Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

Pembunuh diri dalam diam.

Assalamualaikum!

Dua hari lepas keluarga kami dikejutkan dengan berita kematian. Anak kepada kawan mak dan ayah meninggal. Dia juga senior adik kat sekolah menengah dahulu.


Muda lagi. Baru 20 tahun. Baru berkahwin, hujung bulan 12 lepas. Khemah kenduri kahwin pun belum buka lagi. Inai kat jari apatah lagi. Sayu je bila teringat.

Yang tak disangka dia meninggal disebabkan sakit jantung. Terkejut kami. Family dia jugak terkejut. Mana tak nya, sihat je sebelum ni, baru juga buat Medical check up untuk masuk Uni, time medical check up memang tak da masalah. Tiba-tiba sakit jantung, pergi hospital, terus masuk ICU, tapi malangnya Doktor tak dapat buat apa-apa lagi.


Memang betul hidup mati kita ditangan Allah. Cuma apa yang saya nak sampaikan, walaupun kita rasa hidup kita sihat, tapi tanpa sedar kita, permakanan ataupun gaya hidup kita dalam diam membunuh kita.


Mungkin ada orang diluar sana, gemar berjogging dan mempunyai berat badan yang ideal, tapi kurang minum air, kerap makan makanan di restoran, suka makan fast food or maggie, tanpa sedar risiko untuk penyakit berbahaya turut ada. Makan kat kedai mamak ke, memang sedap, bayangkan lah, entah berapa byk perasa tiruan dia pakai, kicap2 kat restoran tu, igt tak banyak ke perasa tambahan? Aduh!
Saya sendiri dalam proses dapatkan berat badan yang ideal and cuba mengamalkan gaya hidup sihat..


Semoga kita sentiasa ingat Mati Itu Pasti, Hidup Itu InshaAllah..


Terimakasih sudi baca! (:

Sunday, August 14, 2011

Manfaat Tidur di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum!




Tidur tidak memberi maksud yang buruk dan tidur juga penting buat kita asalkan tidur kita itu mengikut kadarnya. Begitu juga pada bulan Ramadhan. Tidur dapat memberi kesegaran pada tubuh dan otak kita. Tidur di bulan Ramadhan juga memberikan manfaat malahan turut mendapat pahala.


  • Tidur yang tidak berlebihan.
  • Tidur demi mengelakkan dari perbuatan maksiat atau perkara yang membatalkan puasa.
  • Tidur saat puasa dapat membuat waktu terasa semakin cepat sehingga akan cepat pula waktu berbuka puasa.
  • Tidur saat puasa akan mengembalikan tenaga setelah penat bekerja seharian.
  • Tidur demi mengelakkan memikirkan perkara perkara yang tidak patut.
  • Tidak tidur tapi sekadar melelapkan mata demi mendiamkan diri dari berkata kata perkara lalai dan lara.
  • Tidur untuk mengurangkan rasa penat lapar.


Manfaatkanlah Ramadhan kali ini seolah olah ini adalah Ramadhan kita yang terakhir.


source

Terimakasih sudi baca! (:

Saturday, July 30, 2011

Permakanan Pada Bulan Ramadhan

Assalamualaikum!




  • Berbuka dengan membaca doa.
  • Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2 biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.
  • Bolehlah makan nasi & mee dengan kadar yang sederhana.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
  • Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.
  • Berhenti makan sebelum kenyang.
  • Lebihkan minum air.
  • Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.
  • Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak (makanlah oat/nestum/roti/ban buah buahan/kurma)
  • Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut. 
Kurma bukan sekadar sunnah. Ia mengandungi campuran glukosa dan fruktosa. Mengandungi potassium yang tinggi, sekitar 64 peratus lebih tinggi daripada pisang. Mengandungi beta-D-glucan yang mana merupakan serat larut air yang menyebabkan rasa kenyang.



SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK. 

.Katakan Tidak Pada Gelojoh pada bulan Ramadhan.


Terimakasih sudi baca! (:

Saturday, July 23, 2011

Kuku Korang Personaliti Korang!

Assalamualaikum!

Sebelum ni saya ada buat entri mengenai Punggung Korang Personaliti Korang. Sekarang, kuku pula. Kuku korang juga menggambarkan personaliti korang. jOm Check jOm!

.Erk. Hudusnya Kuku Beliau.


Kuku yang baik, rapi dan indah – Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

Bentuk kuku pendek tetapi lebar – Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat – Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit – Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

Bentuk kuku bersegi tetapi rata – Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

Bentuk kuku langsing – Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa kesialan dan kurang berwibawa.

Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning – Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar,pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun – Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal – Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

Bentuk kuku bersegibahagian bawah sedikit runcing - Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.


.Ni contoh kuku sihat iaitu kuku saya. Haha.Sila percaya.
Source:lanunsepet.

Terimakasih sudi baca! (:

Wednesday, July 6, 2011

Kes KFC Untuk Peringatan Bersama!

Assalamualaikum!

Apa kabar semua hari ni? Ececeh. Mukadimah nak cun je. Hehe. Mestilah kan.

Tadi lepas balik dari office terus buka dashboard blog, banyak betul entri tentang KFC. Siap ada WW gambar KFC dan captionnya "Original or Spciy or Tapak Kaki"?

.Bayangkan semua ayam ni dah kena tapak kaki dan semua minuman dah kena ehem2?.Week!

LoL!

Korangmesti dah tengok video pasal ayam KFC tu kan? bukan 1 kes wokey, manyak. Pelik lah dengan orang macam tu. Langsung tiada moral! Saya takkan share video tu kat FB saya, bukan sebab sokong perbuatan tersebut tetapi malu dengan bangsa sendiri. Melayu!

Itulah Melayu, hasad dengki  tak pernah padam. Taknak lah ulas panjang2, nanti kena hentam pula.

Pendek cerita sini, kita taapayah lah makan kat luar. Pergi masak sendiri, then makan. Kita sendiri tahu makanan kita tu bersih ke tidak, berap banyak penambah rasa kita letak, kita basuh macam mana. Betul tak?

Mesti korang cakap, ala, sekali sekala nak rasa gerk fast food. Lah, ape susah, kat GIANT tu ada jual, belilah fries yg belum goreng tu, pergi goreng sendiri. Kalau ayam KFC lak, boleh buat sendiri. Berlambak resepi kat internet.

Em, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. *eh, ade kene mengena ke?*

Lagi satu, makan tu bacalah bismillah, insyaAllah dijauhkan penyakit. Hadis juga ada menyatakan "Perut punca segala penyakit". Jadi, beringatlah masa makan tu. Hehe.

Dah komen SINI?

Terimakasih sudi baca! (:

Saturday, July 2, 2011

Akibat Cuaca Yang Terlampau Panas!

Assalamualaikum!


Hai semua! Sekarang panas kan? Panasnya weh. Yela, kan sekarang monsun Barat Daya. Memanglah panas. Korang mesti merungut taatentu pasal kan? Syukur weh selagi dunia ni masih mampu menampung kita, kalau ditakdirkan suatu hari nanti tetiba bumi nak meletus? Haa, time tu nak bertobat pon tak sempat. Kalau monsun Timur Laut, ramai pula merungut hujan tak habis-habis. Kan, kan? Dosa tau! Merungut dengan ketentuan Tuhan. Mesti bersyukur tau!

Ok, bukan hal ehwal islam nak saya kongsi kat sini. Just nak bagi tahu korang semua supaya jaga kesihatan dalam cuaca panas terlampau-lampau sekarang ni. Lepas tu pula masuk bilik aircond. Sejuk kemain pula. Haaa, nahas lah siapa yang antibodi taakuat tu, mesti akan demam, flu, batuk*satu geng lah tu*.

*Auww, hotnye die*
Satu je tips nya, mesti minum air banyak-banyak-banyak iaitu minimum 2L wokey? Kalau yang kerja or ada kelas tu, jangan lah segan-segan tahi kucing nak bawa botol air besau kedabaq. Saya taamalu pon.Lagilah naik bas balik dari office lagi tau! Bawa botol besar yang 2L, yang ada tali penyangkut tu lah. Alah, tahu kan, kan, kan? Yela, senang nak bawa, boleh sangkut kat bahu.


Biasanya kalau saya bawa air dalam botol tu, jarang habis, ada lah tinggal 200ml lagi. Taape, nanti kat rumah minum air lagi.

Korang mesti tahu apa fungsinya kita minum air mencurah-curah kan? Maleh den nak explain. Hehe.

Sekarang suhu bumi memang dah panas gila. Global warming senang cerita. Even monsun Barat Daya sekarang ni, tapi itu bukan je sebab penyebab panas tahap pecah termometer, tapi sebab Global Warming. 


Cuaca panas boleh mengakibatkan pelbagai penyakit. Penyakit yang paling femes akibat cuaca panas adalah Dehydration, Buring of the Skin dan Heat Stroke *penyakit akibat kehilangan air dalam badan*

Mana taknya, bila kita hilang air dari badan kita, kandungan garam jadi lebih tinggi dan akan bagi kesan kat organ kita macam kidneys, brain dan Jantung. Dan akhirnya akan sebabkan confusion, lethargy dan masalah pernafasan dan heart rate.

*gelojoh-gelojoh*
Biasanya kalau panas, kita akan berpeluh kan? Untuk sejukkan badan kita. Tapi kalau cuaca panas tahap dewa, kita pula dehydrated, atau kita ter-over-exert, sistem badan kita akan fail bertindak dan akhirnya temperature badan kita naik sampai tahap bahaya nye pun adui. Haa, dari sinilah mulanya heat stroke atau exhaustion. Lepastu akan buat kita sakit pale lah, fenin-fenin lalat lah, muscle cramp lah dan sememangnya ia boleh sebabkan kemamposan kematian tau.


Ish, rasa banyak pula nak bebel ni. Nanti terus korang tekan Ctrl+W. Cis, taabaik tau, mesti baca sampai habis entri ni, lepas tu jangan lupa tekan Nuffnang dan Churp Churp kat atas tu. Hehe. *iklan promote sekejap.Hehe*

Ok, saya dah bebel pasal kesan atau risiko cuaca panas kan, sekarang nak sambung bebel pasal treatment/prevention. Yela bak kate patah-patah *pepatah lah, buat-buat taafaham lak*, Prevention is much better than cure.


Senang je, kan saya dah cakap tadi, minum air selambak-lambak wokey. Wajib! Tiada alasan, klo tak, kena babap! Wakakaka! Yela kan, dah lah kalau cuaca panas yg extreme, korang akan hilang air dari badan korang lebih dari normal, so, pentingnya untuk korang top up your supplies wokey! Cara terbaik nak buat korang hydrated adalah dengan minum air dengan cara hirup bukan terus telan semua. Gulp it down bebeh, no, no, no, sip it wokey? Ada fahemmmm? Bagus.

Secara normal, orang dengan berat 58kg *Wokey saya taanormal, berat sy lebey kot dr tu. Hehe*, wajib minum air 8 gelas aka 2Liter. Makanya, 0.9 kg kena minum 28.4ml air. Haaa, korang kira sendiri banyak mana air korang wajib minum. Kira sekarang! Arahan bukan permintaan. Haha!

Tapi janganlah minum beer weh! Bukan saja haram, alkohol tu punca korang dehydrated nanti. Yela, bagi peminat minuman alkohol kan.

Tapi kalau korang taaboley minum air kosong *hape pon taaboley*, korang boleh je minum air manis, macam jus ke, non-carbonate soft drinks ke. Cara lain, ubah sikit diet permakanan korang, elakkan makan makanan panas atau makanan berat. Makan salads dan fruit with a high water content *speaking lah pulop*.





Lepas tu pula, kalau boleh, apply lah sunblock. Boleh avoid skin cancer kan. Lagi satu, waktu paling cuaca panas 11pg-3ptg, elakkan dari terdedah secara langsung, pakailah payung ke. Kalau korang tengah holiday kan, tengah sunbath ala-ala matsulih kan, apply sunscreen itu sudah pasti, tapi taapayah lama2 wokey.


Bagi yang terlalu taksub exercise tu, janganlah taksub maksub sangat sampai jog waktu-waktu panas. Paling terbaik, jog closer to sunrise or sunset wokey! If you feel breathless or your heart is pounding, stop what you are doing and try to cool your body down, contohnya, by taking a cool shower. Rest if you feel faint or dizzy.

Keep cool: Wear light, loose-fitting clothing, such as cotton, so sweat can evaporate. Cool beb! Hehe!

Okey, memang tersangat panjang saya bebel. Yela, peringatan bersama kan. Last but not least, ingatlah orang tersayang. Ecececeh.

Eh, lupa nak bagitahu, kat Jepun ada kes seramai 66 oranng mati akibat kepanasan tahap Goku juga lagi 15000 dirawat. Kes ni tahun lepas. Dahsyat kan? So, korang jaga diri wokey!



Terimakasih sudi baca! (:

Thursday, June 16, 2011

Tengok TV Boleh Tingkatkan Diabetes dan Sakit Jantung?

Assalamualaikum!



Na, na, na. Bukan makanan je boleh menyebabkan penyakit. Menonton TV pon bagi effect. Amacam ni?

Kajian ni diketuai oleh Frank Hu di Harvard Medical School. Tahu tak macamana? Kalau fikir secara logik, memang logik. *erk?*

Kata Frank Hu, mereka yang duduk depan TV kurang melakukan senaman dan banyak memakan makanan tidak sihat. Memang pon. Kebanyakkan orang suka maka snek semasa menonton TV. Kalau tengok iklan2 kat TV pon macam tu. Kalau bab2 iklan makanan *snek*, mesti depan TV diorang makan snek tu. Betul tak? Kan? Ish, angguk cepat! =P

Frank Hu  dan rakannya mendapati bagi setiap 2 jam sehari masa menonton TV, risiko untuk mendapat penyakit diabetes meningkat 20%, manakala penyakit jantung meningkat 15%. Maka, setiap 2 jam sehari masa menonton TV meningkatkan risiko mati sebanyak 13%.

Berdasarkan keputusan tu, Frank Hu dan rakannya menganggarkan di kalangan sekumpulan 100,000 orang, sekiranya mereka mengurangkan masa menonton TV sebanyak 2 jam boleh menghalang 176 kes diabetes baru, 38 kes kematian akibat kardiovaskular dan 104 kematian pramatan setiap tahun. Betapa 2 jam memberi kesan!

Frank Hu sebenarnya nak sampaikan mesej yang teramatlah simple mimple okie iaitu "Kurangkan menonton TV=Kuranglah risiko diabetes dan penyakit jantung"

p/s #1:kurang tengok TV boleh gak kurangkan penggunaan elektrik. Kan?
p/s#2:Nak health consultant? Pergi contact abe Joe kat sini or kat sanun.. Hehe.. :)
source:Berita Harian hari ni!

Terimakasih sudi baca! (:

Monday, June 13, 2011

Lempang Nak?Tak Boleh RightClick Lah!

Assalamualaikum!

.NoRightClick tau!.


.Oh, right click juga ea.Babap kang. Ni Copyright tau.


Kalau diperhatikan, blogger yang mempunyai follower sampai 4 angka ke atas, diorang takkan ada 'NoRightClick'.

Tahu tak sebab haper? Sebab Disable right click tu menyusahkan readers. Kenkadang, orang bukan nak copy, orang just nak 'Open Link in New Tab'. Situasi ni selalu gak buat wa geram. Grrrr bak kata nabil.


Hehe. Act, saya pon ada buat Disable right click kat my blog before ni, tapi bila ia juga membuat wa panas bila buka blog orang yang disable right click, wa terus buang. Menyusahkan.

Tapi en, en, bagi peminat2 'NoRightClick' anda taperlu buang kerana sebenarnya ada cara nak 'Open Link in New Tab'. Saya rasa ada yang tahu dan ada juga yang tatahu. Kalau yang dah Tahu tu, diam2 kau sana *Saya sedang berdialek Sabah bah*, yang tatahu tu, caranya, anda hanya perlu tekan Ctrl and tekan je Link yang nak buka kat New Tab tu. Hehe.


Terimakasih sudi baca! (:

Monday, April 25, 2011

Beza Ilmu dan Harta




Assalamualaikum!
Hari sabtu hari tu, di kolej kediaman saya ada mengadakan solat hajat imtihan dan ceramah agama. So, saya ambil kesempatan ini lah! Mesti, rugi tak pergi. Majlis2 amal macam ni lah akan membuat syaitan menangis dan terganggu.
So, tanpa nak bebel panjang2, *nanti kena sepuk kalo bebel panjang2*, saya nak share sikit ceramah yang di beri pada malam tu. Salah satunya adalah PERBEZAAN ILMU dan HARTA.

Suatu hari Syaidina Ali a.s ditanya tentang perbezaan antara ilmu dengan harta oleh 10 orang khawarij. Tiap2 mereka mahukan jawapan yang berbeza lalu Saidina Ali menjawab seperti berikut:-


  • Ilmu adalah warisan para Nabi, sedangkan harta warisan si Firaun.
  • Ilmu akan member perlindungan kepada kita, sedangkan harta haruslah kita yang menjaganya.
  • Orang yang banyak ilmu ada ramai kawan, sedangkan orang yang mempunyai harta yang banyak mempunyai ramai musuh.
  • Jika ilmu dipergunakan akan bertambah, sedangkan harta dipergunakan akan berkurang.
  • Ilmu tak kan boleh dicuri sedangkan harta boleh dicuri.
  • Pemilik ilmu akan selalu disebut mulia dan terhormat, sedangkan pemilik harta akan disebut pelit dan rakus.
  • Ilmu itu tak akan musnah ditelan zaman, sedangkan harta akan musnah.
  • Ilmu akan menyinari hati, sedangkan harta akan mengeraskan hati.
  • Pemilik ilmu akan diberi syafa’at di akhirat, sedangkan pemilik harta akan dihisa
  • Pemilik ilmu akan dimuliakan walaupun sedikit ilmunya, sedangkan pemilik harta disebut besar setelah banyak hartanya

Demikian yang Saidina Ali menjawab. Betapa jauhnya beza antara ilmu dan harta. Ingatlah, tanpa ilmu apa lah harta, tiada ilmu, tiadalah harta!
Renung2kan dan selamat beramal! *eceh, eceh, eceh*





Terimakasih sudi baca!

Wednesday, April 20, 2011

POLAR BEAR lagi!


Sebelum ni saya ada buat entri tentang saya dipanggil POLAR BEAR oleh kengkawan saya yang sengal mengal.

Oleh itu, saya nak sambung sikit entri tu. Bukan nak cakap pasal saya yang secomel seputih seganas POLAR BEAR, tapi nak share sikit information tentang polar bear.

Kalau dulu, before saya ambil kos SAINS MARIN ni, saya tak tahu pon POLAR BEAR ni adalah marine  mammal. Saya ingatkan dia adalah binatang darat. Rupanya hidupan marin.

Kalau sesiapa yang tak tahu tu, mesti tertanya apa pasal lah bintang yang lengkap kaki, takda fin and berbulu selebat pohon rambu boleh dikategorikan sebagai Marine life?

Yang dah tahu POLAR BEAR adalah marine life, tahu tak apa sebab ia dikategorikan sebagai marine life? Tahu ke tak, tak kira nak explain juga sambil minum air kopi! Hehe.

Sebenarnya, kat tapak kaki POLAR BEAR tu sendiri ada jaringan yang macam kat kaki itik tapi kat POLAR BEAR ni, kecik je, tak padan dengan badan kan? LoL. Web tu lah digunakan untuk berenang kalau dalam air. Streamline body yang dia ada pon membolehkan dia stay lama dalam air juga membuatkan ia lebih tangkas mangkas! Wah! Macho ah anda encik POLAR BEAR!

Bulu???
Woit, kat kutub utara tu sejuk gila Beb! Air dia lagi lah sejuk beku. Bulu-buluan tu berfungsi macam websuit. Ia insulate POLAR BEAR’s body. Lemak2 comel yang POLAR BEAR ada tu pon untuk maintain internal body temperature dia. Dah tak payah nak sibuk2 pakai sweater ke, selimut ke, peluk kekasih hati ke untuk panaskan badan. Hehe.

Seterusnya, kenapa pulak badan dia ada yang berwarna hitam?Hidung, mata, bibir dan tak kaki? Sama macam atas tadi, sebab kan kat kutub sejuk tahap dewa, warna gelap membantu POLAR BEAR absorb more heat. Tak payah lah pkai heater kan, nanti cair mair pula ais2 kat kutub tu *eh, mana nak dapat letrik kalau guna heater?karut marut ah.. hehehe*

Jap2, mesti korang cakap bulu POLAR BEAR warna putih kan? Nope! Kelihatan putih, tapi sebenarnya ia translucent. Bukan putih tau, no, no, no.

Haaa, last but not least,
POLAR BEAR memang lah hidupan marin sebab dia memang tinggal kat laut just laut dia tu dah beku. Itu bukan darat, itu adalah laut yang permukaannya yang beku. Ok?

Hehe. Tamat sudah pengajaran cikgu pada hari ni. Hehe..
Apa2 pon SUBHANALLAH! Perfectnya ciptaan ALLAH!
Terimakasih sudi baca!


p/s: tahukah anda manusia bukanlah menu jerung? Nantikan explaination-nya! Hehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers