Kisah mengenai mereka yang tinggal di kampung bernama Kampung Pinang 8 kerana kampung tu ada 8 pokok pinang. Apada. Ada satu orang gila yang sangat femes kat kampung tu bernama Stopa*memang name sbnar ni*
Stopa tinggal seorang diri setelah kedua ibubapanya meninggal dunia. Pondoknya terletak di hujung kampung. Ada org kata, Stopa ni mewarisi sifat gila dari bapanya.
Peristiwa tragis ini berlaku pada hari Jumaat.
Maka hendak dijadikan cerita, seperti hari2 jumaat yg lain, Stopa akan pergi ke masjid utk menunaikan solat jumaat. Sungguhpun dia ni gila, tapi dalam bab sembahyang dia tak pernah gila. Oleh itu korang semua, contohilah sikap Stopa ni, janganlah miss solat. Nnti kita lebih gila dari orang yang gila.
Setelah selesai solat, STopa pun macam biasa nak balik rumah dia. Puas dicarinya selipar buruk kesayangannya, tapi tak berjumpa jugak.
Benganglah si Ali ni sebab selipar dia dah kena curi. Dengan tergesa gesa Stopa masuk balik ke dalam masjid dan terus menuju ke microfon. Apalagi...dia pun buat pengumuman dengan suara yang ala ala ganas lagi brutal..
"Kepada sesiapa yg curik kasut aku, tolong pulang balik, kalau tak aku akan buat macam yg arwah bapak aku buat tahun lepas!!!!"
Maka takutlah orang kampung Pinang 18. Almaklumlah, orang giler ni kalau nak mengamuk punyalah dahsyat. Kalau tak guna parang, mesti tak thrill.
Tetiba datanglah seorang budak dengan wajah yg pucat lagi takut menjinjing selipar buruk Stopa.
Sambil tersengih2 budak tu berkata...
"Alaaa abang ni.. saya nak bergurau pun tak boleh.."
Stopa menjegilkan biji matanya tanda geram sesangat kat budak tu. Lintang-pukanglah budak tu lari. Setelah dapat selipar buruknya..Stopa pun bersiap2 utk meninggalkan masjid. Pak Imam yg dari tadi memerhatikan kelakuan Stopa cuba mendekatinya. Dengan rasa takut.. Pak Imam pun bertanya...
"Errrr...boleh aku tahu..apa yg arwah bapak ko buat bila dia tak dapat semuala selipar dia"
"Balik kaki ayam lah..."jawab Stopa dengan selamba kataknya.
p/s : Pendek kate, jgn la menconteng arang ke muka sendiri.. *eh3, ade kene mengene ke ni..aku pon dah jd mcm Ali, sot..hehe*
No comments:
Post a Comment