Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, July 24, 2014

Cara Ketahui Kedudukan Koordinat GPS Anda | Cara Noob

Assalamualaikum!

Cara Ketahui Kedudukan Koordinat GPS Anda Menggunakan Handphone | Cara Noob

Okeh. Ni tutorial noob. Siapa noob tu? Saya lah. Saya memang malas nak download mana2 application untuk detect kedudukan koordinat GPS saya.

Macam mana saya boleh terdetik nak buat tutorial sebab saya memang semput habis bila cari rumah orang tak jumpa. Kena pulak bagi maps simple sangat. Maksud saya adalah majlis perkahwinan kawan2. Memang sebak habis lah bila hampir 2 jam round2 tak jumpa. Sandik la.. *upps, versi sabah*

Ada juga kawan2 yang sertakan sekali kedudukan koordinat  GPS. Punya senang jumpa. Betul-betul depan rumah. Hamekkaw. Sesat juga, jangan tanya kenapa kalau kena lempang. Hahaha.

Lagipun sekarang ni handphone masing-masing dah ada application untuk view direction contoh Google Maps atau WAZE. Kadang-kadang waze bukan dapat detect semua address kan? Hahaha.

Ok. tak nak story panjang sangat. Jom tengok tutorial..

Apa yang anda perlukan:

  • Facebook Messenger
  • Goggle Maps
  • Internet Connection *obviously.duhhh*


1. Turn on GPS (Seperti rajah dibawah*hamekkaw ayat paper fizik SPM*)

*Siapa tak tahu GPS kat hp tu apa, hantuk kepala kat buju katil cepat*

2. Buka Messenger Facebook anda & Turn on GPS kat Messenger tu. 
    Kalau Messenger korang kelihatan tak sama dengan saya, sila update cepat!
    Babab kang pakai zaman paleolitik punya apps.

*GPS di messenger seperti anak panah merah*

3. Then, cuba taip apa2 mesej kepada rakan kemudian klik pada mesej tersebut.

*Klik pada Testing seperti anak panah merah*

4. Bila dah klik tu sure akan keluar maps macam gambar di bawah ni: 

*Bila kita tab tu mesti akan keluar, klo tak kluar,
bermaksud korang tak on GPS di messenger
sebelum korang hantar mesej tu*

5. Step seterusnya, korang klik pada simbol seperti anak panah merah di bawah:

*Klik icon dalam bulatan merah tersebut*

6. Selepas klik dia pasti akan keluar option untuk membuka link tersebut(Seperti rajah dibawah)

*Pilih untuk buka guna Maps*

7. Akhir sekali, akan terbukalah google maps korang. Dan taadaaaa:

*Dalam bulatan merah itulah kedudukan koordinat GPS korang.
Saya blur kan sebab tak nak korang tahu
kedudukan GPS saya kan. Hikhik. Bajet retis.*

Kiranya lepas ni kalau ada kawan-kawan nak datang tempat yang mungkin alamatnya takda dalam WAZE or Google maps ni, boleh lah bagi kedudukan koordinat GPS korang. Sonang



**Amaran keras:1. Tutorial ni untuk orang yang mempunyai aplikasi yang 
tak berapa canggih dan noob macam aku. 
Hahaha. Yang berpapago or ada apa2 
aplikasi canggehh baq hang, 
duk diam2 k!
2. Tutorial ini digunakan di handphone di kala komputer tiada
didepan mata atau memang takda laptop langsung.



p/s:Nanti saya akan buat simple tutorial cara detect kedudukan koordinat GPS menggunakan komputer. Easy Peasy. 


Terimakasih sudi baca! (:

Wednesday, February 20, 2013

Pembunuh diri dalam diam.

Assalamualaikum!

Dua hari lepas keluarga kami dikejutkan dengan berita kematian. Anak kepada kawan mak dan ayah meninggal. Dia juga senior adik kat sekolah menengah dahulu.


Muda lagi. Baru 20 tahun. Baru berkahwin, hujung bulan 12 lepas. Khemah kenduri kahwin pun belum buka lagi. Inai kat jari apatah lagi. Sayu je bila teringat.

Yang tak disangka dia meninggal disebabkan sakit jantung. Terkejut kami. Family dia jugak terkejut. Mana tak nya, sihat je sebelum ni, baru juga buat Medical check up untuk masuk Uni, time medical check up memang tak da masalah. Tiba-tiba sakit jantung, pergi hospital, terus masuk ICU, tapi malangnya Doktor tak dapat buat apa-apa lagi.


Memang betul hidup mati kita ditangan Allah. Cuma apa yang saya nak sampaikan, walaupun kita rasa hidup kita sihat, tapi tanpa sedar kita, permakanan ataupun gaya hidup kita dalam diam membunuh kita.


Mungkin ada orang diluar sana, gemar berjogging dan mempunyai berat badan yang ideal, tapi kurang minum air, kerap makan makanan di restoran, suka makan fast food or maggie, tanpa sedar risiko untuk penyakit berbahaya turut ada. Makan kat kedai mamak ke, memang sedap, bayangkan lah, entah berapa byk perasa tiruan dia pakai, kicap2 kat restoran tu, igt tak banyak ke perasa tambahan? Aduh!
Saya sendiri dalam proses dapatkan berat badan yang ideal and cuba mengamalkan gaya hidup sihat..


Semoga kita sentiasa ingat Mati Itu Pasti, Hidup Itu InshaAllah..


Terimakasih sudi baca! (:

Sunday, August 14, 2011

Manfaat Tidur di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum!




Tidur tidak memberi maksud yang buruk dan tidur juga penting buat kita asalkan tidur kita itu mengikut kadarnya. Begitu juga pada bulan Ramadhan. Tidur dapat memberi kesegaran pada tubuh dan otak kita. Tidur di bulan Ramadhan juga memberikan manfaat malahan turut mendapat pahala.


  • Tidur yang tidak berlebihan.
  • Tidur demi mengelakkan dari perbuatan maksiat atau perkara yang membatalkan puasa.
  • Tidur saat puasa dapat membuat waktu terasa semakin cepat sehingga akan cepat pula waktu berbuka puasa.
  • Tidur saat puasa akan mengembalikan tenaga setelah penat bekerja seharian.
  • Tidur demi mengelakkan memikirkan perkara perkara yang tidak patut.
  • Tidak tidur tapi sekadar melelapkan mata demi mendiamkan diri dari berkata kata perkara lalai dan lara.
  • Tidur untuk mengurangkan rasa penat lapar.


Manfaatkanlah Ramadhan kali ini seolah olah ini adalah Ramadhan kita yang terakhir.


source

Terimakasih sudi baca! (:

Saturday, July 30, 2011

Permakanan Pada Bulan Ramadhan

Assalamualaikum!




  • Berbuka dengan membaca doa.
  • Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2 biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.
  • Bolehlah makan nasi & mee dengan kadar yang sederhana.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
  • Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.
  • Berhenti makan sebelum kenyang.
  • Lebihkan minum air.
  • Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.
  • Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak (makanlah oat/nestum/roti/ban buah buahan/kurma)
  • Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut. 
Kurma bukan sekadar sunnah. Ia mengandungi campuran glukosa dan fruktosa. Mengandungi potassium yang tinggi, sekitar 64 peratus lebih tinggi daripada pisang. Mengandungi beta-D-glucan yang mana merupakan serat larut air yang menyebabkan rasa kenyang.



SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK. 

.Katakan Tidak Pada Gelojoh pada bulan Ramadhan.


Terimakasih sudi baca! (:

Saturday, July 2, 2011

Akibat Cuaca Yang Terlampau Panas!

Assalamualaikum!


Hai semua! Sekarang panas kan? Panasnya weh. Yela, kan sekarang monsun Barat Daya. Memanglah panas. Korang mesti merungut taatentu pasal kan? Syukur weh selagi dunia ni masih mampu menampung kita, kalau ditakdirkan suatu hari nanti tetiba bumi nak meletus? Haa, time tu nak bertobat pon tak sempat. Kalau monsun Timur Laut, ramai pula merungut hujan tak habis-habis. Kan, kan? Dosa tau! Merungut dengan ketentuan Tuhan. Mesti bersyukur tau!

Ok, bukan hal ehwal islam nak saya kongsi kat sini. Just nak bagi tahu korang semua supaya jaga kesihatan dalam cuaca panas terlampau-lampau sekarang ni. Lepas tu pula masuk bilik aircond. Sejuk kemain pula. Haaa, nahas lah siapa yang antibodi taakuat tu, mesti akan demam, flu, batuk*satu geng lah tu*.

*Auww, hotnye die*
Satu je tips nya, mesti minum air banyak-banyak-banyak iaitu minimum 2L wokey? Kalau yang kerja or ada kelas tu, jangan lah segan-segan tahi kucing nak bawa botol air besau kedabaq. Saya taamalu pon.Lagilah naik bas balik dari office lagi tau! Bawa botol besar yang 2L, yang ada tali penyangkut tu lah. Alah, tahu kan, kan, kan? Yela, senang nak bawa, boleh sangkut kat bahu.


Biasanya kalau saya bawa air dalam botol tu, jarang habis, ada lah tinggal 200ml lagi. Taape, nanti kat rumah minum air lagi.

Korang mesti tahu apa fungsinya kita minum air mencurah-curah kan? Maleh den nak explain. Hehe.

Sekarang suhu bumi memang dah panas gila. Global warming senang cerita. Even monsun Barat Daya sekarang ni, tapi itu bukan je sebab penyebab panas tahap pecah termometer, tapi sebab Global Warming. 


Cuaca panas boleh mengakibatkan pelbagai penyakit. Penyakit yang paling femes akibat cuaca panas adalah Dehydration, Buring of the Skin dan Heat Stroke *penyakit akibat kehilangan air dalam badan*

Mana taknya, bila kita hilang air dari badan kita, kandungan garam jadi lebih tinggi dan akan bagi kesan kat organ kita macam kidneys, brain dan Jantung. Dan akhirnya akan sebabkan confusion, lethargy dan masalah pernafasan dan heart rate.

*gelojoh-gelojoh*
Biasanya kalau panas, kita akan berpeluh kan? Untuk sejukkan badan kita. Tapi kalau cuaca panas tahap dewa, kita pula dehydrated, atau kita ter-over-exert, sistem badan kita akan fail bertindak dan akhirnya temperature badan kita naik sampai tahap bahaya nye pun adui. Haa, dari sinilah mulanya heat stroke atau exhaustion. Lepastu akan buat kita sakit pale lah, fenin-fenin lalat lah, muscle cramp lah dan sememangnya ia boleh sebabkan kemamposan kematian tau.


Ish, rasa banyak pula nak bebel ni. Nanti terus korang tekan Ctrl+W. Cis, taabaik tau, mesti baca sampai habis entri ni, lepas tu jangan lupa tekan Nuffnang dan Churp Churp kat atas tu. Hehe. *iklan promote sekejap.Hehe*

Ok, saya dah bebel pasal kesan atau risiko cuaca panas kan, sekarang nak sambung bebel pasal treatment/prevention. Yela bak kate patah-patah *pepatah lah, buat-buat taafaham lak*, Prevention is much better than cure.


Senang je, kan saya dah cakap tadi, minum air selambak-lambak wokey. Wajib! Tiada alasan, klo tak, kena babap! Wakakaka! Yela kan, dah lah kalau cuaca panas yg extreme, korang akan hilang air dari badan korang lebih dari normal, so, pentingnya untuk korang top up your supplies wokey! Cara terbaik nak buat korang hydrated adalah dengan minum air dengan cara hirup bukan terus telan semua. Gulp it down bebeh, no, no, no, sip it wokey? Ada fahemmmm? Bagus.

Secara normal, orang dengan berat 58kg *Wokey saya taanormal, berat sy lebey kot dr tu. Hehe*, wajib minum air 8 gelas aka 2Liter. Makanya, 0.9 kg kena minum 28.4ml air. Haaa, korang kira sendiri banyak mana air korang wajib minum. Kira sekarang! Arahan bukan permintaan. Haha!

Tapi janganlah minum beer weh! Bukan saja haram, alkohol tu punca korang dehydrated nanti. Yela, bagi peminat minuman alkohol kan.

Tapi kalau korang taaboley minum air kosong *hape pon taaboley*, korang boleh je minum air manis, macam jus ke, non-carbonate soft drinks ke. Cara lain, ubah sikit diet permakanan korang, elakkan makan makanan panas atau makanan berat. Makan salads dan fruit with a high water content *speaking lah pulop*.





Lepas tu pula, kalau boleh, apply lah sunblock. Boleh avoid skin cancer kan. Lagi satu, waktu paling cuaca panas 11pg-3ptg, elakkan dari terdedah secara langsung, pakailah payung ke. Kalau korang tengah holiday kan, tengah sunbath ala-ala matsulih kan, apply sunscreen itu sudah pasti, tapi taapayah lama2 wokey.


Bagi yang terlalu taksub exercise tu, janganlah taksub maksub sangat sampai jog waktu-waktu panas. Paling terbaik, jog closer to sunrise or sunset wokey! If you feel breathless or your heart is pounding, stop what you are doing and try to cool your body down, contohnya, by taking a cool shower. Rest if you feel faint or dizzy.

Keep cool: Wear light, loose-fitting clothing, such as cotton, so sweat can evaporate. Cool beb! Hehe!

Okey, memang tersangat panjang saya bebel. Yela, peringatan bersama kan. Last but not least, ingatlah orang tersayang. Ecececeh.

Eh, lupa nak bagitahu, kat Jepun ada kes seramai 66 oranng mati akibat kepanasan tahap Goku juga lagi 15000 dirawat. Kes ni tahun lepas. Dahsyat kan? So, korang jaga diri wokey!



Terimakasih sudi baca! (:

Saturday, June 25, 2011

Cara Dapatkan Backlink Dengan Mudah

Assalamualaikum!


Semua orang tahu bahawa "backlink" ni penting untuk setiap websites. Backlink ni sebenarnya untuk memudahkan enjin carian seperti Google dan Yahoo untuk mengindeks websites kita supaya berada di ranking tertinggi untuk sesebuah enjin carian tersebut..

Lagi banyak backlink yang kita perolehi, maka lagi tinggi lah ranking websites / blog kita tu mudah-mudahan lah.Selain dari itu,backlink juga mampu untuk memberikan traffic dan page rank yang berkualiti kepada websites/blog kita itu seperti websites Facebook dan Youtube yang memang korang kenal.

Tapi apakah korang tau macam mana nak dapatkan backlink yang berkualiti tapi dengan cara mudah?? Ada caranya,walaupun dah ada blogger yang dah pun menggunakan teknik ni, tapi tak salah kan cuba lagi.So,jom kita mencubanya.

Perkara yang harus anda lakukan adalah mengikuti langkah-langkah berikut:-

1. Tulis posting artikel seperti posting dalam blog ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL blog anda di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

3.Pastikan blog / websites anda adalah "do follow blog" macam mana nak tahu blog anda do follow atau tak? Mudah saje cuba rujuk disini : Cara Tengok Blog Anda Dofollow atau NoFollow

4.Cari 5 blogger lain yang belom ada dalam Senarai Blog Backlinks dibawah untuk menyertainya.

4. Penting! Jangan delete entry ini untuk mengelakkan backlink anda dan orang lain hilang!

Senarai Blog Backlinks :


1. sila letak URL blog petak bawah disini
2. sila letak URL blog petak bawah disini
3. sila letak URL blog petak bawah disini
4. sila letak URL blog petak bawah disini
5. Free Money Online
6. EasyBacklink.Co.CC
7. Blog Aku Punyer
8. Miss Lyzeer
9. Muz
10. Opie Isa


PERATURAN

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.10). (5 minit je mesti siap)

2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.
Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut,maka bakal menghasilkan backlink seperti dibawah :-

3. Harus jujur dan jangan buang link-link dan digantikan dengan link-link yang lain.

4.Jangan lupa cari atau tagged 5 rakan blogger anda untuk menyertainya.Mudah je kan.

Keterangan : Jika anda mampu mengajak lima orang saja untuk mengcopy artikel ini maka jumlah backlink yang akan didapat adalah:

Posisi 10, jumlah backlink = 1
Posisi 9, jumlah backlink = 5
Posisi 8, jumlah backlink = 25
Posisi 7, jumlah backlink = 125
Posisi 6, jumlah backlink = 625
Posisi 5, jumlah backlink = 3,125
Posisi 4, jumlah backlink =15,625
Posisi 3, jumlah backlink = 78,125
Posisi 2, jumlah backlink = 390,625
Posisi 1, jumlah backlink = 1,953,125

Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka anda akan mendapatkan backlink maksimum 1,953,125 dari berbagai blog yang anda tidak akan pernah membayangkan sebelumnya.Jika ada pengunjung ke blog anda dari Link List yang disebutkan di atas maka anda akan secara automatik mendapatkan traffic ke web / blog anda juga.

Ingat! Aturan permainan,link blog anda harus mulai dari urutan (No.10), sehingga hasil anda dapat Maksimum backlink. Jangan salahkan Muz jika anda tidak mengikuti formula ini dengan betul dan link anda tiba-tiba berada di urutan No.1 dan menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian paling bawah (No.10).

Source: Windows 8 Revolution


Terimakasih sudi baca! (:

Sunday, June 19, 2011

Lajukan Loading Blog

Assalamualaikum!

Korang yang agak selalu masuk blog saya ni ada perasan tak yang loading page ni dah taa lagi macam tahap Gary spongebob? Mana tak nya, rasa macam2 menda nak letak kat side bar tu. Saya juga suka bebeno letak gambar dalam entri sebesar gedabok, baru syiok kan?Hehe.

Korang punya blog pon macam tu ke? Macam si Gary ni ha?Laammmmmmmbat loading?



Biasanya blog yang 3 columns yang lambat loading. Saya memang bengang kalau masuk site yang slow tahap Gary spongebob. Streamyx rumah saya ni taapenah pula slow.

No worries, ada penyelesaiannya. Ada cara nak lajukan atau erti kata lain kurangkan kelembapan loading page anda! Hehe. Jom!

Haha. Saya taamo buat tutorial tu sebab blog saya taaboleh highlight text. Hehe. Jadi, silah rujuk Mr.Sifu ni. Beliau memang ada banyak Tutorial yang syiok2. Hehe.

Nah, kalau ok, bolehlah letak memacam kat blog anda.Letaklah semanyak mana iklan yang korang mahu! :)

.nanti blog korang akan selaju The Flash ni ha. Okey, tipu.


Terimas ye hencik!

Terimakasih sudi baca! (:

Thursday, June 16, 2011

Tengok TV Boleh Tingkatkan Diabetes dan Sakit Jantung?

Assalamualaikum!



Na, na, na. Bukan makanan je boleh menyebabkan penyakit. Menonton TV pon bagi effect. Amacam ni?

Kajian ni diketuai oleh Frank Hu di Harvard Medical School. Tahu tak macamana? Kalau fikir secara logik, memang logik. *erk?*

Kata Frank Hu, mereka yang duduk depan TV kurang melakukan senaman dan banyak memakan makanan tidak sihat. Memang pon. Kebanyakkan orang suka maka snek semasa menonton TV. Kalau tengok iklan2 kat TV pon macam tu. Kalau bab2 iklan makanan *snek*, mesti depan TV diorang makan snek tu. Betul tak? Kan? Ish, angguk cepat! =P

Frank Hu  dan rakannya mendapati bagi setiap 2 jam sehari masa menonton TV, risiko untuk mendapat penyakit diabetes meningkat 20%, manakala penyakit jantung meningkat 15%. Maka, setiap 2 jam sehari masa menonton TV meningkatkan risiko mati sebanyak 13%.

Berdasarkan keputusan tu, Frank Hu dan rakannya menganggarkan di kalangan sekumpulan 100,000 orang, sekiranya mereka mengurangkan masa menonton TV sebanyak 2 jam boleh menghalang 176 kes diabetes baru, 38 kes kematian akibat kardiovaskular dan 104 kematian pramatan setiap tahun. Betapa 2 jam memberi kesan!

Frank Hu sebenarnya nak sampaikan mesej yang teramatlah simple mimple okie iaitu "Kurangkan menonton TV=Kuranglah risiko diabetes dan penyakit jantung"

p/s #1:kurang tengok TV boleh gak kurangkan penggunaan elektrik. Kan?
p/s#2:Nak health consultant? Pergi contact abe Joe kat sini or kat sanun.. Hehe.. :)
source:Berita Harian hari ni!

Terimakasih sudi baca! (:

Takda Faedah Disable Right Click Tu. Baik Disable Highlight Text!

Assalamualaikum!



Pagi bloggers!

Pagi2 ni saya jadi anak yag rajin bebeno dengan menggoreng nasi supaya adik2 dan kakak dapat bawa bekal serta ayah dapat breakfast dengan mudahnya. Ececeh, solehah lah pulak yeppp~ Kehkehkeh..

Ok, kalau baca tajuk dah tahu apa yang saya nak cakapkan. Before ni saya ada cakap pasal disable rightclick kan?*boleh baca dengan ketuk SINI*

Even blogger bujang siap ada buat poll tentang disable right click dan 67% mengatakan ia menyusahkan. Tahu takpe.

Untuk pengetahuan korang, disable right click tu boleh je orang copy. Orang highlight korang punya text pastu tekan Ctrl+C iaitu shortcut kepada Copy. Jadi ape paedahnye disable right click tu. Takdo-takdo. Menyusahkan readers nak buka in new tab ade lah. Hehe. Jan la marah blogger yang buat  disable right click.. Hehe..................................... *cuba senyum sampai telinga*

Ok, untuk mendapat faedah, korang lebih baik disable highlight text tapi still boley right click. Lagi banyok faedah. Baru taboley copy.  Copyright katekan. Haha. Saya pun buat disable highlight text.

Bila taboley hightlight, taboley lah Cttrl+C. Kan, kan, kan?

Kalau nak buat disable highlight text, boleh check-it-out kat blog KAK CEERA ni.

Ok. Itu Je! :)


Terimakasih sudi baca! (:

Monday, June 13, 2011

Lempang Nak?Tak Boleh RightClick Lah!

Assalamualaikum!

.NoRightClick tau!.


.Oh, right click juga ea.Babap kang. Ni Copyright tau.


Kalau diperhatikan, blogger yang mempunyai follower sampai 4 angka ke atas, diorang takkan ada 'NoRightClick'.

Tahu tak sebab haper? Sebab Disable right click tu menyusahkan readers. Kenkadang, orang bukan nak copy, orang just nak 'Open Link in New Tab'. Situasi ni selalu gak buat wa geram. Grrrr bak kata nabil.


Hehe. Act, saya pon ada buat Disable right click kat my blog before ni, tapi bila ia juga membuat wa panas bila buka blog orang yang disable right click, wa terus buang. Menyusahkan.

Tapi en, en, bagi peminat2 'NoRightClick' anda taperlu buang kerana sebenarnya ada cara nak 'Open Link in New Tab'. Saya rasa ada yang tahu dan ada juga yang tatahu. Kalau yang dah Tahu tu, diam2 kau sana *Saya sedang berdialek Sabah bah*, yang tatahu tu, caranya, anda hanya perlu tekan Ctrl and tekan je Link yang nak buka kat New Tab tu. Hehe.


Terimakasih sudi baca! (:

Tuesday, April 12, 2011

Penyelesaian Terbaik Demi Mengelakkan Malu!!!

.Auww, malu i tau.



Amaran Keras, Anda hanya boleh lakukannya sekiranya anda sememangnya muka Slumber atau muka tembok setebal tebalnya!!!
-
-
-
-
A. Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat office atau dalam kuliah hingga meleleh air liur basi...

Terus bangun separuh sedar dan buat-buat kene sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berenti ketawakan korang.Lepas tu pandai2 lah korang buat adegan yang seterusnya. LoL~





B. Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali...



Teruskan menganggap dia kenalah korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya. Kalau tetiba dia minta lebih korang tak tahu ah. Pandai2 ah. 





C. Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka.(Khas buat jejaka ya)



Jawab je dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah 'biar rosak zip, jangan rosak akhlak'.




D. Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat belakang.



Teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sensorang. Tentu orang takkan gelakkan kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.Pastu kalau tetiba pulak ada van Hospital Bahagia datang, korang buka lah kekuda. Bhahaha. Pandai2 lah ya. XD



E. Tersilap masuk tandas wanita/lelaki.


Buat-buat wajah gelabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri/suami atau awek/balak korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagi.

Bhahahaha. Sila ketawa terguling-guling ya.
Tapi idea2 ni tak kan berjaya kalau korang buat muka gelabah. Mesti buat muka cool + Slumber badak.
Bhahahahhaha


-
-
-
-
-
-
.New Me. (Sedang tipu, sila percaya bulat-bulat).


p/s: Minggu ni minggu last kuliah dalam UMS, bagi semester terakhir di UMS!!!!!!!!!!!

Sunday, March 20, 2011

Jom Bersihkan Muka!

Most people just use egg as mask, but my mask berbeza sikit. I’m using tissue as well.
Act. saya dapat tahu cara ni daripada kakak sulong saya, dah lama dah, since 2004 i think. Lebih kurang macam tu lah.

Disebabkan dulu tak da blog, jadi macam mana lah saya nak share kan. Nak dijadikan cerita mask ni saya dah applied pada kawan2 saya. Ramai juga lah.

Tapi tiada siapa yang boleh lawan mask saya. Saya paling banyak white head yang tercabut dari muka.
Saya tahu, bagi sesiapa yang tak pernah tahu mask yang guna tissue + putih telur, mesti tertanya-tanya, apa function tissue tu kan.

Kalau buat mask yang hanya menggunakan telur, after telur tu dah kering, anda akan terus cabut kan, tak lah Nampak sangat apa yang dah tertanggal dari muka anda tu kan.
Em, macam mana nak explain ni, susah lah pula..

Ok, ok, pendek cerita, kalau guna tissue, tissue tu akan membantu mengetatkan lagi telur tu di muka, jadi bila dia kering, time kita cabut tu, ia akan lebih ketat dan menyebabkan lebih banyak kotoran tertarik sekali esp white + black head yang degil tu. Ish, faham tak? Ala, buat2 fahamlah.

Bonus untuk kulit muka macam saya ni, yang mempunyai liang pori2 agak besar, so lagi mudah segala kotoran yang ada dalam liang pori2 itu untuk keluar.

Dan, part yang paling syok adalah part tengok kotoran yang keluar dari muka kita dan melekat kat tissue tu. Kalau kulit saya ni, dah macam rumput dah kat tissue tu, tercacak-cacak. Punya lah seronok tengok begitu banyak white head yang menyumbati liang pori2 saya selama ni keluar.

Ok, aksi2 dibawah ni adalah cara2 pemakai mask telur yang saya explained kat atas ni.


Memerlukan tissue, potong panjang2 macam ni.


Biasanya tissue akan ada 2 lapis, jadi pisahkan, jadikan ia selapis.


Ambil putih telur sahaja ok.. *cr untuk Niza sebab tolong pisahkan kuning telur dengan putih telur*.



1st step, wapkan muka. Rules of thumbs! Bila liang pori2 dah terbuka, lebih mudah untuk kotoran di muka untuk dikeluarkan.


aNak guna brush boleh, nak guna your jari jemari anda pon boleh. for me, guna brush lagi senang, kalau guna jari, tissue tu suka sangat melekat kat jari, then terkoyak.Menci.Geram. =P



2nd step, lepas sudah wap, terus sapu putih telur seluruh muka, tebal2 sikit kat bahagian yang paling banyak white head@black head.(hidung) 
3rd step, terus letak tissue helai demi helai. In between the layers, mesti top upkan dengan white egg. Biasanya saya akan buat 3layers sahaja, tap bahagian yang banyak white@ black head, saya buat 4 layers. *Lebih ketat*


Then, tunggu dia kering. Haa, time ni, nak letak timun kat mata boleh juga, tapi buat orang yang assignment berlambak macam saya ni, saya buat kerjalah. Hehe..


Bila sudah kering bolehlah tanggalkan mask tu. Tanggalkan dari bawah ke atas ok. Kalau tak nak kedut cepat...hehe...



Cuci muka dengan air macam biasa and akhir sekali, basuh dengan air sejuk. MUST! Untuk tutup semula liang pori2 kita yang sudah terbuka tadi *masa kita wapkan muka*

Amaran keras:
  • Ia tidak menghilangkan jerawat!
  • Ia menyebabkan muka akan agak berminyak sebab liang pori2 kita tak tersumbat lagi and minyak muka kita lebih bebas terkeluar, BEBAS! Lol~ you know what i mean.
  • Jangan buat lebih dari sekali dalam seminggu, erk, sebab apa ya, susah lah nak explain. ask Mr.Google yourself lah..=P




Lepas dah buat mask ni, jangan pula perasan nak dapat flawless skin diorang ni. LoL~

Song Hye Kyo


Lee Hyori!


Erk, sekadar gambar hiasan. LoL~


p/s: siapa tak faham boleh utarakan soalan di bahagian comment ya.. (*^_^*) peace!

Wednesday, March 9, 2011

Shampoo+facial cleanser




Here are some tips on how to take care of our hair and face.. I got these tips from my best friend, Mong hang. She is good in anything as long as is concerned health. And. She always helps me in choosing/suggesting my skin care products.
The tips that I’m going to share are very simple tips. 

For our hair:
If we read through magazines, mostly will recommend us to use shampoo with less chemical or no chemical at all which contain herbal. Haiya, mahal woo. Not all of us can afford it. Ada jugala yang harganya so-so. Tapi takpe, I wrote this so that everyone can apply it, mampu ke tak mampu, mesti ade pkai product juga kan.
After you squeeze an adequate amount of shampoo onto your palm, rub it with both hand to produce leather *not necessary as long as u rub it*. By doing so, the shampoo is evenly spread on your hair/scalp instead of concentrating at one particular area. This is because our hair could not bear the high concentration of chemical from the shampoo. If not, your hair might lead to hair fall.

For our face:
Same thing like above, must rub into leather *MUST!!!!!*.this is the most important rule to follow if you want to obtain a clean skin. The leather is the one that clean dirt on your face. Leather is the one that help soap clean dirt. The leather will trap the dirt and then will wash away after we rinse our face. That’s all. Simple! I don’t want to talk too much on how to clean our face. Guna air suam la, guna air sejuk pulak lah, those things, you can just ask MR.Google. He can help. Lol.

p/s: these tips I already applied. It’s work very well!


Wednesday, December 29, 2010

Yup! Photos are Good For Your Mental Health!

Assalamualaikum!




Stalker.What?Stalker la pekak.. Cit.. No, I am not a stalker since I just looked at the photos.. That’s me, love to open my friends’ Facebook pages and scroll through their photo’s album… And also my Facebook’s photo album larh…

Love to see people smile and laugh…  Mcm bagi therapy… Numerous times I looks back at my family photo album, xkre la, Facebook ke, album2 dalam lappy ke..*dah mcm org gilak pulak*.. hehe..

Seronok kan?

I read an article said that photos are good for your mental health.. not for pesakit mental tau,Ya, betul sangat sangat.. When I missing somebody  I am close to, whether they’re far away or I am not going to see them for a long period of time, I just look at their photos  and it did give me a boost! *erk?*

Taapercaya ka?

Sob..Sob..Sob.. Missing my family so much.. Crying like crazy now.. Aduih, taaboleh berhenti menangis ni…

Ok.Ok. Tabah oPiE, Tabah!!*masih menangis*

FYI, 1 study found that people can endure more physical pain when they’re looking at pictures of their loved ones! Wuwuwuwu..

Photographs can remind me of happy memories, important events and many more.

Even tough I’m not a good photographer, I love taking pictures. It doesn’t matter if I’m not in the photos, as long as the memories can be framed.

It did give a good therapy to me.  So, if any of you is feeling low or lonely, instead of buat benda2 taabetul, just reach for an old photo album or log onto your Facebook account. A pic of you and your sisters or brothers or friends doing crazy things might be just what you need.. Cuba la!


p/s: Cr buat K.nisa sbb tolong betulkan Grammar saye! Muahx!SUmpah taanak buat entri dlm Eng lagik!!!

Terimakasih sudi bace (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers