Showing posts with label Meh Ketawa. Show all posts
Showing posts with label Meh Ketawa. Show all posts

Sunday, February 17, 2013

Lawak : Si Isteri Lewat Sebulan!

Assalamualaikum!

Kisah mengenai si isteri yang lewat sebulan dan diketahui oleh semua pekerja TNB,




Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata :

Isteri : Ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor.

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.

Pegawai TNB : Ini rumah En. Mahpus ker

Isteri : Iya, saya ni isterinya. Ada apa encik?

Pegawai TNB : Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah.

Isteri : APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???!!! *nada terkejut*

Pegawai TNB : Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online. *dengan muka selamba*

Isteri : APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu???!*bertambah terkejut*

Pegawai TNB : *cuba mententeramkan keadaan*Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan.

Isteri : Nanti saya bincang dengan suami saya.. *masih dalam keadaan terkejut beruk*


Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambil cuti dan pergi ke TNB yang berdekatan.

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik

Mahphus : Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. Awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! Bisness apa korang buat niii?? Nak kena saman kerr???!!

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan.
Pegawai TNB : Sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je.

Kata-kata pegawai TNB tersebut membuatkan Mahphus bertamabah berang!

Mahphus : Apa nak bayar korang? Blah lahh.

Pegawai TNB : Kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya......... *belum sempat menghabiskan ayat, Mahphus memotong*

Mahpus : Apa??? potong??? Habih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB : Nampak gayanye, isteri encik kena pakai Lilin sahaja lah...


Dafuq? LoL!

untuk bacaan dewasa sahaja. rasanya  bawah umur tak faham kot. LoL!

>>sumber<<

Terimakasih sudi baca! (:

Friday, September 16, 2011

Lawak: Padah Ketawa. Tak Boleh Nak Berhenti Pula!


Jom Tengok Video Ni! *Video lama, baru saya tengok. Hehehe*





p/s : Tapi kena ingat Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati. 

Tuesday, September 13, 2011

Lawak: Lembu Mengamuk Teruk!

Assalamualaikum!



Kisah di sebuah kampung....


Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah mampuih nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! Kau punya masalah kecil je!

Ayam : Kenapa pulak kau cakap macm tu?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

Ayam : @#%^#^?????? *hampeh punye lembu!*

.Minum dik, jangan tak minum.



p/s:sekadar perkongsian, sumber dari SINI.
Terimakasih sudi baca! (:

Friday, August 19, 2011

Lawak Terengganu: Menantu Terengganu Gaduh Dengan Mentua Kelantan Pulak!

Assalamualaikum!

Menantu Terengganu : Mok, kalu mok g kedaa, tolong beli 'ketang' 4 kilo. Nanti kito bayar.

Mentua Kelantan : Berehhhhh...........

.....Selepas Mentua Kelantan pulang dari kedai.....

Menantu Terengganu : Loooo, bakpe mok beli 'Ubi Ketang' (ubi kentang) banyok banyok ni.

Mentua Kelantan : Tadi mu kato beli kete (Ubi kentang). pah tu kete mano pulop.

Menantu Terengganu : Bukang Ubi ketang, kito suruh belik Ketang... Hok ada sepik nung.

.Gambar dari Mr.Google.


p/s I:@#$%^&*
p/s II:Sape faham? Hahahahhahahaha!
p/s III: Tajuk tiada kena mengena. Hahahaha!

Terimakasih sudi baca! (:

Thursday, August 18, 2011

Lawak: Kes Nenek Tua Menyamar di Kampung Pandan!!

Assalamualaikum!


Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan, pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat. Kerana itu Stopa dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.Stopa yang menyamar sebagai koboi, berjalan-jalan ke kedai dikampungnya. Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.

“Hey Stopa …”

Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang, dia segera mengubah penyamarannya. Kali ini sebagai Syeikh Arab. Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang. Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek.

Dalam hatinya berkata.. 'Dia takkan mengenali aku lagi. '

Tiba-tiba nenek berkata "Hey Hashim"

Kerana kehairanan yang amat sangat,

"Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"

Nenek itu menjawab.. “La engkau ni, ni aku la, Roslan!”




Terimakasih sudi baca! (:

Wednesday, August 17, 2011

Orang Asli Ohh Orang Asli!

Assalamualaikum!

.Mr.Google Bagi~



Stopa pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian. Lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan.

Stopa : Bang harga durian ini berapa?
Orang Asli : Yang ini, sepopit sebiji.

Stopa kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu. Lalu Stopa buat buat tahu dan cuba menawarinya.

Stopa : Bang, boleh kurang sikit tak?
Orang Asli : Boleh aje, nak kurang berape?
Stopa : Lahupa, boleh ya!

Penjual orang asli itu kebingungan, lalu bertanya pada Stopa.

Orang Asli : Lahupa itu berapa?
Stopa : Cakap dulu, Sepopit itu berapa?


p/s:@#$%^&&*(@# LoL!
Terimakasih sudi baca! (:

Friday, August 12, 2011

Lawak: Mana Pergi Telurnya?

Assalamualaikum!


Jamal ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya.

Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya.. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.

Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.

“Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan.
Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai…”

Tiba-tiba ibunya mencelah, 
“Telurnya mana?”

Jamal menjawab, 
“Err… Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya! “




Terimakasih sudi baca! (:

Saturday, August 6, 2011

Lawak Sabah: Dialog Tersangat Lawak Versi Sabah!

Assalamualaikum!




Awas!! Entri ni totally sabahan! Jadi sepa sepa yang nda faham, buat2 faham aaa. Kalau mo translator, boleh tanya Sang Adam ne..

Jom berketawa!


1. Bila org nampak ko baring tutup mata:
    S: Ko tidur kah?
    J: Tidak la, sia training mcm mana mau mati bah..

2. Imagine ko bawa bawa tv ko yg rusak pi technician bikin n dia masi juga tanya:
    S: Mau kasi bagus kah ni tv?
    J: Tidak la,sia buring ba,jadi sia bawa la tv sia pi jln2 sini.

3. Bila time hujan kwn ko nampak ko kluar,dia tanya:
    S: Ko kluar time hujan ni?
    J: Eh ndak la,hujan yg naaaanti baru sia kluar.

4. Time ko baru bangun tidur, dia tnya:
    S: Ko bangun sdh?
    J: Ish, sia tidur sambil jalan bah ni!

5. Kawan ko call fon ruma ko:
    S: Mana ko?
    J: Sini bus stop!

6. Diorang nampak ko kluar dari bilik mandi basah2:
    S: Ko baru mandi kah?
    J: Manada, sia jatuh dlm lubang jamban bah!

7. Ko bediri di dlm lift di tingkat paling bawah sdh, diorang tanya:
    S: Going up kah?
    J: Eh ndak la,sia tangah tunggu apartment sia turun bah ni.

8. Boyfren ko pi ruma ko bawa 1jambak bunga. And ko masi juga mau tanya dia:
    S: Eeeh,bunga ka tu?
    J: Tidak la Ling! Paku-pakis sama kubis bah ni.

9. Ko di dlm toilet, pintu bekunci, trus ada org katuk pintu n dia tanya:
    S: Ada urang kah?
    J: (Suara Kiut)Teda urang! Taik bah yang becakap ni!!!


p/s I: Saya bukan sabahan, tapi saya belajar di UMS-Universiti Malaysia Sabah!
p/s II: Saya rindu nak dengar dialek sabah!!!
Dia adalah SOURCE saya!
Terimakasih sudi baca! (:

Thursday, August 4, 2011

Lawak: Spontaneous Thursday #5 : LoL!

Assalamualaikum!

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya...
source:FB TerrBBaaaaeeekkk

Terimakasih sudi baca! (:

Saturday, July 9, 2011

Lawak: Mesin Penimbang Berat Badan Yang LOL

Assalamualaikum!



Biasanya kalau dekat mall mesti ada alat pengukur berat badan yang bila kita masukkan duit syiling, dia akan terus ukur berat badan kita dan akan bercakap berapa berat badan kita siap cakap 'anda obesiti' etc.

Ni kisahnya di suatu mall yang sesak. Ada tiga iorang kawan ni nak mencuba.

Gadis yang pertama masukkan syiling dan mesin penimbang tu menjawab: "47 kg, anda normal"


Gadis yang kedua pula naik dan masukkan syiling, mesin penimbang tu menjawab: "57kg, anda terlebih berat badan"


Tibalah gadis yang ketiga, yang sangay gemuk. Bila dia naik dan masukkan syiling mesin penimbang tu menjawab: "Tolong naik sorang sorang, jangan ramai ramai"


LoL~


Terimakasih sudi baca! (:

Sunday, July 3, 2011

Lawak: Mustahil untuk Puaskan Kau!

Assalamualaikum!


Sekumpulan 5 orang gadis sedang bercuti dan mereka terjumpa hotel dengan tanda 'Untuk Wanita Sahaja'. Disebabkan diorang pergi bercuti tu tanpa kekasih or suami, mereka membuat keputusan untuk menginap di hotel terbabit.

Penyambut tetamu lelaki menyambut mereka dan lelaki tersebut memanglah handsome. Lelaki itu pon menjelaskan macam mana hotel itu berfungsi.

"Kami ada 5 aras. Pergi aras ke aras dan apabila anda semua apa yang dicari, anda boleh stay di situ. Ia amat mudah untuk membuat keputusan memandangkan setiap aras mempunyai petanda untuk memberitahu apa yang ada di dalam."

Jadi, mereka pon mula bergerak dari aras ke aras. Di aras 1, 'semua lelaki di aras ini pendek dan biasa-biasa je'. Mereka ketawa dan tanpa ragu-ragu, mereka bergerak ke aras seterusnya.

Petanda di aras 2, 'Semua lelaki di sini pendek dan kacak'. Still, belum cukup bagus, mereka naik ke aras 3 pula.

Petanda di aras 3, 'Semua lelaki di sini tinggi dan biasa-biasa je'. Mereka masih tidak berpuashati dan terus ke aras seterusnya memandangkan masih ada lagi 2 aras

Petanda di aras 4 memang sangat sempurna, 'Semua lelaki disini tinggi dan kacak'. Mereka rasa excited dan dan nak masuk tetapi mereka terpikir yang masih ada lagi 1 aras. Mereka rasa mungkin lebih bagus di aras 5. Jadi mereka pon terus naik ke aras 5.

Di aras 5 mereka nampak petanda yang menyatakan: 'Disini tiada lelaki. Aras ini di bina hanya untuk membuktikan tiada cara untuk memuaskan perempuan'


Hampeh. Terkono kau!

Moral of the Story:

  • Sila jangan amalkan seks bebas!
  • Jangan pikir bagus. Huh?



Terimakasih sudi baca! (:

Thursday, June 30, 2011

Lawak: Tukang Gunting lagi Power Dari Polis Taw!

Assalamualaikum!

Aduh. Rasa macam2 nak tulis, tapi nak kena buat report praktikal jap. So, macam tak sempat menyempat nak update blog. Ok, layan cerita pendek ni jap.
-
-
-
-

Stopa : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Stopa : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

Stopa : Hampeh!!!




p/s:layan cerita Umrao Jaan kat B4U sambil buat report LI...

Terimakasih sudi baca! (:

Saturday, June 25, 2011

Lawak: Keajaiban Pak Pandir!

Assalamualaikum!



Pak Pandir dan Wartawan


Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir. Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu.

Wartawan : Waaa pelik ni Pak Pandir. Cuba cerita kat kami. *Mata dah berkaca2 berkobar2 nak dengar keajaiban*
Pak Pandir : 5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini. Aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini.
Wartawan : Dengan apa Pak Pandir tandakan?
Pak Pandir : Dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir.
Wartawan : ... ... ... ... ... ... ... ... ... ....


Pak Pandir dan Ikan Keli

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. Ketika sedang menyiang.

Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.
Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.
Mak Andih$%^&(#.....


Source: Belog Lawak

Terimakasih sudi baca! (:

Thursday, June 23, 2011

Lawak: Mampu ke MAMPUS?

Assalamualaikum!



Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:


Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan " plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih ' plural '

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural.

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang.

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

Hehehehehe.................................

source:BelogLawak

Terimakasih sudi baca! (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers