Showing posts with label Ceritera Dari Pangkin. Show all posts
Showing posts with label Ceritera Dari Pangkin. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

Lawak: Mampu ke MAMPUS?

Assalamualaikum!



Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:


Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan " plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih ' plural '

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural.

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang.

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

Hehehehehe.................................

source:BelogLawak

Terimakasih sudi baca! (:

Thursday, April 21, 2011

Solat Oh Solat





Sedang acik duduk2 di pangkin, kusyuk memetik gitar, sambil bibirnya terkumat kamit mendendangkan lagu cinta. Kusyuk.

Pap! Satu tepukan hinggap di bahunya.

“Opocot, terkejut aku!”

“Nak, buek apo sorang2 kat pangkin ni?” Seorang org tua yang tidak dikenali bertanya.

‘Sukati aku lah, pangkin rumah aku gak,’bisik acik dalam hati. Klo rase nak makan penampar, boleh je dia bersuara begitu.

“Hehe, lepak-lepak pakcik, pak cik nak join ke, jom la kite karaoke lagu dolu2,”
            ‘ni pe hal aku ttbe ajak org yg aku xkenal ni

“Pak cik xpandai nak nyanyi-nyanyi ni, klo mengaji pandai la.”

Dush! Dush! Walaupun physically nya tak kena penampar, tp kata-kata pak cik tu rasa macam kena penumbuk pulak.

Acik tersenyum kambing. Malu.

“Pak cik ni nak jumpo bapak ko. Ado x dio kek uma?”

“Oh, ada, ada.” Acik membalas persoalannya.

Baru sahaja acik mahu memetik gitar tatkala pak cik tersebut melangkah setapak pergi, langkah pak cik pon terhenti. Acik yang perasan akan perlakuan pak cik, pon terhenti dari memetik gitar. *ala2 gaye matrix pulak*

Terus acik memandang pak cik terbabit. Mata mereka  bertembung. Senyap.

Dup dap, dup dap.

Ni pehal pulak pak cik ni, ni nak maki aku ke haper lak ni,’ lagi acik berbisik, tidak mahu bersuara, takut kena ‘silent punch’.*kate2 yg lagi pedih dari tumbukan*

“Haaaa, ko ni, apo lak masih kek sini, pergi la masuk rumah, dah nak magrib ni ha, masih lagi buek bondo-bondo xsenugheh ni. Pergi la mandi ko, siap-siap g masjid ko.” Pakcik tersebut terus berlalu pergi, memasuki rumah acik.

Pang, pang, pang, pang. Dush, dush, dush, dush.

‘Wooo, terkena silent slaps dan silent punches’

Malu gila acik kena perli dengan pak cik tu.

‘Dah la memandai-mandai aku ajak die karaoke bersame. Malu beb! Yang aku xsedar dah nak magrib  ni nape? masyaAllah.’

Terus acik masuk ke rumah.

‘Pe nak jadi dengan aku ni, dah la kene tegur dengan stranger, bikin malu’

-TAMAT-



p/s: Xsemestinya dah masuk waktu baru nak bersiap2 sembahyang, xslah klo kita bertafakur, bermunajat sebentar di sejadah sementara menuggu masuknya waktu. Peringatan buat aku gak. Si Pakcik adalah orang N9. Ni cerita dongeng rekaan sendiri.


Sunday, February 6, 2011

Lawak: Si bisu dan gangster



Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.  Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah."


 p/s: Jadilah pakar bahasa isyarat utk gangster, untung2, kaya dari bos.. haha..Hampeh!

Thursday, January 6, 2011

Lawak: Orang Gila Mengamuk!


Kisah mengenai mereka yang tinggal di kampung bernama Kampung Pinang 8 kerana kampung tu ada 8 pokok pinang. Apada. Ada satu orang gila yang sangat femes kat kampung tu bernama Stopa*memang name sbnar ni*
Stopa tinggal seorang diri setelah kedua ibubapanya meninggal dunia. Pondoknya terletak di hujung kampung. Ada org kata, Stopa ni mewarisi sifat gila dari bapanya.
Peristiwa tragis ini berlaku pada hari Jumaat.

Maka hendak dijadikan cerita, seperti hari2 jumaat yg lain, Stopa akan pergi ke masjid utk menunaikan solat jumaat. Sungguhpun dia ni gila, tapi dalam bab sembahyang dia tak pernah gila. Oleh itu korang semua, contohilah sikap Stopa ni, janganlah miss solat. Nnti kita lebih gila dari orang yang gila.

Setelah selesai solat, STopa pun macam biasa nak balik rumah dia. Puas dicarinya selipar buruk kesayangannya, tapi tak berjumpa jugak.

Benganglah si Ali ni sebab selipar dia dah kena curi. Dengan tergesa gesa Stopa masuk balik ke dalam masjid dan terus menuju ke microfon. Apalagi...dia pun buat pengumuman dengan suara yang ala ala ganas lagi brutal..
"Kepada sesiapa yg curik kasut aku, tolong pulang balik, kalau tak aku akan buat macam yg arwah bapak aku buat tahun lepas!!!!"


Maka takutlah orang kampung Pinang 18. Almaklumlah, orang giler ni kalau nak mengamuk punyalah dahsyat. Kalau tak guna parang, mesti tak thrill.

Tetiba datanglah seorang budak dengan wajah yg pucat lagi takut menjinjing selipar buruk Stopa.

Sambil tersengih2 budak tu berkata...

"Alaaa abang ni.. saya nak bergurau pun tak boleh.."


Stopa menjegilkan biji matanya tanda geram sesangat kat budak tu. Lintang-pukanglah budak tu lari. Setelah dapat selipar buruknya..Stopa pun bersiap2 utk meninggalkan masjid. Pak Imam yg dari tadi memerhatikan kelakuan Stopa cuba mendekatinya. Dengan rasa takut.. Pak Imam pun bertanya...

"Errrr...boleh aku tahu..apa yg arwah bapak ko buat bila dia tak dapat semuala selipar dia"

"Balik kaki ayam lah..."jawab Stopa dengan selamba kataknya.


p/s : Pendek kate, jgn la menconteng arang ke muka sendiri.. *eh3, ade kene mengene ke ni..aku pon dah jd mcm Ali, sot..hehe*




Tuesday, December 28, 2010

Kesusahan Mereka





Satu Family yg kehidupannya sgt menyedihkan... Wang sudah tentu masalah utama mereka. lagi menyedihkan ibu pula mempunyai penyakit mental. bygkan penerimaan org kg? mmg diorang menghina keluarga tersebut.

Dialog yang biase
 "Ala, klo dah mak gile, 1family pon gle"

Si ibu tidak boleh tertekan, mesti penyakitnya datang.. tidak kire mahu pergi ke mane pon, xkre waktu dan tempat utk berbogel, mengarut dan mcm2 lagi..

biasenye ak tgk dlm drama je g2, rpenye ade dlm kehidupan sbnr. kesiannye diorang. ni adalah kehidupan keluarge kwn ku.
Sudahlah mempunyai makcik2 & pakcik2 yg xpernah membantu, yg ske menaburkan fitnah, mengejek, menghasut, merebut harta shje. Tetapi masih ade 1 org makciknye yg masih baik hati menjaga ibu kwnku tu ketika si ibu sakit dan si ayah terpakse keluar untuk mencari sesuap nasi. Beratnye hati si ayah utk meninggalkan si ibu yang kesakitan dengan anak-anak yang masih kecil seramai 9orang. Sayangnye si ayah pd si ibu, walaupun berpenyakit sedemikian, si ayah masih setia menjaga si ibu, masih setia menyintai si ibu.

Tiap kali siKaklong mahu pulang ke kampus yang terlalu jauh dari rumah, pasti die xberhenti menangis, menangis kerana mahu berada di sisi ibunya utk menjaga ibunya.

"Ibu, jage diri baik2, nti along pulang dengan segulung ijazah" bisik hati Si Kaklong

Sudahlah ibu berpenyakit, si angah pon berpenyakit. ketika dilahirkan, si angah tiada saluran utk membuang air besar. YaAllah, besarnye dugaan-Mu ke atas keluarga ni. Tp mereka Tabah. Syukur, saluran artificial dpt dibuat, namun , si angah tidak akan sedar sekiranya dia tercirit. kesiannye si angah. tertpakse la si angah memakai pampers sepanjang mase.

Ketika si angah Tahun 1, si kawan baik angah ternampak angah memakai pampers ketika salin baju selepas pendidikan jasmani. Ya, dia adalah kawan baik angah, tapi.... die telah menghebohkan satu sekolah yang angah budak besar masih memakai pampers. Angah sentiase dibuli. angah malu, angah sedih. angah selalu ponteng sekolah. kesian nye kanak2 ni terpakse melalui semua ni.

Sehingga angah masuk sekolah menengah, dahulunye kawan baik angah ni juga memasuki sekolah yang sama, tersebar lagi yang si angah budak besar masih memakai pampers. lagi sekali, dia dibuli sepanjang di di sekolah tersebut. namun, die pendam sorang2 kesedihan dia tu, die anak lelaki, bg nye, die dpt melalui semua ni, die harus kuat.

Ye, die mmg kuat tp sehingga 1 hari Cikgu angah memberitahu si kaklong yang angah selalu ponteng sekolah, baru la kaklong tahu angah sentiase dibuli disebbkn die memakai pampers. Kaklong xtau ape yang perlu dibuat,die hanye mampu memberi nasihat supaya kuat dan terus belajar.

Angah seorang yang kuat, skrg angah menuntut di UITM Melaka ambil Ijazah perdagangan.

Namun, mulut si makcik2 masih tidak berhenti mengejek keluarga ni. Mereka mengutuk siKaklong dan si angah belajar tinggi2, tp nelum tentu mendapat pekerjaan. sedangkan anak mereka yang belajar selepas SPM selame 2 tahun telah mendapat pekerjaan yang bagus. tp alangkah ruginya kerana sebenarnye anak2 mereka hanye mengambil SIJIL... sedangkan SiKaklong dan SiAngaj mengambil Ijazah. Tahun depan siKaklong bakal tamat pengajiannye.

Sesungguhny Allah itu maha adil, tiap2 usaha mesti mendapat hasil. InsyaAllah, KakLong akan mendapatkan pekerjaan yang baik dan membaiki hidupan keluarganya.


Semoga keluarga mereka sentiase dimurahkan rezki dan rahmat serta tabah.


Ini adalah kisah benar keluarga kawan ku. Aku igt aku ni keluarga yang cukup susah, rpenye ade lagi yg lebih susah. Aku bersyukur dgn pe yg aku ade skrg dan aku sentiase mendoakn keluarga mereka dikurniakan rezki dan rahmat. Amin.

Tuesday, December 21, 2010

Gelang Zamrud


Marni menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak "kari kapitan kepala ikan merah" kesukaan suaminya. Setelah dua minggu berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya, malam ini Hazif suaminya yang tercinta akan pulang. Sengaja Marni mengambil cuti kerja setengah-hari, hari ini.Anak-anaknya, Seri dan Nabil siang-siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Hazif, lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu, malah tiga hari lagi, genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka. Alhamdullilah, walaupun perkahwinannya dengan Hazif mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya, ternyata Marni tidak salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa Marni, anaknya yang berkelulusan universiti, jatuh hati dengan Hazif, yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah. Marni faham, bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang Hazif tidak akan dapat membahagiakan Marni, anaknya yang cuma seorang itu, dengan gaji Hazif sebagai kerani. Tetapi Marni sudah nekad. Dia tahu Hazif bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita-cita dan matlamat hidup yang tinggi. Buktinya, Hazif sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting,Hazif menyintainya sepenuh hati.

Perlahan Marni mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang-tuanya, Marni diijab kabulkan dengan Hazif dalam majlis yang penuh ceria.
"Assalamualaikum......", kedengaran suara memberi salam. Marni tersentak.
"Abang!Walaikumsalam...", senyumnya melebar melihat
Hazif di belakangnya.Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah di dahi Marni.
"Terperanjat Mar!Bila abang masuk? Mar tak dengar bunyi pintu dibuka pun?"
"Saje aje. Nak suprisekan Mar!", Hazif membelai lembut rambut isterinya.
Bau wangi singgah dihidung Marni. Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Hazif. Mungkin Hazif beli "perfume" yang baru dari Penang , fikir Marni.
"Eh! Kata abang berangkat pagi ni, takkan baru pukul tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?"
"By air...", ringkas jawapan Hazif.
"Habis kereta abang?"
"Pada Salleh...", jawab Hazif.

"Oh patutlah..", Marni hanya menganggukkan kepala. Dia kenal benar pada Salleh, salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa bertolak kelmarin pun, Salleh menumpang kereta Hazif. Sementara Amran, rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu, menumpangkan Mizi, rakan kongsi mereka yang ke empat.
"Hah!Amran tak ikut abang balik ke? Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu....", tanya Marni.
Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Amran, rakan baik suaminya itu yang masih membujang.
"Nanti dia datang.......", ujar Hazif.
"Mana budak-budak Mar...?", tanya Hazif.
" Ada dalam bilik..tidur. Kepenatanlah tu....main basikal satu pagi."
"Basikal?", tanya Hazif.
"Hah ah. Ayah bilakan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu..", jawab Marni sambil meletakkan milo ais kegemaran Hazif didepannya.
"Abang laparlah..belum makan. Mar masak apa?"
"Ah.... Mar masak lauk favourite abanglah...",senyuman Marni melerek.
"Kari Kapitan?", teka Hazif.
" Apa lagi......"
"Bagus jugak tu...Mar siapkan makan. Abang nak tengok budak-budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang...."
"Habis dengan mamanya tak rindu ke?", usik Marni.
"Tersangatlah rindu.....", jawab Hazif lalu mengucap dahi isterinya lagi.
Marni tersenyum melihat Hazif berlalu. Kasih-sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar. Beruntung rasanya bersuamikan Hazif yang penyayang.
Hazif terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi di saat ini mereka telah di kurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. Hazif merenung kedua-dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Di kucupnya pipi mereka bergantiannya. Airmatanya tiba-tiba mengalir. Apalah yang akan jadi pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya? Itulah yang selalu Hazif fikirkan. Dia tahu, Marni seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun rintangan pasti Marni dapat mengatasinya. Namun, nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggung-jawab menjuruskan fikirannya ke arah persoalan yang sedemikian. 
Marni masuk ke bilik anak-anaknya perlahan-lahan. Sempat dia melihat Hazif menyeka airmata. Marni hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat Hazif menangis selain selepas waktu mereka sudah siap diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga kerana berjaya juga menikahi Marni walaupun mendapat tentangan hebat dari ayah Marni.
"Bang... kenapa ni...?"
Hazif mengangkat muka, memandang Marni.
"Mar...kalau apa-apa jadi pada abang, Mar jagalah anak-anak kita baik-baik. Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya...", ujar Hazif, lembut.
"Eh....apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan. Mar dah siapkan tu..."
"Mar janji dengan abang dulu....", rayu Hazif.
Marni merenung wajah suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Hazif hari ini. Tidak pernah seingatnya Hazif berangai pelik seperti ini.
"Yalah...Mar janji..", akhirnya Marni bersuara, tidak mahu memanjangkan teka-teki ini lagi.
"Mar...abang ada belikan Mar sesuatu....", ujar Hazif sambil menyeluk pokek seluarnya.
"Eh......gelang zamrud....", senyum Marni tatkala melihat seutas gelang tangan zamrud yang berkilauan.
"Mar ingatkan gelang ni tak?". Gembira benar hati Hazif melihat keriangan di wajah Marni.
"Ingat?", Marni mengerutkan dahi. Sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung pada gelang itu.
"Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Mar suka sangat tengok gelang tu. Masa tu, abang tak ada duit nak belikan Mar. Tapi abang janji pada diri abang, satu hari, abang akan belikan juga gelang tu untuk Mar. Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan Amran, abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli..."
Terpegun Marni mendengar cerita Hazif. Sungguh tidak disangka,setelah sekian lama, Hazif masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih-sayang Hazif selama ini sudah cukup buatnya.
"Terimakasih bang....", Marni memeluk suaminya.
"Happy seventh anniversary sayang....I love you...", bisik Hazif ke telinga Marni.
"I love you too..", balas Marni. Air jernih mula tergenang di anak matanya.
Dalam kesyaduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang.
"Amran agaknya tu....", bisik Hazif.
"Tak pa. Biar Mar yang buka pintu...", Marni bangun melepaskan pelukannya.
"Mar....",Hazif menyambar tangan Marni.
"I love you...very very much.....", Hazif mengucup tangan Marni, penuh kasih.
"Me too..," jawab Marni pendek. Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya.
Sebaiknya pintu terbuka, menyongol wajah Amran dengan rambut yang kusut masai.
"Hai..Am. Apa kena dengan kamu? Selalunya "smart" memanjang. Hari ni lain macam aje?", usik Marni.
Amran hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan melebuhkan punggungnya di sofa.
"Mar...can you please sit down..", pinta Amran.
Marni mengerut dahi. Apa kena dengan si Amran ni agaknya?, detik hatinya.
"Please...I have something very important to tell you...", pinta Amran lagi.
Marni semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta. Amran menunduk. Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya.
"Mar...apa pun yang Am nak sampaikan ni, Am nak Mar sabar dan bertawakal. Terimalah dengan hati yang tenang...", perlahan ayat yang keluar dari mulut Amran.
"Apa yang you merepek ni Am?". Teka-teki terus bermain di benak Marni.
"Mar.......Hazif....Hazif kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Mar...", tersekat-sekat kekata itu keluar dari mulut Amran.
Marni tertawa kecil. Sandiwara apa pulak yang Amran lakonkan? Hazifkan ada di rumahnya tika dan saat ini.
"Apa ni Am...kalau nak bergurau pun biarlah bertempat...", balas Marni.
"I'm serious Mar.....Am yang saksikan sendiri.."
Marni terpegun. Mana mungkin Amran berkata benar sedangkan suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak-anaknya.
"Am.....apa yang Am cakap ni...Hazifkan dah balik. Dia ada dekat bilik anak I. I baru berbual dengan dia..."
"Apa? Hazif dah balik?", terbeliak mata Amran. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala Hazif di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang terakhir. Malah, dia sendiri melihat bagaimana Hazif disambar lori tanah ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Macap tadi. Dan setelah jenazah Hazif dibawa ke hospital dengan diikuti Salleh dan Mizi, dia terus memecut menuju ke Johor Baru untuk ke rumah Hazif. Dia mahu menyampaikan berita buruk ini pada Marni sendiri. Dia tahu betapa wanita ini menyintai suaminya. Tadipun sebelum masuk ke rumah ini, dia telah menelefon Salleh untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Hazif pulang berjalan dengan lancar. Mana mungkin Hazif pulang ke rumah?
"Am...you dengar tak apa Mar cakap? Hazif dah balik...", Marni mengejutkan Amran dari khayalannya.
"Mar...Am tak tahu apa nak cakap. Tapi percayalah, Am sendiri yang melihat kejadian itu. Hazif meninggal di pangkuan Am Mar..."
"Bohong...Hazif dah balik...Nanti biar Mar panggil dia....", Marni semakin binggung. Apa tujuan Amran menceritakan yang bukan-bukan padanya? Pantas dia menjenguk ke bilik anak-anaknya. Hazif tiada disitu. Ah! Tentu Hazif di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga memanggil nama Hazif. Tiada jawapan. Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu Hazif mungkin ke sana . Tiada juga. Akhirnya setelah penat mencari, Marni terduduk di ruang makan.
Di samping makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan kanannya. Apakah benar yang Amran sampaikan? Mimpikah dia?
Amran hanya memerhati gerak-geri Marni. Sungguh kesian benar dia melihat Marni ber lari ke sana-sini mencari Hazif yang dikatakan sudah pulang.
"Mar...arwahnya suruh Am sampaikan sesuatu...", Amran menghulurkan kotak berwarna merah. Marni hanya mampu memandang tanpa suara. Dia masih binggung. Namun kotak yang dihulurkan Amran disambut juga. Perlahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang subang zamrud.
Terlopong mulut Marni.
"Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu. Kelmarin masa arwah beli, Am pasti benar ada seutas gelang zamrud bersama subang tu...tapi puas Am cari, tak jumpa juga", sedih suara yang keluar dari mulut Amran.
Marni memandang Amran. Terkedu. Air jernih sudah deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Hazif. Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya.
"Ini ke Am?", tanyanya perlahan.
Amran tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya dibeli Hazif malam kelmarin. Saat itu tidak putus-putus Hazif menyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Marni. Tapi macam mana pula benda itu boleh berada pada tangan Marni? Apakah benar cakap-cakap Marni bahawa Hazif sendiri yang pulang menghadiahkan gelang itu kepada Marni? Kalau benar, bagaimana? Yang nyata di bumi Allah ini tiada yang mustahil dengan izinNya.
Marni hanya mampu menangis. Dia memandang "kari-kapitan' yang belum tersentuh dan milo ais yang belum terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis. Kalau benar Hazif sudah pergi sebagaimana kata Amran, siapa pula yang datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya? Sungguh sukar untuk Marni menerima kenyataan ini.
Dan ketika ruang rumahnya di penuhi dengan bacaan surah Yassin, Marni masih mengharap akan kepulangan Hazif, sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Hazif tiba di rumah, barulah Marni yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya.

Saturday, November 6, 2010

Terperangkap Di Pusara Ibu




" Hairan Ali melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu.. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala. 

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata Ali di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, Ali berjalan ke arah mereka.

" Bincang apa tu? Serius aku tengok," Ali menyapa. 
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan Ali.
" Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab Ali. Memang Ali tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. 
Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".

" Kenapa jadi macam tu? " Ali bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar 
bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang. 

" Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu. 
" Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
" RM 20 aja! " si gadis berkata.
" Tak ada," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras. 

" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, 
" Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; 
" kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai. 
" Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan 
sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi. 

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang 
bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 
10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. 

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas. 

" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil. 

" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap.
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu. 

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi. 
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus. 

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam. 

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. 

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil. 

" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu mereka semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Mereka lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Ali terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah 
orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya Ali berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya Ali tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan Mereka  telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada Mereka dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. 

Nasib Ali memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan Ali.

" Pssstt...Raie. ..Raie..Psstt, " Ali memanggil, Raie yang perasan Ali memanggilnya mengangkat tangan. 
" Boleh aku tengok budak tu? " Ali bertanya sebaik saja diadatang ke arah Ali.

" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah..." Ali memujuk. 

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, Ali menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada Ali berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. 

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya Ali sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan Ali.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya Ali tidak dihalau. Alhamdulillah, Ali lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil Ali lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada Ali serta-merta terasa sebak. Ali lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, 
Saida menyesal.."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga. 

Ali lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata Ali melihat Saida. Tidak Ali sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. 

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya Ali tidak dapat lama di sana. *****a 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu Ali berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah Ali meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."

Lantas Ali menoleh buat kali terakhir. Ali lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Ali lihat seorang polis mengesatkan air matanya. 

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan
jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak. 

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Ali pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga Ali . 

Ali diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin 
dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. 

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita. 

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. 
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya. 

Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.



p/s:taatla pada ibubapa.

Sunday, October 31, 2010

Tolong Keluarkan Saya


Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan bapa mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung.
Esok dia harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang.

Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu oleh Rashid meluncur di jalan raya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih kurang empat jam. Rashid meluruk ke wajah Zakiah, isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkin belum rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata.
Rahisd tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahinan mereka masih muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja. Cadangnya setelah ekonomi mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya mata.

Hampir sejam berlau, Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang matahari sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman.

Ketika mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah sudah terlena. Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaan mengantuk.

Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata. Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Mahgrib. Kalau tidak dingatkan, pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan solat Mahgrib.

"Dah Mahgrib, bang. Berhenti sekejap."

Wajah Rashid kelihatan keruh. Membayangkan perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya. Zakiah sedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanya di depan kedua orang tuanya. Malahan di depan orang tuanya sendiri, Rashid tidak pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya, sudah puas dia memberikan nasihat tetapilangsung tidak mempan.

Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat. Zakiah kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib. Selalunya Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta atau membasahkan tekak di medan selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan.
Rashid tidak menemui ruang untuk memarkir kereta. Dia menghentikankereta, meminta Zakiah turun.

"Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan. "Kiah pergilah...abang tunggu kat sini. Tak ada parking," jawab Rashid mudah. Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung, Rashid memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia terlelap seketika, terjaga semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta. Perjalanan diteruskan.

"Abang tidur?" tegur Zakiah.
"Ha...terlelap sekejap. Letih rasa badan ni."
"Kalau abang letih, biar Kiah bawak."
"Tak apa...kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti."
Zakiah tidak membantah. Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai turun membasahi jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam keadaan jalan licin mengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudah berhati-hati tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan diri dan orang lain. Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh bahagian belakang keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran.

Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung sebelum menghempas jalan dengan bahagian atas ke bawah.
Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha keluar. Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak sedarkan diri.
"Ya Allah...selamatkan kami..." bisiknya perlahan. Terasa mukanya basah, darah merah mengalir.
Orang ramai datang membantu. Mengeluarkan Zakiah terlebih dulu.

Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal kerana kaki Rashid tersepit. "Tersepit... tak boleh tarik..."

"Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang perempuan ke hospital." Rashid berdoa dan berdoa tanya henti agar Allah S.W.T menyelamatkan Zakiah dan dirinya.

"Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!"
Anehnya Rashid tidak merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh dikatakan kakinya tidak terasa dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal untuk menggerakkannya.
"Tolong saya, encik..." pinta Rashid dengan nada sayu.
"Mengucap... cik...berdoa kepada Allah...cik akan selamat."
"Sabar encik...tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai."

Kata-kata memberi semangat silih berganti menusuk telinganya. Dengan keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu membantu.

Syukur... Pandangannya tertunpu pada seorang lelaki yang memakai jubah serba putih. Berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit sambil tangannya memegang tasbih.

"Ya Allah...selamatkanl ah aku..."

Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba. Pasukan bomba dengan tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid dari himpitan. Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunui apabila salah seorang anggota bomba bersuara.

Kakinya tak tersepit apa-apa. Pelik...kenapa tak boleh keluar?" Usaha untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situ kebingungan. Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak ada apa-apa yang menghimpitnya. Rashid sendiri kebingungan. 

Bencana apa yang sedang menimpanya.

"Ini bukan kerja manusia macam kita...kena panggil orang yang tahu..." terdengar sebuat pendapat. Rashid semakin gementar. Doanya tidak putus-putus. Ketika mulutnya terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia merasakan seseorang berjongkok di sebelahnya. Rashid berpaling, agak tersentak melihat lelaki berjubah tadi berada di sebelahnya.

"Tuan...tolong saya tuan..."

"Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala..." "Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan..." "Kamu berdoa kepada siapa?"

Rashid terdiam. Aneh bunyi pertanyaan lelaki itu. Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan tempatnya untuk bergurau. Apatah lagilelaki itu kelihatan seperti orang alim.

"Sudah tentulah pada Allah."

"Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!"

Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak, sudah pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi bercakap seperti orang yang tidak berilmu."Bukankah selama ini kamu tak pernah menyembah Allah. Kamu hanya mendirikan sembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang mereka, kamu tidak pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta pertolongan dari Allah. Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari mentua
kamu!" Tenggorok Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara,memohon ampun atas kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar.
Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan Rashid. Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia menyesal tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka. Sedangkan kesakitan mula terasa. Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak mampu bernafas.
Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia. Tidak lama kemudian dia tidak sedarkan diri.

"Abang...bang! Abang!!" Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan. Syukurlah isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam hati. Akhirnya mereka mampu keluar dari bencana. "Sedapnya tidur...naik serak suara Kiah mengejutkan abang..." Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah! Dia masih berada di tempat rehat. "Kiah tunggu sekejap...abang nak solat Mahgrib!" kata Rashid sambil terkocoh-kocoh membuka pintu kereta. Zakiah tercengang, senyuman merekah di bibirnya.


Anas menceritakan beliau mendengar Rasulullah S.W.T bersabda :-
"ALLAH S.W.T BERFIRMAN : AKU TANGGUHKAN MALAPETAKA YANG SEHARUSNYADITIMPA KE ATAS SESUATU DAERAH APABILA AKU LIHAT DI SITU ADA ORANG YANG KERAP KE MASJID, KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI KEPENTINGAN DAN BERSEDIA MEMOHON AMPUN PADA WAKTU TENGAH MALAM".



Tuesday, October 26, 2010

Budak Di Potong Tangan



Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.  Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.  Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan  kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.  

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar...  Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Saya tak tahu Tuan..! "

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Dengan kasih murni seorang anak  yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa  puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat  menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Menangis terusak-isak keduanya, dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik  tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya  tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.

 Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

 "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul.
 Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama."
katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorangpun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 

 "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia  sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram.....

p/s: Ni memang copy paste tapi dah lupa mana source dia. Koleksi lama2 ni wei.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers