Sunday, November 14, 2010

Customer Always Right.

Maaf.maaf.maaf.
Buat awak, Tidak terniat nak berkasar, nak menyombong.Sedehnye awak xsokong saya.
Bukan ke Hak customer tok jd cerewet?
Aku xmarah ko, aku cme bengang dgn pe yg ko bgtaw aku.
Xpatut jurujual tu ckp g2, aku pown penah jd jurujual, lg teruk ragam customer.
Aku lek je sbb aku tau, customer ade hak jd cerewet sbb die nak yg terbaek utk pe yg die beli.
 Duit customer kn?
Aku Benci IP! Benci! Aku xkan beli tudung kat sane ag!bongok! Bebal!
Bukan salah si tudung. Tudung tu dah cukup cun.
Xsangke, dlm aku cari2 tudung tu, jurujual2 tu ckp aku cerewet sgt? Sombunk?
Dik, saya xkutuk tdung2 tu, sy kutuk diri sendiri yg xsesuai pkai tudung g2 and atleast sy beli kn? Beli kn? Kn?kn?kn?
Ade sy minta kurang lebey2? Xkan? Minta kurang 1hinggit je.
Teruk la korang! Memang aku xkan g beli lagi kat sane.
TERBAEK JURUJUAL2 TUDUNG KAT IP! BG 100 STARS!

Standing in the eyes of the world

Ya, this is my favourite song although xsuka giller same Ella.

Paling suka lagu ni yg dibwa oleh VE feat Ella, KRU dan TooPhat.

Pahit getir hidup...
Dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
Demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
Tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
Tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

Bile denga lagu ni, mesti imej yg trbyg2 dlm hotak aku, ala2 gni..




*hehe,ala2 iklan U pulak.kredit buat jann sbg photographer,, yana, wani n aku sendiri sbg model.. apkeah?*





Exam Oh Exam!

Dah seminggu  minggu exam berlalu. Ni baru nak post psl exam.
This is my current desktop background:::*exam mood-spy xbgon lmbt, xlpe jam brpe exam, kt mane exam.hehe*



Ni afta bbrp papers dah settle!ngee~



Eh, aku ni kos ape? Sekolah EKonomi ke? Apsal de subjek entrepreneur, finance?
Tu la, xtau, mmg skrg ni bengang sbb de sbjek yg pelik2 mcm tu..
Tp kre bersyukur la, nti blh gak keje kat mne2 syarikat2 dagangan ke kn, syarikat2 yg wat business kn..
Act, funct  sbjek2 g2 spya klo budak2 marine ni produce pe2 biotech atau produk2 marin, boleh la jual kan,tau la mcm mane nak menjual kn. Xde lakne tpu ke, haper ke..
Kre bertuah lah kami sbb blja marin sekali dgn subjek2 ekonomi..*pdhal dlm ati asik menyumpah je.ngee*
tp mcm xle time gak sbb assg brlmbk plak kn dgn subjek2 minor gni.. agak2 la, dah name pown minor, assg xpyh la brlmbk+susah kn. kami bukan student SPE. huuuu.
*dah stat membebel, baek benti skang*

Hehe..Xpe, xsalah blaja.mmg sgt.sgt.sgt.sgt xsalah. hehe. 






nota kaki gajah: kamu di UMS gne S-E-K-O-L-A-H, xgne F-A-K-U-L-T-I mcm u laen. ye, UMS mmg.mmg.mmg.mmg.mmg.mmg pelik.

Saturday, November 13, 2010

HaiH

Kenape ngan diorang

kt bilik nieyH?

Kblkngan ni asik buat girly things je.

Beli makeup la,

bincang pasal makeup la,

buat manicure & pedicure la,

hair treatment gne wax la,

mcm2 la…

rase mcm nak join

 slps dipelawa,

tp byk plak blom std.

*padah std lastminute*.

Friday, November 12, 2010

My Name is S-H-A-i

Tajuk taaboleyblah, ala2 muvi MY NAME IS KHAN pulak




Nama saya Shafiyyah binti Mohamad Isa*siap bg name ic lg*.
Sblom memjejakkn kaki ke mtrix, sume org yg kenal sy dlm time zone tu panggil sy Sophie(pronounce as sopie*nak gak tulis S-O-P-H-I-E sbb ejaan tu besh*).
So, lepas time zone tu, sape2 yg baru knl aku, aku gne name S-H-A-i. Gabungan Sha(name aku SHAfiyyah) dengan initial letter name ayah aku (Isa). *menyemadikan name ayah kt name sendiri.hehe*
Gedik la jugak kan. Haha..
Tp masalahnye, susah sgt ke nak sebut SHAI *atau kebanyakkan org tulis shy*?
Takkan?
Tapi mcm ye je…
huhu.
Klo org2 yang baru kenal aku tu,
Memang. Memang. Memang. Memang. Memang susah nak sbut name aku.
Ada panggil SAI la,
Cai la*dah mcm name cine la*,
SHA la,
SHAH pon ader.
Adeh…
Xpe la, Aku Maseh Bahagier.


p/s:kat uma, sy dipanggil P je. Kkdg opie, Kkdg klo manje2, ayah panggil copot.haha. si Masturina pulak mengajar rmai org panggil aku copi. Copi? Ye, Copi.

Thursday, November 11, 2010

Saya Chenta Mereka



Wuhuu, tetiba rase nak cite2 psl family gua..

Mempersembahkan Ayahanda Beta:






Macho konon posing g2.haha.macho la tu.ayahanda beta jugak.ahakz. Ayahanda beta asal Padang Tengku, Lipis. Ala, yg dokek uma SitiKus tu la.. Beliau xgarang la sgt, tp tegas.. Sentiasa tabik kat beliau dlm bab2 agama.. uhuk3. Oh En.Mohamad Isa bin Din, Ayahanda ku!*ayat xblh blah.haha*
Ayah den ni ghajin la juga bekobun. Klo pokok cili ea byk kua hasil, jap lg dio koba la yg boleh buek bisnes. Haha. Ya, bisnes. Mungkin ayah akan berjaye berbisnes ble anak2 ea dah keje, boleh bg modal., nti den boleh joint venture. Hehe… Isa & Kuarge Sdn Bhd.*pergh, name xboley blah*
Ayah den ni klo bwa kreta, klo de buek apo2 kslhn,  polis mesti xbuek apo2, ayah den koba, dio ado baco2 ckit, baco apo, nti lah den blaja. Xsompek blja lg ni haa.. habis degree ni la nti yo. Hehe..

Haa,ni la dae omak den:






Mak den ni org Nismilan. Masakan ea, mmg sodap!podeh jgn ckp la, pergh! Bikin gua lapar ttbe. Pn.Rahimah ni cekgu. Dulu dio la jgak ajar den time skola rendah. Ajar Math, mak ai, garang yang amek.haha.Itu yang math time skola rendah bgus tuh. Berkat kegarangan beliau..
Beliau suke buat roti & muffin.. Sedap tau roti mak den ni buat. Klo dah brjaye buat kek tu, abes riuh.. brjaya la katekan. Muffin ea lebih kurang sedap. Beghobut2, buek ea berjam2, abeh ea, sesaat yo. *ko anak2 ea yg plahap?haha*
Mak den ni kreatif ckit, pndai melukis, seni2 ni dunio dio lah. Klo boleh, satu sekolah dio tu dio yg nak decorate. Haha.*mak, tuka la kojo tu, jd graphic designer ala2 eric leong.hehe*

Mereka adalah Adek beradek ku.

 

Berderet la pulak. 9org semuanya.chantek2, encem2, comel2. Haha. Yeke? Ish, yela! Hehe.
Havoc gle klo semua ade kat ruma. Bising. Bising. Bising. Riuh sgt3. Yg besar menyakat yg kecik, yang kecik slalu bikin panas. Haha. Besh klo mlm2 tgk drama ke, movie ke, pastu hidang teh susu sedap dgn biskut kering. Ish2. Mesti syiok. Itulah the susu kegemaran.xde sape buat ssedap ktorang. The mamak ke, teh pe2 jela, xsedap langsung. Hehe..
Family ktorang ni suke picnic. Tinggal selalu xdo fulus yo. Klo byk fulus ni, tiap2 bulan berpicnic. Ado skali tu pi picnic kek pantai, dr 8pg smpai potang. Abeh itam logam. Biaso ea la kn, ktorng p dgn perut kosong, pastu g masak2 kek sano.haa, baru la syiok kan… haa, ni la bukti ea..





Buat mase ni, sume berjaye jugala jd manusia, xde yg menganggur, buat hal lepak2 mcm org bodo. *buat hal ckit2 tu besa la.hehe*. Buat hal sampai masok jail ke. Pe2 ar.
Rindu gle kat diorang. Huhu.. Sob.sob.sob. *adakah saye sdg menangis?*
Tula, sape suh minta UMS dulu.*1st choice lg*. hehe, dah minat marine, nak wat cane kan.
Xpe2, nex sem dah abes pown. Nti tengok ar muke diorang hari2. Haha.
Heart them!




Tuesday, November 9, 2010

=)


TERTAWA

Sekali tertawa pusing kepala hilang.
Dua kali tertawa benci pun sirna.
Tiga kali tertawa persoalan lari.
Empat kali tertawa penyakit sembuh.
Lima kali tertawa jadi awet muda.
Enam kali tertawa hati penuh sukacita.

SENYUM
Sekali senyum curiga hilang.
Dua kali senyum jadi sahabat.
Tiga kali senyum hati penuh damai.
Empat kali senyum beban jadi ringan.
Lima kali senyum rezeki datang.
Enam kali senyum keluarga rukun.

HATI
Hati yang gembira adalah obat yang manjur.
Hati yang keras menemui jalan buntu.
Hati yang lembu tmendatangkan sahabat.
Hati yang loba menciptakan perangkap.
Hati yang bersih menjauhkan masalah.
Hati yang licik mendatangkan musuh.

MARAH
Sekali marah Sukacita hilang.
Dua kali marah Akal sehat terbang.
Tiga kali marah Tekanan darah naik.
Empat kali marah Teman-teman pergi.
Lima kali marahJ adi cepat tua.
Enam kali marah Pintu dosa terbuka.

BANYAK Dalam hidup ini…
Berdoalah yang banyak,agar hati tenang.
Taburlah yang banyak,agar menuai banyak.
Bertanyalah yang banyak,agar ilmu bertambah.
Bacalah yang banyak,agar jadi lebih bijak.
Lihatlah yang banyak,agar tambah pengalaman.
Dengarlah yang banyak,agar penuh pertimbangan.
Jalan-jalanlah yang banyak,agar tidak kuper.
Kerjalah yang banyak,agar tidak kekurangan.Dan…
banyaklah humor,agar sehat dan awet muda.

SEDIKIT
Dalam hidup ini…Kerja hati-hatilah sedikit,agar luput dari celaka.
Selesai kerja santailah sedikit,agar kekuatan pulih kembali.
Sampai rumah happy-lah sedikit,agar keluarga senang.
Ada persoalan tenanglah yang sedikit,agar tidak salah langkah.
Dalam pergaulan senyumlah sedikit,agar banyak kawan.
Kalau makan pantanglah sedikit,agar tidak kena stroke.
Sama lingkungan perdulilah sedikit,agar dapat jadi berkat.
Kalau bertindak berimanlah sedikit,agar diberkati Tuhan.
Dan…jadi orang cincai-lah sedikit,agar tidak stress.

KURANGI & PERBANYAK
Dalam hidup ini…
Kurangi ucapan yang mendendam,
perbanyak ucapan yang mengasihi.
Kurangi kata-kata yang mengejek,
perbanyak kata-kata yang menghargai.
Kurangi kata-kata yang melemahkan,
perbanyak kata-kata yang mendorong.
Kurangi perkataan yang menolak,
perbanyak perkataan yang memperhatikan.
Kurangi kata-kata kritik,
perbanyak perkataan yang membangun.
Kurangi kata-kata yang sia-sia,
perbanyak kata-katayang mendatangkan inspirasi.
Kurangi kata-kata yang kasar,
perbanyak kata-kata yang lemah lembut.

Lawak: Kuih Oh Kuih





Suatu hari sebuah kereta api meluncur laju menghampiri sebuah perkampungan. Di perkampungan itu ada seorang wanita penjual kuih tinggal berhampiran landasan tersebut yang baru sahaja selesai membasuh kain lapnya yang warna merah. Selesai membasuh.. dia mengibaskan kain tersebut untuk dijemur di pagar berhampiran landasan.

Dari jauh, pemandu kereta api terlihat seorang wanita dengan kain lap yang berwarna merah yang dikibas-kibaskan. Kerana menyangka perbuatan wanita itu sebagai isyarat bahaya..terus pemandu keretapi membrek dengan mendadak hingga menyebabkan para penumpang keretapi terpelanting dengan dahsyat sekali.

Apabila keretapi berhenti tepat di depan wanita tersebut... pemandu keretapi terus bertanya "Ada apa Puan?" Dengan selamber wanita itu menjawab..." ...yang tinggal cuma karipap dan pulut panggang aje..."

p/s:jgn le menjual lua keteapi,jualla dlm keteapi.haha

Saturday, November 6, 2010

Terperangkap Di Pusara Ibu




" Hairan Ali melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu.. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala. 

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata Ali di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, Ali berjalan ke arah mereka.

" Bincang apa tu? Serius aku tengok," Ali menyapa. 
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan Ali.
" Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab Ali. Memang Ali tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. 
Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".

" Kenapa jadi macam tu? " Ali bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar 
bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang. 

" Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu. 
" Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
" RM 20 aja! " si gadis berkata.
" Tak ada," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras. 

" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, 
" Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; 
" kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai. 
" Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan 
sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi. 

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang 
bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 
10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. 

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas. 

" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil. 

" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap.
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu. 

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi. 
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus. 

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam. 

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. 

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil. 

" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu mereka semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Mereka lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Ali terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah 
orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya Ali berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya Ali tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan Mereka  telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada Mereka dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. 

Nasib Ali memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan Ali.

" Pssstt...Raie. ..Raie..Psstt, " Ali memanggil, Raie yang perasan Ali memanggilnya mengangkat tangan. 
" Boleh aku tengok budak tu? " Ali bertanya sebaik saja diadatang ke arah Ali.

" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah..." Ali memujuk. 

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, Ali menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada Ali berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. 

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya Ali sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan Ali.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya Ali tidak dihalau. Alhamdulillah, Ali lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil Ali lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada Ali serta-merta terasa sebak. Ali lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, 
Saida menyesal.."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga. 

Ali lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata Ali melihat Saida. Tidak Ali sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. 

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya Ali tidak dapat lama di sana. *****a 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu Ali berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah Ali meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."

Lantas Ali menoleh buat kali terakhir. Ali lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Ali lihat seorang polis mengesatkan air matanya. 

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan
jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak. 

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Ali pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga Ali . 

Ali diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin 
dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. 

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita. 

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. 
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya. 

Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.



p/s:taatla pada ibubapa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers