Showing posts with label U Life. Show all posts
Showing posts with label U Life. Show all posts

Friday, July 8, 2011

Saya Bersama Artis Korea!

Assalamualaikum!

Ok, ni entri peminat korea sahaja tau. Tapi semua dialu-alukan baca jugerk. Hehe.

Korang suka edit gambar guna photoshop tak? Saya tersangat lah suka esp masa si UMS dulu. Masa belajar kan bosan je memanjang, so, luangkanlah masa edit gambar2. Haha. Korang jangan ketawa guleng guleng lak lepas nengok gambar gambar bawah ni. Haha.

Saya tahu saya syok sendiri tapi at least saya ada, korang ada? Haha.

Gambar gambar dibawah ni tak menunjukkan saya fanatik mereka, tapi cuma saya minat biasa-biasa sahaja dan rasa suka mengedit

.Saya dengan DongHae Super Junior.
.Saya dengan Minho SHINee.

.Saya dengan Siwon Super Junior.



Saya ada juga edit gambar kawan kawan saya. Ni antaranya.

.Fatin dengan Lee Byung Hun.

.Abie dengan T.O.P Big Bang.


Memang kurang menjadi, tapi ok lah tu... Haha.. Yang penting saya rasa seronok. :)

Semua gambar ni dah lama edit tau, ada tahun lepas ada juga tahun 2009. Korang nak? Haha.

Jangan lupa komen SINI ea.

Terimakasih sudi baca! (:

Saturday, June 25, 2011

Miss These Moments!!

Assalamualaikum!

Layan gambar je okey.
_
_
_
_
























Rindukan Sabah Juga!

(T__________________________T)

Terimakasih sudi baca! (:

Monday, June 20, 2011

Melompat Kegirangan!

Assalamualaikum!

Takda kata yang dapat diungkap! Happy gila. Syukur Alhamdulillah! Ya Allah! Seronok sangat. Syukur pada-Mu ya Allah!



Lepas tu lompat-lompat macam ni! Sesangat happy






Eh, eh, belum bagitahu apepasal saya happy sangat ni. Duit melimpah-limpah-limpah ke ladang gandum ke? Bukan-bukan-bukan *geleng pale ganas-ganas*

Sebab dapat pointer yang sangat baik!!!! Terbaik sepanjang 6 sem di UMS. Ni belum lagi campur dengan markah praktikal!!!!!! Happy-nya wei!

Syukur ya Allah!

Cepat, belanje saya Kepsi. (:


Terimakasih sudi baca! (:

Friday, April 29, 2011

Pengembaraan yang berpeluh-peluh-peluh

.INI ADALAH KISAH SEMALAM (28APR2011).



Assalamualaikum!

*Memberi salam dengan gagah sambil mengesat peluh yang melimpah ruah!*

Wah, saya dan kawan saya, Yani telah menghadapi rona hidup dengan gagahnya! Berpeluh2 kami!

Nak tahu ke rona-roni macaroni apa?

Haha, ayat je nak gempak, padahal, kecik punya hal. Bhahahaha!

Asalnya saya telah dipelawa oleh kakak aras *kakak master* untuk pergi Kolej Kediaman (asrama) E dengan menggunakan motor kesayangan beliau! Maka saya dengan girangnya terus bersiap dan mengambil pesan orang lain tanpa sedar bahawa saya amat gelabah bila bawa motor yang belum pernah saya bawa.

Terus saya terjah bilik kawan saya yang sangat pandai merempit walaupun beliau tiada lesen. Tapi saya telah dikecewakan dengan jawapan beliau.

“Alah, aku dah kenyang, ada kerja ni, nak edit FYP ni.”

Sob, sob. Kecewa,kecewa. Pikir, pikir, siapa lagi yang mampu bawa motor dengan gagahnya serta yang paling penting, sudi membawa. Jumpa kawan yang akhirnya sudi memenuhi hasrat hati sebab beliau memang baik, jarang cakap TIDAK. Hehe. Muahx untuk Yani!



Tapi malangnya pula, kami memang tak segagah mana walaupun badan saya mengalahkan badak. Yela, kalau excident, naya je an.

Mula, pikir, macam mana nak start scooter yang sangat pelik rupanya ni? Bising ni kami berserta satu lagi kawan yang menemani ke motor. Rupa2nya lupa tekan brek! Dude, nak start scooter mesti ha tekan brek juga. Malu ah der.

Bhahahaha. Memang memalukan. Akhirnya dapat juga start dengan keringat yang melimpah akibat mulut terlalu kecoh mecoh!Bhahahaha.

Dah sampai Kolej Kediaman E tu, hal nak memenuhi pesanan orang pula. Haiya, lupa pula saya ni budak gelabah yang 24jam gelabah tak pandai tenang. Gelabah menyebabkan saya lupa apa yang diorang order! Puihhh! Geram dengan diri sendiri. Dengan ke hulu ke hilir satu kafe, akhirnya dapat memenuhi semua order! Oyeah! OPIE ISA terbaik! Haha.

Pastu bila dah sampai asrama kami. Ada satu lagi masalah, hehe.

Nak tongkat motor! Waaaa. Kami sangat gerun menggunakan tongkat yang single tu, mana lah tahu tak dapek nampung ko.

Kami berusaha keras dengan sekali lagi mulut je lebih bising, tenaga untuk menurunkan tongkat tengah2 tu tak seberapa. Akhirnya, setelah approximately 3minit, akhirnya Berjaya menongkat. Bhahahaha. Sila lah ketawakan saya ye klo nak kena bako~

Bhahahaha.

Lucu ah.

Gelabah dan kecoh je lebih!Bhahahaha...


.oh, ini bukan, ini moto sewa gua masa 3rd Sem.scooter ni baik punya!.


Terimakasih sudi baca!

p/s:debo2 nak VIVA!!

Tuesday, April 26, 2011

Ayam pon tak sempat berkokok lagi!

.Percayalah OPIE ISA secomel dan serajin ni*sedang tipu hidup2*.


Assalamualaikum dan Selamat Pagi!
Opie Isa telah bangun pagi seawal 6pg!
Lepas Subuh terus tak tido dengan meletakkan jongkah mancis di antara dua alis mata. Semata2 kerana esok ada paper, nak study habis2!
Oyeah!
Bila lagi kan, nanti dah tak da exam, rindu pulak nak study bangun awal ke, stay up ke.
Ok lah, entri pendek je, nak sambung study BIOLOGY OF MARINE MAMMALS!
Tata korang!

Monday, April 25, 2011

Merajuk Tahap Goku!

Saya sedang terasa hati!
Terasa hati dengan seorang kawan.
Agaknya dia tahu ke saya sedang kecik hati dengan beliau?
T_T
Tak kan?

Waaaaaaaa, Opie Isa tak nak makan 7 hari 7 malam sebab merajuk dan berkecil hati! *dalam mimpi je lah tak makan*

Sedih ar. <----------sila pujuk.



-
-
-
-
-
-
-
-
.Hidung siapakah ini?.

p/s: debo2 nye rabu ni ade exam! Moga boleh jawab dengan baiknya!Gambateh!

Friday, April 22, 2011

MARINERS batch 08/09

AKAN DATANG!

Jom Layan Drama Aksi Korea!

.Gambaran semata-mata-mata tau!.



Wehaaa!!!
Selesema ah macam nak demam! Tapi Opie Isa seorang gadis yang kuat dan gagah! Takkan jatuh sakit! Yeke?
Doa je lah ye. Sekarang study week, mesti kuat supaya boleh senang lenang menonton Korean action drama dengan lapangnya. Wah! Sangat tak patut kan? Takda lah, saya study juga, tapi kalau rasa macam dah bosan, terus lah buka drama. Bhahahaha. At least study juga kan?hehe.

Sebenarnya opie isa sedang merajuk dengan kawan2 nya. Sob2. Tapi kita ni tak pernah kena pujuk. Asik pujuk hati sendiri je. Itu lah kelebihan anak2 yang lahir pada bulan 10, memang cepat merajuk, tapi dengan gagahnya akan pujuk diri sendiri dan hilanglah merajuknya! Haha.

Kalau diikiutkan hati yang merajuk ni, memang tiada sapa yang nak pujuk, lastly, diorang yang akan buat merajuk dengan saya balik. Haiz~ Tak patut kan? *^^
Sampai hati tau buat cenggini *wah, ayat bajet comel.menyampah i*

Apa2 lah cik Opie Isa, janji anda dapat tengok action drama sambil menghirup air teh O panas dengan hidung yang asik meleleh mukusnya lantas dilap dengan napkin berwarna peach-nya!

Senyum sokmo!

p/s: bila nak buat entri pasal SHARK ni.

Sunday, April 17, 2011

Amaran ganas seganas Polar Bear!

Adakah saya secomel polar bear? Sesuci murni bebulu polar berar? *Sila jawab ya*
Tetapi adakah saya segarang sebuas seganas polar bear? *Sila jawab, ‘mana ada, opie lembut ah, sopan sutun, lemah gemalai,*
Jadi, kenapa makhluk2 Tuhan paling seksi tu mengatakan saya serupa Polar Bear?
Mereka menyebabkan api-api chenta keluar dari hidung saya.
Oh no!
Kan dah jadi Goku *Erk?*

Mana ada saya sama dengan polar bear. Tenguk dengan mata kasar bersama kanta pembesar gambar2 kat bawah ni.... 
-
-
-
-
-
-
-
-

.ini polar bear.alolo, comel pulak.



.eh, tipu, ni kawan saya.jgn ler marh der.




.Ha, hok ni. Kan comey sopan santun lemah gemalai ni.ops, tertekan extra large pula.*^^


p/s: padahal tahu sebab apa diorang cakap gitu. Hehe. Peaceout!

Sunday, April 10, 2011

Hikmah di Sebaliknya


.Asli Jati Engineering.

Wah.
Saya sedang sangat geram.

Hiyaaakkk!

Mana tak nya, socket dibilik rosak, satu aras kot Start dari Jumaat malam.
Masing2 kemudian tunjuk hero pergi kat main board dia tu untuk tolak balik suis yang dah ke bawah, tapi suis terbabit telah menendang balik..

Apa kes lah ni.

Last2 give up kami call Maintenance, Asli Jati Engineering. So, mereka yang shift malam lah datang. Punyalah ramai. Setiap bilik diorang check untuk tengok bilik mana yang punca.

Akhirnya tak dapat di settlekan sebab ada prob apa ntah. Tak faham lah pasal electric2 ni.
Pastu kononnya janji nak datang balik sabtu tengahari, jam 2.30 gitu, cis, tiada pon. Punyalah saya geram, seharian sabtu tu tak buat kerja. My lappy’s battery dah rosak and i’m using monitor sebab my lappy’s screen dah rosak. Takkan nak pindah bilik kawan dengan monitor2 sekali.

Haih~

Kendian, saya pun telah menjadi budak baik, mesti sabar tau, tak perlu bebel2, ngomel sensorang dibilik memandangkan roommate pergi fieldwork dengan mendaki gunung Trusmadi.
Jadi, pada malamnya, mereka datang lagi.

Eh, lupa nka bagitahu, before that, bilik saya dengan bilik sebelah je yang masih berproblem, yang lain2 dah ok.

Mereka baiki dari jam 8pm sampai 11.30 pm pada hari sabtu tu.
Tak settle juga geng~
Giveup, packing semua barang---- lappy, monitor, keyboard yang kedabak, etc.
Pergilah bilik kawan dah terpaksa stay up sebab seharian telah berbuat tiada apa.

Ayoyo~

Seterusnya, mereka akan datang kembali pada isnin pagi.



MORAL OF THE STORY:
Bagus juga rosak sebab dengan itu kami satu aras telah menjadi makin rapat, masing2 berkumpul satu tempat, pstu berborak2 macam makcik2. Story mory sana sini.baru tahu si A kos apa, si B kos apa. Hikmah, hikmah! J


.Masih sempat buang masa dengan melukis yang bukan-bukan-bukan. sila jangan tiru aksi buang masa ni.

_
_
_
EEE....
Tak sabar nak hantar FYP.
Lepas dah hantar, boleh on9 sepenuh masa dengan mengubat template blog yang huduh kemain ni.
Tak Sabau ghasenye.

p/s: Sedang meyudahkan FYP yang masih tak sudah. Bila dah nak sudah.

Wednesday, April 6, 2011

Perah, Perah!

.Budak ni budak baik dan rajin (heh?apakah?).


Seharian duduk termenung dihadapan monitor yang besar gabaq ni memikirkan Chapter 5 yang tidak ketahuan hala arahnya.
Idea tak pernah nak singgah kat hotak ni. Saja je an. An.
Kendian, jari jemari pula pantas menaip untuk update blog.
Ohh, ko blog cepat je idea datang, FYP? Langsung tak ‘limpas’..
Bikin panas ah~

Takpe2, Shafiyyah Mohamad Isa, anda budak baik dan bagus *sedang perasan*, perahlah otak anda sebagai mana yang diajar oleh rakan baik anda melalui senaman aerobic.

Eh, Opie, apa ko merepek ni? Perah? Aerobic? Apa kene mengena nya?
Wakakah.
Tulah, anda semua tak tahu..

Kami 3rd yr mariner batch 08-09 UMS ada aerobic sendiri auww...
‘Sumandak olumis’ kelas kami yang ajar.
Direka khas untuk program sebatik’2011..

Macammana?
Bunyi nya gini..
*sambil buat gaya aerobic*
Marching, marching, marching...
Ok, sekarang kita perah kain..
Perah, perah, perah..

Alahai, korang mesti tak faham punyalah..
Hehe... bagi sapa2 yang faham tu, diam2 sana.. Gaya Aerobic ni Copyright Protected by IVY MILANI CHIN.

.bersama Ivy Milani Chin yang chanteekkk manis.
Hehe.. takpe, sure korang tak faham punya lah!
Hehe..
Eh, jom sambung tido, eh, salah, salah, jom sambung buat kerja.. Yok!

Limpas = lintas or lalu (loghat sabahan)
Sumandak=anak gadis or awek or cewek(loghat sabahan)
Olumis=cantik(bahasa Kadazan)


Tuesday, April 5, 2011

Ini Semua Kerana Kau


.Pink adalah payung kawan.Biru adalah air mata kerana kemaluan tahap cipan+sakit tahap dewa.Sila puji lukisan saya yang 'sangat chanteeekk'.

Kerana barang2 free dari Sarawak.. Owhhhhhh~
Oh, tidak.
Sakitnya punggungku.
Ni semua kerana kek lapis free and cenderahati dari Sarawak.
Saya terlalu gelojoh! Ya, memang gelojoh. *Sila ketawa kalau nak kena bako*
Berjalan dengan segera untuk bertemu dengan beliau yang membawa barang2 dari Sarawak.
Turun tangga dengan 50 kuasa kuda dengan memakai selipar toilet yang teramat licin.
Pada saat hari hujan, dimalam hari.
Yang memalukan, jatuh ditangga Utama ke kolej kediaman saya. Public tu oowww~
Apa yang saya Nampak, ada tiga orang makhluk Tuhan paling seksi mengetawakan saya!
Oh, sangat kejam*Sila setuju dengan saya mereka kejam*
Takpalah, punggung sakit pon dapat kek lapis sisik ikan, beg free, keychains. Yeay! *Sila jealous lagi*


p/s:membuang masa diketika kami sedang buat scrap book Malaysia’s Submarine!

Terimakasih sudi baca!

Monday, April 4, 2011

Kek Lapis Sarawak Percuma!!!

 .Sila abaikan meja yang bersepah kerana terlalu rajin-gambar ketika form 5’06-.

Yeay! *sila bersorak bersama2 saya!*
Sekarang saya telah menjadi rajin.
Kenapa?
Bagaimana?
Haha.
Sebab saya telah mendapat kek lapis yang free, bukan 1, tapi dua tu geng!
1 dari my coursemate, another 1 from my Suksis’ friend.
Mereka adalah kawan saya yg hao ren! Baik hati, gemilang, terbilang, cemerlang *kemain lagi memuji bila dapat benda free*
Maka, saya pon telah terbaring kegembiraan keseronokan kebahagiaan *sila cemburu*.
Tapi tidak kekenyangan lah, kek lapis mana boleh kenyang, esp kalau share reramai.. hehe.
Coursemate saya tu telah pergi ke kuching sebab meredakan hati yang lara. Chewahhh..
Yang kawan suksis saya tu pula pergi atas rombongan Suksis lah..
Tahu kan Suksis tu haper? Tak tahu? Meh sini nak jentik..
Suksis adalah KOR Sukarelawan Polis. Ia adalah satu badan beruniform di universiti. Kalau dah grad nanti bolehlah jadi polis sukarelawan.

Ok, sampai sini je. Nak sambung menikmati kek lapis sorang2 setelah menjamu rakan2 yang lain. *Sila jealous lagi*
Terimakasih sudi baca!

p/s: Hao ren adalah mandarin yang bermasuk sangat baik.

Sunday, April 3, 2011

Saya Budak Rajin




Haiz, lama dah tak update blog.  Busy ke kak? Haha. Konon. Buat2 busy adalah..

Actually, sejak 2 menjak ni emosi tak stabil. Susah nak stabilkan emosi. Sentiasa rasa tak happy.

Nak share ke kat sini eik? Tak payah lah, blog bukanlah 1 medium yang akan saya gunakan untuk meluahkan hati yang tak puas, *eh2, lain macam pula bunyi*, untuk meluahkan ketidakpuasan hati. *eh, pe beza eik*

Kalau budak final year mesti nightmare gila bila sebut pasal Final year Project aka FYP..
Tapi takda lah nightmare sangat, tapi akan rasa Argggggghhh *sedang menguap kemengantukan*
Malas betul *Ke anda memang pemalas Opie?*

LoL~

Mana ada, saya budak rajin ni *sedang bercakap bohong*..
Chapter yang paling takda idea adalah chapter 5... haha... dah berkurun buat, masih tak siap2..

Dah hantar untuk 1st draft tapi bila tanya Mr. supervisor *sebaik sahaja buka pintu bilik supervisor*


BETA     : Dr., macam mana chapter5 saya? Mesti teruk kan? *sambil buat muka minta  belas   kasihan+cun yang teramat ß sedang perasan*

BELIAU : Boleh tahanlah..........................Teruk

BETA     :Demm, cakap nak suspend je, ingatkan boleh tahan lah, ghupenyer boleh  tahanlah teruk... cis3..*mengomel dalam hati yang berkolestrol ni*

Haiz.. chapter 5 ni dah lama saya dapat balik review dr supervisor, tapi malangnya otakni terlalu sejuk untuk berkerja keras demi memikirkan penambahan yang perlu ditambah..

Gambateh Opie! Mesti buat yang terbaik anda!  Come on bebeh! Minggu ni metsi kasi settle eyh, pastu dah boleh focus kat study pula...

Jadi, nantikanlah nex entri yang berkemungkinan akan dibuat pada nex Sunday... sama ada siap ke tidak chapter 5 ni..

Jom buat kerja jom!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers