambahkan esen vanila dan garam kedalam adunan anda.
  • Akhir sekali masukkan campuran tepung bersama baking powder ke dalam adunan koko tadi. 
  • Sekiranya anda ingin letakkan bahan tambahan seperti kekacang, anda boleh masukkan selepas step 4 ni.
  • Griskan loyang anda dan tuangkan adunan kek anda kedalam loyang yang telah digris tadi.
  • Bakar didalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 degree C selama 20-25minit.
  • Sejukkan sebelum dipotong mengikut kesukaan anda dan sedia untuk dimakan. Yum!!!!
Ada sesetengah resepi, diorang campurkan terus semua kedalam mesin bancuh kek. tapi disebabkan saya ni kurang pakar, saya memilih untuk buat satu persatu. Hahaha!

Kat bawah ni pula step by step bergambar:

.Mentega yang telah dicairkan.

.Campurkan mentega cair bersama gula castor dan pukul sebati.

.Kemudian, masukkan telur satu persatu.

.Masukkan serbuk koko.


.Masukkan campuran tepung bersama baking powder.

.Griskan loyang dan taburkan tepung di loyang untuk
memudahkan kek yang telah dimasak ditanggalkan dari loyang.


Ok, bawah ni hasilnya. Lupa nak snap gambar full. Serius lupa. hahaha... :)



Inginkan resepi Kek Red Velvet yang mudah? Klik SINI

Terimakasih sudi baca! (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers