*Our local fruits. Yummy!* |
Siapa yang tak suka buah sini? Cuba angkat tangan sikit. Hai, tak elok tau,tak suka makan buah, buah tu kan ada banyak khasiatnya. Ok, ok, bukan tu yang saya nak ceritakan kat sini, tapi nak korang tengok personaliti korang berdasarkan buah yang korang suka.
Sebelum ni juga saya ada post mengenai personaliti anda berdasarkan bentuk muka, kuku, punggung dan kedudukan dalam keluarga. *Link ada di perkataan*
Sekarang, jom kita check personaliti kita mengikut buah-buahan yang kita gemari.
Oren
Orangnya penyabar dan suka buat kerja secara tenang and slow. Kerjanya hampir sempurna dan tak akan ragu-ragu dalam menyiapkan kerjanya. Sesetengah daripada peminat oren ni, personalitinya malu-malu dan pada masa yang sama orangnya boleh diharap dan boleh dipercayai. Dalam memilih pasangan pula, individu ini memilih dengan berhati-hati dan akan menyayanginya sepenuh hati dan bukan untuk main-main. Peminat oren juga kebiasaannya akan elak konflik dengan apa cara sekalipun.
Epal
Sekiranya anda peminat epal, anda adalah seorang extravagant, impulsif dan lantang bersuara,(kadang kadang bersuara dengan baran). Yang peliknya tentang anda ni, anda kurang pandai dalam nak uruskan hal diri sendiri tapi anda biasanya seorang team leader yang bagus dan pandai dalam membawa sesuatu isu kehadapan. Secara majoriti, anda dapat bertindak cepat dalam apa-apa situasi. Anda juga suka sangat travel dan yang istimewa tentang penggemar epal ni, anda sentiasa tunjuk daya penarik diri anda bila bersama pasangan. Anda juga seorang yang mempunyai sikap enthusiasime dalam hidup anda dan kebiasaanya enthusiasime anda tak dapat ditandingi oleh kebanyakkan orang.*wOw!*
Pisang
Macam pisang juga, penggemar pisang ni, lembut orangnya. Selain dari tu, anda juga penyayang, peramah dan mudah bersimpati. Anda adalah seorang yang kurang keyakinan diri dan kadang kadang agak malu-malu kucing gitew. Sikap individu ni yang kurang berkeyakinan dan kelihatan kurang kuat semangat menyebabkan ramai yang ambil kesempatan atas anda. Anda sentiasa adore pasangan anda dalam apa keadaan sekalipun, sama ada mentally or physically. Dengan sifat anda inilah hubungan anda dengan pasangan sentiasa dalam keadaan harmoni.
Kelapa
Seorang yang bertimbang rasa, serius dan sentiasa berfikiran jauh adalah antara sifat orang yang menggemari kelapa. Walaupun individu ini gemar bersosial, anda agak memilih dalam mencari kenalan. Sesetengan daripada penggemar buah ini juga agak keras kepala dan terlebih berani. *upsss, terlebih sudah kan*.. Sikap yang peka, licik dan cepat berfikir ni adalah adalah cara anda untuk memastikan anda sentiasa berada di tangga teratas dalam sebarang tugasan atau senario yang diberi, terutama di tempat kerja lah! Dalam mencari pasangan pula, individu ini memilih pasangan yang bijak dan bersemangat akan tetapi, pasangan bukanlah segala-galanya untuk anda.
*p/s:ada ea orang suka makan kelapa? Hehee. No offense!*
Nenas
Penggemar nenas ni cepat membuat keputusan dan lagi cepat dia bertindak. Anda juga berani dalam membuat sebarang perubahan dalam karier anda sekiranya perubahan tersebut memberi faedah kepada anda. Manakala kebolehan anda dalam organisasi memang tip top walau betapa besar/susah tugasan yang diberi. Selain itu, individu ini juga boleh berdikari, jujur dan ikhlas dalam berurusan dengan orang lain. Walaupun and bukanlah seorang yang peramah, tapi anda cepat dalam mencari kawan-kawan dan apabila adnda dah berkawan dengan seseorang itu, dia adalah sahabat dunia akhirat. *chewahh*.. Anda jarang membuat sesuatu yang romantik kepada pasangan anda serta pasangan anda kebiasaannya kagum dengan kualiti kerja anda tetapi kecewa dalam kebolehan anda menunjukkan rasa sayang atau cinta anda. *haiz~*
Okeh, sebenarnya banyak lagi buah-buah lain. Kalau nak tahu tentang ciri-ciri personaliti korang untuk penggemar buah betik, mangga, ceri, pic atau pear, kena tunggu entri seterusnya ok?
*source*
p/s: Masa google buah Nenas, pergh, terliuq beb!
Terimakasih sudi baca! (: