Monday, April 22, 2013

Personaliti Berdasarkan Buah Kegemaran-Bahagian 1

Assalamualaikum!

*Our local fruits. Yummy!*


Siapa yang tak suka buah sini? Cuba angkat tangan sikit. Hai, tak elok tau,tak suka makan buah, buah tu kan ada banyak khasiatnya. Ok, ok, bukan tu yang saya nak ceritakan kat sini, tapi nak korang tengok personaliti korang berdasarkan buah yang korang suka.

Sebelum ni juga saya ada post mengenai personaliti anda berdasarkan bentuk muka, kuku, punggung dan kedudukan dalam keluarga. *Link ada di perkataan*

Sekarang, jom kita check personaliti kita mengikut buah-buahan yang kita gemari.

Oren





Orangnya penyabar dan suka buat kerja secara tenang and slow. Kerjanya hampir sempurna dan tak akan ragu-ragu dalam menyiapkan kerjanya. Sesetengah daripada peminat oren ni, personalitinya malu-malu dan pada masa yang sama orangnya boleh diharap dan boleh dipercayai. Dalam memilih pasangan pula, individu ini memilih dengan berhati-hati dan akan menyayanginya sepenuh hati dan bukan untuk main-main. Peminat oren juga kebiasaannya akan elak konflik dengan apa cara sekalipun.


Epal




Sekiranya anda peminat epal, anda adalah seorang extravagant, impulsif dan lantang bersuara,(kadang kadang bersuara dengan baran). Yang peliknya tentang anda ni, anda kurang pandai dalam nak uruskan hal diri sendiri tapi anda biasanya seorang team leader yang bagus dan pandai dalam membawa sesuatu isu kehadapan. Secara majoriti, anda dapat bertindak cepat dalam apa-apa situasi. Anda juga suka sangat travel  dan yang istimewa tentang penggemar epal ni, anda sentiasa tunjuk daya penarik diri anda bila bersama pasangan. Anda juga seorang yang mempunyai sikap enthusiasime dalam hidup anda dan kebiasaanya enthusiasime anda tak dapat ditandingi oleh kebanyakkan orang.*wOw!*


Pisang




Macam pisang juga, penggemar pisang ni, lembut orangnya. Selain dari tu, anda juga penyayang, peramah dan mudah bersimpati. Anda adalah seorang yang kurang keyakinan diri dan kadang kadang agak malu-malu kucing gitew. Sikap individu ni yang kurang berkeyakinan dan kelihatan kurang kuat semangat menyebabkan ramai yang ambil kesempatan atas anda. Anda sentiasa adore pasangan anda dalam apa keadaan sekalipun, sama ada mentally or physically. Dengan sifat anda inilah hubungan anda dengan pasangan sentiasa dalam keadaan harmoni.


Kelapa




Seorang yang bertimbang rasa, serius dan sentiasa berfikiran jauh adalah antara sifat orang yang menggemari kelapa. Walaupun individu ini gemar bersosial, anda agak memilih dalam mencari kenalan. Sesetengan daripada penggemar buah ini juga agak keras kepala dan terlebih berani. *upsss, terlebih sudah kan*.. Sikap yang peka, licik dan cepat berfikir ni adalah adalah cara anda untuk memastikan anda sentiasa berada di tangga teratas dalam sebarang tugasan atau senario yang diberi, terutama di tempat kerja lah! Dalam mencari pasangan pula, individu ini memilih pasangan yang bijak dan bersemangat akan tetapi, pasangan bukanlah segala-galanya untuk anda.
*p/s:ada ea orang suka makan kelapa? Hehee. No offense!*


Nenas




Penggemar nenas ni cepat membuat keputusan dan lagi cepat dia bertindak. Anda juga berani dalam membuat sebarang perubahan dalam karier anda sekiranya perubahan tersebut memberi faedah kepada anda. Manakala kebolehan anda dalam organisasi memang tip top walau betapa besar/susah tugasan yang diberi. Selain itu, individu ini juga boleh berdikari, jujur dan ikhlas dalam berurusan dengan orang lain. Walaupun and bukanlah seorang yang peramah, tapi anda cepat dalam mencari kawan-kawan dan apabila adnda dah berkawan dengan seseorang itu, dia adalah sahabat dunia akhirat. *chewahh*.. Anda jarang membuat sesuatu yang romantik kepada pasangan anda serta pasangan anda kebiasaannya kagum dengan kualiti kerja anda tetapi kecewa dalam kebolehan anda menunjukkan rasa sayang atau cinta anda. *haiz~*




Okeh, sebenarnya banyak lagi buah-buah lain. Kalau nak tahu tentang ciri-ciri personaliti korang untuk penggemar buah betik, mangga, ceri, pic atau pear, kena tunggu entri seterusnya ok?


*source*
p/s: Masa google buah Nenas, pergh, terliuq beb!

Terimakasih sudi baca! (:

Wednesday, February 20, 2013

Sebab Jerawat Tumbuh Di Bahagian Tertentu

Assalamualaikum!

Inilah antara sebab-sebab kenapa jerawat kat muka lebih tertumpu di bahagian-bahagian tertentu muka kita. Ditekankan disini, antara sebab-sebab sahaja.



sumber
Terimakasih sudi baca! (:

Pembunuh diri dalam diam.

Assalamualaikum!

Dua hari lepas keluarga kami dikejutkan dengan berita kematian. Anak kepada kawan mak dan ayah meninggal. Dia juga senior adik kat sekolah menengah dahulu.


Muda lagi. Baru 20 tahun. Baru berkahwin, hujung bulan 12 lepas. Khemah kenduri kahwin pun belum buka lagi. Inai kat jari apatah lagi. Sayu je bila teringat.

Yang tak disangka dia meninggal disebabkan sakit jantung. Terkejut kami. Family dia jugak terkejut. Mana tak nya, sihat je sebelum ni, baru juga buat Medical check up untuk masuk Uni, time medical check up memang tak da masalah. Tiba-tiba sakit jantung, pergi hospital, terus masuk ICU, tapi malangnya Doktor tak dapat buat apa-apa lagi.


Memang betul hidup mati kita ditangan Allah. Cuma apa yang saya nak sampaikan, walaupun kita rasa hidup kita sihat, tapi tanpa sedar kita, permakanan ataupun gaya hidup kita dalam diam membunuh kita.


Mungkin ada orang diluar sana, gemar berjogging dan mempunyai berat badan yang ideal, tapi kurang minum air, kerap makan makanan di restoran, suka makan fast food or maggie, tanpa sedar risiko untuk penyakit berbahaya turut ada. Makan kat kedai mamak ke, memang sedap, bayangkan lah, entah berapa byk perasa tiruan dia pakai, kicap2 kat restoran tu, igt tak banyak ke perasa tambahan? Aduh!
Saya sendiri dalam proses dapatkan berat badan yang ideal and cuba mengamalkan gaya hidup sihat..


Semoga kita sentiasa ingat Mati Itu Pasti, Hidup Itu InshaAllah..


Terimakasih sudi baca! (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers