Wednesday, August 3, 2011

Day 24 - Tempat Yang Paling Saya Gemari Untuk Makan

Assalamualaikum!

Saya pernah cerita sebelum ni saya paling suka makan apa. Kat entri tu juga saya ada mention tentang restoran makcik saya. Situlah tempat yang paling saya suka makan. Best wooo diorang masak. Kakak2 sedara dan makcik sayalah yang masak.

Macam biasa cendol dia paling sedap weh! Kalau datang rumah maklong saya tu memang dia masak cincai punya, tapi mahsyuk beb! Ok, bulan bulan ramadhan ni pula cerita pasal makanan. Hehe.

Nanti korang mesti cuba restoran maklong saya tu tau. Namanya Cendol Madu Rembau. Memang cendol madu adalah menu utama, tapi menu lain pon ada juga. :)





Terimakasih sudi baca! (:

Tuesday, August 2, 2011

Day 23 - My Dream Wedding.

Assalamualaikum!

Pergh, kemain! Baru 22 ada hati nak pikir pasal kawen. Hamboi, hamboi. Haha. Ala, apa salahnya kan.

Kalau saya memang harapkan wed ceremony yang besar besaran. biar gempakz habis! Tapi kalau dapat bakal yang bukan anak dato', anak datuk, anak tansri maksri ke, nak wat cane kan. Asalkan ada walimatul urus sudae. Hehe.

Ok, andai kata bakal suami dan saya ada duit yang banyak *setelah berpulun pulun  kumpul kan*, saya nak ada satu majlis nikah satu hari, majlis sanding satu hari. Saya juga taanak majlis sanding dan sambut menantu *oleh pengantin lelaki* pada minggu yang sama. Hehe. Kemain ko opie berangan!

Haha!

Next..................
Okeh, then saya nak warna tema merah gold. Korang kalau sekadar pikir dalam benak korang memang rasa old school gila, tapi saya pernah tengok wed tema ni, pergh! Semangat beb! Tapi kalau one day saya rasa ada warna tema yang lebih cantik, ok, sedia untuk tukar. Hehe.

Then, best kalau ada photoshoot.

  • Photoshoot ala ala si lelaki sedang mengurat saya  di zaman sekolah, then waktu kerja, then melamar. Disaat ni saya memrlukan wed photographer yang sangat kreatif supaya photoshoot saya nampak natural. *pergh, kemain kau opie kemain!*
  • Photoshoot semasa majlis sudah semestinya.


Yela, seumur hidup sekali kan. Haha.

Ini semua adalah angan angan semata mata dan akan jadi kenyataan sekiranya bakal lelaki kaya tahap dewa api berserta saya mendapat durian runtuh mahupun saya disponsor oleh orang orang kenamaan. Haha. Jadi korang jangan tercengan pula dan cakap, 'Pergh, baru nak jodohkan Opie dengan abang aku, cancel lah sebab demand sangat!'


Tidak! Tidak! Diulangi, Ini semua adalah angan angan semata mata dan akan jadi kenyataan sekiranya bakal lelaki kaya tahap dewa api berserta saya mendapat durian runtuh mahupun saya disponsor oleh orang orang kenamaan.

Haaaa,  tudia~





Terimakasih sudi baca! (:

Monday, August 1, 2011

Day 22 - Tarikh tarikh Penting!

Assalamualaikum!

Bagi saya semua tarikh birthday family members saya penting. Kalau tarikh tarikh anniversary bff ke, etc, saya taamaek pedulik sangat. bak kata Ah Chai Maharaja Lawak, 'aku peduliiii apenyerr'. Haha.

BIRTHDAY MAK : 211262
BIRTDAY AYAH : 080759
BIRTHDAY KAKAK SULONG : 150786
BIRTHDAY 2nd SIS : 130288
BIRTHDAY 5th BRO : 190393
BIRTHDAY 6th SIS : 140195
BIRTHDAY 7th SIS : 070996
BIRTHDAY 8th BRO : 160899
BIRTHDAY 9th SIS : 230302
BIRTHDAY 10th SIS : 160505

Wah, berlambak lambak gitu adik beradik. Tadi buka puasa pon kecoh, even 2 orang takde. Hehe.

Ok, tata! Peace yaw!!

Doodles yang telah berjaya dihasilkan, *tangan kanan tepuk bahu kiri. bangga bangga.Haha*




Terimakasih sudi baca! (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers