Showing posts with label Stopa. Show all posts
Showing posts with label Stopa. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Lawak: Kes Nenek Tua Menyamar di Kampung Pandan!!

Assalamualaikum!


Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan, pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat. Kerana itu Stopa dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.Stopa yang menyamar sebagai koboi, berjalan-jalan ke kedai dikampungnya. Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.

“Hey Stopa …”

Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang, dia segera mengubah penyamarannya. Kali ini sebagai Syeikh Arab. Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang. Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek.

Dalam hatinya berkata.. 'Dia takkan mengenali aku lagi. '

Tiba-tiba nenek berkata "Hey Hashim"

Kerana kehairanan yang amat sangat,

"Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"

Nenek itu menjawab.. “La engkau ni, ni aku la, Roslan!”




Terimakasih sudi baca! (:

Wednesday, August 17, 2011

Orang Asli Ohh Orang Asli!

Assalamualaikum!

.Mr.Google Bagi~



Stopa pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian. Lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan.

Stopa : Bang harga durian ini berapa?
Orang Asli : Yang ini, sepopit sebiji.

Stopa kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu. Lalu Stopa buat buat tahu dan cuba menawarinya.

Stopa : Bang, boleh kurang sikit tak?
Orang Asli : Boleh aje, nak kurang berape?
Stopa : Lahupa, boleh ya!

Penjual orang asli itu kebingungan, lalu bertanya pada Stopa.

Orang Asli : Lahupa itu berapa?
Stopa : Cakap dulu, Sepopit itu berapa?


p/s:@#$%^&&*(@# LoL!
Terimakasih sudi baca! (:

Wednesday, July 27, 2011

Aksi couple!!!

Assalamualaikum!




Sebelum Couple :

Message ringkas al-kisah pasangan bercouple..

Stopa : Ya! Abang dah lama tunggu saat ni!!
Ayu : Abang nak tinggalkan sayang ke?
Stopa : Mestilah tidak! Tolong janganlah fikir macam tu. Takmungkin terjadi!!
Ayu: Abang cintakan sayang kan?
Stopa : Yaaa, tiap hari.
Ayu: Abang pernah tipu syang tak??
Stopa : Tak! Kenapa sayang selalu tanya macam tu?
Ayu: Abang akan selalu keluar dengan sayang tak??
Stopa : Setiap ada peluang, abang takkan lepaskan!
Ayu: Abang akan pukul sayang tak?
Stopa : Gila ke? Abang bukan lelalki macam tu!
Ayu: Boleh ke sayang percayakan abang?
Stopa : Yaa!
Ayu: Sayang!!

Selepas couple :


.Ni gambar sebenar kesinambungan gambar atas tu.Haha.Lelaki ghopenye.

p/s:Silap bagi title loh, nak letak aksi SMS couple, tapi, tersilap, dah publish. hahahahaha!
Terimakasih sudi baca! (:

Thursday, June 30, 2011

Lawak: Tukang Gunting lagi Power Dari Polis Taw!

Assalamualaikum!

Aduh. Rasa macam2 nak tulis, tapi nak kena buat report praktikal jap. So, macam tak sempat menyempat nak update blog. Ok, layan cerita pendek ni jap.
-
-
-
-

Stopa : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Stopa : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

Stopa : Hampeh!!!




p/s:layan cerita Umrao Jaan kat B4U sambil buat report LI...

Terimakasih sudi baca! (:

Thursday, January 6, 2011

Lawak: Orang Gila Mengamuk!


Kisah mengenai mereka yang tinggal di kampung bernama Kampung Pinang 8 kerana kampung tu ada 8 pokok pinang. Apada. Ada satu orang gila yang sangat femes kat kampung tu bernama Stopa*memang name sbnar ni*
Stopa tinggal seorang diri setelah kedua ibubapanya meninggal dunia. Pondoknya terletak di hujung kampung. Ada org kata, Stopa ni mewarisi sifat gila dari bapanya.
Peristiwa tragis ini berlaku pada hari Jumaat.

Maka hendak dijadikan cerita, seperti hari2 jumaat yg lain, Stopa akan pergi ke masjid utk menunaikan solat jumaat. Sungguhpun dia ni gila, tapi dalam bab sembahyang dia tak pernah gila. Oleh itu korang semua, contohilah sikap Stopa ni, janganlah miss solat. Nnti kita lebih gila dari orang yang gila.

Setelah selesai solat, STopa pun macam biasa nak balik rumah dia. Puas dicarinya selipar buruk kesayangannya, tapi tak berjumpa jugak.

Benganglah si Ali ni sebab selipar dia dah kena curi. Dengan tergesa gesa Stopa masuk balik ke dalam masjid dan terus menuju ke microfon. Apalagi...dia pun buat pengumuman dengan suara yang ala ala ganas lagi brutal..
"Kepada sesiapa yg curik kasut aku, tolong pulang balik, kalau tak aku akan buat macam yg arwah bapak aku buat tahun lepas!!!!"


Maka takutlah orang kampung Pinang 18. Almaklumlah, orang giler ni kalau nak mengamuk punyalah dahsyat. Kalau tak guna parang, mesti tak thrill.

Tetiba datanglah seorang budak dengan wajah yg pucat lagi takut menjinjing selipar buruk Stopa.

Sambil tersengih2 budak tu berkata...

"Alaaa abang ni.. saya nak bergurau pun tak boleh.."


Stopa menjegilkan biji matanya tanda geram sesangat kat budak tu. Lintang-pukanglah budak tu lari. Setelah dapat selipar buruknya..Stopa pun bersiap2 utk meninggalkan masjid. Pak Imam yg dari tadi memerhatikan kelakuan Stopa cuba mendekatinya. Dengan rasa takut.. Pak Imam pun bertanya...

"Errrr...boleh aku tahu..apa yg arwah bapak ko buat bila dia tak dapat semuala selipar dia"

"Balik kaki ayam lah..."jawab Stopa dengan selamba kataknya.


p/s : Pendek kate, jgn la menconteng arang ke muka sendiri.. *eh3, ade kene mengene ke ni..aku pon dah jd mcm Ali, sot..hehe*




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers