Sunday, October 31, 2010

Tolong Keluarkan Saya


Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan bapa mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung.
Esok dia harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang.

Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu oleh Rashid meluncur di jalan raya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih kurang empat jam. Rashid meluruk ke wajah Zakiah, isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkin belum rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata.
Rahisd tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahinan mereka masih muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja. Cadangnya setelah ekonomi mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya mata.

Hampir sejam berlau, Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang matahari sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman.

Ketika mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah sudah terlena. Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaan mengantuk.

Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata. Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Mahgrib. Kalau tidak dingatkan, pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan solat Mahgrib.

"Dah Mahgrib, bang. Berhenti sekejap."

Wajah Rashid kelihatan keruh. Membayangkan perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya. Zakiah sedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanya di depan kedua orang tuanya. Malahan di depan orang tuanya sendiri, Rashid tidak pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya, sudah puas dia memberikan nasihat tetapilangsung tidak mempan.

Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat. Zakiah kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib. Selalunya Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta atau membasahkan tekak di medan selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan.
Rashid tidak menemui ruang untuk memarkir kereta. Dia menghentikankereta, meminta Zakiah turun.

"Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan. "Kiah pergilah...abang tunggu kat sini. Tak ada parking," jawab Rashid mudah. Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung, Rashid memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia terlelap seketika, terjaga semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta. Perjalanan diteruskan.

"Abang tidur?" tegur Zakiah.
"Ha...terlelap sekejap. Letih rasa badan ni."
"Kalau abang letih, biar Kiah bawak."
"Tak apa...kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti."
Zakiah tidak membantah. Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai turun membasahi jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam keadaan jalan licin mengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudah berhati-hati tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan diri dan orang lain. Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh bahagian belakang keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran.

Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung sebelum menghempas jalan dengan bahagian atas ke bawah.
Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha keluar. Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak sedarkan diri.
"Ya Allah...selamatkan kami..." bisiknya perlahan. Terasa mukanya basah, darah merah mengalir.
Orang ramai datang membantu. Mengeluarkan Zakiah terlebih dulu.

Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal kerana kaki Rashid tersepit. "Tersepit... tak boleh tarik..."

"Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang perempuan ke hospital." Rashid berdoa dan berdoa tanya henti agar Allah S.W.T menyelamatkan Zakiah dan dirinya.

"Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!"
Anehnya Rashid tidak merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh dikatakan kakinya tidak terasa dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal untuk menggerakkannya.
"Tolong saya, encik..." pinta Rashid dengan nada sayu.
"Mengucap... cik...berdoa kepada Allah...cik akan selamat."
"Sabar encik...tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai."

Kata-kata memberi semangat silih berganti menusuk telinganya. Dengan keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu membantu.

Syukur... Pandangannya tertunpu pada seorang lelaki yang memakai jubah serba putih. Berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit sambil tangannya memegang tasbih.

"Ya Allah...selamatkanl ah aku..."

Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba. Pasukan bomba dengan tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid dari himpitan. Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunui apabila salah seorang anggota bomba bersuara.

Kakinya tak tersepit apa-apa. Pelik...kenapa tak boleh keluar?" Usaha untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situ kebingungan. Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak ada apa-apa yang menghimpitnya. Rashid sendiri kebingungan. 

Bencana apa yang sedang menimpanya.

"Ini bukan kerja manusia macam kita...kena panggil orang yang tahu..." terdengar sebuat pendapat. Rashid semakin gementar. Doanya tidak putus-putus. Ketika mulutnya terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia merasakan seseorang berjongkok di sebelahnya. Rashid berpaling, agak tersentak melihat lelaki berjubah tadi berada di sebelahnya.

"Tuan...tolong saya tuan..."

"Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala..." "Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan..." "Kamu berdoa kepada siapa?"

Rashid terdiam. Aneh bunyi pertanyaan lelaki itu. Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan tempatnya untuk bergurau. Apatah lagilelaki itu kelihatan seperti orang alim.

"Sudah tentulah pada Allah."

"Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!"

Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak, sudah pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi bercakap seperti orang yang tidak berilmu."Bukankah selama ini kamu tak pernah menyembah Allah. Kamu hanya mendirikan sembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang mereka, kamu tidak pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta pertolongan dari Allah. Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari mentua
kamu!" Tenggorok Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara,memohon ampun atas kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar.
Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan Rashid. Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia menyesal tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka. Sedangkan kesakitan mula terasa. Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak mampu bernafas.
Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia. Tidak lama kemudian dia tidak sedarkan diri.

"Abang...bang! Abang!!" Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan. Syukurlah isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam hati. Akhirnya mereka mampu keluar dari bencana. "Sedapnya tidur...naik serak suara Kiah mengejutkan abang..." Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah! Dia masih berada di tempat rehat. "Kiah tunggu sekejap...abang nak solat Mahgrib!" kata Rashid sambil terkocoh-kocoh membuka pintu kereta. Zakiah tercengang, senyuman merekah di bibirnya.


Anas menceritakan beliau mendengar Rasulullah S.W.T bersabda :-
"ALLAH S.W.T BERFIRMAN : AKU TANGGUHKAN MALAPETAKA YANG SEHARUSNYADITIMPA KE ATAS SESUATU DAERAH APABILA AKU LIHAT DI SITU ADA ORANG YANG KERAP KE MASJID, KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI KEPENTINGAN DAN BERSEDIA MEMOHON AMPUN PADA WAKTU TENGAH MALAM".



SuDah JaTuh diTimPa TanGga


AL-KISAHNYA

Tak kira, nak pegi pasar KK ari ni gak.. xde makann dah dlm peti ais,nak makan pe?batu? pasir? *ke nak curi ikan kat Hatcheri?wink*wink*

Time tu jam 3 ag dah hujan, tp berdegil, nak gak g KK, pastu hujan pon benti jam 5.. de la 2,3 titik....
pastu, dah lambatnye pasal, sbb dok kusyuk on9, xperasan dah 5.30pm. pe ag, pecut la laju2 kan, laju, laju, laju.*xtau bpe laju sbb meter moto rosak*

pastu pas nek bonggol yg depan bustop canselori tu*otw g kg AB*, ttbe moto bunyi len mcm.. n perlahan, perlahan dan maken perlahan.. eh, apsal ni, gua dah la lambat ni, check2, pergh! rantai putuih.. naseb k.mas*beliau* limpas time tu, die tolong la. petue beliau::::klo pandai berbasikal, pandai baiki rantai besikal, sure pandai baiki rantai moto gak:: die tolong la die macho nye, haa, da ok.. ngam!

Pe ag, ble dah ok, disebbkn makin lmbt, pecut lagi..VROOOOOOOOOOOOOM!
smpai dekat sebelum bonggol depan masjid, kejadian di atas berulang kembali.cit! wosak ag. beiki la ag.ok, dah baik.pastu kwn aku yg aku nk jempot kt kg AB tu bwa moto.. pergh, wosak ag..rupe2nye de prob kat rantai die.baik! skrg dah jam 6, hampir gelap,buka ke pasar ag ni? xpe, kakLusia ckp, buka ag.
last2 mbe aku yg sorang ni g la pjm moto geng die.*moto tu akan dibeiki kendian*

pastu, ble smpai je KK,pergh, HUJAN MENCURAH2 KE LADANG GANDUM!
Adeh, naseb aku bwa pyung, geng aku ni xbwa payung, xpela, selaku org yg xmo membeli pe2, anda duduk jela diam2 kt c2 ye..

Sonok tol membeli, murah2 tau sayur2, seafood2, ikan2 kat sabah ni*ayam n daging mahal gilleeerrr*Beli la mcm2 sayur,ikan, fishcake,fishball..
terkial2 aku pgg brg, mne ikan lagi, mne sawi lagi, mne kobis lagi, mne carrot lagi, mne fishcake &fishball lg, mne lada lagi, mne PAYUNG lagi... 

SIAP! jom balek.bile ckp jom balek je, HUJAN MENCURAH2 KE LADANG GANDUM lagi..td dah mcm xlebat..xpe2 jum kite lepak2 jam, order nasi goreng atau bakso*juga murah klo kat pasar ni*
lepak2 smpai kekenyangan, hujan pon reda la ckit, ckit je..

k, jom gerak.. dlm prtengahan jln, lebat lg, pergh, jalan jela, basah2 pon, smpai gak uma.bak kate geng aku sekolah rendah dulu, hujan xmati pon, tempuh jela.haha..

Sampai je kat bilik, simpan sume brg kat peti ais... eh, nape mcm sikit je brg aku ni. sawi ade, ikan ade, ayam ade, kunyi, lada,halia ade.. eh, mne kobis?mne carrot?mne fishcake n fishball?
HUWARGH!!!!!
dah la fishcake n fishball tu aku beli manyak!!! asalnye beli yg ckit, ttbe rase yg manyak tu lagi murah, beli la, smpai total nye rm9 la.byk kn?kn?kn?
Carrot & kobis tu lagi cdey, aku punye la terliur tgk kakJoan masak sup ade carrot, aku pon beli la, rm 2 3batang.. pergh..cdey2

Ni gare2 tgn yg penuh, dah byr duit, tp lupe amek brgnye,,,,,

Em, rugi besar.adakah saya TAMAK?mungkin... org tamak selalu rugi.. tula, sape suh beli manyak2, kan dah rugi.. sob3...

p/s: de 2org coursemates aku ckp xelok mkn fishcake n fishball, artificial food, nti maken gemok, itu lah hikmah disebalik peninggalan fishcake2 & fishball2 ku di pasar tu..


Lawak: Mari Berpantun



Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Akhir Kata, *em, takda kata-kata lah!haha*


Wednesday, October 27, 2010

Sayang Beliau?


Beliau adalah sahabat saya
Beliau--






:::SAYANG SAYA::: *yeke*
:::DENGA CITE SAYA & MASALAH SAYA:::
:::NASIHAT KAN SAYA:::*saye pon slalu nasehat kan die juga.he*
:::BELIAU SANGAT RAJEN:::*rajin bykkn noti org dlm fb.he*
:::MENGGEDIK:::*esp dlm fesbuk*
:::CENCITIP:::*sikit2 nak deactivate fb ble majuk*
:::BULI SAYA:::*joint venture dengan adi*
::GANGGU SAYA:::


yang penting sekali
:::BELIAU SINGLE:::*cepat isi borang*


haha.dadidu.dadidot.kate khas tok ko.bia ko kecik ati dengan 4 yg terakhir tu.hehe.syg ko lebey dadot! muahx~

Cara2 Jawab Tepon

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite
wajib jawab)

Tuesday, October 26, 2010

Raihan - Doa Taubat

Marilah Kita Doa Bersama-sama..

tiada harapan selain Allah
tiada idola sebaik Nabi
tiada kata seindah Al-Quran
tiada jalan selurus Sunnah
tiada perjuangan selain ISLAM



Lawak: Confuse daku

Curi ke tak curi?

Seorang pemuda sedang menjalani perbicaraan dihadapan hakim
atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.

Pemuda: Tidak! Saya tak curi basikal itu.
Hakim: Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya.
Pemuda: Dia tipu! sebenarnya, dia memberikannya secara percuma.
Hakim: Maksud kamu?
Pemuda: Begini tuan hakim, ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis ini
meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri.

Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh saya berhenti.

Dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil
'barangnya' yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu,
bukan saya boleh pakai sebab saya lelaki. kalau ambil seluarnya pula, pun begitu juga.

Akhirnya, saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itula! h cerita sebenarnya.
Hakim: !!!???!!!


Nenek yang nazak

Seorang nenek nazak didatangi Mudhin, tiba2 nenek terketar2
dan meminta kertas dari Mudhin. Setelah menulis , diberikanya kepada Mudhin.

Selang seminggu kematian neneknya , Mudhin pun memberitahu ahli keluarga supaya berkumpul.

'Sebelum arwah meninggal ada ditinggalkan wasiatnya pada saya'.

Mudhin pun membaca surat yg berbunyi: 'Woit Mudhin, jgn pijak getah oksigen tu, aku tak dapat bernafas, nak kiok dah ni!!'


Kisah sedih lelaki sengau

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu
bas 'Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? ' (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau
itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada
pemandu bas itu.
'kenapa awak diam tadi? kesian dia...'

Pemandu itu pun menjawab: 'Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau
hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!... .....'
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya
ejek dia pulak!!!)...


Maaf cik, permohonan anda ditolak

Seorang pengarah sebuah syarikat sudah mendapatkan Sekretari yang diinginkan,
lalu beliau menugaskan stafnya Budin untuk meneruskan baki temuduga dengan calon-calon yang masih ada...
Pengarah tersebut mengarahkan Budin menolak semua calon yang tinggal.
Dengan yakinnya Budin melaksanakan tugasnya. Satu persatu calon dipanggilnya.

Budin : 'Kamu memohon sebagai apa?'

Calon 1 : 'Sekretari'

Budin : 'Kamu merasa cantik ke tak?'

Calon 1 : 'lebih kurang macamtu la'

Budin : 'Permohonan Kamu tidak diterima.'

Calon 1 : 'Sebabnya?'

Budin : 'Nanti pekerja disini akan jatuh cinta pada kamu dan berlaku perkara tak elok...'

Calon 1 : 'Sebenarnya saya merasa tidak cantik'

Budin : 'Makin lah saya tidak terima.'

Calon 1 : 'kenapa pulak ?'

Budin : 'Buat sakit mata aje'

Calon berikutnya..

Budin : ' Kamu ada pakwe?'

Calon 2 : 'Ada..'
Budin : 'Di mana?'

Calon 2 : 'Di luar negeri.'

Budin : 'Permohonan Kamu tidak diterima.'

Calon 2 : 'Alasannya?'

Budin : 'Nanti kamu hanya bermain telefon dengan pakwe.. dan bil melambung'

Calon 2 : 'tapi Minggu depan pakwe saya sudah pulang.'

Budni : 'Makin lah saya tidak terima.'

Calon 2 : 'Alasannya?'

Budin : 'Laa.. nanti kamu selalu ponteng untuk berjumpa pakwe kamu.


Jual Telur

Pembeli: 'Dik, telur sekilo berapa?'

Penjual: 'Telur ayam atau telur itik?'

Pembeli: 'Telur ayam.'

Penjual: 'Telur ayam biasa atau ayam kampung?'


Pembeli: 'Ayam biasa.'

Penjual: 'Yang tempatan atau yang import?'

Pembeli: 'Yang tempatan.'

Penjual: 'Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?'

Pembeli: 'Yang Ipoh lah...' (Sambil terlihat kesal).

Penjual: 'Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?'

Pembeli: 'Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan? '

Penjual: 'Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan.Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
__._,_.___

An introduction

Haaa, Tercipta lagi satu part dalam blog aku, 'Meh Ketawa'.. Diciptakan khas untuk release stress... Xtau la klo sapew2 yang bace jadi lagi stress... haha... 
K, SELAMAT MEMBACE!

Budak Di Potong Tangan



Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.  Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.  Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan  kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.  

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar...  Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Saya tak tahu Tuan..! "

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Dengan kasih murni seorang anak  yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa  puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat  menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Menangis terusak-isak keduanya, dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik  tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya  tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.

 Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

 "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul.
 Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama."
katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorangpun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 

 "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia  sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram.....

p/s: Ni memang copy paste tapi dah lupa mana source dia. Koleksi lama2 ni wei.

Ceritera Dari Pangkin

Ok..
Untuk Menghilangkan Bosan, Aku dah create new category Utk Letak Cerita-cerita yang aku karutkan.. Ade gak yang aku amek dari org.. De la 'Beliau' tu bagi banyak gile cerite-cerite syiok...



Name page ni diilhamkan daripada mood aku yg kengkonon aku tulis cerite tu kat pangkin uma aku, haha, konon je la kan... btw, name tu mcm besh! haha.. 
K, SELAMAT MEMBACE

Monday, October 25, 2010

KEJAP


Banyak nak Letak dalam blog ni, tp tnggu dulu, Nak edit Chapter 2 FYP yang telah direviewed Dr, dan nak bg kat Dr arini juga. jai yo!

Sunday, October 24, 2010

Lebri Xde Ekon

Eh, Sape tu?
Shafiyyah Isa ler.. Beliau Kat Lebri? Rajen nyer..
Kusyuk nye Ngadap Lappy Die...JOM usha~

teng...teng..teng... *setelah menghampiri dan meliat*

Pergh! Dok on9 je uPenye.. Cess, igt kan anak Cekgu Rahimah ni Buat Assg ke*assg akuh dah nak siap la*, Study ke, On9 je.....

Itulah Saya Yang Rajen Ke Lebri.. Ade moto mmg la rajin, Vrooommm je.. Nak cite kat cni, AKU TELAH BERJAYE EDIT BLOG kepade ruper yang lebih cun dr B4 even ade penyek ckit, xtau caner nak kasi kembang.. hehe...

Tahniah la Kat diri sendiri*sambel tepok bahu kiri dengan tangan kanan..ceh, ceh, ceh*

BeRaSap KePaLe


SAYA -->
:::suke nanges:::
:::suke marah:::
::::suke makan:::
:::suke geram:::
:::suke suke:::

Marah?Marah ke makNgah? lek ar makNgah,klo cepat marah cepat tue. Adeh, mcm mane xmarah kn, klo org buat kte saket ati... so, cni nak share ckit:::::::::::::

Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

1. Mengubah Posisi.

Rasulullah SAW bersabda:
 “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.(Riwayat Muslim)


2. Berwuduk.




Rasulullah SAW bersabda:
“Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk”(Hadis Riwayat Abi Daud)

3. Minum air


 4. Mendiamkan diri ketika marah



5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan(banyakkan istighfar)
  


6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai



7. Berfikiran positif



8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas



10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.


So, makngah jangan marah2 lagi ye.. 





Thursday, October 14, 2010

s0b..s0b..s0b

Ttbe terpikir, cuti bulan 12 ni aku xbalek tau, TIDAK BALEK RUMAH KAT MELAKA.
Waduh~ truknye rase.. Lagi2 time2 DEMAM gni.. *haaaa,kan airmate dah meleleh*
 Time Presentation pon, badan saket pon trpkse tahan, xpenah rase gni,,berdiri pon nak pengsan+muntah..sobsob~
even raye hari tu balek, tp ttp rase sedey.. Mak, Ayah, nak balek!! huwargh!!

Faktor2 aku xbalik::::
>>Fulus dah habis
>>Xtau sampling bulan 12 ble, so xtau brpe hb nak kene beli tket
>>Klo dah tau tarikh tu last minute, sure la tket mahal kn?


mcm Xcaye  je aku xbalek cuti nti..
YaAllah, Kau tabahkan lah hati hamba-Mu ini.. Kerinduan pada family ku hanyalah kerana-Mu..Lillahitaala.

Come on Sophie, be strong!!


nota jari kaki:: sob bukanlah manusia, itu adalah bunyi beta menanges.ekehkeh

Monday, October 4, 2010

MuaHaHaHa


i'm not laughing bcause i'm happy,but if i do laugh, i can become happy

Sunday, October 3, 2010

FiNaLLy

Kate Putus Telah DiBuat.Syabas!

SeDar-XsEdaR

Huh.Almost seminggu HiDup aku agak xteratur diSebbKan V.U.T.O.D! Nak Std xblh FOKUS, Nak wat assg XbLh FOKUS gak! Baru aku sedar 1 PERKARE.
Aku Lalai memikirkan-Nya.Aku asyik fikir V**** je. Bile aku dah sedar, cepat2 aku amek wudu' n solat(tgk la time solat pe kn), n pas solat ak bace Quran.Bace Sampai Hati aku tenang. Tenang x? Mesti lah Tenang. sampai 1 Hari tu, aku xbace Quran. Waduhhhh! Xselesa btol hati ni.Ape lagi, gapai Quran n bacelah dgn tenang dan hayati maksudnya. Alhamdulillah, Hati aku tenang. Nak Tenang Lagi??? Aku gapai hp pulak, kol la omak den, xdo la den nak cito hal V**** tu kn, ak tanyo yola kaba org2 kt ruma tu kn. huhu. Tenang sudah hati aku. Tp ak akan serabut balik ble ak jalan2, nampak PRADO..Cit! xde kete lain ke? Kang de aku bakar kilang PRADO pulak. Soba, Soba~


Dah lah PRADO mmg SEMAT! esp PRADO baru kn~ mengong..


Agaknye kan, sampai bile hati n fikiran ni nak berkecamuk? Nasib ade Dadidu, selalu beliau tngkn aku, dulu ak yang sebok tenangkn beliau, lantas beliau mmbls jase baek aku.. hahahahhaha..


Tq ya mbak Dadidu*beliau yg asyik xbg tgk blog beliau---gedikz*hahaha


Syg Dadidu!

Saturday, October 2, 2010

V.U.T.O.D

I am in misery


There ain't no other


Who can comfort me


Why won't you answer me?


Your silence is slowly killing me


Boy you really got me bad


You really got me bad


I'm gonna get you back


Gonna get you back



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers