Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Sunday, July 6, 2014

Nukilan: Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia.

Assalamualaikum!

Pagi-pagi tadi sebelum sahur, terdengar berita memaklumkan Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia, rasa agak terkejut & seolah-olah baru semalam tengok dia beliau di kaca tv.

Tujuan saya menulis ni bukan untuk meluahkan apa-apa perasaan terhadap arwah, tapi ingin share sedikit mengenai beliau, coretan daripada Sifu saya, Doktor Azizan Osman mengenai arwah:


Pagi-pagi tadi sebelum sahur, terdengar berita memaklumkan Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia, rasa agak terkejut & seolah-olah baru semalam tengok dia beliau di kaca tv.

Tujuan saya menulis ni bukan untuk meluahkan apa-apa perasaan terhadap arwah, tapi ingin share sedikit mengenai beliau, coretan daripada Sifu saya, Doktor Azizan Osman mengenai arwah:

[Tangisan di bumi Madinah: Saya & Datuk Sharifah Aini]


Ya Allah tersentap jiwa saya sebentar tadi di bumi Madinah bila mendapat berita seorang yang saya kagumi, hormati dan panggil ummi iaitu Datuk Sharifah Aini telah kembali ke rahmatullah. Saya baru berkira-kira untuk menziarahi beliau bila kembali ke KL beberapa hari lagi nanti. 
Ummi yang saya kenali adalah bermula dengan rapat kira-kira 3 tahun lepas apabila beliau menghubungi pejabar saya untuk mengundang saya ke rumah beliau di Petaling Jaya. Saya jarang-jarang menerima undangan sesiapa sahaja disebabkan kekangan masa saya bersama keluarga tetapi saya terima undangan Ummi yang tidak pernah saya kenal rapat selain biasa menonton beliau di kaca TV atau mendengar di corong radio. Tapi arwah ayah saya memang peminat ummi. 

Saya menerima undangan makan malam di rumah ummi dan pertama kali bertemu serta bercakap dengan ummi, saya terus kagum dengan hajat dia yang sebenar. Selain ingin mengenali saya dan beliau memerhatikan apa yang saya lakukan sedikit sebanyak membangunkan ramai usahawan, ummi meminta pandangan saya tentang beberapa urusan perniagaan kerana beliau amat aktif mendapatkan dana untuk menyara lebih 2,500 anak yatim setiap bulan ketika itu (Sekarang harus lebih). 

Saya terkesima kerana biasanya orang berjumpa saya bertanya soalan bagaimana nak besarkan perniagaan atau ingin meningkatkan pelaburan wang mereka tetapi ini pertama kali seseorang berjumpa saya untuk bertanya bagaimana beliau boleh membina perniagaan atau dapatkan dana bagi terus menerus membantu menyara anak-anak yatim yang ditajanya. 

Pada ketika itu saya rasa kerdil sangat dan Alhamdulillah kami mula menjadi rapat selepas itu. 

Ummi seorang yang berfikiran besar, positif dan sentiasa tahu apa yang dia mahukan. Bagi saya, dia seorang yang seperti gunung yang menjadi penaung kepada ramai orang lain. Dia
bukan sekadar penyanyi biasa-biasa tetapi dia menggunakan bakatnya untuk mencapai impian yang lebih mulia dalam hidupnya. 

Ummi pernah diundang ke pentas seminar saya untuk meraikan hari ibu bersama para peserta saya dan bagi saya, ummi Datuk Sharifah Aini adalah seorang ibu yang sangat penyayang. 

Beberapa kali saya menziarahi beliau tahun ini di rumah beliau bersama isteri saya dan beliau kelihatan uzur. 

Tetapi beliau tidak putus mengaji setiap hari dan malam serta sentiasa khatam Al-Quran. Anda pasti terperanjat jika tahu betapa rajinnya ummi mengaji setiap hari. Beliau juga pernah dapat kami bawa untuk hadir majlis Mega Mawlid bersama Habib Syech di Stadium Shah Alam tahun lepas. 

Saya sentiasa berdoa ummi sihat semula untuk berkhidmat kepada ramai yang memerlukan tetapi ternyata pagi ini Allah swt memanggilnya kembali lebih awal. 

Saya rindu ummi dan dari kejauhan bumi Madinah ini, saya mendoakan ruh ummi bersemadi dengan tenang bersempena malam ramadhan yang mulia ini bersama ruh para solihin. 

Buat Alif anak ummi, ummi sentiasa tidak putus bercerita tentang Alif dan bangga dengan Alif. He loves you so much. 

Saya rindu ummi tetapi Allah swt lebih merindui ummi untuk berada di sisiNya. 

Saya akan menziarahi ummi bila saya kembali ke Malaysia beberapa hari lagi. Salam kasih dari saya sekeluarga buat ummi dan doa saya tetap bersama ummi dari bumi Madinah ini Insya Allah. 

Al-Fatihah buat ruh ummi. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. 

-Anakanda Azizan Osman

p/s: Baru sahaja genap 61 tahun umur ummi 2 Julai lepas. Ummi lahir 2 Julai 1953. Saya percaya mudah-mudahan Allah swt berikan husnul khotimah buat ummi.



Mari sama-sama kita doakan semoga Arwah di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan para siddiqin dan solihin. Allahumma Amin..

Al-fatihah.

( Mati itu pasti)
Sumber:Fan Page Dr.Azizan
Terimakasih sudi baca! (:

Sunday, August 14, 2011

Manfaat Tidur di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum!




Tidur tidak memberi maksud yang buruk dan tidur juga penting buat kita asalkan tidur kita itu mengikut kadarnya. Begitu juga pada bulan Ramadhan. Tidur dapat memberi kesegaran pada tubuh dan otak kita. Tidur di bulan Ramadhan juga memberikan manfaat malahan turut mendapat pahala.


  • Tidur yang tidak berlebihan.
  • Tidur demi mengelakkan dari perbuatan maksiat atau perkara yang membatalkan puasa.
  • Tidur saat puasa dapat membuat waktu terasa semakin cepat sehingga akan cepat pula waktu berbuka puasa.
  • Tidur saat puasa akan mengembalikan tenaga setelah penat bekerja seharian.
  • Tidur demi mengelakkan memikirkan perkara perkara yang tidak patut.
  • Tidak tidur tapi sekadar melelapkan mata demi mendiamkan diri dari berkata kata perkara lalai dan lara.
  • Tidur untuk mengurangkan rasa penat lapar.


Manfaatkanlah Ramadhan kali ini seolah olah ini adalah Ramadhan kita yang terakhir.


source

Terimakasih sudi baca! (:

Friday, August 5, 2011

Asyik2 Entri Tak Sabar Nak Tunggu Raya, Tak Da Pula Entri Tak Sabar Nak Menyambut Bulan Ramadhan!

Assalamualaikum!

Hamboi, hamboi. Baru 5 Ramadhan kak, bang oiiiii. Kemain lagi. Dah buat entri taasabar nak pakai baju raya lah, nak hidang lemang lah, nak kacau dodol lah.

Amboi, bila 2, 3hari nak ramadhan, masing masing cakap 'Ala, lagi beberapa hari nak puasa ni, kena santap perut, santap mata puas2 before puasa, lepas ni takda can lagi'

Takda pula buat entri taasabar nak tunggu ramadhan, beramal di bulan mulia. Ish ish ish. Padahal bulan ramadhan itulah waktu terbaik nak beramal. lagi dialog biasa before ramadhan 'Eh, dah nak pose dah?Cepat je eik, tak sedar plak. Adesss'

Bila baru beberapa hari puasa 'Eh, baru 3/4/5 hari puasa tapi rasa taasabar nak raya. lagi 27/26/25 hari nak raya kan? Taasabarnya, rasa nak lajukan masa je.'


Haih. Bukankah kita patut nanti nantikan bulan yang mulia ni, dah berasa sedih kerana bakal meninggalkan bulan yang mulia ni.

Bukan nak cakap bulan lain taapayah beramal ke? Bulan Ramadhan kan lebih mulia lebih berganda pahalanya.

Jom beramal! Yuukkkk!



Terimakasih sudi baca! (:

Saturday, July 30, 2011

Permakanan Pada Bulan Ramadhan

Assalamualaikum!




  • Berbuka dengan membaca doa.
  • Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2 biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.
  • Bolehlah makan nasi & mee dengan kadar yang sederhana.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
  • Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.
  • Berhenti makan sebelum kenyang.
  • Lebihkan minum air.
  • Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.
  • Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak (makanlah oat/nestum/roti/ban buah buahan/kurma)
  • Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut. 
Kurma bukan sekadar sunnah. Ia mengandungi campuran glukosa dan fruktosa. Mengandungi potassium yang tinggi, sekitar 64 peratus lebih tinggi daripada pisang. Mengandungi beta-D-glucan yang mana merupakan serat larut air yang menyebabkan rasa kenyang.



SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK. 

.Katakan Tidak Pada Gelojoh pada bulan Ramadhan.


Terimakasih sudi baca! (:

Friday, August 13, 2010

RAMADHAN AL-MUBARAK

أهلا وسهلا يا رمضان

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.


Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:  "Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:  "Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw: "Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers