Tuesday, September 27, 2011

Inilah Dia. Karya Gua yang takseberapa. Ececece.

Assalamualaikum!

Saya ada cerita sebelum ni yang saya buat Apam polkadot/ladybird kan? Ada lah, kat SINI.*cepat check cepat.hehe*

Jadi, kat sini saya bagi bukti. Lawa takda lah lawa mana. Comot adalah. Orang tak kreatip kan. tapi atleast jadilah jugep.

Yang silapnya, rasa dia. Even not bad, tapi terlalu padat. Takpa, next time boleh try lagi. Resepi dia pon senang. Korang nak cuba? Ok, saya sertakan resepi sekali. Alang alang kan. Memang saya copy paste resepi ni. Tapi malaslah nak 'cite' sebab kalau google pon, semua orang bagi resepi yang sama. Taktahu mana yang ori. Hehehe. Oleh, lets cekidaut!



.Tudia jem saya.

.Agry bird tak jadi.Wakaka!



  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar atau susu cair *saya guna susu cair. kalau saya beli susu segar, sure saya habiskan b4 sempat gune.Hehe*
  • 3 sudu teh baking powder = diayak sekali
  • 3 biji telur sejuk dari peti ais
  • 1 sudu kecil ovelette/Quick 75
  • 1 sudu esen vanilla
  • Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing.*Saya gunas jem je sebab taktahu apa tu filling and malas nak cari.hehe*
  • Pewarna adalah terpulang



  1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
  2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
  3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
  4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
  6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
  7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
  8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
  9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
  10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.


Ini pula few tips untuk supaya apam korang lebih cantik dan menjadi!

  • Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja. nanti jadi macam apam eno pula**
  • Kalau boleh, balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
  • Pastikan air betul2 panas sebelum nak kukus apam. Kalau tak, apam tak naik. jadi leper. 
  • Jangan terlebih pukul adunan. Nanti apam akan jadi naik semacam.
  • Kalau nak buat banyak2, abiskan satu adunan dulu. Pastu baru buat adunan yang lain pulak. Kalau lama sangat kat luar, angin akan masuk dalam adunan. Nanti apam jadi banyak lubang2 kat permukaan
  • Kalau nak permukaan apam lagi cantik, sudukan adunan menggunakan sudu kecil untuk masukkan dalam paper cup. Cuma yang nak buat dot2 je pakai piping bag.
  • Sebelum sudukan tu, kacau dulu adunan supaya angin2 yang masuk dalam adunan tu takde. 
  • Kukus setingkat-setingkat, takut tak masak and make sure kukus more than 15minutes.

Ok, sekian. Mana mana yang dah cuba tu, share2 pengalaman dengan saya. Peace yaww!



Terimakasih sudi baca! (:

6 comments:

  1. comelnya.. huhu..xreti buat. huhu,, nk3 satu..

    dah solat belom?
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-2.html

    ReplyDelete
  2. wahhh.. tgok gambar tu buat saya rasa lapar..
    insya-allah, suatu hari nk try bt jugak :)

    ReplyDelete
  3. amboi nampakk enak
    nk sikit :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers